You are on page 1of 4

HNS 2032 KESUKARELAWANAN

TUGASAN 3
(INDIVIDU 20%)

Soalan
PRIMAS Malaysia merupakan NGO aktif yang berpengkalan di Tanjung Malim, Perak.
Bincangkan apakah tujuan pertubuhan persatuan tersebut, manfaat kepada masyarakat dan
berikan cadangan anda untuk pembangunan Primas.

DISEDIAKAN UNTUK
DR. INTAN SURIA HAMZAH

DISEDIAKAN OLEH
WAN NUR NADHIRAH BINTI WAN ZULKURNAIN
D20191089565

KUMPULAN : N
1.1 PENGENALAN

Persatuan Pendidikan dan Rehabilitasi OKU, Ibu Tunggal, dan Warga Emas Malaysia atau
lebih dikenali sebagai PRIMAS merupakan NGO yang ditubuhkan pada tahun 2007 yang
berpengkalan di Tanjung Malim, Perak. Penubuhan PRIMAS Malaysia merupakan idea
daripada Dato’ Dr Hajah Faridah dan Puan Hajah Latun Azizah yang pada mulanya ingin
membantu menguar-uarkan kewujudan Klinik Warga Emas dan Bahagian OKU di Klinik
Kesihatan Tanjung Malim dan PRIMAS beroperasi secara tidak rasmi pada tahun 2005. Namun
akhirnya, pada 8 Oktober 2007, PRIMAS Malaysia berjaya ditubuhkan oleh Puan Hajah Latun
Azizah dan Perlembagaan Pertubuhan PRIMAS turut dirangka pada hari yang sama. Kini,
PRIMAS banyak menjalankan aktiviti dan program bersama agensi kerajaan dan bukan
kerajaan, institute pengajian tinggi, sekolah dan sebagainya.
Selain itu, PRIMAS juga memegang misi dan visi mereka tersendiri. Misi PRIMAS ialah
membantu menyumbang khidmat masyarakat dari segi kesihatan yang menyeluruh melalui
aktiviti-akitiviti yang memberi manfaat kepada setiap individu, keluarga dan masyarakat yang
memerlukan. Seterusnya PRIMAS turut mempunyai Visi mereka iaitu menjadikan PRIMAS
sebuah organisasi yang ulung dalam membantu memberi perkhidmatan kesihatan yang
menyeluruh sambil memastikan peningkatan ekonomi setiap individu dalam keluarga dan
masyarakat tidak kira bangsa, agama dan jantina. Oleh yang demikian, objektif PRIMAS secara
keseluruhan adalah menjurus ke arah kebajikan, kesihatan dan ekonomi negara semasa, melalui
kerjasama bersepadu dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi,
sekolah, pihak swasta dan lain-lain.

2.1 PRIMAS MALAYSIA MEMBANGUNKAN MASYARAKAT

Bagi menyempurnakan misi dan visi yang ditetapkan oleh PRIMAS Malaysia, pelbagai
aktiviti dan program yang telah dilaksanakan. Antaranya ialah perjumpaan bersama warga
emas PRIMAS di Behrang Ulu. Program ini bukan sekadar perjumpaan biasa kerana pelbagai
aktiviti yang menarik telah dilaksanakan. Misalnya, perjumpaan pada 28 Februari 2021 yang
mengadakan perkongsian ilmu, senaman pagi dan juga lawatan ke rumah ahli PRIMAS di
Taman Dapor. Istimewanya program pada hari tersebut adalah kerana Presiden PRIMAS
sendiri iaitu Hajah Latun Azizah yang turun padang bersama dua pelajar praktikal dari UPSI
iaitu Amyra Nabilla dan Siti Nur Maisarah. Selain itu, PRIMAS juga menjalankan program
bacaan Yasin di Behrang Ulu bersempena persediaan Ramadhan.
Maka dengan itu, jelaslah bahawa pertubuhan Persatuan Pendidikan dan Rehabilitasi
OKU, Ibu Tunggal, dan Warga Emas Malaysia ini dapat memberikan pelbagai kebaikan dan
manfaat kepada masyarakat Malaysia terutamanya kepada kumpulan sasaran iaitu warga emas,
ibu tunggal, OKU dan masyarakat berumur 18 hingga 59 tahun. Antara kepentingan yang dapat
diperoleh dari pertubuhan PRIMAS ialah ia dapat menjaga kebajikan masyarakat warga emas,
OKU dan lain-lain di samping memberi peluang kepada masyarakat Malaysia untuk saling
bekerjasama dalam berbakti kepada mereka yang memerlukan. Di samping itu, program dan
akitiviti yang dijalankan oleh PRIMAS juga dapat mengeratkan hubungan anatar ahli PRIMAS
dan masyarakat sekeliling. Dalam masa yang sama, sikap berkasih sayang dan prihatin sesama
masyarakat akan wujud melalui program-program sebegini. Hal ini amat penting sekiranya
kita melihat dari pandangan mereka yang berasa hilang semangat dan harapan sepenuhnya
seperti warga emas yang menunggu saat-saat terakhir mereka, atau masyarakat OKU yang
sering mendapat pandangan buruk dari berbagai pihak atau para ibu tunggal yang sedang
bertungkus lumus menggalas tanggungjawab mereka sebagai ibu dan wanita tanpa suami.
Mereka akan berasa lebih gembira dan bersemangat apabila bersama masyarakat sekeliling
yang memberi perhatian, memberi galakan dan sokongan serta cuba memahami dan membantu
mereka apabila perlu.
Oleh itu, pertubuhan PRIMAS Malaysia sememangnya memberi pelbagai kepentingan
dan manfaat bukan sahaja kepada kumpulan sasaran tetapi juga kepada masyarakat sekeliling
mereka.

