You are on page 1of 10

Bab 1 - Pengenalan Ekonomi

Bidang Kajian Ekonomi


Keluk Kemungkinan Pengerluaran
Sistem Ekonomi

Bidang Kajian Ekonomi


PENGENALAN
definisi ilmu ekonomi:
"Ilmu ekonomi adalah satu bidang ilmu sains sosial yang mengkaji tentang gelagat atau
tinkah laku manusia (individu dan masyarakat) dalam mengurus sumber ekonomi
yang terhad (tanah, buruh, modal dan usahawan) bagi memenuhi kehendak
yang tidak terhad".
Perkara utama yang dibincangkan dalam ilmu ekonomi ialah berkaitan:
1. masalah kekurangan sumber, berbanding
2. kehendak manusia yang tidak terhad.

Manusia sentiasa merasakan pulangan daripada sumber yang dimilikinya tidak cukup
untuk memenuhi kehendak atau keinginan semasanya.
Buruh: memiliki sumber dalam bentuk Tenaga fizikal atau mental yang disumbangkan
dalam aktiviti ekonomi dan akan mendapat ganjaran dalam bentuk upah. Contoh buruh
ialah doktor, guru, pembantu rumah, buruh binaan dan lain-lain. Ganjaran yang
diperolehi hanya cukup untuk memenuhi keperluan hidup seperti makanan, pakaian
dan tempat tinggal.
Usahawan : memiliki kepakaran untuk menggabungkan faktor pengeluaran iaitu
buruh, tanah dan modal untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. Pengusaha
akan menerima ganjaran dalam bentuk keuntungan dan menanggung risiko kerugian.
Contohnya, pengusaha kilang, peniaga, peruncit dan pemborong.
Tanah : Anugerah Alam semula jadi yang dimiliki oleh individu dan merupakan bahan
mentah yang diperlukan dalam proses pengeluaran. pemilik sumber alam akan
menerima Ganjaran dalam bentuk sewa. Contohnya, bahan galian, hasil laut dan
khazanah hutan.
Modal : Merupakan Wang atau lain lain sumber kekayaan yang digunakan untuk
menghasilkan barang dan perkhidmatan. Ia boleh dikelaskan kepada dua kategori:
1. modal fizikal : iaitu peralatan yang digunakan untuk mengeluarkan barang lain.
contohnya seperti jentera dan peralatan

2. modal kerja : iaitu sumber dalam bentuk wang tunai (untuk membeli input), stok
dan bahan mentah yang diproses untuk menghasilkan barang-barang dan
perkhidatan.
Ganjaran kepada pemilikan modal adalah faedah.
BIDANG KAJIAN EKONOMI
Ilmu ekonomi dibahagikan kepada dua iaitu Mikroekonomi dan Makroekonomi
Mikroekonomi
Juga dikenali sebagai teori harga (harga input dan harga output).Mengkaji unit atau
bahagian kecil dalam pengajian ekonomi iaitu gelagat pengguna, pengeluar dan
industri. Kajian tertumpu kepada interaksi pembeli dan pengeluar untuk menentukan
tingkat harga dan kuantiti barang dalam pelbagai pasaran. Pengguna akan cuba
mencapai tingkat kepuasan yang maksima, pengeluar akan cuba mencapai keuntungan
yang maksima.
Makroekonomi
Kajian terhadap ekonomi secara menyeluruh dan agregat. Mengkaji aspek penentu
kegiatan ekonomi sesebuah negara iaitu berkaitan pendapatan negara, pertumbuhan
ekonomi, inflasi, guna tenaga dan pengangguran, imbangan pembayaran. Petunjukpetunjuk ekonomi ini penting bagi menentukan dasar dan perancangan ekonomi
sesebuah negara untuk meningkatkan taraf hidup dan kebajikan penduduk.
Perbandingan kajian Mikroekonomi dan Makroekonomi
aspek

Mikroekonomi

Skop

Matlamat

Makroekonomi

Kecil

Besar

Mengkaji kegiatan dan masalah


Mengkaji interaksi pengguna,
ekonomi yang lebih luas dan
pengeluar dan industri dalam
menyeluruh. Menilai dan
pelbagai pasaran untuk mencapai pelaksanaan dasar aktiviti ekonomi
matlamat masing-masing.
sesebuah negara untuk mencapai
Menyelesaikan masalah asas
peningkatan dalam pendapatan
ekonomi iaitu apa, berapa,
negara, pertumbuhan ekonomi,
bagaimana dan untuk siapa
guna tenaga, imbangan pembayaran
dikeluarkan.
dan mengatasi masalah inflasi dan
pengangguran.

