You are on page 1of 16

1

ISI KANDUNGAN
PUSAT HARIAN HARAPAN BAKTI (PUSAT KANAK-KANAK ISTIMEWA)


BIL ISI/PERKARA MUKA SURAT
1 PENGENALAN 2-3
2 LATAR BELAKANG PENUBUHAN PUSAT
HARIAN HARAPAN BAKTI
4-7
3
OBJEKTIF PUSAT HARIAN HARAPAN BAKTI

8-10
4 SUMBANGAN DAN PERKHIDMATAN DI PUSAT
HARIAN HARAPAN BAKTI


10-12
5 AKTIVITI DI PUSAT HARIAN HARAPAN BAKTI

12-13
6 KESIMPULAN 14
7 SENARAI RUJUKAN 15
8 LAMPIRAN 16-19





2

PENGENALAN
Pendidikan khas disediakan untuk individu kurang upaya yang terdiri daripada mereka
yang kecacatan mental, masalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku,
gangguan komunikasi (pertuturan dan bahasa), hilang pendengaran, hilang penglihatan
atau darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas.
Jelas, dengan adanya pelbagai dasar dan jabatan kerajaan seperti Jabatan Pendidikan
Negeri, Jabatan Pendidikan Khas dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, isu yang
menyentuh keperluan berbeza kanak-kanak istimewa ini kurang diberi perhatian
sewajarnya.
Terdapat 15 bidang dalam Dasar Orang Kelainan Upaya (OKU), ini termasuk beberapa
bidang yang menyentuh keperluan kanak-kanak dengan keperluan khas ini, iaitu
Kanak-kanak OKU, advokasi, kesihatan, pemulihan, pendidikan, keselamatan diri dan
perlindungan sosial, perkhidmatan sokongan, sosial, pembabitan masyarakat dan
penyelidikan dan pembangunan
Pendidikan khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai
keperluan murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan
teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas. ini termasuk menggunakan sumber
dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid-murid khas.Dalam Malaysia
terdapat banyak pusat pusat berkaitan pendidikan khas yang ditubuhkan oleh kerajaan
atau badan persendirian seperti NGO atau swasta.Walaupun mereka bukan insan
sempurna seperti kita,mereka juga harus mendapat pendidikan yang sama seperti
kita.Saya memilih Pusat Harian Harapan Bakti sebagai tempat untuk saya membuat
kajian dan mengetahui sumbangan sumbangan pusat ini kepada kanak-kanak yang
mempunyai masalah pendidikan khas.
Di Pusat Harian Harapan Bakti mereka menyediakan peluang pendidikan kepada
kanak-kanak yang istimewa seperti dyslexia, autistic, and children with downs
syndrome tetapi di sini mereka lebih menfokuskan kepada kanak-kanak yang terencat
akal atau dalam bahasa lain mengalami masalah mental.Kanak-kanak ini seperti kanak-
3

kanak normal Cuma cara pemikiran mereka serta masalah pembelajaran yang
membezakan mereka dengan kanak-kanak normal yang lain.
Keadaan ini membuat kita merasa syukur dan insaf di atas kesempurnaan hidup tanpa
bebanan dan pengawasan sepanjang hidup kita. Jadi sebagai seorang insan yang
sempurna dan mempunyai cukup sifat kita haruslah merenung kembali dan sesekali
menoleh kebelakang agar kita tidak mudah lupa diri dan tahu dari mana asal usul kita.
















