You are on page 1of 4

Nama sebenar Al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa Al-khawarizmi.

Selain itu, beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Al-Khawarizmi telah dikenali di Barat sebagai Al-Khawarizmi, Al-Cowarizmi, Al-Ahawizmi, Al-Karismi, Al-Goritmi, Al-Gorismi, Al-Gorism dan beberapa cara ejaan lagi. Nama al-gorism telah dikenali pada abad pertengahan. Manakala di Perancis pula beliau dikenali sebagai Augryam atau Angrism. Di negara Inggeris pula beliau dikenali sebagai Aurym atau Augrim, dan sekarang Khawarizm adalah sebuah kota Khiva di Uzbekistan Asia Tengah. Beliau telah dilahirkan di Bukhara. Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan Al-Khawarizmi. AlKhawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M. Ada yang mengatakan Al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M. Sumber lain menegaskan bahawa beliau hidup di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal dunia pada tahun 266H/850M di Baghdad. Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang sangat terkenal di dunia sebagai ahli matematik, astronomi, astrologi dan geografi dan kartografi. Hampir seluruh hidupnya, diabdikan di Sekolah Kehormatan di Baghdad (Iraq). Saat itu Iraq adalah sebuah imperium dan kekuatan adidaya seperti Amerika sekarang ini. Bagdad menjadi pusat ilmu dan perdagangan. Banyak pedagang dan ilmuwan dari Cina dan India berkelana ke kota ini, yang juga dilakukan oleh beliau. Beliau bekerja sebagai dosen di Baghdad pada Sekolah Kehormatan yang didirikan oleh Khalifah Bani Abbasiyah Al-Mamun, tempat beliau belajar ilmu alam dan matematik, termasuk mempelajari terjemahan manuskrip Sanskerta dan Yunani. Al-Khawrazmi juga pernah mendapat penghargaan ketika menganggotai baitul hikmah sebagai Ketua Pustakawan al-Makmum dan sebagai wakil delegasi keluar negeri. Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa Al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tapi di dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Al-Khawarizmi bekerja sebagai guru aljabar di Eropah. Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah alMamun dan di bawah pemerintahan Bayt al-Hikmah di Baghdad. Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam. Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin. Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang. Setiap tokoh mempunyai sifat ketokohannya yang tersendiri. Ketokohan Al-Khawarizmi dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan astronomi. Namun bidang matematik akan diperjelaskan secara terperinci berbanding astronomi kerana ia melibatkan kajian yang dikaji. Dalam bidang matematik, Al-Khawarizmi telah memperkenalkan aljabar dan hisab. Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhor ketika zaman tamadun Islam. Antara karya-karya yang beliau hasilkan ialah Mafatih al-Ulum. Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dan telah digunakan pada zaman tamadun Islam. Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan. Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segitiga sama juga segitiga sama kaki dan mengira luas segitiga, segi empat selari dan bulatan dalam geometri. Masalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkan. Banyak lagi konsep dalam matematik yang telah diperkenalkan al-khawarizmi sendiri. Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi terkenal pada zaman tamadun Islam. Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq (pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang). Seawal kurun ketiga lagi lagi, Al-Khawarizmi telah menghasilkan dua buah yang salah satu dari padanya telah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi pengaruh besar ke

atas Muslim dan orang Spanyol dan Kristian. Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit dan terhad. Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada pengguna aritmetik dan geometri sahaja. Kepribadian Al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam mahupun dunia Barat. Ini dapat dibuktikan bahawa G.Sarton telah mengatakan bahawa pencapaian-pencapaian yang tertinggi telah diperoleh oleh orang-orang Timur. Dalam hal ini, pujian ini dirujuk kepada Al-Khawarizmi. Tokoh lain, Wiedmann berkata,Al-Khawarizmi mempunyai kepribadian yang teguh dan seorang yang mengabdikan hidupnya untuk dunia sains. Al-Khawarizmi disanjungi kerana beliau adalah seorang yang pintar. Menurut Wiedmann pula berkata.... al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bergeliga sains. Setiap apa yang dinyatakan oleh penulis, ini telah terbukti bahawa al-Khawarizmi mempunyai sifat keperibadian yang tinggi dan sekaligus disanjung oleh orang Islam.