Pengeluaran Output firma / industri

Kuantiti baju yang


dihasilkan oleh firma A

Nilai Keluaran Negara

Nilai keluaran sektor kedua

Pertumbuhan keluaran

Kuantiti pakaian yang


dikeluarkan oleh industri
tektil.

Harga satu barang dan


perkhidmatan.
Harga

Tingkat harga umum

Indeks harga pengguna

Kadar inflasi

Nilai wang

Harga baju
Harga makanan

Agihan pendapatan

Pendapatan

negara

Pendapatan Negara

Upah,

Pendapatan Perkapita

sewa,

Pendapatan benar

bunga dan

Imbangan pembayaran

untung

Penggunaan faktor pengeluaran


dalam sebuah firma/industri

Guna Tenaga

bilangan input berubah


(buruh)

Guna tenaga dan pengangguran

Jumlah Guna tenaga

Kadar Pengangguran

kecekapan input pada


setiap tingkat keluaran

UNIT-UNIT EKONOMI
Unit dalam kajian ekonomi dapat dikelompokan kepada 4 kelompok utama iaitu:
Isi Rumah
Boleh didefinisikan sebagai Individu/sekumpulan individu yang membuat keputusan
kewangan secara bersama untuk mencapai matlamat memaksimumkan kepuasan. Isi
rumah menawarkan faktor pengeluaran (buruh, tanah, modal dan usahawan) dan
memperoleh pulangan (upah, sewa, bunga dan untung) sebagai sumber
kewangan/pendapatan. Dengan sumber kewangan tersebut isi rumah akan

mewujudkan permintaan terhadap barang dan perkhidmatan bagi memenuhi kehendak


dan memaksimumkan kepuasan.
Firma
Firma ialah unit ekonomi / organisasi yang menggunakan faktor pengeluaran untuk
mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Firma akan memilih kombinasi faktor
pengeluaran yang dapat meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan.
Kerajaan
Merupakan pelaku unit ekonomi/ badan yang mengawal aktiviti ekonomi (isi rumah
dan firma) melalui dasar dan undang-undang. Kerajaan juga menyediakan barang dan
perkhidmatan yang tidak dapat disediakan oleh firma (barang awam). Matlamat
Kerajaan adalah untuk meningkat taraf hidup dan kebajikan rakyat.
Sektor Luar
Merujuk kepada kegiatan ekonomi dengan unit luar / organisasi luar iaitu aktiviti
perdagangan antarabangsa. Aktiviti yang berlaku bertujuan memaksimumkan
keuntungan hasil daripada pertukaran barang dan perkhidmatan.
MASALAH EKONOMI
Tiga masalah ekonomi ialah masalah kekurangan, pilihan dan kos lepas yang
berpunca daripada sumber ekonomi yang terhad dan kehendak manusia yang tidak
terhad.
Masalah Kekurangan
Kesan sumber yang terhad dan kehendak yang tidak terhad mewujudkan masalah
kekurangan. Semua kehendak manusia tidak dapat dipenuhi/diperolehi. Pendapatan
Isi rumah yang terhad tidak cukup untuk membeli semua barang dan perkhidmatan
yang dikehendaki. Faktor pengeluaran yang terhad menghalang firma mengeluarkan
semua barang dan perkhidmatan yang diingini. Hasil kerajaan yang terhad
menghalang kerajaan untuk membiayai semua projek pembangunan.
Masalah Pilihan
Kesan daripada masalah kekurangan, manusia terpaksa membuat pilihan. Pilihan yang
dibuat adalah berdasarkan kepada keutamaan dan matlamat unit
ekonomi. Pendapatan Isi rumahyang terhad memaksa isi rumah membuat pilihan
membeli barang dan perkhidmatan yang dapat memaksimumkan kepuasan. Contoh jika
buku memberi kepuasan yang lebih tinggi berbanding baju, maka isi rumah akan
membuat pilihan membeli buku. Faktor pengeluaranyang terhad seperti tanah, firma
terpaksa membuat pilihan mengeluarkan barang yang dapat memaksimumkan
keuntungan. Contoh jika tanaman kelapa sawit memberi keuntungan lebih besar
berbanding tanaman getah, maka firma akan memilih pengeluaran kelapa sawit. Hasil
kerajaan yang terhad telah menyebabkan kerajaan terpaksa membuat pilihan
melaksanakan projek pembangunan yang dapat memaksimumkan kebajikan

