You are on page 1of 9

4.

0 KONVENSYEN HAK ASASI KANAK-KANAK 1989


Kanak kanak mudah dipengaruhi memerlukan jagaan dan perlindungan khas terutamnaya perlindungan oleh keluarga,perlindungan undang-undanag dan perlindungan yang lain-lain kepada kanak-kanak. Ia juga sekali lagi mengesahkan keperluan bagi ia meliputi hak sebelum dan selepas lahir, kepentingan hormat kepada nilai-nlai kebudayaan komuniti kanakkanak. Ia merupakan satu peranan yang amat penting bagi kerjasama antarabangsa dalam menjamin hak asasi kanak-kanak berdasarkan konvensyen hak kanak-kanak yang diterima pakai oleh perhimpunan agung pertubuhan bangsa-bangsa bersatu pada 20 november 1989 mengandungi perkara 1 hingga perkara 54. Jadual di bawah ialah perkara mengenai hak kanak-kanak:-

21 | P a g e

dilahirkan mempunyai nama dan kewarganegaraan

tinggal di dalam komuniti dan persekitaran yang aman damai

mempunyai makanan yg cukp &tubuh badan yang aktif dan sihat

mempunyai keluarga yang akan meyayangi

HAK SETIAP KANAKKANAK

mendapatkan pendidikan yang baik dan membentuk potensi diri

diberi peluang untuk bermain

dipertahankan dan di beri bantuan oleh kerajaan

berupaya mengekspresikan pandangan sendiri

untuk dilindungi daripada penderaan, eksploitasi,kecuaian dan keganasan

22 | P a g e

4.1 KATEGORI HAK KANAK-KANAK DALAM KOVENSYEN MENGENAI HAK KANAKKANAK

HAK KEHIDUPAN

HAK PERLINDUNGAN

HAK PERKEMBANGAN

HAK PENYERTAAN

HAK KEHIDUPAN Ia didefinisikan dalam skop yang terhad untuk memastikan keperluan asas dalam peruntukkan CRC ini kelangsungan hidup dan keprluan asasuntuk hak tersebut iaitu makanan,tempat tinggal, air minuman bersih dan jagaan kesihatan. IBU BAPA Mestilah menyediakan keperluan asas kepada kanak-kanak mengikut kemampuan mereka.persekitaran yang positif dan harmoni menjamin kanakkanak dapat memebesar dengan baik sekali. Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat yang mengandungi zat seperti karbohidrat,protein dan sebagainya memangkin tumbesaran kanak-kanak.

GURU Disekolah pula guru dianggap sebagai ibu bapa bagi kanak-kanak walaupun masa di sekolah tidak pun mencapai 12 jam ataupun 6 jam bagi prasekolah. 23 | P a g e

Di sekolah terutamanya prasekolah,memang sudah disediakan peruntukkan makanan bagi kanak-kanak ini makan. Dan inilah yang diaplikasikan oleh guru melalui konvensyen hak asasi kanak-kanak tersebut. Pihak pentadbir juga memastikan makanan yang disdiakn kepada kanak-kanak ini adalah makanan yang berkhasiat dan berprotein. HAK PERLINDUNGAN Hak kepada perlindungan daripada pengaruh-pengaruh tidak baik seperti

penderan,eksplotasi dan sebagainya. Kanak-kank berhak kepda perlindungan daripada sebarang keadaan yang berbahaya seperti penderaan pencabulan dan sebgainya. Kanak-kanak tidak seharusnya dijadikan mangsa kepda sesuatu masalah.mereka harus dilindungi daripada dicederakan dari segi emosi ataupun dari segi seksual. GURU Sebagai guru meraka tidak seharusnya diabaikan dan tidak sepatutnya didiskriminasikan hanya kerana perbezaan yang ada pada mereka. Sebagai contoh pergaduhan antara kanak-kanak. Guru tidak seharusnya terus menerus menyalahkan kanak-kanak tanpa usul periksa. Seharusnya guru harus menyelesaikan secara baik agar tidak ada perkara yang tidak diinginkan berlaku antara pelajar. Malah ini juga melibatkan ibu bapa secara tidak langsung. Jika terdapat salah laku terhadap kanak-kanak ini,pihak-pihak berwajib terutamanya pihak sekolah juga harus campur tangan dan melindungi mereka melalui undang-undang yang telah diperuntukkan. HAK PERKEMBANGAN Hak kepada pembangunan potensi individu menyeluruh seperti hak kepada pendidikan, hak untuk bermain dan hak untuk menyuarakan pendapat. IBU BAPA Mestilah mmberi pendidikan kepada kanak-kanak. Pendidikan ini

