You are on page 1of 5

EDU 5143 PENGURUSAN STRESS

Tajuk : PENGURUSAN TEKANAN BAGI MENGENDALIKAN SESI KAUNSELING DENGAN OKU

DISEDIAKAN OLEH : ZAKARIA BIN ZAWAWI GS 28619 MASTER PENDIDIKAN (BIMBINGAN DAN KAUNSELING) & MOHD KHAIRUDIN YUSUF GS MASTER PENDIDIKAN (BIMBINGAN DAN KAUNSELING)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SEMESTER 3 SECOND SEM FEBRUARI 2011/2012

PENGURUSAN TEKANAN BAGI MENGENDALIKAN SESI KAUNSELING DENGAN OKU


1.0 Pengenalan
Perkhidmatan pemulihan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah pun bermula semenjak tahun 1946 apabila JKM ditubuhkan oleh kerajaan British. Selepas kemerdekaan, perkhidmatan pemulihan OKU adalah sejajar dengan dasar dan tindakan Kerajaan menjadikan program kemajuan OKU sebagai program pembangunan Negara. Pada tahun 1970an, konsep Total Rehabilitation diperkenalkan dimana bidang dan skop perkhidmatan kepada OKU diperluaskan meliputi berbagai perkhidmatan dan skim bantuan, perlindungan, jagaan, pemulihan dan latihan. Tahun 1980an, konsep Multisectoral Collaborative Action diperkenalkan dimana pemulihan OKU memerlukan kerjasama dan pengembelingan tenaga antara sektor (kementerian/jabatan). Pada 16 Mei 1994, Proklamasi Penyertaan Penuh dan Penyamaan Peluang Bagi Orang Kurang Upaya Rantau Asia dan Pasifik telah ditandantangani oleh Kerajaan Malaysia. Selain itu, pihak JKM juga memperkenalkan Pendaftaran Orang Kurang Upaya yang dibuat secara sukarela melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah. Tujuan utama pendaftaran ini adalah untuk mengumpul data bagi maksud perancangan perkhidmatan/program pemulihan, pencegahan, latihan, pendidikan serta intervensi awal. Selain perkhidmatan pemulihan , satu lagi perkhidmatan yang perlu bagi penyokong perkhidamatn tersebut adalah Perkhidmatan Kaunseling untuk OKU. Ia merupakan salah satu pendekatan atau strategi yang digunakan untuk memperkasakan OKU dalam masyarakat. Perkhidmatan ini berlandaskan pada bentuk Kaunseling Pemulihan yang khusus untuk OKU. Perkhidmatan Kaunseling ini memberi tumpuan kepada dua aspek iaitu kerjaya 1 dan ke arah kehidupan berdikari. Perkhidmatan yang diberikan adalah bersifat menyeluruh yang mana tidak tertumpu kepada OKU sahaja sebagai klien, tetapi melibatkan keluarga, komuniti setempat, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak kerajaan sebagai pemangkin dalam membangunkan komuniti OKU.

2.0 Definisi
Orang kurang upaya (OKU) dapat dibahagikan kepada beberapa kategori, iaitu OKU fizikal atau anggota, OKU penglihatan, OKU pendengaran, OKU mental yang dibahagikan kepada Carebral Palsy dan masalah pembelajaran ataupun lain-lain kecacatan. Pelbagai definisi diberikan bagi menjelaskan perkara berkaitan kecacatan. Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), takrif OKU ialah: Seseorang yang tidak dapat memenuhi sepenuhnya atau sebahagian daripada keperluan hidup sosialnya, sebagai seorang individu yang normal, akibat dari kekurangan keadaan fizikal atau mental. Menurut Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu , OKU bermakna seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuhnya ataupun sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu dan atau tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan sama ada daripada segi fizikal ataupun mental dan sama ada ia berlaku semenjak lahir ataupun kemudiannya. (Zinaida Ariffin, 2006). Manakala Orang Kurang Upaya (OKU) berdasarkan Akta

Orang Kurang Upaya 2007 termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat; JKM menurut sumber mendefinisikan OKU sebagai seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperolehi sepenuhnya atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu, atau tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan sama ada dari segi fizikal atau mental dan sama ada ia berlaku semenjak lahir atau kemudian dari itu. JKM mengkategorikan OKU kepada 6 kategori utama: OKU Anggota - termasuk polio, lumpuh, kerdil OKU Penglihatan - termasuk penglihatan terhad (low vision) OKU Pendengaran - termasuk yang mengalami masalah pertuturan OKU Masalah Pembelajaran - termasuk Downs syndrome, autisme OKU Celebral Palsy - yang mengalami penyakit yang berkaitan Lain-lain OKU - yang mempunyai pelbagai kecacatan diatas dan setiap satunya adalah dominan

