You are on page 1of 7

TEMA 1: SISTEM BUMI

KONSEP SISTEM
1. Sistem satu set himpunan objek objek/ angkubah-angkubah
2. Objek / angkubah
- Berkaitan antara satu sama
- Berupaya bertindak bersama-sama sebagai satu organisasi kompleks
CIRI-CIRI SISTEM
1. Semua jenis sistem berbentuk struktur / organisasi tertentu
2. Bersifat umum
3. Berfungsi
4 Terdapat pertalian
5. Membenarkan perpindahan bahan
6. Sumber tenaga daya penggerak pemindahan bahan
7. Bersifat-sifat gabungan/integrasi antara angkubah-angkubah
8. Sempadan jelas / arbitari.
JENIS-JENIS SISTEM
SISTEM TERPENCIL
1. Tiada sebarang bentuk interaksi antara angkubah-angkubah dgn alam sekitar melepasi
sempadan .
2. Tiada penukaran tenaga / bahan dgn alam sekitarnya
3. Contoh: Ujikaji-ujikaji sains di makmal
SISTEM TERTUTUP
1. Ada sempadan halang kemasukan bahan, tetapi membenarkan kemasukan tenaga.
2. Contoh: Sistem bumi.
SISTEM TERBUKA
1. Sempadan yang jelas membenarkan kemasukan tenaga dan bahan.
2. Contoh: Ekosistem tasik.
SISTEM SURIA
1. Matahari, 9 buah planet,komet,asteroid, meteoroid,awan dan habuk .
2. Ia berada dalam galaksi Bima Sakti.
3. Matahari - pusat dlm sistem suria satu-satunya bintang dalam sistem ini.
4. Medan graviti mengawal semua jasad dalam sistem suria .
5. Kesemua jasad beredar mengikut orbit berbentuk elips/bujur .
6. Perihelion - planet paling dekat dengan matahari
7. Afelion - planet paling jauh dari matahari .
Sistem Bumi
Komponen dalam Sistem bumi
Atmosfera
Hidrosfera
Biosfera
Litosfera
Keempat-empat sfera adalah saling berhubung kait antara satu sama lain

Atmosfera
n Atmosfera ialah lapisan udara yang mengelilingi bumi dan mempengaruhi cuaca
n Mengandungi beberapa jenis gas seperti
n Nitrogen 78%
n Oksigen 21%
n Argon 0.90%
n Kabon dioksida 0.03%
n Wap air 0.07%
Lapisan Atmosfera
n Troposfera
n Stratosfera
n Mesosfera
n Termosfera
n Eksosfera
n Setiap lapisan mempunyai suhu dan tekanan yang berbeza
Troposfera
n Lapisan paling dekat dengan permukaan bumi
n Terbentang sehingga 18 km dari paras laut
n Mempunyai tekanan udara yang tinggi kerana tarikan graviti bumi
n Mempunyai kandungan udara yang sesuai untuk kehidupan
n Kejadian cuaca zon turbulen
n Suhu berkadar songsang menurun dengan ketinggian
n Dipisahkan oleh lapisan tropopaus
Stratosfera
n Terbentang sehingga 18 hingga 50 km di atmosfera
n Mengandungi gas ozon
n Suhu berkadar langsung meningkat mengikut ketinggian
Mesosfera
n Terletak di atas lapisan stratosfera
n Antara 50 km 80 km dari permukaan bumi
n Tekanan udara rendah
n Suhu berkadar songsang
n Tekanan udara rendah
n Berlaku proses pembakaran meteorit
n Dipisahkan oleh garisan mesopaus
Termosfera
n Antara 80- hingga 600 km dari permukaan bumi
n Suhu berkadar terus
n Tekanan udara rendah
n Terdapat zarah zarah bercas ion
n Penting dalam bidang telekomunikasi gelombang radio
n Mempunyai jaluran cahaya yang dipanggil aurora

