You are on page 1of 26

PANDUAN

PELAKSANAAN
MELINDUNGI
MASA
INSTRUKSIONAL
(MMI)

Bahagian di Kementerian
Pelajaran Malaysia, Jabatan
Pelajaran Negeri, Pejabat
Pelajaran Daerah, dan
Sekolah

Kementerian Pelajaran Malaysia


Sektor Operasi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

PANDUAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL


(MMI) DI BAHAGIAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA,
JABATAN PELAJARAN NEGERI, PEJABAT PELAJARAN DAERAH,
DAN SEKOLAH

1. LATAR BELAKANG

1.1 Panduan pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) ini adalah


untuk meningkatkan kesedaran Bahagian Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran
Daerah (PPD), dan sekolah tentang pentingnya melindungi waktu
pembelajaran murid dalam bilik darjah di semua sekolah.

1.2 Panduan ini diharapkan dapat membantu Bahagian, JPN, PPD,


pemimpin sekolah, dan guru untuk memberi perhatian terhadap usaha
melindungi masa instruksional di sekolah supaya kualiti pembelajaran
murid dapat ditingkatkan.

1.3 Bahagian, JPN, PPD, dan pihak pengurusan sekolah seharusnya


memastikan keberadaan guru di sekolah dan di dalam bilik darjah
ditingkatkan dan seterusnya memaksimumkan masa pengajaran guru.

1.4 MMI merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional


dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah.

1.5 Amalan MMI akan dapat memastikan peningkatan keberhasilan


pembelajaran murid di sekolah.

Muka Surat 1 / 19
Sektor Operasi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

1.6 Pengetua dan Guru Besar sebagai pemimpin instruksional perlu memberi
tumpuan dan tunjuk ajar, berkongsi bersama dalam membuat keputusan,
memelihara dan mempertahankan perkara-perkara asas (basics),
memanfaat dan mengoptimumkan masa pengajaran dan pembelajaran
(PdP) dan sentiasa tampak di sekolah.

1.7 Di samping itu, guru perlu mendapat sokongan pemimpin dan komuniti
setempat termasuk ibu bapa dengan meningkatkan jaringan
profesionalisme inter dan intra sekolah atau daerah demi meningkatkan
keberhasilan pembelajaran murid.

2. RASIONAL MMI

2.1 Keberhasilan pembelajaran murid merupakan fokus utama dalam semua


program dan rancangan yang dirangka oleh KPM. Sejajar dengan itu,
KPM perlu memastikan PdP dapat dilaksanakan tanpa halangan bagi
mencapai objektif yang disasarkan untuk meningkatkan keberhasilan
pembelajaran murid.

2.2 MMI sangat penting dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di


sekolah. Hal ini perlu diberi perhatian dalam memastikan peningkatan
keberhasilan pembelajaran murid ke arah membangunkan modal insan
yang kritis, kreatif dan inovatif.

2.3 Pengurangan masa instruksional perlu dibendung bagi memastikan


tempoh masa untuk pembelajaran berkesan dalam kalangan murid
meningkat.

2.4 Mesyuarat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi


Pendidikan) (TKPPM SOP) bersama Pengarah Bahagian-bahagian,

Muka Surat 2 / 19
Sektor Operasi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

Sektor Operasi Pendidikan (SOP) telah memutuskan untuk


mencadangkan supaya MMI dilaksanakan bagi memastikan pendidikan
berkualiti disediakan untuk murid melalui keberadaan guru (guru mata
pelajaran atau guru ganti) yang berfungsi sewajarnya dalam bilik darjah.

2.5 MMI telah dipersetujui oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM)
pada 3 September 2012, dan pelaksanaan taklimat kepada semua JPN dan
PPD oleh TKPPM-OP telah disempurnakan bagi memastikan konsep
MMI difahami dengan jelas.

2.6 Bahagian, JPN, PPD, dan pemimpin sekolah serta guru diminta
merancang dan meningkatkan usaha MMI melalui strategi jangka pendek
dan strategi jangka panjang.

