You are on page 1of 9

980225-38-5148

TAJUK

Analisis Upah Mengikut Kumpulan Umur di Malaysia


980225-38-5148

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN


Kajian ini memberi tumpuan kepada tema pertama iaitu upah di Malaysia dari tahun 2011
hingga tahun 2015. Tajuk kajian ekonomi ini memberi tumpuan terhadap analisis upah mengikut
kumpulan umur di Malaysia. Upah didefinisikan sebagai ganjaran diberi kepada buruh untuk
perkhidmatannya kepada firma dalam proses pengeluaran. Upah terdiri daripada upah wang,
upah bukan wang dan upah benar. Upah wang (upah nominal) ialah jumlah pembayaran wang
kepada buruh atas sumbangan mereka dalam bentuk fizikal atau mental. Upah bukan wang ialah
faedah diperoleh dalam bentuk bukan wang seperti kemudahan tempat tinggal, pakaian seragam,
kemudahan perkhidmatan kesihatan, atau pengangkutan disediakan oleh majikan. Buruh yang
mendapat upah bukan wang menikmati taraf hidup lebih baik berbanding buruh lain walaupun
kedua-duanya mendapat upah wang yang sama. Upah benar bermaksud kuasa beli upah wang
diterima oleh buruh yang diukur dengan jumlah barang. (Sumber: Buku Ekonomi STPM,
Ekonomi Malaysia, sila rujuk Lampiran 5)
Menurut kamus ekonomi, upah membawa maksud bayaran terhadap perkhidmatan seseorang
buruh. Upah biasanya merujuk bayaran terhadap perkhidmatan yang diberi oleh buruh kasar,
iaitu buruh kolar biru. Bayaran kepada buruh kolar putih disebut sebagai gaji. (Sumber:
Economics-DictionariesMalay, sila rujuk Lampiran 6)
Objektif pertama kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti arah aliran upah di Malaysia dari
tahun 2011 hingga tahun 2015. Bahagian pertama bagi objektif pertama memberi tumpuan
terhadap arah aliran upah diterima oleh golongan remaja di Malaysia dari tahun 2011 hingga
tahun 2015. Kategori remaja dimaksudkan berumur antara 15 tahun hingga 24 tahun. Bahagian
kedua objektif pertama menganalisis arah aliran upah bagi kategori dewasa iaitu buruh berumur
antara 25 tahun hingga 59 tahun.
Penduduk di Malaysia dikelaskan mengikut kategori iaitu kanak-kanak, dewasa dan warga
emas. Kanak-kanak berumur 1-14 tahun, golongan dewasa pula berumur 15-64 tahun. Warga
emas pula dikategorikan pada umur 60 tahun ke atas. Remaja merujuk kepada individu berumur
12 hingga 21 tahun bagi wanita dan 13 hingga 25 tahun bagi lelaki. Remaja berasal daripada
perkataan latin bermakna menuju ke arah kematangan. Golongan ini sentiasa mempunyai
perasaan ingin mencuba dan sedang menuju ke tahap dewasa. Dari sudut perkembangan
manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi
antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa. Menurut psikologi, dewasa adalah tempoh
980225-38-5148

