You are on page 1of 4

PENJAGAAN ANAK KURANG UPAYA DALAM KELUARGA – AIZAN SOFIA AMIN

TUGASAN INDIVIDU : REFLEKSI DARIPADA JURNAL YANG DIPILIH

REFLEKSI

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera sebagai pembuka bicara rekleksi tugasan isu-isu
kekeluargaan saya ini. Saya telah menerima tugasan yang diberikan pada 29 Mac dan perlu
dihantar sebelum 13 April 2017. Melalui tugasan yang diberikan, saya harus membuat satu
refleksi daripada jurnal yang dipilih dari segi apakah isi-isi penting daripada jurnal itu,
pandangan sendiri dan juga persoalan lanjut berkenaan jurnal yang dipilih. Oleh itu, saya
membuat keputusan untuk memilih jurnal yang bertajuk ‘Penjagaan Anak Kurang Upaya Dalam
Keluarga’ yang ditulis oleh Aizan Sofia Amin, Jamiah Manap, dan Noremy Md Akhir.

Berdasarkan Jurnal ini, saya mendapati antara intipati yang penting ialah jurnal ini
mengisahkan tentang peranan keluarga dalam menjaga anak-anak kurang upaya dan bagaimana
ia memberi kesan kepada kehidupan kanak-kanak kurang upaya dalam pengalaman mereka yang
tidak berdaya. Kajian yang dilakukan adalah berdasarkan temubual daripada 33 orang wanita
kurang upaya. Jurnal ini juga melihat sama ada kanak-kanak kurang upaya di Malaysia diberi
peluang yang sama untuk hidup dalam keluarga mereka ataupun tidak dan bagaimana
ketidakupayaan mempengaruhi kesejahteraan fizikal dan psiko-emosi mereka. Secara ringkasnya
jurnal ini meneroka peranan keluarga dalam kehidupan kanak-kanak kurang upaya melalui
perspektif pengalaman wanita kurang upaya fizikal di Malaysia. Hasil daripada kajian daripada
jurnal ini, penulis mendapati bahawa keluarga memainkan peranan yang penting dalam
membantu kebanyakan peserta penyelidikan kerana ketiadaan bantuan kebajikan yang
mencukupi. Dalam jurnal ini juga telah membincangkan antara konflik dan masalah yang
dihadapi oleh keluarga dan juga golongan anak-anak kurang upaya (OKU).

Antara masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia berkenaan penjagaan anak-anak
kurang upaya ialah mereka tiada bantuan kebajikan yang mencukupi. Walaupun kebanyakan
daripada mereka ini bergantung kepada keluarga untuk mendapat penjagaan dan sokongan,
ramai, namun terdapat masalah iaitu ada di antara mereka terpaksa tinggal jauh daripada
keluarga akibat daripada pelbagai faktor termasuk ketiadaan bantuan kebajikan yang yang
menyediakan rumah, pendidikan dan latihan yang boleh diakses. Ini menyebabkan mereka
mengalami pengasingan fizikal dan psikologi daripada ahli keluarga mereka sendiri.
Permasalahan lain seperti terdapat konflik keluarga yang timbul akibat daripada kesan
ketidakupayaan, persaingan adik-beradik dan bebanan emosi dalam keluarga. Seterusnya,
permasalahan dalam jurnal ini juga membuktikan bahawa sokongan terhadap kanak-kanak
kurang upaya dan keluarga mereka amat sedikit dan selalunya tiada.

Faktor-faktor ini adalah penyebab kenapa segelintir masyarakat Malaysia menghantar


anak-anak mereka ke pusat kebajikan kanak-kanak daripada menjaga sendiri. Masalah utama
yang dinyatakan di dalam jurnal ini adalah berkaitan kewangan. Kebanyakan ibu bapa tidak
mampu untuk menjaga anak mereka yang kurang upaya kerana kos sara hidup yang tinggi.
Kemungkinan mereka yang mengalami masalah ini terdiri daripada keluarga yang mempunyai
anak ramai atau kebanyakkan daripada mereka hidup di kawasan luar Bandar. Sebagai contoh
yang dinyatakan dalam jurnal ini, Kebanyakan wanita yang ditemubual dalam jurnal itu
dibesarkan pada zaman di mana Malaysia masih lagi bergelut untuk membangunkan ekonominya
selepas mendapat kemerdekaan pada tahun 1957. Oleh yang demikian, beberapa wanita terpaksa
membesar di institusi kebajikan bagi orang kurang upaya (OKU) pada usia yang sangat muda
kerana keluarga mereka tidak mampu untuk menyediakan kediaman yang boleh diakses oleh
mereka. Secara tidak langsung, kekangan kewangan dalam keluarga ini telah memisahkan
wanita-wanita ini daripada ahli keluarga dan mempengaruhi kesejahteraan psiko-emosi mereka
sebagai kanak-kanak kurang upaya.