3.0 Kajian Kes


3.1 Sedikit Latarbelakang Nama: Cik Zaiton (Bukan Nama Sebenar) Pekerjaan : Kaunselor Umur : 27 Kelulusan : Sarjana Muda (Kaunseling), UMT Asal : Terengganu 3.2 Punca-punca Stressor 3.2.1 Punca Dalaman 1. Kurang Maklumat berkenaan OKU 1. Akal (kognitif) 2. Emosi Contoh: OKU jatuh cinta dengan Kaunselor. Jangan menilai buku daripada kulitnya, tapi tengoklah intipatinya OKU tetap Manusia 2. Perkara baru dalam hidup beliau Ibarat anda baru pandai memandu kereta dan terpaksa bawa kereta tersebut melalui jalan yang sesak dengan lalu lintas 3.2.2 Punca Luaran Kekurangan tempat untuk merujuk jika berlaku kes-kes yang rumit untuk di selesaikan Kejutan budaya bagi saya apabila berdepan dengan OKU kerana mereka ini kebanyakannya sensitif

Halangan-halangan Maklumat yang kurang berhubung OKU menjadi penghalang kepada kaunselor semasa awal bertugas. Komunikasi menjadi penghalangapabila ada di antara klien yang sukar bercakap atau ada masalah pertuturan Budaya OKU yang asing menjadi masalah terutama di awal perhubungan Kekurangan pakar rujukan merupakan juga halangan bagi perkhidmatan sekiranya pakar rujuk diperlukan

3.3 Cara Penyelesaian 3.3.1 Dalaman Beliau telah membuat ulangkaji semula berkenaan OKU Masa kurang daripada 1 tahun untuk faham OKU Belajar melalui pengalaman bagaimana hendak berhadapan dengan golongan OKU ini. 3.3.2 Luaran 1. Persatuan Kaunselor harus memainkan peranan dalam membantu ahli yang berada bersendirian di cerok-cerok sesebuah organisasi. Contoh : Wujudkan satu blog khas untuk membantukan kaunselor-kaunselor muda dalam menghadapi situasi yang rumit bila berdepan dengan klien 2. Menarik rambut dalam tepung, rambut dapat di ambil tepung tak berselerak

3.4 Cadangan mengatasi Beliau memberi cadangan kepada kaunselor yang berdepan dengan golongan OKU supaya bijaksana dalam berdepan dengan mereka kerana mereka sensitif dan mudah jatuh cinta. Seorang kaunselor yang baru perlu : 1. Mendapat maklumat secukupnya berhubung OKU baik dari segi terma , budaya serta bahasa sebelum mula bertugas 2. Belajar terma-terma perubatan berhubung OKU 3. Perlu tahu tugas-tugas pihak lain yang menyokong perkhidmatan seperti jururawat, jurupulih anggota, jurupulih carakerja, pembantu atau pegawai kebajikan dan lain-lain. 4. Belajar cara komunikasi OKU terutama bahasa isyarat Perlu wujud perngkhususan kaunseling pemulihan OKU

4.0 Rumusan
OKU adalah manusia Kaunselor adalah manusia Hanya Etika dan Ilmu yang membezakan antara keduanya Perkhidmatan kaunseling untuk Orang Kurang Upaya (OKU) bukanlah sesuatu yang mudah kerana cabarannya amat besar serta melibatkan kepelbagaian kategori OKU yang mempunyai keperluan dan limitasi yang berbeza. Kejayaan kaunselor dalam menjalankan kaunseling kerjaya untuk OKU adalah bergantung kepada peranan,

kecekapan, dan sikap kaunselor itu sendiri. Kaunselor yang berpengetahuan tentang OKU, selesa dengan OKU dan menerima tanpa syarat, bersedia menjadi terbuka dan ikhlas, serta seorang yang kreatif dan proaktif akan menjadikan proses kaunseling kerjaya untuk OKU lebih berjaya

Bibliografi
Aminah Ishak. (1990). Maklumat Pekerjaan dan Masalah Penempatan di Kalangan Pelajar Cacat Penglihatan di Peringkat Sekolah Menengah Atas. Disertasi Sarjana Pendidikan Tidak Diterbitkan. Kuala Lumpur: UM [Universiti Malaya]. Brown, Duane & David J. Srebalus. (1996). Introduction to the Counseling Profesion. Boston, USA: Allyn and Bacon, edisi ke-2. Jiti Taheing. (1996). Komuniti Cacat Penglihatan dan Masalah Mendapatkan Pekerjaan:Satu Kajian Kes di Bandaraya Kuala Lumpur. Latihan Ilmiah Tidak Diterbitkan. KualaLumpur: UM [Universiti Malaya]. JKMM [Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia]. (2008). Profail Statistic 2008. Kuala Lumpur: Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Leahy, M.J. & E.M. Szymanski. (1993). Knowledge Importance in Rehabilitation Counseling dalam Rehabilitation Counseling Bulletin, 37(2), ms.130-145. Mohd Hafiz Abd Rahman. (2009). The Study of Development Programs for the Disabled Community in Malaysia: The Opportunities and Problems in Education and Employment. Disertasi Sarjana Ekonomi Tidak Diterbitkan. Kuala Lumpur: UM [Universiti Malaya]. Zinaidah Arifin. (2006). Kerjaya untuk Orang Kurang Upaya. Kuala Lumpur: PTS Professional

You might also like