Eksosfera
n Udara nipis
n Lapisan paling luar
n Selepas 700 km udara menjadi vakum
n Mengandungi gas gas ringan seperti helium dan hidrogen
Rumusan Kepentingan Atmosfera Kepada Sistem Bumi
1. Untuk biosfera - manusia, haiwan, tumbuhan hidup dan bernafas kandungan udara dan
gas (oksigen, karbon dioksida dan lain lain)
2. Tempat berlakunya fenomena cuaca kitaran hidrologi, proses sejatan, proses
pemeluwapan dan turun kerpasan
3. - lapisan troposfera mengandungi lapisan ozon yang penting untuk menapis sinaran ultra
ungu yang berbahaya
4. lapisan stratosfera penting untuk aktiviti perhubungan dan komunikasi menempatkan
satelit lapisan termosfera
5. Proses pembakaran meteorit berlaku di lapisan mesosfe
HIDROSFERA
n Merujuk kepada semua jisim air yang berada di permukaan bumi, dalam bumi dan di
atmosfera
n Merupakan 70% daripada keseluruhan bumi
n Punca utama air ialah laut dan lautan , sumber lain ialah air bawah tanah, tasik, sungai dan
glasier.
n Kepentingan hidrosfera :
sebagai sumber air kepada kehidupan
habitan pelbagai haiwan dan tumbuhan akuatik
pembekal sumber makanan
tempat mencari rezeki
jalan perhubungan dan pengangkutan
LITOSFERA
n Lapisan paling atas bumi meliputi kerak bumi dan mantel
n Bersifat pepejal
n Membentuk daratan dan dasar lautan
n Ketebalan berbeza (tebal di daratan berbanding dengan dasar lautan)
n Kepentingan litosfera:
menyediakan habitat kepada pelbagai hidupan di bumi
menyediakan tanih yang penting untuk pertanian
menyediakan tempat untuk pelbagai aktiviti ekonomi
hasil mineral menggalakkan aktiviti perlombongan
BIOSFERA
n merangkumi manusia, haiwan, tumbuhan dan organisma lain
SALING KAITAN ANTARA SFERA
A. 1. Terdapat saling kaitan dan interaksi berlaku antara atmosfera, hidrosfera, litosfera dan
biosfera
B. 2. Tumbuhan hijau menjadi sumber makanan kepada kebanyakan haiwan

C. 3. Tumbuhan hijau memerlukan cahaya matahari dan air , gas karbon dioksida untuk
melakukan proses fotosintesis karbon dibebaskan melalui pernafasan manusia dan haiwan
D. 4. Manusia memerlukan oksigen untuk bernafas oksigen dibebaskan oleh tumbuhan
melalui proses fotosintesis
E. 5. Akar tumbuhan menyerap air dan mineral dari lapisan litosfera
F. 6. Mineral kembali ke lapisan litosfera melalui pereputan dan penguraian apabila haiwan
yang makan tumbuhan itu mati (kitaran nutrient)
G. 7. Proses ini berterusan mewujudkan keseimbangan dalam sistem bumi.
SIFAT-SIFAT BUMI
1. Berbentuk sfera.
2. Garis pusat khatulistiwa (12716km).
3. Keluasan seluruh permukaan bumi 510juta km persegi (29% daratan & 71% air)
KECONDONGAN BUMI
1. Bumi berputar pada paksinya yang condong pada sudut 23 daripada satah menegak
yang bersudut tepat pada orbitnya.
2. Kesannya pada 21 Jun (solstis musim panas) dan pada 22 Dis (solstis musim sejuk)
PERGERAKAN BUMI
1.Bumi bergerak dan berputar atas paksi dari barat ke timur sambil beredar mengelilingi
matahari.
2. 2 cara pergerakan bumi iaitu:a. Putaran
b. Peredaran
PUTARAN BUMI
1. Bumi berputar di atas paksinya yang condong pada sudut 23 pada satah tegak.
2. Bumi berputar dari barat ke timur.
3. Satu putaran - 24 jam
4. Kesan putaran bumi:i) Kejadian siang dan malam
ii) Fenomena air pasang dan surut
iii) Pembiasan angin
FENOMENA AIR PASANG DAN SURUT
1. Tarikan graviti bulan menarik air laut di bumi yang menghadap ke bulan.
2. Air pasang perbani - air pasang besar (graviti bulan dan matahari bertindak bersama).
3. Air pasang anak - air pasang minima (bulan,matahari dan bersudut tepat).
EDARAN BUMI
1.Bumi beredar mengelilingi matahari di orbit berbentuk elips.
2. Satu putaran lengkap 365 hari / 1 tahun.
3. Kesan:i) Kejadian 4 musim.

