You are on page 1of 1

Ubahan Langsung

Ubahan langsung ialah pemboleh ubah y berubah secara langsung

y
dengan pemboleh ubah x, y ¿ x, andaikan nilai ialah suatu pemalar. y
x
¿ x bersamaan dengan y=kx di mana k ialah pemalar.

Ubahan langsung digunakan dalam bidang fizik. Hal ini dapat


dibuktikan dalam Hukum Charles yang menerangkan isi padu bagi suatu gas
yang jisimnya tetap berkadar langsung kepada suhu mutlaknya sekiranya
tekanan gas adalah malar. Secara matematis, Hukum Charles dapat ditulis
sebagai V ∝T . V ialah simbol bagi isi padu dan T ialah simbol bagi suhu. V ∝T
bersamaan dengan V=kT, di mana k ialah pemalar. Pemalar k ialah tekanan
gas. Contoh buktinya Hukum Charles dalam kehidupan harian ialah Ali
terpijak bola pingpong rakannya. Dia meletak bola pingpong ke dalam air
panas dan bola pingpong kembali mulus. Hal ini kerana apabila suhu
pingpong meningkat, volume bola pingpong pun bertambah. Jadi, bola
pingpong kembali mulus ketika air mendidih.

Seterusnya, ubahan langsung dapat ditemukan dalam formula Hukum


Hooke, F ∝ ∆ x yang mengkaji jumlah gaya maksimum yang dapat diberikan
pada sesuatu benda yang bersifat elastis supaya tidak melewati batas
elastisnya. Di sini, F ∝ ∆ x bersamaan denganF=k ∆ x, di mana F ialah simbol
bagi gaya luar yang diberikan, ∆ xialah pertambahan panjang benda dari
posisi asalnya dan k ialah konstanta benda. Prinsip Hukum Hooke telah
diterapkan pada mikroskop bagi melihat jasad-jasad renik yang tidak dapat
dilihat oleh mata telanjang, alat pengukur percepatan gravitasi bumi, ayunan
pegas dan sebagainya. Buktinya Hukum Hooke dalam kehidupan harian ialah
Ali menggunakan ketapel untuk membidik bola badminton di atas bumbung
dengan meletakkan batu di hujung karet. Karet bertambah panjang apabila
ditarik sehingga ketat dan batu akan terlempar setelah karet dilepaskan.
Ketapel juga kembali kepada panjang asalnya setelah dilepaskan.

You might also like