termasuklah mengenai Tuhan,nili-nilai murni dan persekolahan. Ibu bapa harus memupuk minat membaca dan cintakan ilmu kepada kanak-kanak. Ilmu-ilmu yang baik dan bermanfaat ini adalah untuk menyediakan kanakkanak pada masa had bermainapan. GURU Sebagai guru dalam setiap pembelajaran yang dilakukan ada masanya untuk bermain. Kerana kanak-kanak pada peringkat prasekolah tidak dapat berterusan dalam belajar. Ia mestilah diselangi dengan bermain kanak-kanak 24 | P a g e

diberikan

kebebasan

untuk

bermain

mengikut

kesesuaian.

Melalui

interaksi,kanak-kanak dapat belajar menghormati orang lain,bertolak-ansur dan boleh berkongsi alat mainan. Maka disini secra tidak lagsung guru boleh menimbulkan sikap atau nilai murni dalam diri kanak-kanak. Guru harus mendengar apa pendapat mereka dan ia harus diambil kira. Oleh itu kanakkanak akan berasa dihargai. Kurangnya komunikasi guru dengan kanakkanak akan menyebabkan mereka tidak berminat untuk menceritakan sesuatu kepada guru malahan kesannya akan secara tidak langsung kepada rakan-rakan sekelas. HAK PENYERTAAN Hak kepada penyertaan sepenuhnya dalam keluarga,budaya dan kehidupan social masyarakat setempat. Kanak-kanak perlu diberi hak untuk mengambil bahagian dalam hal ehwal dan pembesaran mereka. Contohnya mereka ingin mendapatkan sesuatu barangan sekiranya difikirkan sesuai,ibu bapa perlulah menyediakan barangan tersebut. IBU BAPA Perlu beri kanak-kanak menyertai dalam aktiviti kemasyarakatan supaya dapat memupuk sifat-sifat murni dalam diri kanak-kanak. Perlunya kanakkanak dididik untuk berbuat baik dan bertolenrasi dengan anggota masyarakat. GURU Selain ibu bapa merupakan individu yang paling hamper dengan kanakkanak, guru merupakan insane kedua yang paling hampir dengan kanakkanak. Dan seharusnya guru memastikan kanak-kanak mendapat

penyertaan dalam sebarang aktiviti di sekolah. Ia akan menimbulkan keseronokan dan keterujaan kanak-kanak untuk pergi kesekolah. Guru haruslah juga memupuk kesedaran ibu bapa terhadap hak-hak kanak-kanak ini. Agar ibu bapa dan kanak-kanak itu sendiri mengerti bahawa setiap dari kita mempunyai hak tersendiri.