4

LATAR BELAKANG PENUBUHAN PUSAT HARIAN HARAPAN BAKTI
Pusat Harian Harapan Bakti bukanlah sebuah organisasi yang mencari dan mengaut
sebarang keuntungan bahkan ianya adalah sebuah pusat penempatan dan
pembelajaran untuk kanak-kanak istimewa (special service for learning
disbled,dyslexic,autistic, and children with downs syndrome) yang berada di sekitar
Balik Pulau, Pulau Pinang. Penubuhan pusat ini pada tahun 1983 merupakan titik tolak
perancangan dan keprihatinan sebilangan masyarakat yang begitu mengambil berat
terhadap masa depan kanak-kanak/remaja istimewa ini.
Hasil sumbangan dari ahli korporat,syarikat swasta, persatuan NGO (persatuan
bukan kerajaan) dan perseorangan serta kerajaan secara berterusan memberikan sinar
harapan dan rangsangan kepada tulang belakang atau pengerak pusat berkenaan serta
tenaga pengajar yang selama ini bertungkus lumus dan tidak pernah mengenal makna
erti penat bagi membantu mendidik dan memperbaiki meningkatkan kualiti cara hidup
baru kanak-kanak/remaja istimewa ini bagi menempuh masa mendatang.Pengendali
pusat ini bernama Ms Rajeswary a/p Ratnam bersama dengan pekerja sukarelawan
dalam menguruskan pusat ini.Dengan melengkapkan mereka dengan asas
pengetahuan dan cara mengendalikan/ menguruskan diri sendiri tanpa membebankan
sesiapa saja termasuk ibubapa mereka sendiri merupakan matlamat/objektif utama
penubuhan pusat berkenaan selain dapat menjalinkan hubungan mesra yang erat
diantara masyarakat setempat.
Pusat Harian Harapan Bakti menempatkan kanak-kanak yang dikatogerikan
sebagai terencat akal, syndrome down, hyper active, mempunyai kekurangan
upaya fizikal, dan yang mempunyai masalah lembam dalam pembelajaran (slow
learner). Umur kanak-kanak yang dihantar di sini adalah sekitar 7 hingga 18
tahun. Pelajar-pelajar di pusat harian ini adalah sekitar kurang daripada 30 orang
pelajar yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan dibahagikan kepada 2
kumpulan iaitu kumpulan mampu berdikari dan kumpulan jagaan rapi. Pelajar
yang ditempatkan dalam kumpulan mampu berdikari boleh menjaga dirinya
sendiri dan mampu menguruskan diri terhadap perkara-perkara asas, seperti ke
tandas, contohnya, manakala kumpulan jagaan rapi pula memerlukan guru-guru,
5

pengasuh, dan pembimbing untuk melakukan kerja-kerja harian. Guru-guru di
pusat ini adalah seramai 5 orang yang terdiri daripada para sukarelawan tetap
(tabik hormat kepada mereka). Selain 2 kumpulan utama kanak-kanak ini, wujud
lagi satu kumpulan bengkel iaitu pelajar-pelajar kurang upaya yang berumur 18
tahun ke atas yang melakukan kerja-kerja kraf tangan dan kerja-kerja tetap untuk
menampung hidup (mereka memasang komponen-komponen kecil daripada kilang
komponen elektronik kalau tidak silap saya. Mereka mendapat upah daripada
kerja itu 30 sen sekilogram)

Dapatlah saya rumus bahawa kitaran hidup kanak-kanak di pusat harian ini
seperti begini :
1. KELOMPOK JAGAAN RAPI
(sekitar umur 7 tahun hingga 12 tahun yang belum mampu berdikari)
2. KELOMPOK BERDIKARI
(sekitar umur 12 tahun yang sudah boleh berdikari sehingga umur 18 tahun)
3. KELOMPOK BENGKEL
(18 tahun ke atas dan boleh dianggap sebagai pekerja kerana melakukan aktiviti
sara diri)
Pusat Harian Harapan Bakti yang sekarang ini menempatkan 40 orang pelajar
istimewa pelbagai peringkat umur, bangsa dan jenis penyakit serta 4 orang tenaga
pengajar perempuan sahaja sudah cukup memberikan rasa kagum dan hormat di atas
segala kesanggupan,kesabaran mereka mengendalikan kerenah dan tingkah laku
kanak-kanak/remaja sepanjang pembelajaran mereka di pusat berkenaan. Di sini
terdapat 2 kelas belajar, 1 komputer dan juga bengkel kemahiran kepada pelajar yang
meningkat remaja iaitu 18 tahun ke atas atau yang sudah boleh berdikari sendiri.
Bengkel tersebut diselia oleh seorang pelajar istimewa yang juga belajar di pusat
berkenaan.sebelumnya dan dijadikan pembantu guru.
6


