You are on page 1of 2

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mengalami iklim tropika.

Kedudukan latitud Malaysia


yang berhampiran kawasan garisan khatulistiwa menyebabkan ini berlaku. Perkataan tropika berasal
daripada bahasa Yunani iaitu "tropos" yang beerti berputar. Iklim yang panas dan lembap sepanjang
tahun ini banyak mendatangkan cabaran bagi penduduk di kawasannya.
Mujurlah kemajuan sains dan teknologi pada hari ini dapat mengimbangi dan mengatasi masalah-
masalah tersebut. Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura, Tuan Masagos Zulkifli bin Masagos
Mohamad, turut berpendapat teknologi akan menyumbang kepada kelestarian alam sekitar kita.
Justeru, penggunaan sains dan teknologi perlulah dimanfaatkan untuk mengekalkan keseimbangan
alam sekitar terutama sekali di kawasan negara kita yang beriklim tropika.
Apabila mendengar perkataan "tropika", kawasan hutan tropika akan muncul dalam fikiran penduduk
Malaysia. Cuaca yang panas dan lembap amat sesuai untuk pertumbuhan pokok-pokok dan tumbuh-
tumbuhan menyebabkan pembentukan hutan tropika. Kini, hutan tropika di Malaysia meliputi kira-kira
70% daripada jumlah keseluruhan kawasan hutan di Malaysia. Pada zaman pra merdeka dahulu,
kawasan ini hanya meliputi kawasan hutan tropika yang lebat dan rimbun. Disebabkan itu, ramai
masyarakat yang tinggal di kawasan hutan tropika tanpa mempunyai akses pengangkutan ke kawasan
bandar kerana terpaksa melewati kawasan hutan yang mempunyai laluan yang bahaya. Hal ini
menyukarkan pengangkutan barangan khususnya barang-barang dagangan dan biji timah serta
menyebabkan perkembangan ekonomi kawasan setempat kian terbantut. Sehubungan dengan masalah
ini, kerajaan Johor telah membina jalan kereta api pertama pada tahun 1869. Pembukaan jalan kereta
api ini adalah sangat penting dalam melonjakkan ekonomi negara dan meningkatkan taraf hidup
masyarakat. Pihak British turut bersetuju dengan tindakan itu dan melancarkan projek pembinaan
landasan kereta api pada tahun 1885 bagi mewujudkan satu sistem perhubungan yang lebih efisyen.
Justeru, pembinaan jalan kereta api memainkan peranan penting dalam meningkatkan taraf hidup rakyat
dan menyeimbangkan ekonomi negara.
Negara yang mengalami iklim tropika seperti Malaysia tidak akan melalui empat musim iaitu musim
bunga, luruh, sejuk dan panas. Cuaca yang panas dan kering atau hujan dan lembap kerap dialami oleh
negara beriklim tropika. Apabila tiba musim tengkujuh, di mana angin monsun atau bayu laut yang
mengalami kitaran musim akan mendatangkan cuaca hujan terutama sekali di pantai timur
semenanjung Malaysia yang menghadap Laut China Selatan. Ketika ini, seseorang individu akan lebih
cenderung mengalami batuk, selsema ataupun demam akibat tubuh badan yang bertindak balas
terhadap perubahan suhu di persekitaran. Cuaca sebegini lebih mengundang kepada banjir dan penyakit
bawaan air akan lebih mudah untuk merebak seperti taun (kolera) dan demam kepialu. Bagi
mengelakkan risiko dijangkiti penyakit tersebut, setiap individu dinasihatkan untuk menguatkan sistem
imunisasi dalam badan. Amalan gaya hidup sihat seperti pengambilan makanan mengikut gizi yang
seimbang, bersukan dan mengambil tidur dan rehat yang secukupnya amat penting bagi menguatkan
imunisasi tubuh badan kita. Kajian juga mendapati salah satu komponen penting dalam imunisasi ialah
usus. Makanan dan minuman yang dicerna dari mulut terus ke esofagus, kemudian usus akan menyerap
nutrisi daripada bahan tersebut. Pengambilan probiotik dapat memberikan kebaikan kepada kesihatan