25 | P a g e

REFLEKSI: NURSALINA BINTI MANAP

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan keberkatannya dapatlah saya menyiapkan tugasan asas pendidikan awal kanak-kanak yang diberikan oleh pensyarah. Semasa menjalankan tugasan ini pelbagai pengalaman serta ilmu dalam ilmu pendidikan berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak yang saya perolehi. Di dalam tugasan ini saya bersama dengan rakan kumpulan saya Kasmah diminta untuk membuat tugasan pada iaitu menghasilkan sebuah esei berkaitan tentang akta 308 dan 505, idea tokoh pendidikan awal kanak-kanak,syarat kelayakan kemasukan taska dan tadika serta konvensyen hak asasi kanakkanak. Matapelajaranpendidikan awal kanak-kanak adalah satu matapelajaran yang baru bagi saya.Oleh itu pemahaman berkaitan matapelajaran ini sangat kurang bagi saya.Oleh itu saya perlu banyak membaca, membuat pemerhatian, bertanya kepada yang mempunyai banyak ilmu tentang bidang awal kanak-kanak serta melayari internet berkaitan dengan tugasan ini. Seterusnya selepas mendapat isi bagi soalan tersebut kami perlu mempersembahkannya dalam bentuk penulisan esei serta persembahan grafik.Objektif kerja kursus ini ialah pelajar akan dapat melaksanakan tugas-tugas seperti berikut.Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini saya dapati tugasan ini sangat mencabar kerana memerlukan saya dan rakan banyak membaca berkaitan pelbagai perkara. Selepas itu dari pembacaan itu saya perlu menganalisis d.Selepas itu saya perlulah menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi tamadun Malaysia.Dalam tugasan ini kami telah menjumpai 12 faktor.Melalui faktor ini kami mendapatkan sedikit kepayahan untuk mengaitkann membuat esei panjang bagi menerangkan setiap soalan yang dikehendaki terutamanya semasa membuat soalan berkaitan dengan akta. Kadang kala ada faktor yang hanya mempunyai sedikit isi serta penerangan sahaja.Ini kerana kami tidak menjumpai isi yang berkaitan untuk menerangkan soalan yang dikehendaki walaupun pelbagai sumber telah kami rujuk seperti buku, nota daripada internet dan sebagainya.Masalah ini berlaku terutamanya semasa saya ingin menjawab soalan bagi syarat kelayakan kemasukan tadika. Apa yang dikehendaki langsung tidak saya perolehi. Selain itu ada juga sumber pemerhatian kami yang mempunyai persamaan dari segi penerangan ulasannya.Walau bagaimanapun dengan berkat kesabaran serta banyak bertanya dan membaca kesukaran ini dapat diatasi dengan sebaiknya walaupun saya tahu banyak kekurangan dalam tugasan yang saya lakukan ini.Ini kerana saya tahu bahawa saya amat kurang ilmu berkaitan dengan ilmu pendidikan awal kanak-kanak ini.Selain itu buku-buku yang saya pinjam dari perpustakaan juga banyak tidak menepati kehendak soalan serta kekurangan

26 | P a g e

buku berkaitan dengan prasekolah.Oleh itu melalui internet saya banyak mendapat isi-isi bagi mengaitkan serta memperkembangkan lagi tulisan esei saya. Walau bagaimana susah dan senang semasa saya melakukan tugasan ini, saya amatlah bersyukur kerana apabila tugasan ini sudah siap dilaksanakan banyak ilmu yang saya perolehi tentang isu pendidikan awal kanak-kanak yang sebelum ini saya langsung tidak pernah pelajari. Melalui tugasan ini juga saya mempelajari bahawa negara kita Malaysia ini adalah satu negara yang sangat bertuah serta mempunyai banyak kelebihan. Ini kerana kebajikan kanakkanak terutamanya dalam bidang pelajaran sangat dititikberatkan .Selain itu tugasan ini memberikan saya banyak ilmu berkaitan tentangtokoh pendidikan awal kanak-kanak bukan hanya di Malaysia malah di seluruh dunia seperti negara barat serta timur. Dari pembacaan semasa saya melakuakn tugasan ini saya dapat mengetahui pelbagai perkara berkaitan pendidikan kepada kanak-kanak. Jelaslah kanak-kanak adalah sangat penting dalam mencorakkan kemajuan negara pada masa akan datang agar negara lebih maju dan berdaya saing.Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pendidikan awal kanak-kanak saya iaitu Pn Nor Fauzian Binti Kassim kerana banyak membantu semasa saya menjalankan tugasan ini dengan menjawab segala soalan yang ditanya oleh kami serta memberi pendapat berkaitan dengan tugasan ini. Apabila diterangkan oleh puan berkaitan pemasalahan kami Alhamdulillah tugasan yang dibuat dapat dijalankan dengan baik mengikut pendapat serta prosedur yang puan ajari. Sebagai seorang bakal guru, saya perlu menyiapkan diri saya dengan pengetahuan umum serta sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan saya dalam semua bidang agar saya akan dapat menjadi guru yang boleh membantu serta mengajar murid dari pelbagai aspek serta jenis matapelajaran walaupun saya adalah bakal guru