Dalam pemerhatian saya berdasarkan bahan internet dan web ,saya mendapati
bahawa 4 orang tenaga pengajar ini adalah pengajar sukarela tetapi terlebih dahulu
dilatih, diajar dan diberikan pendedahan cara mengendalikan situasi dan kaedah
pembelajaran yang lebih teratur dan bersistematik.Jumlah keseluruhan 40 orang pelajar
( 28 lelaki, 12 perempuan) merangkumi 36 orang pelajar melayu (26 lelaki, 10
perempuan), 3 orang pelajar cina (2 lelaki,1 perempuan), dan 1 pelajar India( 1
perempuan).

Waktu Operasi

Di dalam pusat/sekolah ini terdapat juga jadual waktu untuk pelajar berkenaan agar
mereka dapat melihat dan mempelajari aktiviti yang disediakan supaya mereka tidak
merasa jemu dan bos

JADUAL WAKTU
MASA/HARI
ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT
8.30 -8.40 P e r h i m p u n a n
8.40- 9.10 Sukaneka Aerobik P.Jasmani P.Bebas Per. Air
9.10-10.00 Aktiviti Meja
Aktiviti Kreatif
Per. Doh
Per Pasir
10.00-10.30 REHAT
10.30-11.15 Pra Tulisan Pra
Bacaan
Pra
Matematik
Pra Bahasa Menolong
Diri
11.15-12.00 Menolong Diri
!2.00.12.30 Muzik




Jadual sekolah
7

Kelas bermula pada 8.30 pagi dan berakhir pada 12.30 tengah hari dengan guru-guru
bertugas 7:30-1:30 . Guru-guru menghadiri mesyuarat kakitangan dua kali seminggu.
Mereka juga bekerja pada penyediaan kelas , penilaian dan pelajar pelajar penilaian.
Sekolah ini mengikuti jadual sekolah biasa termasuk cuti sekolah.

Jadual Kelas
Sekolah akan bermula dengan pemasangan yang singkat. Kanak-kanak akan menyanyi
Lagu Kebangsaan . Selepas itu anak-anak akan mengikuti guru-guru mereka untuk
kelas mereka. Guru-guru boleh menggabungkan 2 kelas bagi mata pelajaran tertentu
(muzik dan pendidikan fizikal)
Kanak-kanak mengikuti mata pelajaran berikut :
1. Pembangunan Bahasa Malaysia / Bahasa
2. Membaca / Reading kemahiran kesediaan
3. Tulisan tangan / tulisan tangan kemahiran kesediaan
4. Bantu diri
5. Laman Utama Sains
6. Sains dan Kajian Sosial
7. Kemahiran kesediaan Matematik / Matematik
8. Pendidikan Jasmani
9. Seni dan Kraf
10. Muzik

