You are on page 1of 6

AL-BIRUNI

Nama penuhnya Abu Rayhan Muhammad bin Ahmad al-Biruni daripada


keluarga Tajik. Lahir pada 3 Zulhijjah 362H @ 4 September 973M di Parsi. Menurut
kitab al-Ansab yang ditulis oleh Samani dan kitab Mujam al-Buldan yang ditulis
oleh Yaqut al-Hamawi, penduduk Khawarizm memanggil orang asing sebagai biruni
(dalam bahasa Parsi). Maka atas alasan inilah yang menyebabkan Abu Rayhan
dikenali sebagai al-Biruni kerana beliau merupakan orang asing bagi penduduk
Khawarizm.
Sarjana lain menyatakan beliau bukan dilahirkan di Khawarizm, tetapi di Birun,
iaitu sebuah bandar di luar Kath. Bandar Khawarizm terletak 20 farsakh (60 km) dari
Kath yang menjadi ibu kota kerajaan pemerintahan putera-putera Mamuniyah. Oleh
itu ada kemungkinan apabila Khawarizm menjadi ibu kota Mamuniyah, maka
penduduk Kath yang berhijrah ke bandar itu digelar biruni. Oleh kerana Abu Rayhan
orang yang lebih terkenal di kalangan mereka, maka gelaran ini diberikan kepadanya.
Beliau turut digelar Khawanizini kerana nama kawasan itu juga dipanggil
Khawanizin.

Pendidikan

Beliau banyak memperoleh ilmu pengetahuan daripada seorang Putera Raja Parsi,
iaitu Abu Nasr Mansur bin Ali Jilani, pakar matematik. Keluarga Abu Nasr begitu
mengambil berat tentang al-Biruni. Al-Biruni merupakan sarjana agung pada akhir
abad ke-4H/1OM dan pakar dalam bidang astronomi, sejarah dan bahasa. Beliau
hidup sezaman dengan Ibn Sina. Antara karya beliau yang teragung ialah Rasail al-
Biruni, sebuah ensiklopedia astronomi dan matematik. Sebagai seorang yang
dahagakan ilmu, beliau tidak suka membuang masa. Sepanjang hayatnya ditumpukan
kepada bidang penyelidikan dan penulisan. Dengan itu, beliau dapat menguasai dua
buah tamadun besar pada ketika itu iaitu tamadun Arab dan tamadun Yunani.
Beliau mempunyai hubungan erat dengan para intelek Islam dan Kristian. Seorang
daripadanya ialah Abu Sahl Masihi (ahli flzik Kristian). Beliau juga berhubung rapat
dengan para saudagar Kristian Syria, tujuannya adalah untuk mempelajari nama-nama
orang Yunani serta sebutan dan ejaan istilah perubatan yang betul.
Sebagai AhIi Astronomi
Minat dan aktiviti al-Binuni merangkumi skop yang luas. Ini termasuklah teori-teori
abstrak tentang falsafah hinggalah kepada sains praktis matematik, geografi, fizik dan
astronomi. Bidang pengajiannya yang utama ialah astronomi. Ini adalah berdasarkan
pengakuannya sendiri iaitu:

Oleh kerana bidang saya adalah bidang astronomi dan sejak saya wujud di dunia ini
lagi saya terkenal dengan ilmu itu dan saya tidak berniat untuk keIuar dari disipIin
ilmu itu, maka saya mahu berkhidmat kepada perbendaharaan baginda (Masud) yang
dikenali sebagai nikmat, dengan menulis kanun (undang-undang) Sinaat al-Tanjim
(Seni Astronomi).