2.7 Keputusan Mesyuarat Pengurusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia


Bil. 6/2012 telah mengutarakan tiga fokus utama pendidikan iaitu murid,
guru dan pemimpin sekolah. Salah satu fokus yang telah diberi perhatian
oleh KPPM adalah semua JPN, PPD dan sekolah perlu memastikan guru
berada dalam bilik darjah (guru mata pelajaran atau guru ganti) semasa
proses PdP bagi melindungi waktu pembelajaran murid.

2.8 Pada 18 Disember 2012, satu taklimat telah diberikan kepada KPPM dan
beliau telah memutuskan satu garis panduan pelaksanaan MMI
disediakan kepada Bahagian, JPN, PPD dan sekolah bagi memastikan
semua guru kembali kepada yang asas iaitu pemimpin instruksional, guru
mengajar dan murid belajar.

Muka Surat 3 / 19
Sektor Operasi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

3. KERANGKA KONSEP MMI

Melindungi Masa Instruksional (MMI)

KEMBALI KEPADA YANG ASAS

PEMIMPIN GURU MURID


INSTRUKSIONAL MENGAJAR BELAJAR

Memaksimumkan Masa Instruksional

4. OBJEKTIF PELAKSANAAN MMI

4.1 Memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan memahami konsep


MMI.
4.2 Memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan dapat
meningkatkan usaha bagi melindungi masa instruksional (protecting
instructional time) di sekolah untuk meningkatkan keberhasilan
pembelajaran murid.
4.3 Bahagian, JPN, dan PPD dapat menyebarluaskan konsep MMI di semua
sekolah di bawah pentadbiran masing-masing.
4.4 Memastikan peningkatan masa pembelajaran akademik (academic
learning time) dalam kalangan murid di semua sekolah.
4.5 Memastikan guru berada dalam bilik darjah (guru mata pelajaran atau
guru ganti) dan berfungsi sewajarnya bagi memastikan PdP dilaksanakan.

Muka Surat 4 / 19
Sektor Operasi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

5. KEPENTINGAN MMI

5.1 Merealisasikan visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia.


 Visi – Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
 Misi – Membangunkan Potensi Individu Melalui Pendidikan
Berkualiti

5.2 Memastikan masa instruksional murid di sekolah dilindungi.

5.3 Meningkatkan profesionalisme guru.

6. PERANAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) –


SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN (SOP)

6.1 Menyediakan panduan pelaksanaan MMI yang jelas kepada Bahagian,


JPN, PPD, dan sekolah.

6.2 Menyediakan laporan program dan aktiviti yang melibatkan guru dan
murid seperti Lampiran A serta melaporkan status pelaksanaan MMI
dalam Mesyuarat Pengurusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
sebanyak enam kali dalam masa setahun.
.
6.3 Melaksanakan pemantauan secara berkala terhadap pelaksanaan pelan
tindakan MMI di JPN.
 Meminimumkan pergerakan guru keluar dari sekolah.
 Berusaha meningkatkan PdP di sekolah.

6.4 Penjajaran semula dengan usaha penambahbaikan terhadap pelaksanaan


MMI di JPN.

Muka Surat 5 / 19
Sektor Operasi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

7. PERANAN BAHAGIAN-BAHAGIAN KPM

7.1 Mesyuarat/Kursus/Bengkel/Latihan yang dilaksanakan perlu mengambil


kira kepentingan MMI dan memastikan pergerakan guru keluar dari
sekolah dapat diminimumkan.

7.2 Menyediakan laporan bulanan berkaitan dengan program yang


melibatkan guru dan murid seperti LAMPIRAN A dan menghantarnya
kepada urus setia MMI SOP pada setiap 7hb.

7.3 Melaksanakan penjajaran dan penambahbaikan semula hasil daripada


laporan setiap bulan termasuk isu dan cadangan penyelesaian.