OBJEKTIF PUSAT HARIAN HARAPAN BAKTI
8

1.Tanggungjawab anak tepat kepada pendidikan.
2.Bangunkan sasaran yang realistik kepada kanak-kanak itu supaya mereka akan lebih
mampu berfungsi dengan penuh azam di komuniti.
3.Lindungi hak asasi manusia untuk kanak-kanak terencat akal
4.Galakkan ibu bapa,keluarga dan penglibatan budak itu,untuk kemajuan intelektual
vokasional dan sosial.
5.Wujudkan hubungan baik antara sekolah itu dan komuniti.
6..Sediakan kanak-kanak itu dengan alam kedewasaan.
Di School For The Mentally Retarded Children, kami cuba membantu anak-anak yang
terencat mental.Ibu bapa mula untuk melihat Pusat ini dengan harapan kerana anak-
anak mereka boleh setidak-tidaknya dapat pendidikan.
Kami berharap agar ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak mental terencat akal akan
menghantar mereka kepada Pusat ini sebagai persediaan awal yang sebaiknya.
Kanak-Kanak Di Pusat Harian Harapan Bakti
Daripada persembahan sekitar 10 minit itu, dapatlah saya rumuskan bahawa
mereka hanya boleh melakukan gerakan-gerakan asas yang mudah dan tidak
terlalu kompleks dan daya ingatan mereka juga hanya dapat mengingati
beberapa rangkaian gerakan sahaja (sebanyak lebih kurang 3 ke 4 step yang
diulang-ulang untuk satu lagu). Melalui perbualan dengan segelintir daripada
mereka pula, saya dapati bahawa mereka mudah memahami maksud yang
disampaikan dalam perbualan namun ada juga diantara mereka yang gagal
mencapai objektif itu. Ada juga yang mengalami masalah linguistik dan
kesukaran untuk menyebut suku kata dengan betul dan sempurna. Saya berasa
amat bersalah ketika berbual dengan seorang pelajar yang bernama Faiz ketika
di pusat harian tersebut. Saya berasa bersalah kerana saya yang gagal
mencapai maksud yang cuba diucapkan beliau dengan susah payah. Ini sedikit
petikan perbualan saya dengan beliau :
9

Saya : Nama sapa?
Faiz : Paeh.
Saya : Ha? (kurang dengar)
Faiz : Paeh.
Saya : Apa dia? Paeh? Betul?
Faiz : Paaaeeehhhh! (menyebut dengan susah payah)
Saya : (terdiam dan berfikir sebentar)
Faiz kelihatan hampa kerana saya gagal memahami katakatanya.
Saya : Faiz!?
Faiz : Ha! Betul! (tersenyum dan gembira)

MORAL : Kita harus lebih peka apabila berbual dengan golongan istimewa.
Melalui perbualan dengan pengendali pusat harian ini, Puan R.
Rajeswari; kanak-kanak di pusat itu harus dibimbing secara satu sama satu bagi
melakukan aktiviti-aktiviti seperti itu. Namun sekiranya ada di antara mereka yang
berkemampuan untuk melakukannya sendiri atau telah mahir, mereka pula yang
akan membantu rakan-rakan mereka yang lain. Sesungguhnya, nilai kerjasama
adalah nilai yang paling utama diterapkan di pusat ini.

Melalui pemerhatian saya juga, muzik, warna, gerakan ringkas, dan
suku kata yang mudah dapat menarik minat kanak-kanak golongan sebegini
untuk menyertai persembahan atau menonton persembahan. Dalam teater kanak-
kanak, memanglah elemen warna dan muzik memainkan peranan penting. Oleh
itu, teater kanak-kanak sememangnya boleh dipersembahkan kepada golongan
10

kanak-kanak istimewa namun, bahasa atau suku kata yang digunakan dalam
persembahan itu haruslah lebih ringkas dan mudah difahami berbanding
persembahan untuk kanak-kanak normal. Ini adalah kerana mereka lebih tertarik
dan faham dengan bahasa tubuh kerana majoriti daripada mereka gagal
memahami bahasa literal dengan sempurna akibat ketidakupayaan diri. Kostum
yang digunakan juga harus lebih berwarna-warni dan ceria selain muzik yang
catchy.


