You are on page 1of 3

Huraikan sumbangan Al Khwarizmi dalam bidang matematik.

Pendahuluan
Nama sebenar al-Khwarizmi ialah Abdullah Muhammad bin Musa al-Khwarizmi. Dikenali
sebagai al-khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Goritmi, al-Gorismi dan al-Karismi.
Merupakan ahli sains Islam yang terulung dalam ilmu matematik.Tokoh Islam yang
berpengetahuan luas dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan,
sejarah Islam dan kimia. Dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja, atas sumbangan dan kajian
beliau. Beliau telah diiktiraf oleh pemerintah
Abbasiyah ,iaitu Khalifah Harun ar-Rasyid yang telah melantik beliau sebagai pakar matematik
dan ahli akademi matematik di Baitul Hikmah. Turut mengemaskini sistem perpustakaan dengan
menambah indeks buku-buku di perpustakaan tersebut. Contohnya, di Baitul Hikmah, beliau
turut mengetuai dan mengawasi kerja-kerja penterjemahan buku-buku matematik dalam bahasa
Yunani yang diperoleh daripada kerajaan Byzantine. Dilantik sebagai pengarah arkib buku di
perpustakaan istana khalifah pada zaman pemerintahan Khalifah al- Mamun.
Isi
1. Memperkenalkan sistem nombor
Al- Khwarizmi telah memperkenalkan sistem nombor yang digunakan sehingga kini, iaitu
0,1,2,3,4,5,6.7,8 dan 9. Angka-angka tersebut menggunakan simbol-simbol tertentu yang
mewakili nilai-nilai tertentu. Beliau merupakan individu pertama yang memperkenalkan angka
sifar (kosong) dan perpuluhan dalam matematik. Melalui angka sifar muncul nombor yang
mempunyai infiniti. Malah sifar yang diperkenalkan oleh beliau dipinjam oleh bahasabahasa Eropah dengan sebutan cifre, chiffre dan zero. Pengenalan system angka yang sistematik
oleh al-Kwarizmi

bukan sahaja membolehkan operasi pengiraan matematik diperluaskan

meliputi operasi kuasa, log, kosinus dan sebagainya, malah membolehkan ilmu sains dan
teknologi berkembang dengan lebih pesat.
2. Mempelopori ilmu algebra
Al-Khwarizmi juga dikenali sebagai Bapa al-Jabar (algebra) berikutan sumbangan beliau dalam
jurusan aritmetik iaitu

al-Jabar ( satu bidang matematik yang dipanggil persamaan ). Contoh,

karya

teragungnya, al-Jabr wa-al-Muqabilah juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin

pada kurun ke-12 dan menjadi rujukan di universiti di Eropah.Kesannya, melalui kaedah
penggunaan simbol

yang mewakili

nombor, nilai atau pemboleh ubah, banyak masalah

pengiraan dapat diselesaikan. Secara praktiknya, masalah-masalah pengiraan yang dihadapi oleh
masyarakat Islam dapat diatasi.

3. Penyelesaian permasalahan harta pusaka


Al-Khwarizmi dapat menyelesaikan masalah praktikal yang dihadapi oleh umat Islam
khususnya pengiraan. Contohnya, pembahagiaan harta pusaka dan perniagaan. Penggunaan
konsep pemboleh ubah juga membantu dalam pembahagian zakat yang dapat dikeluarkan
dengan mudah.Kesannya, ilmu yang diperkenalkan telah dapat membantu mengatasi masalah
pengiraan yang lebih rumit dan kompleks.
4. Geometri dan trigonometri
Al-Khwarizmi juga memberi sumbangan dalam bidang geometri dan trigonometri. Hal ini
kerana kedua-dua bidang tersebut merupakan pecahan kepada bidang matematik yang
melibatkan pengiraan. Kedua-dua cabang ilmu matematik ini juga disentuh dalam karyanya
Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah. Contohnya, ilmu geometri berkaitan dengan ciri dan hubungan
antara titik, garis, sudut, permukaan dan pepejal dalam ruang. Manakala trigonometri berkaitan
dengan pengiraan segi tiga, sukatan sisi dan sudutnya. Kesannya, ilmu yang diperkenalkan oleh
beliau dapat membantu mengatasi masalah pengiraan yang lebih rumit.
5. Mencipta ilmu-ilmu baharu
Beliau mencipta ilmu baharu yang belum pernah dicipta oleh pakar matematik sebelum ini.
Dalam kitab yang dihasilkan, pelbagai istilah baharu tentang ilmu diperkenalkan dan digunakan
sehingga kini iaitu pemboleh ubah (x), pemboleh ubah kuasa dua dan pemalar ( c ). Contohnya,
Al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah juga mengandungi bab-bab yang meliputi
pelbagai topik iaitu pengiraan darab, campur, tolak dan bahagi, persamaan, timbangan dan
ukuran, keluasan bulatan dan segi tiga serta isipadu bentuk piramid dan kon. Kesannya, umat
Islam dikatakan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam ilmu matematik.

Kesimpulan
Sumbangan al-Khwarizmi dalam bidang matematik telah mencerminkan kehebatan dan
keunggulan tamadun Islam yang berkekalan sehingga ke hari ini dan sebagai pemangkin kepada
kemajuan orang Barat yang mendalami teori-teori yang dikemukakan oleh beliau. Selain
daripada bidang matematik, al-Khwarizmi juga berjasa dalam bidang astronomi dan geografi.

You might also like