Beliau memberi contoh tentang kegunaan harian pengetahuan matematik dan


astronomi. Contoh inimenunjukkan pengaruh matahari dan bulan ketika menentukan
musim dan pasang surut air laut. Ilmu pengetahuan tentang binatang-binatang dan
kedudukannya sangat penting bagi menentukan arah pengembaraan dan perjalanan.
Iajuga sangat berguna ketika menentukan arah kiblat, waktu solat dan kedudukan
garis lintang atau bujur sesuatu bandar. Maka beliau telah menunjukkan bahawa
astnonomi sangat berguna dan sesuai menurut Islam. Teori-teori astronominya yang
penting ialah seperti berikut.
1. Teori alam semesta
Al-Biruni menganggap bahawa alam semesta terletak di luar permukaan sfera
yang terhad. Pada masa yang sama beliau tidak bersetuju dengan konsep graviti
alam semesta sebagai kuasa sebenar yang terlibat seperti yang dilihat daripada
pengalaman. Beliau mendakwa bahawa,
Apabila sesuatu bahagian anggota jisim tegar bergerak secara garis Iurus dan satu
bahagian ke satu bahagian yang lain, sebaliknya jasad itu mengelilingi jasad lain
dalam gerakan bulatan yang rnenggambarkan gerakan mengelillngi satu titik tetap
seperti pusat bumi ketika jasad lain itu tegar. Walau bagaimanapun, kawasan per-
sekitaran matahari menyebabkan planet bergerak dalam bentuk elips.
2. Kosmogeni
Walaupun Qanun al-Masudi tidak membincangkan asal-usul alam Semesta tetapi
al-Biruni membincangkannya secara terpeninci dalam bukunya al-Tahdid. Beliau
menolak pandangan yang menyatakan dunia ini kekal. Beliau mengumpul
pelbagai arus pertukaran bumi di zamannya dan melengkapkan karya Abdul al-
Malik al-Tayyib al-Busti yang mempunyai muka surat.
3. Teori geosentrik
Al-Biruni dan cendikawan sezamannya sering memikirkan tentang kontroversi
geosentnik dan heliosentrik. Beliau mengatakan bahawa sebarang teori baru tidak
dapat diterima tanpa bukti sains yang kukuh. Selagi sesuatu teori alternatif yang
sebenar belum ditemui maka wajarlah seseorang itu mempercayai dan menerima
teori dan penerangan yang terdahulu. Al-Biruni menulis mengenai pergerakan
matahari dalam sebuah buku berjudul Kitab al-Tatbiq fi Tahqiq Harakat al-Syam
yang berkaitan dengan teori ini.
4. Kalender dan kronologi
Beliau telah menulis satu risalah kecil yang menerangkan tentang siang dan
malam yang juga dapat membuktikan panjang siang dalam setahun di kutub.
Beliau telah mencipta sejenis alat untuk mengukur masa dan waktu di siang
hariserta menulis buku mengenainya iaitu Tabir al-Mizan wa Taqbir al-Azman.
Bukunya yang bertajuk Tanqih al-Tawarikh membincangkan tentang tarikh.
Manakala buku Tasawwur Amr al-Fajr wa alShafiq fi Jihat al-Gharb wa al-
Sharq pula inembincangkan tentang terbitnya fajar.
Qanun al-Masudi adalah antara bukunya yang terakhir yang membincangkan
perkara di atas dengan lebih terperinci. Ia membincangkan tentang siang dan
malam, bulan dan tahun, bulan serta matahari, juga penerangan terperinci
mengenai perbezaan takwiin, maklumat tambahan (baru) mengenai kalendar orang
India, mengubah takwin Sakkala kepada takwin Hijrah.
5. Matahari
Al-Biruni turut membuat kajian tentang Matahari dan perkara-perkara yang
berkaitan seperti berikut:
(a) Sifat fizikal Matahari
Al-Biruni cekap dalam pengajian ilmu fizik dan kadangkala memberikan
sumbangan asli. Misalnya, beliau membuat kajian mengenai sifat fizikal
waktu Matahari. Menurutnya Matahari ialah jasad yang panas bagi letusan
solar yang boleh diperhatikan apabila gerhana penuh, samajuga seperti
nyalaan yang muncul di sekeliling jasad yang membakar.

(b) Gerakan tahunan


AI-Biruni mempercayai teori geosentrik dan menganggap Matahani bergerak
mengelilingi Bumi. Beliau berfikir bahawa gerakan matahari yang perlahan
dan cepat menggambarkan sesuatu orbit.
(c) Panjang tahun solar (tropika)
Semasa mengkaji panjang tahun solar, al-Biruni memerhati perubahan dan
perbezaan pendapat mengenai zaman lepas. Beliau melaporkan ada empat
rumusan yang berbeza iaitu 365.2426, 265.2421, 365.398 dan 365.248 hari.
Al-Biruni membuat pengiraan bahawa terdapat 365 hari, 5 jam dan 46 minit.
Kalendar Jalali juga mendapat 365 hari, 5 jam, 49 minit. Kiraan al-Biruni ini
tidak jauh perbezaannya dengan kiraan moden iaitu 365 hari, 5 jam, 48 ininit
dan 47 saat.
Ketika menuhis Qanun, beliau mengira titik yang tertinggi di antara
Matahari dengan Bumi bergerak satu darjah dalam masa 1/3 tahun, dan 0, 0,
7, 44, 54 dalam satu hari. Perkiraan yang telah dibuat oleh al-Biruni ini
hampir sama dengan angka moden iaitu 52.2 setiap tahun dan satu darjah
dalam masa 72 tahun.

