You are on page 1of 4

Nama penuh al-Biruni adalah Abu ar-Rayhan Muhammad bin Ahmad al-Biruni.

Beliau
dilahirkan di kota Bairun yang merupakan sebuah kota yang menjadi wilayah
Khawarizmi, Persia, pada tahun 973 dalam keluarga yang mementingkan pendidikan.
Nenek moyang al-Biruni adalah bangsa Persia, tapi keluarganya berkebangsaan Iran. AlBiruni tinggal di kota Bairun selama 20 tahun dan menghabiskan waktunya untuk belajar
ilmu astronomi dan sastera.
Para ilmuwan modern menyebut al-Biruni sebagai salah satu ilmuwan terbesar abad
pertengahan. Ia juga dikenal sebagai sarjana yang cerdas dan berbakat. Ia mahir
matematika, astronomi, fisika, sejarah, geografi, bahasa, dan budaya. Dalam ilmu agama,
ia dikenal sebagai seorang guru agama dan cendikiawan Islam yang jujur dan objektif.
Dalam ilmu matematik dan astronomi, ia menghasilkan empat puluh buku dan risalah.
Karyanya yang terbesar ialah Sinaat al-tanjim (seni astronomi).
Pendidikan
Beliau banyak memperoleh ilmu pengetahuan daripada seorang Putera Raja Parsi,
iaitu Abu Nasr Mansur bin Ali Jilani, pakar matematik. Keluarga Abu Nasr begitu
mengambil berat tentang al-Biruni. Al-Biruni merupakan sarjana agung pada akhir abad
ke-4H/1OM dan pakar dalam bidang astronomi, sejarah dan bahasa. Beliau hidup
sezaman dengan Ibn Sina. Antara karya beliau yang teragung ialah Rasail alBiruni, sebuah ensiklopedia astronomi dan matematik. Sebagai seorang yang dahagakan
ilmu, beliau tidak suka membuang masa. Sepanjang hayatnya ditumpukan kepada bidang
penyelidikan dan penulisan. Dengan itu, beliau dapat menguasai dua buah tamadun besar
pada ketika itu iaitu tamadun Arab dan tamadun Yunani.
Beliau mempunyai hubungan erat dengan para intelek Islam dan Kristian. Seorang
daripadanya ialah Abu Sahl Masihi (ahli flzik Kristian). Beliau juga berhubung rapat
dengan para saudagar Kristian Syria, tujuannya adalah untuk mempelajari nama-nama
orang Yunani serta sebutan dan ejaan istilah perubatan yang betul.
Sebagai AhIi Astronomi
Minat dan aktiviti al-Biruni merangkumi skop yang luas. Ini termasuklah teori-teori
abstrak tentang falsafah hinggalah kepada sains praktis matematik, geografi, fizik dan
astronomi. Bidang pengajiannya yang utama ialah astronomi. Ini adalah berdasarkan
pengakuannya sendiri iaitu:
Oleh kerana bidang saya adalah bidang astronomi dan sejak saya wujud di dunia ini lagi
saya terkenal dengan ilmu itu dan saya tidak berniat untuk keIuar dari disipIin ilmu itu,
maka saya mahu berkhidmat kepada perbendaharaan baginda (Masud) yang dikenali
sebagai nikmat, dengan menulis kanun (undang-undang) Sinaat al-Tanjim (Seni
Astronomi).
Beliau memberi contoh tentang kegunaan harian pengetahuan matematik dan astronomi.
Contoh ini menunjukkan pengaruh matahari dan bulan ketika menentukan musim dan
pasang surut air laut. Ilmu pengetahuan tentang binatang-binatang dan kedudukannya
sangat penting bagi menentukan arah pengembaraan dan perjalanan. Ia juga sangat
berguna ketika menentukan arah kiblat, waktu solat dan kedudukan garis lintang atau