perkembangan bermula pada akhir usia belasan tahun atau awal usia dua puluhan tahun. Ini
adalah masa pembentukan personaliti peribadi dan ekonomi, masa perkembangan kerjaya, dan
bagi ramai orang, masa memilih pasangan, belajar hidup dengan seseorang akrab, mula
berkeluarga dan mengasuh anak-anak. (Sumber: Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat,
sila rujuk Lampiran 7)
Objektif kedua kajian ini membandingkan tingkat upah dan kadar pertumbuhan upah mengikut
kumpulan umur di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2015. Bahagian pertama objektif
kedua ini memberi tumpuan terhadap perbandingan kadar pertumbuhan terhadap tingkat upah
yang diterima oleh kategori remaja dan kategori dewasa. Bahagian kedua bagi objektif kedua
pula membincangkan beberapa punca yang membawa wujudnya agihan upah yang tidak setara
mengikut peringkat umur.
Perbandingan didefinisikan sebagai suatu hal berbanding atau dibandingkan. Ia juga dapat
ditakrifkan sebagai persamaan tentang sesuatu sifat atau sesuatu yang seimbang. Perbandingan
dalam bahasa kiasan kadang-kadang dinyatakan terang-terang dan kadang-kadang tidak.
Perbandingan di sini hendak menjelaskan lagi mengenai perbandingan di antara tingkat upah
yang diterima oleh buruh mengikut kategori umur remaja dan dewasa serta perbandingan antara
kadar pertumbuhan upah mengikut kumpulan umur di Malaysia. (Sumber: Kamus Pelajar Edisi
Kedua, sila rujuk Lampiran 8)
Manakala istilah pertumbuhan pula dapat membawa erti perihal atau proses tumbuh atau
dalam makna lain bererti tumbesaran. Kadar didefinisikan sebagai daya, kemampuan, nilai,
perbandingan kuantiti atau perbandingan saiz. Pertumbuhan ekonomi pula merujuk kepada
perkembangan kegiatan ekonomi sesebuah negara kesan pertambahan keluaran di dalam negara
dari masa ke masa. Pertumbuhan ekonomi dipengaruhi tingkat keluaran barang dan
perkhidmatan. Apabila tingkat keluaran barang dan perkhidmatan dalam sebuah ekonomi
meningkat, pertumbuhan ekonomi tersebut akan turut meningkat. Pertumbuhan ekonomi yang
berterusan akan meningkatkan pendapatan sesebuah negara dan pendapatan per kapita dan
menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduknya. (Sumber: Blog Makroekonomi STPM dan
Kamus Dewan Edisi Keempat, sila rujuk Lampiran 9)
980225-38-5148

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Kajian kerja kursus ini dijalankan bagi memenuhi tema 1 yang ditetapkan oleh MPM iaitu
Upah di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2015. Bagi menepati tema tersebut, kajian telah
memilih tajuk iaitu mengenai analisis upah mengikut kumpulan umur di Malaysia. Kajian ini
memberi tumpuan bagi mencapai dua objektif yang utama. Objektif pertama adalah mengenal
pasti arah aliran upah mengikut kumpulan umur di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2015,
sedangkan objektif kedua membandingkan tingkat upah dan kadar pertumbuhan upah mengikut
kumpulan umur di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2015.
Objektif pertama kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti arah aliran upah mengikut umur
di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2015. Bahagian pertama dalam objektif yang pertama
akan memberi tumpuan terhadap arah aliran upah yang diterima oleh golongan remaja di
Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2015. Tingkat upah buruh didapati meningkat pada setiap
tahun tetapi jumlah kenaikan yang ditunjukkan bagi buruh remaja adalah rendah berbanding
kenaikan ditunjukkan bagi buruh dewasa. Memandangkan ada sebilangan golongan remaja
mengambil keputusan menghabiskan pelajaran awal dan tidak boleh melanjutkan pelajaran, jadi
mereka terpaksa bekerja untuk menanggung hidup. Oleh kerana kerajaan menetapkan
peningkatan upah buruh remaja terlalu sedikit, ini mungkin menyebabkan golongan remaja ini
sukar untuk memenuhi keperluan asas kerana kenaikan harga barang berlaku pada setiap masa.
Golongan remaja ditakuti tidak mampu menampung kehidupan mereka kerana kuasa beli yang
rendah sedangkan harga barang meningkat. Ini menyebabkan taraf hidup buruh remaja ini
dikhuatiri menurun dan membawa kepada wujudnya pelbagai masalah sosial serta pengangguran
akan meningkat. Maka, kajian ini harus dilakukan bagi mengesan atau mengenal pasti punca
utama mengapa golongan remaja ini bekerja awal sedangkan mereka sepatutnya masih
melanjutkan pelajaran. (Sumber Laporan Upah Dan Gaji, sila rujuk Lampiran 10)
Seterusnya, objektif kedua kajian ini juga dipecahkan kepada dua bahagian. Objektif kedua
kajian ini ialah membandingkan tingkat upah dan kadar pertumbuhan upah mengikut kumpulan
umur di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2015. Bahagian pertama bagi objektif kedua
akan memberi tumpuan terhadap perbandingan antara kadar pertumbuhan tingkat upah yang
diterima oleh kategori remaja dan kategori dewasa. Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan
penengah dan purata gaji & upah bulanan pekerja di Malaysia meningkat 6.2% dan 6.3%
masing-masing. Penengah gaji & upah bulanan pekerja di Malaysia pada tahun 2016 adalah
980225-38-5148