masyarakat. Contoh jika pembinaan jalan raya akan meningkatkan kebajikan yang lebih
tinggi berbanding sekolah, maka kerajaan akan memilih projek pembinaan jalan raya.
Masalah Kos Lepas
Kos lepas boleh didefinisikan sebagai pilihan kedua terbaik yang tepaksa dilepaskan
hasil daripada pemilihan barang yang terbaik. Setelah Isi rumah membuat pilihan
membeli buku (kekurangan wang untuk membeli kedua-dua barang) maka baju
merupakan kos lepas bagi mendapatkan buku tersebut. Begitu juga dengan firma, kos
lepas mengeluarkan kelapa sawit ialah getah. Begitu juga dengan kerajaan, projek
pembinaan sekolah merupakan kos lepas untuk membina jalan raya.
MASALAH ASAS EKONOMI
Terdapat 4 masalah asas ekonomi iaitu:1. Apa yang dikeluarkan
Berkait dengan penentuan jenis barang yang hendak dikeluarkan berikutan sumber
ekonomi yang terhad. Pengeluar mengeluarkan barang berdasarkan kepada kehendak
masyarakat. Walau bagaimanapun Pengeluar tidak dapat mengeluarkan semua jenis
barang yang diminta oleh pengguna kerana kekurangan sumber. Jenis barang yang
dikeluarkan mestilah dapat memenuhi kehendak dan memaksimakan kepuasan
masyarakat serta memaksimumkan keuntungan firma.
2. Berapa banyak dikeluarkan
Jumlah keluaran bergantung kepada jumlah kuantiti yang diminta oleh masyarakat dan
jumlah kuantiti yang mampu dikeluarkan oleh firma. Jika permintaan tinggi firma akan
menambahkan pengeluaran terhadap barang tersebut. Tambahan keluaran sesuatu
barang akan menyebabkan pengeluaran barang lain (kos lepas).
3. Bagaimana cara dikeluarkan
Masalah ini berkait rapat dengan pemilihan teknik / kaedah pengerluaran. Terdapat dua
teknik pengeluaran iaitu intensif buruh dan intensif modal. Pengeluar yang rasional
akan memilih teknik pengeluaran yang dapat meminimumkan kos pengeluaran.
4. Untuk siapa dikeluarkan
Pengagihan barang yang dikeluarkan bergantung kepada kuasa beli dan agihan
pendapatan. Pengeluar mesti bijak menentukan golongan yang akan menikmati barang
yang dikeluarkan. Golongan berpendapatan tinggi akan menikmati barangan lebih
banyak daripada golongan berpendapatan tinggi. Golongan berpendapatan tinggi juga
mampu membeli barangan yang harganya lebih tinggi berbanding dengan golongan
berpendapatan rendah.
PENGKELASAN BARANG
Barang dalam ekonomi dapat dibahagikan kepada:-

1. Barang percuma dan barang ekonomi


Barang Percuma

Barang Ekonomi

Merupakan barang anugerah alam semula


jadi yang penawarannya tidak terhad dan
tidak menghadapi masalah kekurangan.
Tiada kos lepas dan tidak mempunyai
harga untuk menilainya.
Barang yang penawarannya terhad
walaupun diperoleh secara percuma
(hadiah/sedekah) ia tetap dikira barang
ekonomi kerana ia melibatkan kos untuk
menghasilkannya.