3.1 CADANGAN UNTUK PEMBANGUNAN PRIMAS MALAYSIA

PRIMAS Malaysia merupakan sebuah organisasi yang sangat bagus dan prihatin
kepada masyarakat Malaysia khususnya warga emas, OKU dan ibu tunggal. Pelbagai manfaat
yang telah diterima dari aktiviti, program dan bantuan yang dilaksanakan oleh pihak PRIMAS.
Namun, terdapat beberapa cadangan yang boleh membantu membangunkan PRIMAS.
Antaranya ialah:

3.1.1 Mengadakan lebih banyak aktiviti dengan institusi pendidikan


Individu yang berada dalam proses pembelajaran kebiasaannya akan lebih terbuka
apabila melihat dan melakukan sesuatu yang memberi kesan kepada hati dan jiwa mereka
terutamanya apabila ia berkait dengan sosial dan kehidupan. Maka, penglibatan pelajar yang
kebiasaannya berusia dalam lingkungan 12 hingga 24 tahun dalam aktiviti-aktiviti kebajikan
akan membuka minda dan menyebarkan lebih banyak nilai-nilai murni dalam diri pelajar. Hal
ini seterusnya akan mengajar golongan muda di Malaysia untuk saling menghormati dan
menghargai orang di sekeliling mereka tidak kira tua atau muda, miskin atau kaya, sihat fizikal
mental atau sebaliknya.

3.1.2 Memberikan bantuan yang sewajarnya mengikut keperluan kumpulan sasaran.


Tidak semua masyarakat di Malaysia hidup dalam keadaan yang senang dan selesa.
Terdapat segelintir dari mereka yang masih serba kekurangan dalam pelbagai hal dan keperluan
seharian. Oleh itu, bantuan dan sumbangan yang diberikan oleh pihak PRIMAS sedikit
sebanyak akan membantu mereka menjalani kehidupan mereka dengan lebih baik. Misalnya,
memberikan bantuan perubatan kepada OKU serta bantuan kewangan kepada ibu tunggal yang
menanggung anak yang ramai. Bantuan sebegini akhirnya akan diingati dan dihargai oleh
semua pihak yang terlibat dan membantu PRIMAS untuk meneruskan misi mereka apabila
diberi kepercayaan oleh orang ramai.

3.1.3 Menyebarkan pengetahuan khusus mengenai kumpulan sasaran di media sosial


Pengetahuan mengenai penjagaan, penyelesaian masalah serta tips-tips bagi membantu
masyarakat yang memerlukan amat penting bagi mewujudkan kerjasama yang baik dalam
kalangan masyarakat. Perkara ini amat membantu masyarakat sekeliling apabila mereka perlu
berhadapan dengan warga emas, OKU dan ibu tunggal kerana mereka sudah sedia maklum
tentang masalah dan kesukaran yang dihadapi malah mengetahui tentang cara menanganinya.
Maka, media sosial lah platform yang paling sesuai kerana ia digunakan oleh kesemua generasi.
Akhirnya, lebih ramai masyarakat akan mengenali PRIMAS sebagai organisasi kebajikan yang
membantu masyarakat Malaysia khususnya warga emas, OKU, ibu tunggal dan lain-lain.

4.1 KESIMPULAN

Tuntasnya, pertubuhan PRIMAS telah membantu ramai masyarakat Malaysia dan


memberi manfaat kepada setiap individu, keluarga dan masyarakat di negara ini. Ia banyak
membuka minda dan memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia untuk memupuk nilai-
nilai murni dalam diri masing-masing dalam perhubungan sosial dan kebajikan terhadap insan-
insan yang kurang bernasib baik dan memerlukan. Selain itu, pertubuhan PRIMAS di Malaysia
juga memberi impak yang sangat besar kepada mereka yang terlibat.

You might also like