SUMBANGAN DAN PERKHIDMATAN DI PUSAT HARIAN HARAPAN BAKTI
1.Memberi pendidikan percuma
Pusat Jagaan Harian kami dilaksanakan bagi memenuhi keperluan masyarakat dengan
memberi pendidikan percuma untuk latihan dan kebolehan pendidikan untuk kanak-
kanak terencat akal dari umur 7 hingga 17 tahun.
2.Memberi Khidmat kaunseling/ Nasihat dan menjadi tempat rujukan Ibu Bapa.
Pusat ini memberi Perkhidmatan untuk membantu kanak -kanak cacat di negara ini
sedang berkembangpesat dan ibu bapa perlulah mendapatkan maklumat tentang
latihan yang diperlukan untuk anak -anak mereka serta bagaimana mendapatkan
perkihdmatan tersebu.Peranan ibu bapa dan keluarga sebagai pengasas
perkembangan kanak -kanak cacat amat penting sekali . Masa depan kanak -kanak
cacat dipengaruhi oleh faktor -faktor seperti kesihatan , tahap pemakanan , pengalaman
-pengalaman dan latihan -latihan .
3.Perkidmatan Perawatan Komuniti Untuk Kanak-kanak Terencat Akal.
Perkhidmatan Perawatan Komuniti menyediakan rawatan menyuluruh kepada mereka
yang mengalami penyakit mental yang merangkumi :
- Perawatan di rumah, di mana pesakit dirawat di kediaman mereka
11

- Perawatan di hospital, di mana pesakit dimasukkan ke wad apabila gejala
penyakit tidak dapat dikawal melalui perawatan di rumah
- Rehabilitasi psikososial dalam komuniti, di mana pesakit dibantu mengoptimakan
fungsi mereka di komuniti

FAEDAH
Ia telah terbukti berkesan merawat gejala penyakit dan menggalakkan penyembuhan
serta pemulihan lebih awal dengan penglibatan mereka yang mengalami penyakit
mental, keluarga serta penjaga. Dengan ini, pandangan negatif (stigma) terhadap
mereka yang mengalami penyakit mental dapat dikurangkan.

Perkhidmatan ini dapat mempertingkatkan kualiti kehidupan mereka yang mengalami
penyakit mental, keluarga serta penjaga.

AKTIVITI PERKHIDMATAN
1. Perkhidmatan ini merangkumi:
(i) Membuat penilaian kesihatan mental.
(ii) Membuat penilaian krisis dan risiko penyakit.
(iii)Menyediakan pelan perawatan di rumah dan melaksanakan tindakan sewajarnya.
(iv) Rawatan di hospital apabila perlu
(v) Memberi pendidikan kesihatan mental
(vi) Pemulihan awal psikososial
(vii) Memperkasa keluarga serta penjaga dan komuniti dalam penjagaan klien.
12


4.Program program khas dalam penjagaan diri
5.komunikasi
Memberi latihan bagaimana cara berkomunikasi yang betul

5.Menyediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan dari segi fizikal, sosial dan
rohaniah
6.Memberi pendidikan, bimbingan serta latihan vokasional

Pengalaman memperolehi melalui tahun pengalaman pendidikan berkumpul sejak 1983
telah berkhidmat sebagai garis-garis panduan dan arah kami dalam pusat kami untuk
kanak-kanak istimewa di mana kami percaya bahawa menumpukan atas kemanusiaan
dan persamaan di mana semua orang diperuntukkan dengan perkhidmatan mereka
memerlukan dalam persekitaran hidup mereka sendiri.
Melalui pusat kami, aktiviti dan amalan baik dikenal pasti untuk berkhidmat anak-anak
kita dengan ketidakupayaan pembelajaran berikut:
1.Pendidikan akademik dengan pendekatan lisan dan telinga dengan para pelajar itu ,
golongan dari pra utama kepada peringkat menengah.
2.Mengutamakan bilik darjah dan penguatan dan latihan masing-masing.
3.Pemulihan dan aktiviti riadah seperti sukan, menari, seni dan kraf.
4.Program-program pendidikan khas ditempah untuk pelbagai peringkat rencatan.
5.Latihan vokasional dan pekerjaan memerlukan kemahiran-kemahiran minimum.
6.Terapi khas seperti terapi pertuturan, terapi fisioterapis, terapi pekerjaan, muzik dan
kegiatan kumpulan.
13