Barang yang penawarannya terhad dan


menghadapi masalah kekurangan
berbanding permintaan.
Mempunyai kos lepas untuk
mendapatkannya. Melibatkan kos
pengeluaran dan mempunyai harga.
Semua barang selain daripada barang
percuma ialah barang ekonomi.

1. Barang modal, barang perantaraan dan barang akhir/barang pengguna


Barang modal
(Barang pengeluar)

Barang perantaraan

- Ialah barang yang digunakan - Barang yang


untuk mengeluarkan barang dan digunakan oleh firma
perkhidmatan lain
sebagai input
- Tidak berubah bentuk setelah pengerluaran (bahan
digunakan dalam proses
mentah).
pengeluaran.
- Ia akan berubah
- Memberi kepuasan secara
bentuk/ciri setelah
tidak langsung kepada
melalui proses
pengguna.
pengerluaran
- Contoh: mesin memproses,
- Memberi kepuasan
bas, bangunan/kilang.
secara tidak langsung
kepada pengguna.
- Contoh: Tepung,
gula, getah, kelapa
sawit.
Barang awam
- Ialah barang yang boleh digunakan
semua orang. Setiap orang tidak boleh
dihalangan daripada menggunakannya.
- Tiada persaingan dalam penggunaan
barang awam dan penggunaannya tidak
akan mengurangkan penggunaan orang

Barang pengguna
- Ialah barang yang tidak
lagi melalui proses
pengeluaran dan digunakan
oleh pengguna.
- Terbahagi kepada dua iaitu
tahan lama dan tidak tahan
lama.
- Memberi kepuasan secara
terus kepada pengguna.
- Contoh: baju, kasut,
kereta, roti, nasi, biskut.

Barang persendirian
- Barang yang dimiliki oleh seseorang dan
tidak boleh digunakan oleh orang lain.
- Penggunaannya perlu mendapat
kebenaran pemiliknya terlebih dahulu.
- Contoh: rumah milik sendiri, kereta milik
sendiri, pakaian milik sendiri.

lain.
- Selalunya disediakan oleh kerajaan.
- Penawarannya adalah terhad dan
melibatkan kos lepas. Kerajaan perlu
bijak memberi keutamaan kepada barang
awam yang memberi kebajikan yang
tinggi kepada masyarakat.
- Contoh: perkhidmatan bomba,
ketenteraan, polis, kehakiman.

KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN (KKP)


KKP boleh didefinisikan sebagai satu keluk yang menunjukkan tingkat maksimum
kombinasi dua barangan yang dapat dikeluarkan oleh sesebuah ekonomi dengan
menggunakan sumber-sumber yang sedia ada pada tingkat teknologi tertentu.
Andaian:
1. Ekonomi mencapai guna tenaga penuh.
2. Ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barangan.
3. Tingkat teknologi adalah tetap dan tidak berubah.
4. Kuantiti dan kualiti sumber-sumber ekonomi adalah tetap.
Kombinasi