bujur sesuatu bandar. Maka beliau telah menunjukkan bahawa astnonomi sangat berguna
dan sesuai menurut Islam. Teori-teori astronominya yang penting ialah seperti berikut.
1. Teori alam semesta
Al-Biruni menganggap bahawa alam semesta terletak di luar permukaan sfera yang
terhad. Pada masa yang sama beliau tidak bersetuju dengan konsep graviti alam
semesta sebagai kuasa sebenar yang terlibat seperti yang dilihat daripada pengalaman.
Beliau mendakwa bahawa,
Apabila sesuatu bahagian anggota jisim tegar bergerak secara garis Iurus dan satu
bahagian ke satu bahagian yang lain, sebaliknya jasad itu mengelilingi jasad lain dalam
gerakan bulatan yang rnenggambarkan gerakan mengelillngi satu titik tetap seperti
pusat bumi ketika jasad lain itu tegar. Walau bagaimanapun, kawasan persekitaran
matahari menyebabkan planet bergerak dalam bentuk elips.
2. Kalender dan kronologi
Beliau telah menulis satu risalah kecil yang menerangkan tentang siang dan malam
yang juga dapat membuktikan panjang siang dalam setahun di kutub. Beliau telah
mencipta sejenis alat untuk mengukur masa dan waktu di siang hariserta menulis
buku mengenainya iaitu Tabir al-Mizan wa Taqbir al-Azman. Bukunya yang
bertajuk Tanqih
al-Tawarikh membincangkan
tentang
tarikh.
Manakala
buku Tasawwur Amr al-Fajr waalShafiq fi Jihat al-Gharb wa al-Sharq pula
inembincangkan tentang terbitnya fajar.
Qanun al-Masudi adalah antara bukunya yang terakhir yang membincangkan
perkara di atas dengan lebih terperinci. Ia membincangkan tentang siang dan malam,
bulan dan tahun, bulan serta matahari, juga penerangan terperinci mengenai
perbezaan takwiin, maklumat tambahan (baru) mengenai kalendar orang India,
mengubah takwin Sakkala kepada takwin Hijrah.
3. Matahari
Al-Biruni turut membuat kajian tentang Matahari dan perkara-perkara yang berkaitan
seperti berikut:
(a) Sifat fizikal Matahari
Al-Biruni cekap dalam pengajian ilmu fizik dan kadangkala memberikan
sumbangan asli. Misalnya, beliau membuat kajian mengenai sifat fizikal waktu
Matahari. Menurutnya Matahari ialah jasad yang panas bagi letusan solar yang
boleh diperhatikan apabila gerhana penuh, samajuga seperti nyalaan yang
muncul di sekeliling jasad yang membakar.

(b)

Gerakan tahunan
AI-Biruni mempercayai teori geosentrik dan menganggap Matahani bergerak
mengelilingi Bumi. Beliau berfikir bahawa gerakan matahari yang perlahan dan
cepat menggambarkan sesuatu orbit.

(c) Fajar dan senja


Beliau membincangkan alasan-alasan bagi tempoh fajar dan senja. Al-Biruni
mendapati senja (pagi dan petang) terjadi apabila Matahari berada 18 di bawah
ufuk. Penyelidik moden mengesahkan penemuan al-Biruni ini. Beliau menulis
buku al-Lamat mengenai perkara ini.
Kejayaan Al-Biruni dalam bidang sains dan ilmu pengetahuan ini turut mendapat pujian
ilmuwan Barat. Max Mayerhof misalnya menyatakan, Abu Raihan Muhammad ibn AlBiruni digelar sebagai ahli kedoktoran, astronomi, matematik, ilmu fizik, geografi , dan
sejarah. Dia mungkin sosok paling menonjol dan peneraju zaman keemasan ilmu
pengetahuan Islam.
Pengakuan yang sama juga dinyatakan oleh ahli sejarah asal India, Si JN Sircar. Beliau
menulis Hanya sedikit yang memahami fizik dan matematik. Di antara yang sedikit itu
yang terbesar di Asia adalah Al-Biruni, sekaligus filsuf dan ilmuwan. Ia pakar dalam
kedua bidang tersebut. Tokoh dan ilmuwan ulung ini akhirnya menghadap Ilahi Rabbi
pada 1048 M, semasa berusia 75 tahun.

Rujukan:
http://tayibah.com/eIslam/al-biruni.php
http://tokoh1038.blogspot.com/2009/03/abu-raihan-al-biruni-pakar-ilmu-fizik.html
http://serunaihati.blogspot.com/2012/10/biografi-al-biruni-ilmuwan-muslim-ahli.html
http://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/bidang-sains-dan-teknologi/
http://kidsislamic3.blogspot.com/2013/02/riwayat-hidup-ibnu-sina-dan_4.html
https://www.scribd.com/doc/79984152/Sumbangan-Islam-Dalam-Matematik-AstronomiDan-Perubatan
http://koki-forshort.blogspot.com/2013/05/sumbangan-al-khwarizmi-dalam-bidang.html

You might also like