You are on page 1of 1

LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS

Pengalaman Berasaskan sekolah pada kali ini memfokuskan aktiviti kami untuk mengkaji bagaimana pihak sekolah dapat menerapkan unsur-unsur utama yang terkandung dalam FPK dan FPG, bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari sudut JERIS. Program pengalaman berasaskan sekolah ini bermatlamat untuk membiasakan guru pelatih dengan persekolahan sebelum menjadi guru sekolah. Program ini juga bertujuan bagi melatih guruguru pelatih dalam mendapatkan maklumat dan mempunyai hubungan yang mesra dalam kalangan guru-guru dan kakitangan sekolah, Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk mengkaji sejauh mana faktor persekitaran di sekolah dapat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Selain itu, aktiviti ini juga penting dalam menerapkan unsur kerjasama dalam kalangan guru. Antara aktiviti yang dijalankan di sekolah adalah aktiviti dalam memperolehi maklumat. Sebagai contoh, saya menemu bual guru-guru yang berkaitan bagi

membantu pencarian maklumat, mengedarkan borang soal selidik dan membuat pemerhatian akan pelbagai aktiviti untuk memperoleh segala maklumat yang diperlukan. Antara maklumat aktiviti yang saya perolehi melalui pelbagai aktiviti

akademik seperti kelas tambahan dan program motivasi manakala aktivIti bukan akademik seperti GERKO dapat saya perolehi untuk kajian penuh untuk dilampirkan dalam portfolio PBS ini.

You might also like