Rumah

Kereta

110

100

85

65

30

Keterangan Rajah
Berdasarkan rajah di atas, setiap titik sepanjang keluk AF mewakili output maksimum
kombinasi dua barang iaitu kereta dan rumah yang dapat dikeluarkan apabila semua
sumber digunakan sepenuhnya secara cekap.
Titik A : hanya barang pengguna dikeluarkan.
Titik F : hanya barang modal dikeluarkan.
konsep kekurangan
KKP menggambarkan tahap pengerluaran maksimum sesebuah ekonomi. Ekonomi tidak
dapat menambah lagi pengerluaran sesuatu barang kerana kekurangan sumber
melainkan dengan cara memindahkan sumber sedia ada dari pengerluaran barang lain
kepada pengeluaran berkenaan. Sebagai contoh untuk menambah pengerluaran rumah
daripada 2 kepada 3, faktor pengerluaran yang digunakan untuk mengeluarkan kereta
dipindahkan kepada pengerluaran rumah. Kekurangan sumber telah menyebabkan
pengerluaran kereta terpaksa dikurangkan daripda 65 kepada 30 kesan kekurangan
sumber.
Titik G pula menggambarkan kombinasi yang tidak dapat dikeluarkan. Titik G juga
menggambarkan ketidak cukupan sumber ekonomi dan teknologi sedia ada untuk
menghasilkan jumlah barangan tersebut.
Konsep Pilihan
Setiap titik pada KKP menunjukkan pilihan yang mungkin di lakukan oleh masyarakat.
Pergerakan dari kombinasi B ke E menunjukkan pilihan masyarakat mengeluarkan lebih
rumah dengan mengurangkan pengeluaran kereta.
Konsep Kos Lepas
Pergerakan sepanjang KKP menunjukkkan pilihan untuk menambahkan satu barang
dan terpaksa melepaskan sejumlah barang lain kerana sumber yang terhad.
berdasarkan rajah, terdapat 3 keadaan dalam pengiraan kos lepas:

Kos lepas tiga unit rumah ialah 45 unit kereta (65-110).


kos lepas keluaran unit ke 3 rumah ialah 20 unit kereta ((65-85)/(3-2)).
kos lepas menambahkan keluaran rumah dari B ke C ialah 15 unit kereta [(85 100)/
(2-1)]. Ia juga dikenali sebagai kadar transformasi sut (MRT).
Hubungan KKP dengan kos lepas
Hubungan KKP dengan kos lepas ditunjukkan oleh kecerunan KKP.
Kecerunan KKP diukur oleh MRT bagi satu barangan dengan barangan lain.
Terdapat dua bentuk KKP yang dikaitkan dengan kos lepas iaitu:
KKP kos lepas malar
KKP kos lepas meningkat berbentuk cembung dari titik 0. Ia menggambarkan setiap
tambahan satu unit barang secara berterusan akan menyebabkan jumlah barang satu
lagi yang terpaksa dilepaskan semakin meningkat.
KKP kos lepas meningkat.
KKP kos lepas malar berbentuk garis lurus bercerun ke bawah dari kiri ke kanan. Ia
menggambarkan setiap tambahan satu unit barang secara berterusan akan
menyebabkan jumlah barang satu lagi yang terpaksa dilepaskan adalah malar/tetap.
Pertambahan faktor pengeluaran/ sumber ekonomi
Walaupun sumber ekonomi adalah terhad dalam satu jangka masa tertentu tetapi ia
boleh berubah melalui perubahan masa. Pertambahan sumber boleh berlaku melalui
pertambahan penduduk (buruh, usahawan), penemuan sumber mineral baru (minyak,
emas, bijih timah, pembukaan tanah pertanian baru). Selain daripada itu, aktiviti
pengeluaran yang cenderung kepada barang perindustrian juga boleh menambah stok
barang modal. Kesannya keupayaan pengeluaran meningkat dan lebih banyak barang
dapat dikeluarkan.
Peningkatan teknologi
Teknologi boleh berkembang melalui penyelidikan dan inovasi, penciptaan mesin
berkeupayaan pengeluaran tinggi, penemuan teknik pengeluaran yang lebih cekap dan
berkualiti. Kesanya ekonomi dapat mengeluarkan barang dengan lebih banyak dengan
sumber sedia ada.

Rajah (A) menggambarkan pergerakan selari KKP keluar. Pergerakan ini boleh berlaku
disebabkan pertambahan sumber ekonomi atau peningkatan teknologi pengeluaran
kedua-dua barang.
Rajah (B) dan (C) menggambarkan peningkatan teknologi pengeluaran yang berbeza di
antara barang x dan barang Y.
Rajah (D) dan (E) menggambarkan peningkatan teknologi pengeluaran pada satu
barang sahaja. peningkatan teknologi pengeluaran barang x ditunjukkan oleh rajah (D)
dan sebaliknya peningkatan teknologi pengeluaran barang Y ditunjukkan oleh rajah (E).
SISTEM EKONOMI..

You might also like