(d) Fajar dan senja

Beliau membincangkan alasan-alasan bagi tempoh fajar dan senja. Al-Biruni


mendapati senja (pagi dan petang) terjadi apabila Matahari berada 18 di
bawah ufuk. Penyelidik moden mengesahkan penemuan al-Biruni ini. Beliau
menulis buku al-Lamat mengenai perkara ini.

Sebagai AhIi Sains


Walaupun al-Biruni lebih melibatkan dirinya dalam bidang astronomi namun beliau
mahir dalam ilmu matematik. Al-Biruni dapat menguasai geometri, aritmetik dan
menggunakan algebra dengan mahir. Beliau juga berminat dalam bidang fizik namun
tidak meminati bidang muzik.
1. Trigonometri sfera
Al-Biruni menuhis Kitab Maqalid Ilm al-Haiah fi Basit al-Kurah. Buku itu
dihasilkan sebagai satu karya yang setanding dengan buku astronomi berjudul al-
Tafhim kerana penguasaan bahasa dan subjeknya yang baik dan mudah difahami.
Ketika ahli sains ini berusia 60 tahun, beberapa karya beliau dilengkapkan lagi.
Satu daripadanya diberi tajuk Jami al-Tarq al-Sairah fi Marafah Awtar al-
Dairah yang membincangkan mengenai kaedah-kaedah dalam penemuan ukur
lilit bulatan.
Al-Biruni patut diberi penghargaan kerana beliau menganggap trigonometri
sebagai bidang yang terpisah dengan astronomi mengembangkannya dengan cara
yang sistematik. Beliau tidak membataskan dirinya setakat huraian yang ringkas
tetapi membandingkannya dengan bahan dan keterangan lain yang berkaitan,
menilai, mengkritik dan memberi pengolahan yang lebih baik.
Karangan Qanun al-Masudi yang berkaitan dengan trigonometri me-
ngandungi 10 bab. Bab pertama menerangkan cara-cara mendapatkan sisi-sisi
daripada pelbagai gambar rajah seperti segi tiga sisi dan segi empat sama hingga
segi sepuluh jejari sesuatu bulatan. Bab seterusnya membincangkan cara untuk
mendapatkan pelbagai garis rentak lentuk. Teori ini beliau gunakan ketika
menentukan sinus bagi sudut-sudut yang berganda.
Beliau turut membincangkan tentang jejari bulatan sebagai satu kesatuan
mnenggantikan 60. Ini akan memendekkan lagi kerja-kerja pengiraan. Beliau
berjaya mendahului ahli matematik yang lain dengan membuktikan rumus sinus
dalam satah segi tiga iaitu.
sinA = sinB = sinC
a b c

Banyak lagi rumus-rumus yang dikemukakan dan diperkenalkan oleh beliau.


Beliaulah orang pertama yang berjaya membuktikan rumusan sinus bagi satah segi
tiga. Beliau cekap menggunakan rumus dan penentu dalaman dan yang pertama
memberikan contoh mengenai kalkulus dan teorem umum.
2. Aritmetik orang India

Di samping trigonometri sfera, al-Biruni turut menguasai aritmetrik orang India.


Beliau telah menulis beberapa buah buku berhubung dengan subjek itu. Antaranya
ialah,
(a) Rashikat al-Hind iaitu Zodiak di India
(b) Kaedah aritmetik yang berbeza dalam Brahma Siddhant
(c) Kaedah-kaedah orang India (Rusum al-Hind) dalam pengajaran
aritmetrik.
(d) Mansubat al-Darab yang menerangkan tentang kaedah mendarab yang
berbeza.
3. Cahaya dan bunyi
Al-Biruni mempercayai bahawa cahaya lebih laju daripada bunyi. Menurut beliau
sinaran membawa haba dari Matahari dan ia dapat menembusi air dan udara.
Beliau juga mendapati senja kala bermula atau berakhir apabila Matahari berada
di bawah kaki langit. Penemuan al-Biruni ini sama dengan penemuan moden.
4. Graviti