RM1,703 vs RM1,600 pada tahun 2015 dan purata gaji & upah bulanan pekerja di Malaysia pada
tahun 2016 adalah RM2,463 vs RM2,312 pada tahun 2015. Kadar inflasi indeks harga pengguna
(IHP) adalah 2.1% pada tahun 2016. Ini bermaksud kadar pertumbuhan sebenar gaji & upah
pekerja di Malaysia adalah sekitar 4%. Ini juga bermaksud gaji & upah pekerja di Malaysia
meningkat pada kadar yang sama dengan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia iaitu 4.2%. Ini
menunjukkan bahawa tenaga buruh/pekerja di Malaysia menerima manfaat daripada ekonomi
Malaysia yang sentiasa berkembang. Meskipun Malaysia mencatatkan kadar pertumbuhan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tinggi pada setiap tahun, tetapi ramai rakyat yang
menghadapi kekangan kewangan dalam menjalani kehidupan seharian. Perkara ini perlu diberi
yang lebih supaya rakyat dapat menilai bahawa bukan semua pertumbuhan ekonomi itu
mengalirkan kebaikan ekonomi kepada rakyat. Hasil ekonominya dipusatkan di kalangan
beberapa pihak sahaja, dan ekonomi berkembang kerana lebih banyak pekerjaan bergaji murah
yang diwujudkan.
Secara mudahnya, pertumbuhan KDNK negara merujuk kepada ukuran bagaimana ekonomi
negara menghasilkan lebih banyak barangan dan perkhidmatan. Ini boleh dicapai dengan dua
cara iaitu menambah pekerjaan atau menambah produktiviti. Majikan boleh mengambil lebih
ramai pekerja untuk menghasilkan lebih banyak barangan dan perkhidmatan tetapi pekerja
dibayar gaji yang sama kerana kerjanya sama. Atau majikan boleh menggunakan teknologi atau
menambahbaik proses untuk menghasilkan lebih banyak barangan/ perkhidmatan dengan
bilangan pekerja yang sama atau kurang; tetapi pekerja kini melakukan kerja yang bernilai lebih
tinggi dan wajar dibayar lebih tinggi. Maka kajian ini harus dijalankan bagi mengenal pasti
kenaikan kadar pertumbuhan ekonomi mampu menangung kos sara hidup golongan remaja serta
golongan dewasa. (Sumber: , sila rujuk Lampiran 11)
980225-38-5148

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Mengenal pasti arah aliran upah mengikut kumpulan umur di Malaysia dari
tahun 2011 hingga tahun 2015

3.2 Membandingkan tingkat upah dan kadar pertumbuhan upah mengikut


kumpulan umur di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2015
980225-38-5148

