You are on page 1of 4

AL-Khwarizmi Ilmuan Matematik Islam.

Al-Khwarizmi Pengenalan
Al-Khwarizmi, atau nama sebenarnya Muhammad ibn Musa al
Khwarizmi yang berketurunan Parsi berasal dari kawasanKhwarizm, di
kawasan Aral Sea yang hari ini sebahagian daripada Uzbekistan dan
Turkmenistan.

Al-Khwarizmi adalah salah seorang ilmuan matematik di Bait al-Hikmah


(House of Wisdom) yang diasaskan oleh Khalifah al-Mamun pada zaman
pemerintahan Kerajaan Islam Abbasiyyah. Dilahirkan disekitar tahun 780
Masihi dan meninggal dunia pada tahun sekitar 850 Masihi. Selain sebagai
ahli matematik, beliau juga adalah ahli astronomi dan juga ahli geografi di
Bait al-Hikmah.

Sumbangan

Sumbangan terbesar beliau adalah dalam bidang matematik, astronomi,


astrologi, geografi, dan cartography (tentang peta) serta pengasas
kepada perkembangan dalam ilmu algebradan juga trigonometri.
Perkataan Algorithm berasal daripada nama latin al-khwarizmi
iaitu algoritmi, manakala istilahAlgebra berasal daripada perkataan Al-
Jabr dan Al-Muqaabalah yang bermaksud penyempurnaan dan
penyeimbangan (pembandingan).

Matematik

Al-Khwarizmi melebih dikenali kepakarannya dalam bidang matematik.


Walaupun sejarawan dan ahli matematik berselisih pendapat tentang asal
usul Algebra. Namun yang pasti jika pun al-Khwarizmi bukanlah orang yang
mengasaskan Algebra, tapi jelas beliau adalah pengembang ilmu Algebra.
Beliau menghasil sebuah kitab yang berkaitan dengan algebra iaituAl-
Kitaab Al-Muhtasar fi hisaab al-jabr wa al-muqaabalah (Buku
keterangan ringkas tentang pengiraan menggunakan Al-Jabr
dan Al-muqaabalah (penyempurnaan dan penyeimbangan)) yang
menjadi rujukan terkenal dan juga pemula perkembangan ilmu algerba.
Pendekatan secara sistematik dan logik beliau dalam menyelesaikan
masalah quadratik dan linear memberi acuan baru dalam disiplin ilmu
algebra.

Selain daripada algebra, Al-Khwarizmi juga pengembang sistem nombor yang


dikenali sebagai Sistem pernomboran Arab dan India yang diguna
pakai diseluruh dunia hari ini. Beliau juga antara orang pertama yang
menyertakan angka sifar 0 sebagai salah satu digit dalam sistem
pernomboran dan memberi nilai kepada angka 0. Beliau juga
mengembangkan dan memperkenalkan sistem titik perpuluhan yang ada pada
hari ini. Selain beberapa sumbangan lain dalam ilmu matematik.

Astronomi

Beliau adalah salah seorang ahli falak (astronomi) dan menulis sekurang-
kurangnya dua buah zij iaitu buku yang mengandungi jadual parameter nilai
yang digunakan untuk menentukan kedudukan matahari, bulan, bintang dan
planet-planet. Zij penting dalam perkembangan ilmu astronomi hari ini. Zij
al-Sindhind (jadual astronomi Sind dan Hind) adalah zij yang
dihasilkan oleh Al-Khwarizmi yang berdasarkan keadah astronomi India yang
dikaji beliau.

Geografi

Selain Algebra, al-Khwarizmi juga menghasil beberapa kertas kerja tentang


ilmu geografi dan menghasilkan tulisan yang bertajuk Kitaab surat al-Ard
(Buku tentang rupa muka bumi). Buku ini adalah rujukan dan versi
pembetulan kertas kerja Ptolemy tentang Georgafi.
Rumusan

Al-Khwarizmi adalah seorang ahli matematik muslim yang terkenal dan wajar
kita jadikan contoh. Sumbangan besar beliau kepada perkembangan ilmu
perlu kita jadikan sebagai muhasabah kepada diri kita kerana satu ketika
dahulu umat islam adalah pendominasi ilmu pengetahuan. Mereka berlumba-
lumba menimba ilmu atas dasar keimanan kepada Allah. Hari ini budaya ilmu
kurang menjadi budaya umat islam dan agak jauh terkebelakang dari segi
ilmu pengetahuan. Oleh itu janganlah diculaskan diri, sama-sama kita
budayakan semula ilmu pengetahuan dalam hidup kita atas dasar keimanan
dan ketaqwaan kepada Allah.

Rujukan: A History Of Mathematics: An Introduction, Victor


J.Katz, The Algebra of Mohammed Ben Musa (english translation).

Syumulislam

You might also like