Beliau turut memberikan sumbangan yang besar dalam bidang graviti. Beliau
menolak pandangan Aristotle yang menganggap langit tidak mempunyai kuasa
graviti. Beliau menolak idea bahawa tempat asal bagi air ialah di atas bumi kerana
tidak ada tempat asal bagi sesuatu objek. Menurutnya jika air mengalir ia akan
sampai ke pusatnya.
5. Ketumpatan

Beliau dapat menyukat dengan betul ketumpatan bahan-bahan. Al-Biruni


menggunakan suatu alat yang berfungsi sebagai dosimeter untuk menyukat
ketumpatan. Beliau dapat menyukat air yang begitu tepat sehinggakan hasil
pencubaannya itu selaras dengan nilai moden. Beliau turut memberikan
sumbangan yang tulen dalam bidang hidrostatik. Beliau menerangkan fenomena
tentang banjir, mata air dan pninsip-prinsip yang berkaitan. Al-Biruni
menggunakan emas, raksa, zamrud dan kuartza untuk menentukan ketumpatan.
Dalam bidang mekanik behiau telah mengukur ketumpatan relatif beberapa logam
dan bahan bukan logam dengan kejituan yang tinggi. Beberapa keputusan
dicatatkan seperti berikut:

Bahan Ukuran dengan Ukuran dengan Moden


emas raksa

Emas 19.26 19.05 19.26


Raksa 13.74 13.59 13.59
Tembaga 8.92 8.83 8.85
Loyang 8. 67 8.58 8.40
Besi 7.82 7.74 7.79
Plumbum 11.40 11.29 11.35

Jadual di atas merupakan penemuan al-Biruni yang kiraannya hampir sama


dengan kiraan moden. Sumbangan beliau dalam menyukat ketumpatan sangat
bermanfaat kerana beliau berjaya membuat ukuran tepat.
6. Mekanik

Al-Biruni memberikan sumbangan yang banyak dalam bidang mekanik. Beliau


mahir dalam bidang pengetahuan tentang peralatan. Beliau telah mencipta dua alat
yang istimewa. Satu daripadanya ialah pengimbang hidrostatik. Melalui alat ini
beliau dapat mencari ketumpatan 18 bahan. Satu lagi alat ialah sejenis balai cerap
yang baru, ia dinamakan al-Ustawani yang beliau gunakan untuk mengukur
bintang-bintang, ketinggian menara dan bukit, dan kedalaman telaga atau sungai.
7. Berat dan ukuran

Minatnya dalam matematik menyebabkan al-Biruni mempelajari tentang berat dan


ukuran. Ini kenana ia berkait rapat dengan bidang kajian astronomi dan fizik.
Ketumpatan sebenar 18 bahan yang diukur oleh beliau menunjukkan
kepakarannya dalam menyediakan berat dan ukuran yang paling tepat.
8. Geografi, geodesi dan stratografi
Al-Biruni telah memberikan sumbangan yang sangat berharga dalam bidang
geografi. Antaranya beliau telah membezakan antara kuala dan teluk. Beliau
menganggap semua kelompok Eurasia dan Afrika sebagai satu benua yang
didapati terletak di Barat dan Timur. Ahli geografi agung ini tahu tentang banjaran
gunung di India yang dikenali sebagai Himalaya. Dalam bukunya India, beliau
membincangkan peranan kawasan pengunungan dalam menyumbang hujan lebat
dan melindungi sebahagian daerah Kashmir.
Pengetahuan al-Biruni tentang Asia sangat luas. Beliau memberitahu dengan
terpeninci tentang negeri Turki, yang berkaitan dengan Sungai Augarer dan kawasan
Tasik Baikal. Namun sumbangan utama beliau ialah tentang India. Beliau
memberikan maklumat tentang kawasan barat laut India.
Al-Biruni telah mengarang beberapa karya geografi, antaranya Tahdid Nihayat
al-Amakin (Penentuan Batas Daerah). Beliau telah menghasilkan kaedah baru untuk
mengukur latitud (darjah lintang) dan longitud (darjah bujur) dan membuat
pengukuran sendiri untuk menetapkan antupoda dan kebulatan bumi juga ketinggian
dan sifat-sifat geografi bandar-bandar. Beliau telah membuat ukuran bagi
menaksirkan lilitan bumi dan mendapat anggarannya 25,000 batu. Daripada al-Biruni
kita mendapat tahu bahawa pada abad ke-11, saudagar-saudagar Muslim telah sampai
di pulau-pulau Lautan India berhampiran dengan Pulau Jawa.
Beliau meninggal dunia pada 1 September 1048 @ 12 Rejab 440H.

You might also like