4.0 KAEDAH KAJIAN DAN KAEDAH ANALISIS DATA


Kerja kursus Ekonomi bertajuk analisis upah mengikut kumpulan umur di Malaysia
melibatkan satu kajian menggunakan data sedia ada atau data sekunder. Data mentah atau data
sekunder tersebut diperolehi daripada berbagai sumber dan perlu dianalisis menggunakan
berbagai cara dan kaedah agar maklumat dapat disampaikan dengan cara yang lebih mudah
difahami.
4.1 Kaedah Kajian
Kaedah yang digunakan untuk menyeddiakan kerja kursus Ekonomi ini ialah melalui data
sekunder. Menerusi kaedah kajian ini, kajian turut menyenaraikan berbagai punca atau sumber
data bagi memudahkan proses memperolehi data. Data sekunder merupakan bahan atau data-data
yang telah diolah, dicetak dan disebar untuk pengetahuan umum. Terdata beberapa kaedah kajian
yang telahl digunakan dalam kajian kerja kursus Ekonomi ini termasuklah sumber internet,
sumber buku, dan sumber kamus.
4.1.1 Sumber Internet
Internet bermaksud rangkaian komputer yang membolehkan pengguna komputer di
seluruh dunia berhubung antara satu sama lain dan mencapai maklumat pangkalan data
dari seluruh dunia. Sumber internet telah digunakan untuk mendapatkan data mengenai
analisis upah mengikut kumpulan umur di Malaysia. Selain itu, perbandingan tingkat
upah mengikut kumpulan umur turut diperolehi menerusi sumber internet.
4.1.2 Sumber Kamus
Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kamus pula merupakan buku yang
mengandungi kata-kata yang disusun mengikut abjad dan dilengkapi dengan keterangan
mengenai makna sesuatu perkataan. Sumber kamus digunakan untuk mendapatkan
maksud atau definisi yang penting bagi istilah-istilah Ekonomi. Antara istilah yang
dikenal pasti ialah upah, remaja, dewasa, warga emas, serta kadar pertumbuhan.
4.1.3 Sumber Buku
Sumber buku disifatkan sebagai helaian kertas berjilid yang berisi tulisan dan gambar
atau yang mengandungi ruangan kosong untuk ditulis. Kerja kursus Ekonomi ini telah
menggunakan sumber buku sebagai rujukan bagi mengenal pasti definisi kata kunci dan
faktor mempengaruhi perubahan tingkat upah mengikut kumpulan umur. Antara buku
yang telah digunakan termasuklah buku Ekonomi STPM, Ekonomi Malaysia.
980225-38-5148

4.2 Kaedah Analisis Data


Kaedah analisis data digunakan untuk memproses data mentah kepada bentuk-bentuk yang
mudah difahami. Data mentah akan disusun dalam aturan yang teratur, atau digambarkan dalam
bentuk satu garisan, bar, atau digambarkan dalam bentuk peratusan. Antara kaedah analisis yang
telah digunakan dalam kajian ini adalah kaedah jadual, kaedah graf, kaedah perbandingan dan
kaedah rumus. Kaedah analisis ini perlu bagi meningkatkan pemahaman para pembaca.

4.2.1 Kaedah Jadual


Jadual boleh ditakrifkan sebagai daftar atau senarai fakta serta keterangan yang
tersusun biasanya dalam bentuk lajur. Kaedah ini digunakan agar maklumat dapat
disusun dengan kemas dan teratur selain memudahkan untuk mendapatkan data-data
penting. Data-data yang telah dikumpulkan telah dijadualkan bagi memudahkan data
dipindahkan ke dalam bentuk graf.

4.2.2 Kaedah Graf


Graf terdiri daripada beberapa garis dan titik untuk memaparkan saling hubungan
antara dua atau lebih pemboleh ubah. Graf ini dapat menunjukkan hubungan antara
pemboleh ubah dengan pemboleh ubah lain atau lebih. Kaedah ini juga merupakan
kaedah yang boleh memudahkan pentafsiran maklumat yang telah digrafkan. Dalam
kajian ini, kaedah graf digunakan untuk mengenal pasti arah aliran tingkat upah bagi
buruh remaja dan buruh dewasa di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2015.

4.2.3 Kaedah Rumus


980225-38-5148

You might also like