8. PERANAN JPN

8.1 Urus setia MMI peringkat negeri.

8.2 Pemantauan terhadap semua PPD (kecuali Perlis, Labuan dan Putrajaya
pemantauan terus ke semua sekolah).
 Meminimumkan pergerakan guru keluar dari sekolah.
 Berusaha meningkatkan PdP di sekolah.

8.3 Semua pelaporan pelaksanaan MMI perlu dibentangkan dalam Mesyuarat


Pengurusan Bulanan Jabatan yang dipengerusikan oleh Pengarah JPN.

8.4 Menyedia dan merumuskan laporan bulanan berkaitan dengan program


yang melibatkan guru dan murid seperti LAMPIRAN A serta
menghantar kepada urus setia MMI SOP pada setiap 7hb.

Muka Surat 6 / 19
Sektor Operasi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

8.5 Menghantar laporan berkala (dua bulan sekali bermula Februari)


pelaksanaan pelan tindakan MMI seperti LAMPIRAN B dihantar setiap
7hb. kepada urus setia SOP.

8.6 Melaksanakan penjajaran dan penambahbaikan semula hasil daripada


laporan setiap bulan termasuk isu dan cadangan penyelesaian.

9. PERANAN PPD

9.1 Urus setia MMI peringkat PPD.

9.2 Pemantauan terhadap semua sekolah.


 Meminimumkan pergerakan guru keluar dari sekolah.
 Berusaha meningkatkan PdP di sekolah.

9.3 Semua pelaporan pelaksanaan MMI perlu dibentangkan dalam Mesyuarat


Pengurusan Bulanan PPD yang dipengerusikan oleh Pegawai Pelajaran
Daerah.

9.4 Menyedia dan merumuskan laporan bulanan berkaitan dengan program


yang melibatkan guru dan murid seperti LAMPIRAN A serta
menghantar kepada urus setia MMI JPN pada setiap 5hb.

9.5 Menghantar laporan berkala (dua bulan sekali bermula Februari)


pelaksanaan pelan tindakan MMI seperti LAMPIRAN C dihantar setiap
5hb kepada urus setia JPN.

9.6 Melaksanakan penjajaran dan penambahbaikan semula hasil daripada


laporan setiap bulan termasuk isu dan cadangan penyelesaian.

Muka Surat 7 / 19
Sektor Operasi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

10. PERANAN SEKOLAH

10.1 Merancang dan melaksanakan program/aktiviti yang tidak menjejaskan


PdP murid.

10.2 Mengenal pasti keperluan guru keluar (urusan rasmi dan bukan rasmi).

10.3 Memastikan guru ganti memaksimumkan PdP dalam bilik darjah.

10.4 Memastikan PdP dilaksanakan secara optimum dengan menyediakan


Laporan Keberadaan Guru Dalam Bilik Darjah seperti di
LAMPIRAN E.

10.5 Memastikan program dan aktiviti sekolah tidak menjejaskan PdP.

10.6 Menyedia dan merumuskan laporan bulanan berkaitan dengan program


yang melibatkan guru dan murid seperti LAMPIRAN A serta
menghantar kepada urus setia MMI PPD atau JPN (yang tiada PPD) pada
setiap 2hb.

10.7 Menghantar laporan berkala (dua bulan sekali bermula Februari)


pelaksanaan pelan tindakan MMI seperti LAMPIRAN D setiap 2hb
kepada urus setia MMI PPD.

10.8 Melaksanakan penjajaran dan penambahbaikan semula hasil daripada


laporan setiap bulan termasuk isu dan cadangan penyelesaian.

