You are on page 1of 16

CONTOH INTERAKSI

DALAM SEJARAH

Tengku Nur Salsabila bt Tengku Riduan


Bahasa

Contoh Interaksi
Dalam Sejarah

Kesenian &
kesusasteraan
Bahasa
Percampuran bahasa Sanskrit dan Tamil dalam Bahasa Melayu contohnya :

Dari segi fonologi, konsonan h dalam Sanskrit digugurkan atau dipindahkan


kedudukan:

Bhumi: bumi
Bheda: beza
Bhasa: bahasa
Arthah: harta

Nagaram: Negara
Panajaram: penjara
Danda: denda
Bahasa
Pinjaman dari bahasa tamil:

Kendii: kendi
Kappal : kapal
Petti : peti

Kadai: kedai
Mampalam: mempelam
Paricai: perisai

Vagai: bagai
Kaval: kawal
Vanali: benda
Kesusasteraan

- Kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana & Epik Mahabrata

+ hikayat Seri Rama mendapat inspirasi daripada Epik Ramayana

- Epik Mahabrata diberi wajah tempatan- Hikayat Pendawa lima, hikayat pendawa,
hikayat panda delima, dan hikayat sang boma

- Begitu juga dengan unsur dan mitos yang digunakan dalam sejarah Melayu yang
membawa maksud penting dalam menggambarkan kebesaran, kemuliaan, martabat
serta menunjukkan raja yang istimewa.
Kesenian

Adat resam dan budaya :

- Kedatangan agama Hindu mempengaruhi kehidupan seharian dan adat resam


masyarakat Melayu contohnya: amalan jampi dan mentera

- Amalan adat di kalangan masyarakat Melayu seperti melenggang perut, bertindik


telinga, bersanding dan berinai, mencicah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi
bayi.
KESAN INTERAKSI
ANTARA TAMADUN

Positif Negatif
Kesan Positif :
(Tamadun Islam,Yahudi,Kristian)

Beberapa kesan positif telah dikesan semasa zaman


kemunculan Islam di Tanah Arab
Dalam Perlembagaan Madinah (Sahifah Madinah) yang digubal
oleh Nabi Muhammad saw,di Madinah hak-hak orang Kristian
dan Yahudi serta penganut-penganut agama lain telah diberi
perlindungan.
Di Andalusia (Sepanyol), muncul ramai penulis dan ahli
intelektual daripada kalangan individu-individu Yahudi dan
Kesan Positif : (India, Cina)

Agama Buddha disebarkan ke Negara China melalui interaksi ini.


Astronomi India turut diperkembangkan di Negara China oleh ahli-ahli
astronomi India
Terdapat kemahiran teknologi membuat gula daripada tebu dari India
telah diperkembangkan kepada orang-orang China.
Antaranya ialah teknologi pembuatan kertas, bahan letupan,
percetakan, penggunaan kompas dan lain-lain.
Selain itu, usaha-usaha penterjemahan buku-buku koleksi astronomi
India telah diterjemahkan ke dalam bahasa China.
Kesan Positif :
(Islam, China)

Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam


interaksi ini
Interaksi ini menyebabkan perkahwinan campur antara pedagang-
pedagang ini dengan wanita-wanita tempatan.
Hasil daripada interaksi ini wujud penyebaran agama Islam di negara
China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan Cina
Mempelajari mengenai kompas,teknologi percetakan, teknologi bahan
letupan dan pembuatan kertas.
Turut berlaku dalam teknologi logam dan pembuatan tembikar
Tamadun China pula mendapat pelbagai ilmu pengetahuan baru seperti
perubatan, astronomi dan farmasi
Kesan Positif :
(Islam, Melayu)

Hubungan antara tamadun Islam dengan tamadun Melayu telah meninggalkan


kesan yang amat ketara melalui perdagangan.
Kesan positif yang penting ialah tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu
serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Acheh,
Johor-Riau, Brunei, Pattani, Sulu, Banten, Demak, Tuban dan Mataram.
Tamadun Islam telah mengubah pandangan hidup orang-orang Melayu.
Ia juga turut membawa tulisan Jawi yang berperanan penting dalam
perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu.
Pengaruhnya dari segi perundangan, kesusasteraan, kesenian,material seperti
pakaian, makanan dan istilah-istilah Arab yang digunakan dalam bahasa
Melayu.
Kesan Positif :
(China, Melayu)

