You are on page 1of 5

Penulisan Akademik

1.0 Pengenalan

Golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh
itu, mereka mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti
anggota masyarakat yang lain. Pendekatan berasaskan hak atau rights-based dan juga
perlindungan wajar digunakan bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan OKU,
[ CITATION Kem22 \l 1033 ]. Sepertimana yang telah kita ketahui, OKU adalah seseorang yang
mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual, atau
pancaindera yang apabila berhadapan dengan pelbagai halangan berkemungkinan tidak
dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat.

2.0 Konsep Kerja Sosial

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, kerja membawa erti usaha yang bertujuan untuk
menghasilkan sesuatu. Manakala sosial pula membawa maksud segalanyang berkaitan
dengan masyarakat atau kemasyarakatan. National Association of Social Work, 1973
(NASW) telah mendefinisikan kerja sosial sebagai aktiviti profesional untuk menolong
individu, kumpulan atau komuniti untuk meningkatkan atau memulihkan keupayaan mereka
bagi mencapai kefungsian sosial dan seterusnya membentuk “societal” yang baik bagi
mencapai matlamat masing-masing. Justeru, konsep kerja sosial merupakan satu profesion
yang meliputi perkhidmatan memberikan tumpuan kepada menangani masalah,
meningkatkan kefungsian sosial, meningkatkan kapasiti serta menggalakkan pencapaian
taraf kehidupan berkualiti untuk individu, keluarga, kumpulan, dan komuniti.

3.0 Peranan PDK dalam Meningkatkan Kualiti Hidup OKU

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau “Comunity-Based Rehabilitation” (CBR)


telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Oleh itu, Jabatan Kebajikan
Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyediaan manual dan seterusnya diberi
peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini [ CITATION Pro16 \l 1033 ].
jfz
T
D
,P
w
v
U
K
O
M
g
o
b
e
d
k
s
lim
h
tr
.n
y
a
p
u
-Rajah 3.1 Tujuan Pelaksanaan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dengan
kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysian untuk menjalankan Projek Rintis PDK di
Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu untuk melibatkan seramai 55 orang kurang upaya
(OKU). Projek ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan yang begitu
menggalakkan daripada masyarakat dari masa ke masa. Konsep PDK merupakan kaedah
pembangunan komuniti untuk golongan OKU di mana program pencegahan dan
pembangunan boleh dilakukan dengan penglibatak aktif keluarga dan masyarakat setempat
supaya dapat mengecapi peluang yang sama rata serta diintegrasikan dalam masyarakat.
Sebagai tamsilnya, konsep PDK “One Stop Centre” yang merupakan pusat tumpuan melalui
program berasaskan pendekatan integrasi komuniti di setiap daerah dan negeri. Melalui
“One Stop Centre” ini, perkhidmatan akan disediakan bagi OKU di SUatu tempat supaya
memudahkan masyarakat sekelilinya mengakses maklumat, khidmat nasihat, dan keperluan
semasa serta latihan yang bersesuaian. Antara peranan PDK “One Stop Centre” ini adalah:-

Sehubungan dengan itu, PDK “One Stop Centre” memainkan peranan yang besar
dalam menjayakan misi meningkat kualiti hidup seseorang OKU. Antara peranan yang telah
ditubuhkan oleh pusat “One Stop Centre” ialah pusat intervensi awal untuk OKU di mana
mereka menyediakan latihan dan pemulihan asas kepada kanak-kanak OKU terutamanya.
Antara aktiviti yang dilaksanakan dalam latihan pemulihan asas ialah pelajaran asas
akademik. Sebagai contohnya, kanak-kanak OKU dilatih untuk menguasai kemahiran
akademik yang mudah seperti menulis dan mengira. Melalui kemahiran ini, kanak-kanak
OKU dapat memenuhi hak mereka untuk belajar walaupun kemahiran asas. Selain itu,
kemahiran hidup dan sosial juga diaplikasikan dalam latihan pemulihan yang dijalankan di
PDK. Latihan seperti ini dapat dilihat dalam aktiviti pengurusan diri iaitu kemahiran ke
tandas, adab semasa makan, menyiram tumbuh-tumbuhan, dan sebagainya.