Muka Surat 8 / 19
Sektor Operasi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

11. PANDUAN UMUM SEKOLAH

11.1 Pemimpin Sekolah (Rujuk LAMPIRAN 1)

 Mengenal pasti kaedah pembinaan jadual waktu yang sesuai dan


memastikan semua kelas sentiasa ada guru dan PdP dilaksanakan
dengan berkesan.
 Memastikan pelaksanaan kokurikulum di sekolah mematuhi
ketetapan Kementerian Pelajaran Malaysia dan meminimum
kekerapan guru keluar meninggalkan bilik darjah (PdP).
 Memastikan murid dapat ditaksir berdasarkan Dokumen Standard
Prestasi.
 Memastikan pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
secara school based bagi melindungi masa instruksional di
sekolah.

11.2 Kepimpinan Instruksional (Rujuk LAMPIRAN 2)

 Meningkatkan potensi kepimpinan dan amalan kepimpinan


instruksional di sekolah.
 Memastikan kualiti PdP di dalam bilik darjah berkesan.

11.3 Guru: Keberkesanan Guru Mengajar (Rujuk LAMPIRAN 3)

 Mengoptimumkan masa instruksional di dalam bilik darjah.


 Memastikan PdP berkesan berasaskan teknologi dan inovasi.
 Meningkatkan kompetensi guru.

Muka Surat 9 / 19
Sektor Operasi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

11.4 Murid Belajar (Rujuk LAMPIRAN 4)

 Memastikan guru berada di sekolah dan melaksanakan PdP


dengan berkesan di dalam bilik darjah.
 Memastikan guru berupaya membangun kemajuan murid
mengikut potensi.
 Meningkatkan keberhasilan murid.

12. RUMUSAN

12.1 Semua warga KPM seharusnya membudayakan MMI sepenuhnya


dengan menjadikannya sebagai panduan (Kembali Kepada Yang Asas :
Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar) bagi
mencapai elemen kualiti dan memenuhi aspirasi sistem pendidikan
Malaysia.

12.2 Pemikiran serta budaya organisasi pembelajaran dalam komuniti sekolah


perlu ditingkatkan ke arah menghasilkan budaya pembelajaran kendiri di
samping mengoptimumkan masa pengajaran untuk pembelajaran
berkesan. Semoga hasrat kerajaan untuk mentransformasikan pendidikan
negara dapat dicapai khususnya berada dalam kelompok sepertiga teratas
dalam pentaksiran antarabangsa menjelang 2028.

12.3 Diharapkan MMI yang berkesan akan dapat dicapai apabila pihak
pengurusan sekolah berupaya memastikan peningkatan masa
pembelajaran akademik (academic learning time) dalam kalangan murid
di semua sekolah.

12.4 Peningkatan kualiti instruksional dalam kalangan guru merupakan


sasaran utama dengan membangun, melatih semula dan meningkatkan

Muka Surat 10 / 19
Sektor Operasi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

kemahiran pengajaran guru melalui kaedah pembangunan professional


learning community (PLC) dan pembangunan profesionalisme guru
secara berasaskan sekolah yang lebih kontekstual.

12.5 Semua pihak perlu terlibat dan memainkan peranan masing-masing


dengan mengambil tindakan dan inisiatif dalam memastikan amalan
MMI dipraktiskan di sekolah. Ini sudah pasti dapat memberi sumbangan
yang bermakna kepada pencapaian matlamat Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

Muka Surat 11 / 19
Sektor Operasi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

LAMPIRAN 1

Pentadbir : Pentadbiran/ Pengurusan Sekolah

 Mengenalpasti kaedah pembinaan jadual waktu yang sesuai dan memastikan


semua kelas sentiasa ada guru dan PdP dilaksanakan dengan berkesan.

 Melaksanakan pengagihan waktu PdP mengikut pekeliling dan buku


panduan sedia ada.
 Pengagihan waktu mata pelajaran perlu seimbang antara guru dan ada
waktu senggang antara waktu PdP.
 Jadual waktu penggunaan bilik-bilik khas dibuat dengan teliti.
 Menyediakan jadual guru ganti yang yang adil untuk semua guru dan
berkesan.
 Memantapkan penyediaan jadual waktu atau jadual ganti.
 Penyediaan profil guru.
 Rekod guru ganti yang sistematik.
 Lelong waktu/jadual anjal/sistem set.
 Penyediaan bilik transit/khas.
 Kelas gabung yang signifikan.
 Subjek & tahun/tingkatan setara.
 Taklimat/bengkel pengurusan jadual waktu kepada semua guru.
 Penanda arasan amalan terbaik jadual waktu/jadual ganti.

