You are on page 1of 7

Kontrak sosial

Kontrak sosial merujuk kepada


persetujuan dalam kalangan
pemimpin-pemimpin komponen Parti
Perikatan di ambang kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu 1957

Perlembagaan Malaysia tidak merujuk kepada


sebuah "kontrak sosial" (dari segi hak
kewarganegaraan dan hak istimewa) secara
ketara, dan tidak terdapat sebarang undangundang atau dokumen yang pernah menjelaskan
syarat-syarat kontrak sosial secara penuh.
Pembela-pembelanya sering merujuk kepada
Perlembagaan sebagai mengemukakan kontrak
sosial, dan bapa-bapa kemerdekaaan juga
bersetuju dengannya, walaupun rujukan kepada
kontrak sosial tidak dibuat dalam Perlembagaan.

Sebaliknya, kontrak sosial biasanya dianggap sebagai


suatu persetujuan yang memberikan
kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu
dan bukan orang asli sebagai ganti untuk pemberian
hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan
orang-orang asli Sebuah buku teks kajian Malaysia
pendidikan tinggi yang menepati sukatan pelajaran
kerajaan mengatakan: "Oleh sebab pemimpinpemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan
syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin
komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan
istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya

Perlembagaan secara ketara


memberikan tanah rizab Bumiputera,
kuota dalam perkhidmatan awam,
biasiswa dan pendidikan awam,
kuota untuk lesen perniagaan, dan
kebenaran untuk memonopoli
industri-industri yang tertentu, jika
kerajaan membenarkan.

Bagaimanapun pada hakikatnya, khususunya


selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru,
akibat rusuhan kaum pada 13 Mei ketika
kaum Melayu hanya memiliki 4% daripada
ekonomi Malaysia, hak-hak istimewa
Bumiputera diperluas kepada bidang-bidang
yang lain; kuota-kuota ditentukan untuk ekuiti
Bumiputera dalam perbadanan awam, dan
diskaun-diskaun sebanyak 5% hingga 15%
untuk membeli kereta dan hartanah
diberikan.

kontrak sosial, telah merupakan satu


sumber kontoversi semenjak harihari mula bagi Malaysia. Ahli politik
Singapura, Lee Kuan Yew dari Parti
Tindakan Rakyat(PAP) secara
umumnya mempersoalkan keperluan
Artikel 153 dalam Parlimen , dan
menyeru satu Malaysian Malaysia".

You might also like