Beberapa cabang ilmu dalam Matematika yang diperkenalkan oleh al-Khawarizmi seperti: geometri, aljabar, aritmatika dan lain-lain. Geometri merupakan cabang kedua dalam matematika. Isi kandungan yang diperbincangkan dalam cabang kedua ini ialah asal-usul geometri dan rujukan utamanya ialah Kitab al-Ustugusat The Elements hasil karya Euklid, geometri dari segi bahasa berasal dari perkataan yunani yaitu geo yang berarti bumi dan metri berarti pengukuran. Dari segi ilmu, geometri adalah ilmu yang mengkaji hal yang berhubungan dengan magnitud dan sifat-sifat ruang. Geometri ini dipelajari sejak zaman firaun, 2000 SM. Kemudian Thales Miletus memperkenalkan geometri Mesir kepada Yunani sebagai satu sains dalam kurun abad ke 6 SM. Seterusnya sarjana Islam telah menyempurnakan kaidah pendidikan sains ini terutama pada abad ke 9 M. Algebra/aljabar merupakan nadi matematika. Karya Al-Khawarizmi yang telah diterjemahkan oleh Gerhard of Gremano dan Robert of Chaster ke dalam bahasa Eropa pada abad ke-12. sebelum munculnya karya yang berjudul Hisab al-Jibra wa al Muqabalah yang ditulis oleh al-Khawarizmi pada tahun 820M. Sebelum ini tak ada istilah aljabar. Revolusi Al-Khawarizmi Dunia Eropa/Barat dari dulu sampai dengan sekarang sepertinya mengklaim bahwa Gudang Ilmu Pengetahuan berasal dari kawasan Eropa/Barat, padahal sejatinya asal Gudang Ilmu Pengetahuan berasal dari kawasan Timur Tengah yaitu Mesopotamia yang menjadi peradaban tertua di dunia. Dan sumbangan pertama kepada matematika dan astronomi yang diberikan oleh orang-orang Arab adalah pemerkenalan mereka atas sistem bilangan untuk menggantikan penghitungan dengan menggunakan alfabet, yang umum dilakukan di waktu itu.[2] Dan mereka itu sendiri mempelajari ilmu tersebut dari India dan mengadopsinya, India itu sendiri memiliki beberapa bentuk angka, dan orang-orang Arab lebih memilih dua macam, yang pertamaa dikenal dengan sebutan angka India yang digunakan hampir di semua negeri-negeri Arab, yang kedua dikenal dengan nama angkaGhubariya atau angka-angka debu (1,2,3,4,5 dan seterusnya), angka-angka ini disebut angka debu karena berasal dari debu yang dipercikan orang-orang India ke atas papan kayu sebelum mereka menuliskan angka-angka padanya. Sistem angka itu sendiri mulai diperkenalkan ke Arab oleh sarjana India bernama Sinhid. Sistem nomor ini telah memainkan peranan yang begitu besar dalam bidang matematik. Tanpa sistem nomor dan angka adalah amat sukar bagi manusia untuk menentukan kuantiti yang difikirkan atau yang diperlukan untuk penjumlahan. Dalam al-Quran banyak ayat-ayat yang menyebut tentang bilangan angka seperti dalam surah an-Nisa ayat-ayat 10, 11 dan 12 membicarakan tentang waris, yang artinya : 10. Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka). 11. Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk) anak-anakmu. Yaitu : bahagian seorang anak lelaki sama dengan bagahian dua orang anak perempuan[3]; dan jika anak itu

semuanya perempuan lebih dari dua[4], Maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang saja, Maka ia memperoleh separo harta. dan untuk dua orang ibu-bapa, bagi masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu-bapanya (saja), Maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, Maka ibunya mendapat seperenam. (Pembagian-pembagian tersebut di atas) sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana. 12. dan bagimu (suami-suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. jika isteriisterimu itu mempunyai anak, Maka kamu mendapat seperempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) seduah dibayar hutangnya. Para isteri memperoleh seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. jika kamu mempunyai anak, Maka Para isteri memperoleh seperdelapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. jika seseorang mati, baik laki-laki maupun perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara laki-laki (seibu saja) atau seorang saudara perempuan (seibu saja), Maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam harta. tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, Maka mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli waris)[5]. (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syariat yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha mengetahui lagi Maha Penyantun.(QS. An-Nisa: 10-12) Ayat tersebut dengan sangat jelas menyebutkan hal-hal yang berkaitan dengan bilangan yang tidak akan lepas dari ranah matematika diantaranya tentang nisf (1/2), rubu (1/4), thuluth (1/3), sudus (1/6) dan thumun (1/8). Masyarakat Islam melahirkan al-Khawarizmi, dengaan pandagannya dalam algebra, dan perlu diketahui istilah-istilah matematik, logaritma telah dicipta oleh orang Barat yang tidak lain bertujuan bagi mengenang jasa-jasa beliau. Antara buku beliau yang popular ialah al-Ziq 1 & 2, al-Rakhamah dan alTarikh. Dan yang paling popular ialah al-Jabr wa al-Muqabalah ringkasan buku lain untuk memudahkan pedagang-pedagang membacanya. Al-Khawarizmi memperkenalkan beberapa simbol yang sistematik terutama angka sifar. Dan tidak bisa di pungkiri jadwal-jadwal al-Khawarizmi sangat turut membantu mempercepatkan sistem angka India ini terkenal di dunia. Mulai awal abad ke 5H/11M didapati penggunaan sistem angka baru secara meluas dalam penulisan sarjana-sarjana Islam. Dunia mengenal sistem nomor yang ada sekarang menerusi buku karya al- Khawarizmi yang diterjemahkan ke dalam bahsa Latin pada tahun 1120 bertajuk De Numero Indorum. Serta tidak kalah pentingnya sitem notasi decimal yang digunakan pemikir dunia Barat Fibonacci, yang lebih dikenal dengan nama Leonardo da Pisa dalam penyusunan bukunya yang terkenal yaitu Liber Abaci.[6] Al-Khawarizmi adalah pencari ilmu nombor sebagai warisan masyarakat Hindu, dan beliau belajar dari seorang sarjana Hindu bernama Kankah, dalam percubaan kali kedua. Sebelum itu beliau pernah meminta Kankah untuk mengajarinya, namun beliau ditolak. Dan dengan harapan yang tinggi beliau datang keduakalinya untuk belajar ilmu nombor, hingga akhirnya kankah bersimpati dan mengajarinya. Pengetahuan yang beliau dapatkan dari Kankah, mendorongnya untuk melakukan Revolusi dalam bidang Matematika yang berkembang ketika zaman Kerajaan Abasiyah. Dan pencapaian paling ulungnya adalah memberikan nilai kepada angka nol sedangkan dalam system nombor Hindu, nol berarti tiada nilai. Dan hingga saat ini istilah yang bermakna kosong nol di pakai di semua belahan dunia Timur maupun Barat.

You might also like