usus seseorang. Berdasarkan penyelidikan yang dikendalikan oleh Pusat Perubatan Universiti
Kebangsaan Malaysia menunjukkan bahawa minuman susu berkultur mengandungi probiotik L.
Acidophilus dan L. Paracasei berpotensi meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan. Justeru,
terbuktilah bahawa pengaplikasian sains dapat membantu manusia dalam mengurangkan risiko
penyakit untuk merebak.
Sejak akhir-akhir ini, perubahan iklim berlaku di segenap kawasan di dunia ini akibat pemanasan global.
Menurut Laporan Penilaian Perubahan Iklim Keenam oleh IPCC, fenomena ini berlaku berpunca daripada
aktiviti pelepasan gas rumah hijau kesan daripada aktiviti manusia. Situasi ini sudah berada di tahap
yang agak membimbangkan dan akan mengganggu kelestarian alam sekitar. Sejak dari tempoh 30
tahun lepas lagi, rantau Asia Tenggara merekodkan kejadian bencana alam yang tertinggi berbanding
rantau-rantau yang lain. Oleh hal demikian, masalah ini haruslah dibendung daripada akar umbi. Antara
usaha yang boleh dilakukan ialah menggunakan produk elektrik yang mempunyai penjimatan tenaga
yang tinggi. Penggunaan barangan elektrik memerlukan tenaga elektrik yang berpunca daripada bahan
api fosil. Oleh itu, penggunaan produk yang menjimatkan tenaga dapat mengurangkan pembakaran
bahan api fosil. Selain itu, pengitaran semula tin-tin kosong dan kertas juga mampu menyumbang
kepada alam sekitar. Di Malaysia, terdapat beberapa buah kilang percetakan buku, yang menjual buku
kertas yang berasal daripada kertas kitar semula. Tin-tin pula haruslah diguna semula kerana apabila tin
dibuang ke dalam tong sampah, ianya akan dibawa ke pusat pengumpulan sampah dan akan
mengambil masa yang lama untuk mereput.
Pada hujung tahun 2021, negara kita kita digemparkan apabila ibu negara kita iaitu, Kuala Lumpur
mengalami banjir kilat selama beberapa hari. Keadaan ini bukan sahaja melanda penduduk Kuala
Lumpur, malah turut melanda negeri-negeri lain di semenanjung Malaysia. Ramai penduduk menjadi
mangsa banjir tersebut, bahkan ada yang terperangkap di bahagian jalan sambil menunggu untuk
mendapatkan bantuan. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan menggunakan sebuah sistem penapisan
air yang digunakan semasa banjir yang dinamakan "JERNIH". Sistem ini mampu membunuh virus atau
kuman yang berada di dalam air sehingga 99% mahupun terdapat kandungan mikroorganisma seperti
kolera. Penggunaan mesin ini tidak asing lagi bagi Angkatan Tentera Malaysia, mesin ini diperkenalkan
oleh ATM di Bamyan, Afghanistan pada 2011 sebagai sistem penyulingan dan penapisan air bersih
terbaik di dunia yang bertujuan untuk membekalkan bekalan air yang bersih untuk mereka. Mesan ini
menggunakan teknologi gelombang ultra violet yang terdapat dalam tenaga solar bagi membunuh
kuman. Kesan daripada ini, jumlah mangsa banjir dapat dikurangkan dan ribuan nyawa dapat
diselamatkan. Justeru, sains dan teknologi dapat menyumbang dalam menghadapi perubahan iklim
akibat pemanasan global.
Menteri luar negara, Datuk Saifuddin Abdullah pernah berkata, kita perlu bersikap futuris dengan
mengikuti dan mempengaruhi pemikiran sains dan teknologi demi masa hadapan negara. Masyarakat
perlu menggalas tanggungjawab untuk mempraktikkan penggunaan sains dan teknologi yang lebih
mesra alam dalam kehidupan agar membina kelestarian alam sekitar untuk generasi yang akan datang.
Akhir sekali, anak-anak muda haruslah dididik dari kecil agar lebih terdedah dengan sains dan teknologi
agar dapat diaplikasikan dalam kehidupan mereka di masa akan datang. Bak kata peribahasa Melayu,
melentur buluh biarlah dari rebungnya.

You might also like