Selain itu, terdapat juga masalah konflik keluarga yang dinyatakan dalam jurnal tersebut.
Terdapat segelintir keluarga yang berasa cemburu terhadap layanan istimewa yang diberikan
kepada anak-anak kurang upaya (OKU). Perhatian lebih yang diberikan kepada kanak-kanak
kurang upaya oleh ibu bapa boleh sebenarnya menimbulkan konflik dalaman dalam kalangan
ahli keluarga. Ia boleh menghasilkan rasa cemburu dalam kalangan adik-beradik kerana
perhatian lebih yang diperlukan oleh kanak-kanak kurang upaya akan menyebabkan anak-anak
lain menerima kurang perhatian daripada ibu bapa mereka. Oleh itu walaupun sokongan positif
yang cuba diberikan oleh ibu bapa kepada kanak-kanak kurang upaya, namun kadang-kala ia
boleh ‘mengancam’ hubungan kekeluargaan dan ‘menjejaskan’ keharmonian sesebuah keluarga
Pada pandangan saya, melalui permasalahan yang dinyatakan dalam jurnal tersebut, saya
merasakan pasti ada langkah yang terbaik bagi mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh
golongan anak-anak kurang upaya ini. Masalah pertama yang dinyatakan adalah berkaitan
kewangan atau kebajikan. Melalui permasalahan ini, saya merasakan adalah wajar jika pihak
kerajaan memainkan peranan yang amat penting dalam membantu keluarga yang tidak
mempunyai kewangan yang stabil untuk menyara anak-anak kurang upaya (OKU). Antara
langkah-langkahnya seperti memberikan bantuan kewangan atau menyediakan tempat tinggal
yang selesa untuk keluarga yang tidak berkemampuan. Peruntukan daripada kerajaan ini boleh
disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, MARA dan sebagainya. Bantuan seperti ini bukan
sahaja dapat meringankan beban anak-anak OKU malah dapat mengembirakan hati ibu bapa mereka
supaya mereka dapat meneruskan kehidupan di dunia ini.

Selain itu, pihak kerajaan boleh membantu golongan anak-anak OKU dengan memberi
peluang kepada mereka untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran dalam pelbagai bidang.
Sebagai contoh, memberi peluang untuk mengikuti latihan kemahiran seperti membaiki
kenderaan dan membuat kek, keropok dan kraf tangan di Pusat Giat Mara, Kolej Komuniti, Pusat
Latihan dan Pemulihan Orang Cacat(JARO) dan lain-lain institusi.Melalui usaha ini ,golongan
anak-anak OKU akan dilatih dalam pelbagai bidang kemahiran supaya mereka dapat berdikari
dan boleh bekerja sama ada makan gaji atau berniaga sendiri . Setelah mantap dalam bidang
pekerjaan, secara tidak langsung mereka memberikan sumbangan kepada negara dan tidak lagi
menyusahkan orang lain bahkan mampu menyara hidup sendiri dan keluarga.

Seterusnya, berkaitan dengan masalah emosi, masyarakat perlu menerima kehadiran


golongan kurang upaya ini seadanya dan membantu mereka untuk menjalani kehidupan dengan
sebaiknya. Hal ini kerana, masyarakat perlu sedar bahawa golongan OKU tidak meminta
dilahirkan dalam keadaan yang tidak sempurna malah mempunyai hak untuk hidup sama seperti
orang lain. Adik-beradik juga haruslah menerima golongan OKU dalam ahli keluarga mereka
dan tidak seharusnya berasa cemburu dan dengki terhadap layanan istimewa yang diberikan
kepada mereka. Dalam hal ini, ibu bapa berperanan penting dalam mendidik anak-anak dengan
nilai-nilai murni seperti kasih sayang, simpati,belas kasihan dan tolong menolong agar mereka
dapat membantu OKU dengan seikhlas hati.
Persoalan lanjut yang ingin saya ketahui daripada jurnal yang saya baca ini ialah apakah
langkah proaktif kerajaan dalam membendung masalah yang dihadapi oleh golongan anak-anak
kurang upaya (OKU) dan adakah masyarakat benar-benar prihatin terhadap golongan ini.

Kesimpulannya, masyarakat seharusnya berubah mentaliti dan menerima golongan OKU


dengan lebih terbuka. Mereka tidak seharusnya membiarkan golongan ini. Pihak Kerajaan
haruslah memainkan peranan yang proaktif seperti memperuntukan dana yang banyak bagi
meningkatkan taraf hidup OKU dan pihak swasta juga perlu menghulurkan baantuan. Walau
bagaimanapun, usaha tersebut turut memerlukan kerjasama yang bersepadu daripada masyarakat.

(1,048 PATAH PERKATAAN)

You might also like