ii) Gerhana bulan dan matahari.


KEJADIAN 4 MUSIM
1. Ekuinoks Musim Bunga (21 Mac)
- Tegak di garisan khatulistiwa.
- Musim bunga di hemisfera utara dan musim luruh di hemisfera selatan.
- Siang dan malam sama panjang.
2. Solstis Musim Panas (21 Jun)
- Matahari tegak di garisan sartan di hemisfera utara.
- Musim panas di hemisfera utara dan musim sejuk di hemisfera selatan.
- Siang dan malam tidak sama panjang. 24 jam siang di kutub utara dan 24 jam malam di
kutub selatan.
3. Ekuinoks Musim Luruh (23 September)
- Matahari tegak di garisan khatulistiwa.
- Musim luruh di hemisfera utara dan musim bunga di hemisfera selatan.
- Siang dan malam sama panjang.
4. Solstis Musim Sejuk (22 Disember)
- Matahari tegak di garisan jadi di hemisfera selatan.
- Musim sejuk di hemisfera utara dan musim panas di hemisfera selatan.
- Siang dan malam tidak sama panjang. 24 jam siang di kutub selatan dan 24 jam malam di
kutub utara.
GERHANA MATAHARI
Berlaku apabila bulan berada di antara matahari dan bumi.
GERHANA BULAN
Berlaku apabila bumi berada di antara matahari dgn bulan.
TENAGA
Satu daya / kemampuan mengoperasikan kerja/menghasilkan sesuatu.
JENIS-JENIS TENAGA
1. Tenaga eksogenik
Berpunca dari luar bumi iaitu matahari. Diterima dalam bentuk bahangan yang ditukar
kepada tenaga haba. Setelah digunakan ia akan bertukar kepada bentuk tenaga yang lain.
Contoh: tenaga kinetik dan tenaga haba.
2. Tenaga endogenik
Berpunca dari perut bumi seperti tenaga graviti, rodiogenik dan tenaga haba. Penting untuk
proses-proses tektonik kerak bumi seperti gempa bumi, gunung berapi, lipatan, gelinciran dan
lain-lain.
3. Tenaga kinetik/Pergerakan
Contoh: Air yang mengalir melalui alur sungai mengubah bentuk-bentuk muka bumi lir.
4.Tenaga keupayaan
Terpendam dalam sesuatu jasad boleh digunakan pada bila-bila masa. Contoh: Spring yang
belum dilepaskan.
5.Tenaga haba
Kepanasan sesuatu jisim yang diukur dlm unit darjah celcius (C). Terbahagi kepada 2 iaitu:i. Tenaga haba rasa (tenaga yang terkena sesuatu permukaan sehingga menjadi panas).