Melahirkan kesan positif dalam kemahiran dan teknologi serta


kebendaan.
Tamadun China membawa teknologi membuat gula daripada tebu ke
Kepulauan Melayu, perusahaan sutera, pembuatan tembikar serta
pertukangan logam.
Interaksi antara tamadun China dengan tamadun Melayu berlaku
melalui dua cara iaitu secara aman dan secara konflik peperangan.
Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan, imigrasi
dan hubungan diplomatik.
Contohnya kemuncak hubungan diplomatik Negara China dengan
Kesan Negatif :
(Yahudi, Kristian, Islam)

Di Eropah misalnya hubungan antara orang-orang Kristian dengan Yahudi telah


mengalami kemerosotan sejak awal.
Kesan konflik tersebut maka berlakunya pembunuhan orang Yahudi secara beramai-
ramai pada abad ke-9 dan ke-18 Masihi.
Perkara ini berlaku akibat daripada faktor-faktor perbezaan agama, ketidakseimbangan
ekonomi dan sosial.
Islam dengan Kristian bertembung dalam zaman pertengahan di Eropah.
Pemerintah-pemerintah Kristian di Eropah telah bertindak melancarkan beberapa siri ke
atas orang-orang Islam yang dikenali sebagai peperangan Perang Salib
Peperangan tersebut telah mengorbankan ramai penganut Islam dan Yahudi.
Peperangan ini turut dicetuskan oleh faktor-faktor perbezaan agama, ekonomi dan politik
Kesan Negatif :
(India, Islam)

Terdapat peristiwa-peristiwa yang mana orang-orang Islam dibunuh dan


masjid-masjid dimusnahkan oleh raja-raja India yang beragama Hindu
Keadaan yang sama juga berlaku kepada penganut-penganut agama Hindu
dan kuil Hindu yang dimusnahkan oleh pemerintah-pemerintah Islam
Raja-raja Islam dalam Kesultanan Delhi telah mengharamkan pembinaan kuil-
kuil dan mengharamkan beberapa upacara keagamaan Hindu.
Aurangzeb merupakan raja Moghul yang bertindak keras terhadap penganut-
penganut Hindu.
Baginda telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil yang baru,
mengharamkan upacara mandi suci di Sungai Jamuna, mengharamkan
upacara sati dan sebagainya.
Kesan Negatif :
(India, China)

Tamadun India dengan tamadun China juga berlaku konflik


terutama semasa agama Buddha mula diperkenalkan ke dalam
masyarakat Cina pada zaman pemerintahan Dinasti Han Timur
Kemasukan agama tersebut telah mendapat tentangan
cendekiawan Konfusianisme yang amat berpengaruh dalam
pentadbiran Dinasti Han.
Sami-sami Buddha telah dikurung dan kuil-kuil Buddha
dimusnahkan untuk menghalang perkembangan agama tersebut
Kesan Negatif :
(Islam, China)
Berlaku interaksi antara tamadun Islam dengan tamadun China pada
tahun 751 masihi.
Tentera Islam di bawah pimpinan Ziyad bin Salih telah mengalahkan
angkatan perang China yang dipimpin oleh Kao Hsien-chih
Pada masa tersebut kerajaan Islam Abbasiyah mempunyai hubungan
diplomatik dengan kerajaan Tang di Negara Chin
Permusuhan antara orang Islam dengan orang China juga dicetuskan
oleh rasa tidak puas hati terhadap pencapaian ekonomi pihak yang
bertentangan.
Pada abad ke-8 Masihi penduduk Han di tenggara negara China telah
bermusuh dengan orang Islam kerana iri hati dengan kemewahan yang
dinikmati oleh orang Islam dalam aktiviti perdagangan.
Pada 876 masihi berlaku pemberontakan di Canton menyebabkan lebih

You might also like