 Memastikan pelaksanaan kokurikulum di sekolah mematuhi ketetapan


Kementerian Pelajaran Malaysia dan meminimum kekerapan guru keluar
meninggalkan bilik darjah (PdP).

 Membina dan mematuhi jadual aktiviti kokurikulum sekolah di luar


waktu PdP.

Muka Surat 12 / 19
Sektor Operasi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

 Merancang takwim yang lengkap untuk semua aktiviti kokurikulum bagi


melindungi masa intruksional.
 Pelaksanaan aktiviti kokurikulum hendaklah seiring/ mengambil kira
kandungan kurikulum.
 Mengadakan kursus dan bengkel pelaksanaan aktiviti kokurikulm
seboleh-bolehnya tidak melibatkan masa PdP.
 Pemantauan yang berkala dan sistematik.

 Memastikan murid dapat ditaksir berdasarkan Dokumen Standard Prestasi.

 Pengetua/Guru Besar dan guru mematuhi pelan pelaksanaan PBS.


 Pencerapan klinikal oleh pentadbir sekolah.
 Tiada pengasingan antara pentaksiran dengan PdP yang berlangsung.

 Memastikan pelaksanaan LDP secara school based bagi melindungi masa


instruksional di sekolah.

 Kerjaya secara in-situ di sekolah.


 Kursus secara e-Pembelajaran di luar waktu sekolah.
 Melaksanakan pengoperasian LDP secara School Based.
 Permohonan dan pelaporan kursus melalui sistem online –
(e-SPLG).
 Pemantauan LDP secara berkesan.

Muka Surat 13 / 19
Sektor Operasi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

LAMPIRAN 2

Kepimpinan Instruksional

 Meningkatkan potensi kepimpinan dan amalan kepimpinan instruksional di


sekolah.

 Latihan Kepimpinan Instruksional kepada pemimpin sekolah (Pengetua


dan Pemimpin Pertengahan).
 Perkongsian amalan terbaik PdP.
 CPD untuk mempertingkatkan kualiti PdP guru.
 Membangun kompetensi guru dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan
sahsiah.
 Mengenal pasti gangguan instruksional di sekolah
 Membangunkan atau menggunakan Modul Latihan Kepimpinan
Instruksional yang standard.
 Pemantauan pelaksanaan MMI di sekolah.
 Instrumen pemantauan.
 Latihan untuk memotivasi guru.

 Memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah


berkesan.

 Mewujudkan budaya kepimpinan yang fleksibel dan berkesan.


 Memperkasakan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKS) dan
Pengurusan Panitia Sekolah.
 Membudayakan Kepimpinan Melalui Teladan.
 Amalkan SOP (Standard Operational Procedure).
 Kursus Kepimpinan Instruksional.
 Sentiasa merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas yang berkaitan.
 Program Penanda arasan

Muka Surat 14 / 19
Sektor Operasi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

 Program Immersion.

Muka Surat 15 / 19
Sektor Operasi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

LAMPIRAN 3

Guru: Keberkesanan Guru Mengajar

 Mengoptimumkan masa instruksional di dalam bilik darjah.

 Memantapkan rancangan dan persediaan PdP mengikut tahap murid.


 Melaksanakan PdP seperti dirancang dengan menerapkan elemen
kreativiti dan inovasi.
 Penilaian berterusan dilaksanakan semasa PdP.
 Perkongsian amalan terbaik PdP.
 Mengamalkan team teaching/ collaborative teaching.
 Pendekatan Lesson Study.
 Membudayakan inovasi dan kreativiti.
 Mempelbagaikan kemahiran generik mengikut tahap murid.
 Memantapkan refleksi kendiri guru.

