You are on page 1of 14

PAKKD2133 PROFESIONALISME

DALAM PENDIDIKAN AWAL


KANAK- KANAK
-KOD ETIKA GURU PRASEKOLAH-
DISEDIAKAN OLEH: HAFIDDAH BINTI AWANG
1. KOD ETIKA TERHADAP KANAK-
KANAK
 Peka terhadap perasaan  kanak-kanak dan kualiti
kanak-kanak berfikir.
 Mengutamakan kebajikan kanak-kanak dan
keselamatan kanak-kanak
 Sedia mendengar  suara hati kanak-kanak dan
memahami mereka.
 Mempunyai rasa belas kasihan dan kasih sayang
kepada kanak-kanak.
 Selalu menggunakan komunikasi bukan lisan  dan
memaksimakan  komunikasi  bersama kanak-
kanak.
 Sentiasa  melindungi hak kanak-kanak.
Bersikap adil terhadap kanak-kanak tanpa mengira
faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi,
sosial, keturunan atau agama.

 Menerima
kanak-kanak sebagai individu  yang berbeza
dan menggunakan aspek yang positif  dalam  kumpulan
kanak-kanak.

Membuat kawalan yang baik daripada membuat  ugutan


(threatening).

Memberikan perasaan yang responsif, sentiasa memberi


galakan  dan memberi peluang kejayaan kepada kanak-
kanak serta memberi sokongan  apabila mereka dalam
keadaan  yang kebingungan dan  keliru.
 Menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan
dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh
yang baik kepada kanak-kanak.

 Membawa unsur kecindan (humor) dan daya


imaginasi  dalam kumpulan.

 Meningkatkan dan memaksimakan komitmen 


terhadap kekuatan dan potensi kanak-kanak. 

 Membimbing dan mengajar kanak-kanak


mempelajari satu tahap penguasaan kemahiran
mengikut tahap pencapaian dan penguasaan
kemahiran mereka
2. KOD ETIKA TERHADAP IBUBAPA DAN
KELUARGA
Menghormatitanggungjawab utama ibu bapa terhadap
anak-anak mereka.

Bertanggungjawabuntuk merahsiakan semua maklumat


mengenai kanak-kanak dan keluarganya kecuali yang
berhak mengetahuinya. 

Tidak
boleh menceritakan  hal kanak-kanak di hadapan ibu
bapa mereka, kerana ini akan merosakkan konsep kendiri
kanak-kanak.

Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di


antara institusi pendidikan dengan rumah tangga.
 Memberi maklumat kepada ibu bapa demi
kepentingan anak-anak  mereka dan menggunakan
maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara
teliti dan bijaksana.

 Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata


atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan
kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau
penjaga mereka.

 Mengelakkan diri daripada menggunakan atau


dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi
ibu bapa pelajar
3. KOD ETIKA TERHADAP MASYARAKAT
Memupuk kesantunan  diri kepada kanak-kanak di bawah 
jagaannya supaya menghormati  ibu bapa dan orang yang
lebih tua.

Mengelakkan diri mengajar kanak-kanak tentang ajaran


yang  bertentangan dengan adat  dan budaya  masyarakat.

Berpegang kepada tingkah laku  yang sopan dan diterima 


oleh masyarakat.

Mempamerkan  bahasa pertuturan yang baik untuk  menjadi


ikutan  kanak-kanak dan  keluarga.
 
 Menghormati masyarakat setempat dan memenuhi
segala tanggung jawab sebagai seorang warganegara
dan sanggup mengambil bahagian dalam sebarang
kegiatan masyarakat.

 Mengelakkan diri dari melakukan  perbuatan yang


sumbang pada mata masyarakat.

 Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara


guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan
masyarakat.

 Menunjukkan cara berpakaian  yang sopan  dan  terpuji.


4. KOD ETIKA TERHADAP PENTADBIR
 Patuh kepada arahan  perkhidmatan  dari masa ke
semasa. Contohnya arahan  menepati masa datang
dan waktu  balik sangat penting.

 Datang awal sebelum kanak-kanak datang.ke


sekolah. Guru tidak boleh  balik sebelum kanak-
kanak semua balik ke rumah masing-masing.

 Menunggu  kanak-kanak sehingga ibu bapa 


mereka menjemput mereka balik.
 Jawatankuasa pentadbir perlu menetapkan  masa
paling lewat untuk mengambil anak mereka dan
sekiranya  lewat perlu dimaklumkan lebih awal dan 
bayaran  lebih masa perlu dikenakan  mengikut jam
yang ditetapkan.

 Segala kelengkapan dan perabut yang dibeli dan


digunakan perlu direkod dan dilaporkan kepada
pentadbir dari masa kesemasa.

 Membuat permohonan kepada pentadbir sekiranya


hendak membawa kanak-kanak untuk aktiviti
lawatan dan mendapatkan keizinan  dari ibu bapa
atau penjaga tentang lawatan yang hendak
dilaksanakan.
 Tidak boleh meninggalkan  kanak-kanak tanpa
guru lain atau pembantu. Kita perlu sentiasa hadir
bertugas bersama kanak-kanak.

 Segala perkara yang melibatkan kewangan perlu


mendapat arahan dari pentadbir, dan sekiranya
memungut  yuran atau sumbangan wang perlu
diserahkan kepada bahagian kewangan sekolah
5. KOD ETIKA TERHADAP PEKERJA
 Menentukan senarai tugas pekerja setiap
hari dan memastikan semua tugasan tersebut
dapat dilaksanakan
 Sentiasa hormat dan kepada pekerja dan

kebajikannya
 Perlu membimbing pekerja supaya

memahami psikologi dan bekerjasama dalam


melaksanakan saranan yang positif
6. TUJUAN DAN KEPENTINGAN KOD ETIKA
TERHADAP PROFESION GURU PRASEKOLAH

 Menyediakan garis panduan bagaimana


bertingkah laku dalam profesion keguruan.
 Guru akan lebih faham dengan tugas dan

tanggungjawab mereka.
 Guru dapat meningkatkan imej profesion

guru secara rasmi.Secara tidak langsung,ia


dapat membuka mata masyarakat untuk
menghayati tanggungjawab guru yang berat
dan luas dan menyokong guru dalam
mencapai matlamat pendidikan negara.
 Pengamalan etika dapat mengekalkan dan
memelihara kepercayaan yang diberi dalam
menjalankan tugas serta memupuk
tanggungjawab bersama dan mengeratkan
perhubungan ahli dalam sesebuah organisasi

You might also like