You are on page 1of 1

Semasa menjalankan eksperimen ini, saya telah menghadapi beberapa

cabaran. Pertama sekali ialah masalah kekurangan dan kerosakan radas. Sebagai
contoh, bilangan sel kering dan klip wayar buaya tidak mencukupi. Hal ini telah
melambatkan proses menjalankan eksperimen kerana saya terpaksa meminjam sel
kering dan klip wayar buaya daripada kumpulan lain. Bukan itu sahaja, mentol yang
dibekalkan juga rosak kerana tidak dapat dinyalakan. Setelah saya menukar kepada
mentol lain barulah dapat dinyalakan.

Pendek kata, setiap bahan mempunyai sifat yang berlainan. Misalnya, bahan
logam dapat mengkonduksikan elektrik manakala bahan bukan logam merupakan
bahan penebat yang baik. Oleh itu, manusia boleh menghasilkan pelbagai bahan
ciptaan berdasarkan sifat-sifat barang yang digunakan. Sebagai contoh, baham
logam seperti aluminium boleh digunakan untuk membuat alatan dapur dan kabel
elektrik kerana aluminium bersifat ringan dan merupakan konduktor elektrik yang
baik. Di samping itu, bahan bukan logam seperti kayu pula boleh digunakan sebagai
penebat elektrik untuk membuat perabot seperti meja dan kerusi serta sebagai
bahan bangunan untuk membuat pintu. Tuntasnya bahawa bahan logam dan bahan
bukan lohgam boleh bertindak sebagai bahan konduktor elektrik dan bahan penebat
elektrik.

You might also like