You are on page 1of 2

E. Huraikan usaha dan strategi yang perlu dilaksanakan untuk mencapai matlamat konsep 1Malaysia.

Dari persada parlimen sehinggalah ke bangku kedai kopi, persoalan semangat kebangsaan tidak
gagal untuk menjadi salah satu topic perbualan dalam sesebuah perbincangan. Apakah sebenarnya
semangat kebangsaan? Pada pendapat saya, semangat kebangsaan merujuk kepada semangat
patriotik yang patut dimiliki oleh setiap warganegara terhadap tanah air mereka. Dengan
penerangan yang lebih ringkas, semangat kebangsaan itu adalah semangat cinta akan negara. Dalam
sukatan matapelajaran Pendidikan Moral, nilai cinta akan negara didefinisikan sebagai perasaan
cunta dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.
Oleh demikian, kita sebagai warga Malaysia haruslah mempunyai semangat kebangsaan kerana
semangat patriotism adalah cerucuk utama untuk menjamin keamanan negara. Pascamerdeka ini,
kebanyakan individu kurang mempunyai semangat kebangsaan dalam diri mereka. Jadi, apakah
langkah langkah yang harus dilaksanakan untuk mencapai matlamat konsep 1Malaysia ?

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Kalau nilai perpaduan tidak dititikberatkan,
bagaimanakahsemangat kebangsaaan dapat dilahirkan? Salah satu cara untuk membangkitkan
semangat kebangsaan adalah melalui pemupukan semangat integrasi antara kaum. Sejak negara kita
mengecapi kemerdekaan lagi, pelbagai pogram serta aktiviti yang telah dilancarkan oleh kerajaan
untuk memupuk nilai perpaduan antara kaum. Antaranya adalah Rancangan Integrasi Murid Untuk
Perpaduan (RIMUP) dan Program Latihan Khidmat Negara( PLKN). Generasi muda seperti pelajar
sekolah rendah dan sekolah menengah diberi keutamaan dalam menyertai aktiviti- aktiviti tersebut
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Generasi pada zaman ini perlulah lebih melibatkan
diri dalam menyertai aktiviti sebegini. Hal ini demikian kerana dalam pelaksanaan program tertentu,
murid- murid akan diberi peluang untuk berinteraksi dengan kaun dan bangsa lain. Cara ini akan
menyedarkan mereka mengenai erti dan kepentingan untuk hidup bersama dengan aman bagi
menjamin kesejahteraan negara. Secara ringkasnya, semangat perpaduan haruslah diwujudkan
untuk melahirkan semangat kebangsaan.

Pepatah Melayu yang berbunyi bagaimana acuan, begitulah kuihnya mempunyai maksud yang
tersendiri. Kita haruslah mengaitkan peribahasa ini dalam meladeni fenomena individu yang pudar
semangat kebangsaan. Salah satu punca rakyat Malaysia kini hilang semangat cinta akan negara
adalah disebabkan factor persekitaran mereka yang penuh dengan pihak yang sering memandang
rendah terhadap keadaan negara kita. Pada era ledakan teknologi hari ini, media massa elektronik
memainkan peranan yang amat penting dalam mencorak pemikiran generasi muda. Hal ini sebegitu
kerana generasi melieu, terutama remaja dan belia banyak menghabiskan masa mereka dalam
melayari internet. Di samping itu, usia remaja yang hanya setahun jagung mudah dipengaruhi oleh
mana- mana unsur luar yang ditujukan kepada mereka. Dalam laman sesawang seperti Facebook
dan Youtube, terdapat sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab sering memuat naik pelbagai
jenis bahan yang mencaci serta menghina negara mereka sendiri. Hal ini akan memberi pandangan
yang negatif kepada sesiapa yang menonton atau melaluinya, terutama golongan remaja dan belia.
Keadaan ini akan seterusnya menyebabkan mereka membentuk persepsi yang buruk terhadap tanah
air sendiri, sekali gus menghilangkan perasaan cinta akan negara. Tuntasnya, pihak kerajaan haruslah
memantau bahan yang dibenarkan untuk menyirkulasi internet.
Selain demikian, semangat kebangsaan boleh dipupuk melalui penganjuran pertandingan tertentu
yang bertemakan semangat patriotik. Remaja dan golongan belia pada hari ini gemar menggunakan
gajet- gajet elektronik dalam aktiviti seharian mereka, seperti mengambil gambar dan merakam
video. Ia telah menjadi satu trend yang semakin berkembang kerana generasi ini suka menyimpan
rekod mengenai detik- detik kehidupan mereka. Dalam konteks ini, perbagai pihak bolehlah
mengambil kesempatan ini untuk melancarkan pertandingan mencipta lagi ataupun menghasilan
video serta karya lukisan yang bertemakan perpaduan. Sepertimana yang kita ketahui, bulan
kemerdekaan merupakan sebuah bulan yang penuh dengan aktiviti yang mampu membangkitkan
semangat cinta akan negara. Tidak semestinya pertandingan seperti ini diadakan pada bulan Ogos
semata- mata, kerana perpaduan itu haruslah dipupuk selagi negara kita ingin menegakkan
kemerdekaannya. Pertandingan seperti Liga Remaja Kreatif haruslah dilancarkan dengan lebih kerap
supaya dapat menarik perhatian remaja- remaja serta generasi belia untuk menggembleng tenaga
bagi menghasilkan sesuatu bersama- sama. Keadaan ini dapat melahirkan semangat kebangsaan
dalam kalangan generasi kini sekiranya usaha sebegitu giat dijalankan kerana sedikit- sedikit, lama-
lama menjadi bukit.

Secara holistik, semangat kebangsaan merupakan sesuatu yang tidak harus dipandang enteng oleh
mana- mana pihak kerana perpaduan merupakan asas keutuhan sesebuah negara. Generasi hari
inilah yang merupakan golongan penjana negara pada masa hadapan dan ia adalah penting bahawa
mereka dipimpin dengan cara sebaiknya agar mereka dapat membawa negara maju ke hadapan, bak
kata pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Masa berlalu terlalu pantas, dan setiap
detik masa adalah amat bermakna untuk bersedia membuat anjakan paradigma. Bangun atau jatuh,
berjaya atau tidak, semuanya bergantung kepada langkah yang kita jejak pada hari ini. Kitalah yang
akan membentuk acuan negara yang akan datang.

You might also like