Dalam pada itu, latihan pemulihan asas yang dijalankan di PDK juga memperuntukkan
aktiviti seni, muzik, dan rekreasi. Hal ini penting dalam meningkatkan kemahiran motor halus
dan motor kasar mereka supaya kanak-kanak OKU dapat melakukan aktiviti yang
melibatkan psikomotor seperti bermain, berlari, dan menari. Justeru, PDK sebagai pusat
intervensi awal OKU merupakan sebuah inisiatif yang proaktif dalam membentuk kualiti
hidup terutamanya golongan kanak-kanak OKU. Hal ini dapat dilihat apabila kanak-kanak ini
sudah meningkat dewasa, mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam diri
masing-masing seperti kemahiran asas pengurusan diri di mana penting bagi setiap individu
dewasa.

Di samping itu, Program PDK “One Stop Centre” juga berperanan dalam menjadi pusat
advokasi. Advokasi dilaksanakan bagi tujuan mendidik masyarakat khususnya kumpulan
sasar Jabatan Kebajikan Masyarakat berkaitan dengan Undang-undang di bawah jabatan
dan yang berkait rapat dengan bidang kuasa jabatan. Seperti yang telah dinyatakan dalam
Dasar Orang Kurang Upaya, bidang advokasi telah disenaraikan di dalam senarai strategi di
bawah dasar tersebut. Hal ini penting bagi memastikan kesedaran dan membentuk sikap
positif dalam kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan.
Sebagai contohnya, pelaksanaan Program Kesedaran Hak OKU yang membuka mata dan
minda masyarakat sekeliling dalam mengetahui hak-hak OKU dalam kemudahan awam, di
samping memberikan bantuan yang sepatutnya kepada golongan OKU.

Program seperti ini sedikit sebanyak menambah pengetahuan masyarakat dalam


menerima golongan OKU bahkan golongan ini juga tidak akan merasa terasing dan terabai
dalam menjalani kehidupan seharian terutamanya yang melibatkan pergaulan sosial.
Seterusnya, Program PDK “One Stop Centre” juga berperanan dalam menjadi pusat rujukan
OKU di mana pusat ini berfungsi sebagai tempat aktiviti komuniti yang melibatkan kesihatan,
kebersihan, dan sosial. Sebagai contohnya, masyarakat boleh melibatkan diri dengan aktiviti
bersama golongan OKU seperti bergotong-royong membersihkan kawasan PDK, melakukan
aktiviti rekreasi bersama-sama, bercucuk-tanam, dan bergaul antara satu sama lain. Aktiviti
seperti ini justeru dapat meningkatkan pergaulan sosial golongan OKU di samping
meningkatkan keyakinan mereka dalam bersosial dengan masyarakat sekeliling.

Selain itu, melalui aktiviti komuniti seperti ini juga, masyarakat dapat mengenali jenis-
jenis ketidakupayaan yang dihadapi oleh golongan OKU seterusnya menambah
pengetahuan baharu dalam mengenali dan langkah menangani masalah yang dihadapi oleh
mereka. Akhir sekali, program PDK merupakan platform yang sangat efektif dalam
meningkatkan kualiti hidup golongan OKU. Hal ini dapat dibuktikan dengan peranan-
peranan yang telah ditunjukkan oleh PDK “One Stop Centre” di mana menjadi pusat yang
berguna bagi masyarakat sekeliling dan juga golongan OKU.

4.0 Rujukan

Kementerian Pembangunan Wanita, K. d. (2016-2022). Pelan Tindakan OKU. Putrajaya,


Malaysia: KPWKM

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). (2016). Retrieved Mac 23, 2019, from Portal

Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat: http://www.jkm.gov.my

You might also like