You are on page 1of 1

Terdapat tiga kaedah pelaksanaan PDK, iaitu PDK di pusat, PDK di rumah serta

PDK di pusat dan rumah. PDK di pusat ialah program pemulihan yang dijalankan
terhadap OKU selama empat jam sehari bertempat di pusat. Pelatih atau OKU akan
datang ke pusat PDK bagi menjalani program pemulihan. Kedua, PDK di rumah ialah
program pemulihan dijalankan di rumah OKU yang tidak dapat hadir ke PDK kerana
beberapa masalah seperti kecacatan yang dialaminya ataupun masalah
pengangkutan. Pekerja PDK akan ke rumah OKU yang terpilih untuk menjalankan
latihan pemulihan dan bertugas dalam tempoh empat jam sehari. Pelaksanaan PDK
di rumah ini dapat dilaksanakan sekiranya terdapat lebih daripada 15 OKU yang
tidak hadir ke PDK. Ketiga, PDK di pusat dan rumah ialah program pemulihan
dijalankan di pusat PDK selama empat hari di dalam tempoh empat jam dan di dalam
tempoh seminggu, terdapat satu hari selama empat jam dikhaskan untuk ke rumah
OKU. Perkara ini membolehkan perkembangan OKU dilihat setelah menjalani
pemulihan.

Program PDK dapat menyediakan peluang untuk OKU membangunkan kebolehan


dan kemahiran mengikut potensi yang ada dalam diri mereka, mengurangkan
penempatan jangka panjang di institusi pemulihan yang menyebabkan oku disisihkan
daripada keluarga dan komuniti sendiri serta membantu dalam mewujudkan
masyarakat penyayang yang peka kepada keperluan OKU.

You might also like