You are on page 1of 1

Perbincangan

Bahan logam merupakan bahan yang boleh membenarkan pengaliran arus


elektrik untuk melaluinya manakala bahan bukan logam merupakan bahan yang
menghalang pengaliran arus elektrik untuk melaluinya. Sebelum saya melaksanakan
eksperimen ini, saya telah menyediakan litar elektrik seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 1. Litar elektrik disambungkan pada setiap hujung bahan logam atau bahan
bukan logam melalui klip wayar buaya dan suis dihidupkan supaya litar elektrik
menjadi lengkap.

Dalam eksperimen ini, paku besi, kepingan kuprum, kepingan aluminium,


duit syiling dan dawai nikrom merupakan bahan logam yang boleh mengkonduksikan
elektrik. Hal ini dapat dibuktikan kerana pengaliran arus elektrik boleh melalui bahan
logam dan mentol telah berjaya dinyalakan. Batang kayu dan kertas pula merupakan
bahan bukan logam yang tidak dapat mengkonduksikan elektrik. Hal ini dapat
dibuktikan kerana mentol tidak bernyala walaupun suis telah dibuka.

Ketika saya menjalankan eksperimen ini, saya mendapati bahawa bahan


logam dan bahan bukan logam mempunyai sifat yang berbeza. Hal ini disebabkan
kerana bahan logam mempunyai permukaan yang berkilat manakala permukaan
bagi bahan bukan logam pudar.

You might also like