7.Mobiliti berlatih dengan peralatan.
8.Berlatih untuk kebersihan diri dan kemahiran lain untuk hari ke hari hidup.
9.Runding cara dan bimbingan ibu bapa, latihan di rumah dan pengurusan kanak-kanak
terencat akal.
Perkhidmatan khas untuk pelajar kurang upaya, disleksia, autistik dan anak dengan
down sindrom.
Dengan bahan-bahan pertolongan beberapa, tujuan utama Pusat Harian Harapan Bakti
ialah untuk menyokong hidup yang hilang keupayaan intelektual ke arah yang lebih
bertambah dan kecekapan. Kami juga mengambil rancangan dan bahan-bahan
berkualiti tinggi moden untuk tujuan-tujuan pendidikan dan pemulihan untuk
digunapakai pelajar-pelajar luar biasa dan pendidikan khas.

AKTIVITI DI PUSAT HARIAN HARAPAN BAKTI
Pengajaran Individu dan preskriptif
Pembelajaran memerlukan perubahan dalam tingkah laku dari kesukaran menguasai
tugas yang mudah seperti menghisap dari straw untuk menambah perkataan untuk
perbendaharaan kata bacaan kanak-kanak. Belajar apa-apa kemahiran bukan sahaja
berlaku tetapi berlaku dalam langkah oleh prosedur langkah. Pengaturcaraan individu
adalah berdasarkan kepada tahap setiap kanak-kanak pembangunan - ini pun
ditentukan oleh keputusan ujian diagnostik diberikan kepada setiap kanak-kanak. Guru
akan mewujudkan satu pelan aktiviti dalam julat setiap kanak-kanak kebolehan. Aktiviti
akan mengikut peringkat ini kanak-kanak pembangunan dan teruskan ke matlamat
yang ditakrifkan dengan baik .
Terdapat beberapa jenis utama aktiviti yang dirancang oleh guru :
1. Kegiatan individu kepada pelajar untuk mengembangkan kemahiran diri dan
14

2. Aktiviti kumpulan untuk membangunkan kemahiran sosial dan pengetahuan am
yang merupakan kewajipan guru untuk memberikan pendidikan yang termasuk situasi
dan aktiviti yang perlu untuk membantu pergerakan kanak-kanak itu ke alam dewasa .
3.Line Dance Competition - 16 Dec 2011 at Sunshine Squarein aid of Pusat Harian
Harapan Bakti
4.Perayaan Hari Keluarga - 21 Nov 201 di Tanjong Bungah Beach Hotel Perasamian
















15

KESIMPULAN
Kesimpulannya cabaran dan halatuju pengurusan pendidikan khas perlu seiring. Isu-
isu yang dihadapi bukanlah satu halangan dalam mentadbir sesuatu program. Semua
pihak perlu bekejasama dan berganding bahu supaya murid-murid pendidikan khas
mendapat peluang dan hak yang sama dalam pendidikan. Kecekapan pengurusan
sangat bergantung kepada kebijaksanaan mellaksanakan hal-hal yang berkaitan
dengan komunikasi dua hala. Pihak-pihak yang terlibat secara langsung seharusnya
diberi pendedahan yang sebaiknya mengenai pengurusan dan pentadbiran pendidikan
khas. Dengan adanya kerjasama dan hubungan baik, maka kecemerlangan murid-
murid pendidikan khas sudah pasti dapat ditingkatkan. Pendidkan Khas juga
mempunyai murid yang mempunyai matlamat mencapai kehidupan bermakna dan
berketrampilan dengan didikan golongan guru yang inovatif dan kreatif. Berikan ruang
kepada mereka untuk menjadi rakyat yang berpendidikan selari dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.











16


SENARAI RUJUKAN
BUKU
.Razhiyah,K (2008), Menjadi guru pendidikan khas,Kuala Lumpur:PTS
Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Zaidatol Akmaliah(2003)Pengurusan dan kepimpinan pendidikan satu langkah
ke hadapan.Universiti Putra Malaysia:Serdang

Zharulnizam,S (2010),Kepimpinan dan pengurusan pendidikan khas.Kuala
Lumpur: Utusan Publication.
INTERNET
http://www.phhb.org.my/index.html

You might also like