ii. Tenaga haba pendam (tenaga terkandung dalam sesuatu jisim sehingga ia dibebaskan)
PEMINDAHAN TENAGA SURIA
1. Pengaliran - Pertembungan jisim panas dan jisim sejuk (mengalir dari jisim panas ke jisim
sejuk).
2. Perolakan - Cecair yang mengalir bersentuhan dengan jisim pepejal/ cecair yang berlainan
suhu.
3. Sinaran - Bentuk gelombang elektromagnet.
a) Gelombang pendek-perpindahan tenaga suria ke sistem bumi.
b) Gelombang panjang - tenaga bumi / sinaran bumi dibebaskan ke atmosfera.
FAKTOR PERBEZAAN PENERIMAAN TENAGA DARI MATAHARI
1.Tempoh masa siang dan malam di kawasan berlainan iklim.
- Khatulistiwa tiada perbezaan ketara.
- Kutub pada waktu tertentu siang dan malam 24 jam.
2. Sifat lapisan atmosfera
- Komposisi
- Ketebalan
- Kelutsinaran
Contoh: Kawasan gurun panas lapisan atmosfera nipis.
3. Sudut pancaran
- Sudut tepat terima haba tinggi dan pancaran bertumpu.
- Sudut serong pancaran tersebar dan tenaga matahari tersebar.sinaran suria ambil masa lebih
lama sampai ke bumi.
4. Faktor perihelion dan afelion
- Perihelion terima banyak tenaga suria.
- Afelion kurang tenaga suria.
5. Ciri litupan permukaan bumi (albedo)
- Warna permukaan gelap lebih banyak serap tenaga suria berbanding cerah.
- Tekstur dan struktur
- Tekstur kasar dan kasap lebih banyak serap haba berbanding licin.
- Struktur mendatar lebih banyak serap haba berbanding menegak.
- Apek dan ketinggian
- Menghadap matahari terima lebih banyak haba berbanding terlindung.
- Tempat tinggi-jisim udara nipis terima banyak tenaga matahari.
- Permukaan daratan /air.
- Daratan lebih cepat panas berbanding lautan.
PERANAN TENAGA SURIA KEPADA SISTEM
1. Sistem atmosfera
Contoh: Kejadian hujan, tiupan angin dan sebagainya.
2. Sistem geomorfologi
Contoh: Luluhawa, hakisan, pengangkutan dan pemendapan berlaku dgn adanya tenaga haba.
3. Sistem hidrologi
Kitaran hidrologi
4. Sistem ekologi
Ekosistem- rantaian makanan

PERANAN TENAGA SURIA TERHADAP HIDUPAN DI BUMI


1. Flora dan fauna.
- Proses fotosintesis
2. Bahan api
Bahan fosil - arang batu
3.Kehidupan manusia
4. Pelbagai kegunaan lain
-Tenaga suria
PENGARUH TENAGA SURIA TERHADAP KEHIDUPAN MANUSIA DI PERMUKAAN
BUMI
PERTANIAN
- Kawasan tropika pertanian sepanjang tahun. Pelbagai jenis tanaman seperti getah padi dan
lain-lain.
- Kawasa iklim sederhana pertanian mengikut musim. Contoh: Epal anggur dan lain-lain.
PERIKANAN
- Kawasan tropika perikanan sepanjang tahun,pembiakan plankton dan pembentukan terubu
karang.
- Kawasan sejuk perikanan mengikut musim dan laut beku.
PEMBALAKAN
- Kawasan tropika pembalakan sepanjang tahun,tumbesaran hutan banyak.
- Kawasan bermusim pembalakan dimusim sejuk.
PELANCONGAN
- Kawasan tropika pelancongan sepanjang tahun. Menarik pelancong dari negara bermusim.
- Kawasan bermusim menarik pelancong dari negara tropika.
PENTERNAKAN
- Kawasan tropika sepanjang tahun.
- Kawasan bermusim penternakan mengikut musim. Musim panas dilepaskan dan musim
sejuk dikandang.
PERINDUSTRIAN
- Kawasan tropika. (Industri kecil dan sederhana Contoh: Industri pengeringan ikan, batik,
kraf tangan).
- Kawasan bermusim perindustrian mengikut musim.

You might also like