Prasekolah.Tugasan ini adalah sangat penting kepada saya guru prasekolah ini kerana banyak maklumat berkaitan prasekolah terdapat dalam matapelajaran pendidikan awal kanak-kanak ini.Insyallah ilmu yang akan saya perolehi ini nanti akan saya gunakan semasa saya berada di lapangan pekerjaan nanti, kerana semua ilmu itu amat berguna kepada saya dalam menjadi seorang guru yang berkualiti dan seterusnya dapat melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

27 | P a g e

REFLEKSI: KASMAH PAKAR Syukur ke hadrat Ilahi Tuhan Semesta Alam kerana saya dan sahabat sekumpulan saya iaitu Nur Salina Manap telah menyiapkan tugasan PRA 3101 ini dengan jayanya walaupun terdapat beberapa halangan dan rintangan yang harus saya tempuhi.Semasa saya menerima tugasan ini saya tidak tahu bagaimana hendak memulakannya seperti yang dikehendaki oleh pensyarah penasihat. Namun, berkat usaha yang tidak pernah padam saya berjaya menyiapkan tugasan ini seperti yang dikehendaki. Walaupun banyak cabaran yang saya hadapi dalam menyiapkan tugasan ini. Tetapi ini tidak bermakna saya ambil lewa dalam menyiapakan tugasan yang diberi. Masalah internet di tempat kediaman saya amatlah merunsingkan. Dari itu saya ambil langkah pergi ke perpustakaan bagi memdapatkan maklumat yang lain. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik seperti yang saya mahukan. Walaupun begitu sukar untuk saya menyiapkan tugasan ini, namun dengan hati yang cekal dan berani akhirnya saya dapat menyiapkan juga tugasan ini dengan bimbingan daripada pensyarah dan rakan sekelas.Bimbingan dari rakan sekelas malah rakan sekumpulan amat memberi kesan yang banyak dala menyiapakan tugasan ini. Bukan itu sahaja,tanpa bimbingan pensyarah Pn. Fauziah maka tidak wujud impak yang sebesar ini dalam menyiapkn tugasan ini. Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak perkara baru yang saya ketahui malah saya dapat mempertingkat sedikit sebanyak pengetahuan yang sedia ada. Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, saya banyak mempelajari tentang kesan dan idea pendidikan yang diambil untuk membentuk acuan pendidikan kita sendiri di malaysia. Lebih-lebih lagi dalam penubuhan taska dan tadika serta pengurusannya.. Di samping itu, saya tahu seorang guru seharusnya merupakan seorang guru yang berwawasan. Malah sewajarnya guru mempunyai bersifat mempunyai pandangan yang jauh dan

mempunyai visi terutama berkaitan pendidikan awal kanak-kanak.kerana pendidikan awal kanak-kanak inilah yang membantu pertumbuhan seterusnya kelak. Pokok pangkalnya bermula pada pendidikan awal kanak-kanak. Sementara itu, saya juga tahu bahawasanya guru juga hendaklah berpandangan global iaitu dengan melihat perspektif pendidikan secara global agar dapat menghadapi cabaran pendidikan dalam proses mendidik anak-anak di prasekolah. Risiko dalam mengajar anak-anak prasekolah lebih besar berbanding mengajar kanak-kanak di alam tahun satu dan seterusnya.. Seorang guru perlulah berfikiran positif iaitu peka kepada penubuhan yang disarankan dalam penubuhan taska dan tadika agar sedar tentang keperluan

28 | P a g e

negara pada masa akan datang dan positif terhadap pembelajaran dan pembelajaran malah mempunyai inovasi dalam tugas. Akhir kalam,saya berasa gembira dan berpuas hati terhadap segala tugasan yang telah dilakukan dengan jayanya. Hal ini disebabkan banyak maklumat dan data yang telah saya kumpul membolehkan saya menghasilkan satu tugasan mengikut format yang telah dinyatakan dalam soalan tugasan. Melalui maklumat tersebut, saya akan pastikan bahwa ia akan kekal dalam ingatan agar mudah untuk saya sampaikan kepada orang lain di samping mempelajari dan memahami maklumat tersebut. Sekian,terima kasih.

29 | P a g e

You might also like