 Memastikan PdP berkesan berdasarkan teknologi dan inovasi.

 Menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik dan berkesan.


 Melaksanakan i-THINK – Alatan berfikir dalam PdP.
 Penggunaan ICT sebagai medium mengajar.
 Pelaksanaan secara menyeluruh PLC – LESSON STUDY.
 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid.
 Menyediakan ekosistem Learning is fun.
 Peningkatan kemahiran guru (Latihan dalam perkhidmatan) berasaskan
sekolah (School Based).

Muka Surat 16 / 19
Sektor Operasi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

 Meningkatkan kompetensi guru.

 Mempertingkatkan latihan keguruan untuk mencapai tahap kompetensi


dan standard yang ditetapkan.
 Guru mengajar subjek mengikut opsyen.
 Kursus Kompetensi dan Kursus Pedogogi.
 Program Guru Muda / Program Pembangunan Guru Baharu (Mentor-
Mentee).
 Ujian Pengesanan Tahap Kompetensi Guru.
 Sistem pemantauan.
 Rekod guru bercuti / akan bercuti.
 Bimbingan Rakan Guru (pengajaran secara berpasangan).

Muka Surat 17 / 19
Sektor Operasi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

LAMPIRAN 4

Murid Belajar

 Memastikan guru berada di sekolah dan melaksanakan pengajaran dan


pembelajaran (PdP) dengan berkesan di dalam bilik darjah.

 Pemantauan status kehadiran guru.


 Pencerapan PdP.
 Menjalankan pemerhatian mengejut (MBWA).
 Autoriti .
 Modul pembelajaran.
 Modul untuk guru ganti.

 Memastikan guru berupaya membangun kemajuan murid mengikut potensi.

 Audit akademik.
 Post Mortem.
 Coaching and Mentoring.
 Menggunakan kepakaran SIPartner dan SISC+.
 Bengkel pemantapan headcount.

 Meningkatkan keberhasilan murid.

 Membudayakan Pembelajaran Akses Kendiri - Self Acces Learning


(SAL).
 Mengadakan stesen pembelajaran di setiap sekolah.
 Kaedah yang sistematik bagi memastikan murid menguasai kemahiran
asas membaca, menulis, dan mengira.
 Mengupayakan bakat dan potensi diri murid secara optimum.

Muka Surat 18 / 19
Sektor Operasi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

 Pembelajaran di luar bilik darjah. Contoh- Penggunaan bilik-bilik khas /


makmal / persekitaran sekolah.
 Guru Penyayang / Sekolah Penyayang.
 Memperkasakan dan meningkatkan keberkesanan:
- Program Nilam.
- Data SAPS.
- Koakademik / Kelab dan Persatuan.
- Naik taraf bilik-bilik khas dengan kemudahan dan
kelengkapan PdP yang menarik.
- Pengiktirafan dan ganjaran atas potensi murid.

Muka Surat 19 / 19
LAMPIRAN A

LAPORAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)

Penglibatan
Bahagian/ Tarikh dan
Bil Program/ Aktiviti Catatan
JPN/ PPD Masa
Bil. Guru Bil. Murid

Contoh :
1. LDP BPG 12 – 13 20 orang 10 orang LDP dilaksanakan pada hujung
minggu
Januari
Contoh :
2. LDP PPD 14 – 15 20 orang - LDP telah dilaksanakan dalam waktu
PdP.
Januari

*Diisi oleh Bahagian/JPN/PPD/Sekolah setiap bulan dan dihantar kepada urus setia diperingkat masing-masing.
LAMPIRAN B

LAPORAN PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)

JPN : …………………………………………………….

