You are on page 1of 1

7.

8 juta populasi manusia di dunia ini, tetapi hanya dua orang yang terpenting dalam hidup saya, iaitu ibu dan bapa saya. Setiap anak berhasrat untuk dilahirkan dalam keluarga bahagia. Namun begitu, tidak semua yang bernasib baik dikurniai ibu dan bapa yang diharapkan. Saya merupakan antara mereka yang telah dilahirkan kepada ibu bapa yang telah membesarkan saya dengan penuh kasih sayang, ibarat menatang minyak yang penuh. Dari kecil lagi, mereka telah berusaha mencari nafkah untuk menjimatkan duit yang secukupnya bagi perbelanjaan pendidikan saya apabila saya tamat persekolahan menengah kelak. Segala pengorbanan yang mereka telah lakukan demi kebahagiaan saya merupakan sesuatu yang tidak boleh saya gantikan. Mereka bukan sahaja telah memberikan peluang kepada saya untuk mendapat pendidikan, malah mereka juga telah menjaga saya dengan memberikan saya perlindungan dari segi kesihatan dan tempat tinggal. Sebagai seorang anak, saya seharusnya mendukung tanggungjawab untuk membalas jasa kedua- dua ibu bapa saya. Tetapi apakah sebenarnya cara- cara untuk membalas jasa ibu bapa ? Salah satu inisiatif untuk membalas jasa ibu bapa adalah dengan menjaga mereka pada hari tua. Satistik yang telah dikendalikan pada tahun 2004 menunjukkan bahawa seramai 675,000 orang warga tua tidak mendapat bantuan dari segi kewangan daripada anak- anak mereka. Mengapakah fenomena seperti ini yang terjadi walaupun generasi sekarang merupakan kelompok masyarakat yang berpendidikan tinggi serta boleh berfikir dengan matang dan rasional ? Malu rasanya apabila terfikir bahawa negara kita yang sedang menuju ke arah kemajuan dari segi teknologi dan ekonomi manakala kebajikan warga tua di negara kita pula terabai. Berdasarkan Jabatan Kebajikan Sosial, peratus warga tua yang telah ditinggalkan anak- anak mereka telah meningkat dengan stabil dari 1% setiap tahun. Keadaan seperti demikian bukan sahaja merupakan sesuatu berita yang mengecewakan kepada sesiapa yang mendengarnya, malah ia juga telah mencerminkan generasi yang muflis dalam akar adab. Ibu bapa kita tidaklah mengharapkan kita memberi mereka kemewahan. Mereka hanya memerlukan sebuah tempat tinggal serta perhatian yang secukupnya. Dengan hanya menyediakan tempat tinggal serta wang saku kepada mereka telah memadai. Sekurang- kurangnya mereka tahu bahawa kita masih menyayangi mereka dengan sepenuh hati dan tidak melupai mereka seperti kacang lupakan kulit.

You might also like