KPI

Tarikh JPN Penyelesaian


Bil Fokus Pelan Tindakan Isu
Pelaksanaan Seterusnya
Sebelum Selepas
(TOV) (Capai)
Contoh :
1. Membangun kapasiti Latihan 31 Mac 13 orang 8 orang Pemimpin sekolah Membangunkan atau
Kepimpinan Kepimpinan 2013 pemimpin telah terima tidak dapat menggunakan Modul
Instruksional (KI). Instruksional instruksional latihan melestarikan amalan Latihan KI yang
kepada pemimpin baharu kepimpinan standard
sekolah (Pengetua sekolah instruksional di
dan Pemimpin belum sekolah.
Pertengahan). terima
latihan

*Diisi oleh JPN dua bulan sekali dan dihantar kepada urus setia (pejabat TKPPM SOP)
LAMPIRAN C

LAPORAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)

PPD : …………………………………………………………….

KPI

Tarikh JPN Penyelesaian


Bil Fokus Pelan Tindakan Isu
Pelaksanaan Seterusnya
Sebelum Selepas
(TOV) (Capai)
Contoh :
1. Membangun kapasiti Latihan 31 Mac 13 orang 8 orang Pemimpin sekolah Membangunkan atau
Kepimpinan Kepimpinan 2013 pemimpin telah terima tidak dapat menggunakan Modul
Instruksional (KI). Instruksional instruksional latihan melestarikan amalan Latihan KI yang
kepada pemimpin baharu kepimpinan standard
sekolah (Pengetua sekolah instruksional di
dan Pemimpin belum sekolah.
Pertengahan). terima
latihan

*Diisi oleh PPD dua bulan sekali dan dihantar kepada urus setia (pegawai meja MMI di JPN)
LAMPIRAN D

LAPORAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)

SEKOLAH : ……………………………………………….

KPI

Tarikh JPN Penyelesaian


Bil Fokus Pelan Tindakan Isu
Pelaksanaan Seterusnya
Sebelum Selepas
(TOV) (Capai)
Contoh :
1. Penyediaan Jadual Menyediakan jadual 31 50% guru 100% Guru ganti kurang Lelong waktu/jadual
Waktu guru ganti yang adil Disember ganti tidak menjalankan berkesan menjalankan anjal/sistem set.
untuk semua guru 2012 menjalan PdP PdP.
dan berkesan PdP

*Diisi oleh sekolah dua bulan sekali dan dihantar kepada urus setia (pegawai meja MMI di PPD atau JPN bagi sekolah yang tiada PPD)
LAMPIRAN E

LAPORAN KEBERADAAN GURU DALAM BILIK DARJAH


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31
Tarikh

TAHUN / TINGKATAN : ……………………… SEKOLAH : ………………………………………………………………….

Guru Mata Catatan Guru Mata Catatan


Guru Ganti Guru Ganti
Waktu Pelajaran (Nama Guru Tidak Waktu Pelajaran (Nama Guru Tidak
(Tandatangan) (Tandatangan)
(Tandatangan) Masuk Kelas) (Tandatangan) Masuk Kelas)

1 7

2 8

3 9

4 10

5 11

6 12

Kehadiran Guru Mata Pelajaran Sebab Tidak Hadir


RUMUSAN
………/……… = …….... %
SEGALA MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERKARA INI BOLEH
DIRUJUK KEPADA PEGAWAI MEJA MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL
JABATAN PELAJARAN NEGERI DAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH

URUS SETIA INDUK

Dr. Jafri bin Abu


Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Tel : 03-88849344
E-mel : jafri.abu@moe.gov.my

Abrar bin Idris


Bahagian Pendidikan Islam
Tel : 03-83217371
E-mel : abrar.idris@moe.gov.my

Anuar Adnan bin Ismail


Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan
Tel : 03-83217538
E-mel : anuar.ismail@moe.gov.my

Rose Lina binti Ismail


Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Tel : 03-88845165
E-mel : rose.ismail@moe.gov.my

Mohd Saifulnizal bin Sabian


Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Tel : 03-88845069
E-mel : saiful.sabian@moe.gov.my

Ahmad Faris bin Johan


Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Tel : 03-88849344
E-mel : faris.johan@moe.gov.my

You might also like