You are on page 1of 10

MERCY Malaysia

PERSATUAN BANTUAN PERUBATAN MALAYSIA

( MERCY MALAYSIA )

NAMA : NURADILAH BINTI ROSLAND NO. MATRIK : 1102393 NO. KAD PENGENALAN : 821004-14-6436

MERCY Malaysia
PENGENALAN MERCY merupakan singkatan bagi Malaysian Medical Relief Society ataupun dalam Bahasa Melayu ialah Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia. MERCY Malaysia merupakan sebuah pertubuhan bantuan perubatan sukarela, dibawah pertubuhan badan bukan kerajaan ( NGO ) dan persatuan yang bebas dari politik. Ianya ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1999 berikutan perang di Kosovo.

MERCY Malaysia telah diasaskan pada 16 September 1999 dan telah berdaftar dibawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dan ditadbir oleh Perlembagaan sedia ada. Ibu pejabat MERCY Malaysia terletak di Level 2, Podium Block, Citypoint, Kompleks Dayabumi, Jalan Sultan Hishamuddin, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia.

LATAR BELAKANG

Tan Sri Datuk Dr Jemilah Mahmood merupakan seorang doktor obstektikgenekologi dan beliau merupakan pengasas kepada Pertubuhan MERCY Malaysia. Perang Kosovo yang berlaku pada tahun 1999 yang melibatkan pembersihan etnik oleh puak Serb terhadap penduduk Kosovo telah memberi ilham kepada beliau untuk memberi perkhidmatan kesihatan percuma kepada mereka. Malangnya pada masa itu sangat sukar untuk mendapatkan bantuan perubatan, kewangan, pengangkutan dan tenaga kerja dari pertubuhan sukarela antarabangsa yang sedia ada. Lantaran itu, beliau dan beberapa rakan yang sejiwa dengan beliau telah menubuhkan Persatuan Perubatan Malaysia pada Jun 1999. Misi pertama pertubuhan ini ialah menyalurkan bantuan perubatan ke Kosovo dengan diketuai oleh Datuk Dr Jemilah Mahmood dan empat orang sukarelawan yang lain.

MERCY Malaysia
Sepanjang dekad yang lalu, organisasi ini telah berkembang pesat dengan menghantar banyak pasukan-pasukan perubatan ke negara-negara yang ditimpa bencana dan juga telah banyak menjalankan program-program kemanusiaan di pelbagai negara. Sebagai sebuah persatuan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan, MERCY Malaysia sehingga sekarang ini mempunyai lebih 500 orang ahli dan disokong oleh kira-kira 5,000 sukarelawan berdaftar.

MAKLUMAT KORPORAT

Berikut merupakan organisasi bagi MERCY Malaysia:

Sultan Azlan Muhibbudin Shah iaitu Sultan negeri Perak merupakan penaung bagi organisasi ini.

Presiden:Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood. Timbalan Presiden I (Perubatan) : Prof. Dr Mohamed Ikram Mohamed Salleh Timbalan Presiden II(Bukan Perubatan) :Mohamad Azman Sulaiman Setiausaha Agung: Raja Riza Shazmin Bt Raja Badrul Shah Penolong Setiausaha : Prof. Dr P Shanmuhasuntharam Bendahari :Pubalan Ramachandaran & Kannan Manickam

Ahli jawatan kuasa :Dr. Heng Aik Cheng , Dr Ahmad Faizal Perdaus ,Encik Azman Zainon Abidin.

MERCY Malaysia
Selaras dengan Akta Pertubuhan, MERCY Malaysia mengemukakan akaunnya kepada juruaudit luar, menerbitkan laporan tahunannya bagi kajian dan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan untuk semua ahli pada tiap-tiap tahun.

AKTIVITI TERAS MERCY MALAYSIA

Pertubuhan ini merupakan pertubuhan bukan kerajaan, dan ianya bukan pertubuhan yang berteraskan keuntungan. Ianya ditubuhkan untuk menyediakan atau menyalurkan bantuan dan perkhidmatan kemanusiaan tanpa mengira bangsa, agama dan sempadan.

MERCY Malaysia adalah pertubuhan yang tidak melibatkan keuntungan. Penubuhannya adalah menumpukan penyediaan bantuan perubatan dan kesihatan yang berterusan berkaitan pembangunan masyarakat.

Objektif

penubuhan

MERCY

Malaysia

adalah

untuk memberi

bantuan

kemanusiaan dan bantuan khususnya perubatan serta sanitasi air dan program kebersihan kepada masyarakat sama ada di Malaysia ataupun di seluruh dunia.

Melalui pertubuhan ini juga akan dapat mempromosikan semangat muhibbah, sukarelawan, dan humanitarianism antara ahli-ahli dan sukarelawan tanpa mengira bangsa, agama dan kepercayaan.

Selain dari itu, objektif penubuhan MERCY Malaysia ialah untuk berhubung dengan pelbagai organisasi bantuan yang lain sama ada tempatan ataupun

MERCY Malaysia
antarabangsa dan juga agensi-agensi yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan kepada yang memerlukan.

Selain dari itu, MERCY Malaysia juga berfungsi untuk mendidik orang ramai mengenai aspek-aspek bantuan kemanusiaan, pengurusan bencana dan pengurangan risiko.

Misi dan nilai-nilai teras semua kakitangan dan sukarelawan adalah untuk mendukung misi MERCY Malaysia. Semua kakitangan dan sukarelawan perlu mempunyai nilai-nilai teras dalam melaksanakan tugas, sama ada tugasan di pejabat ataupun tugasan di mana-mana lokasi yang memerlukan. MERCY Malaysia adalah organisasi yang menumpukan kepada penyediaan bantuan perubatan, pembangunan dan aktiviti pengurangan risiko berkaitan kesihatan yang mampan bagi masyarakat yang terdedah kepada situasi krisis dan tanpa krisis.

Nilai-nilai teras bagi MERCY Malaysia adalah:

Motivasi : kakitangan dan sukarelawan sangat bermotivasi dan bersemangat untuk mencapai kejayaan

Kecemerlangan : kakitangan dan sukarelawan melakukan perkara yang betul dengan cara yang betul, bertanggungjawab kepada penerima dan penderma.

Hormat : Semua kakitangan dan sukarelawan perlu menunjukkan kepercayaan dan rasa hormat dalam semua pergaulan.

MERCY Malaysia
Kerjasama : Bekerjasama dengan rakan-rakan, dan sukarelawan supaya dapat membina kekuatan kepada diri masing-masing dan meningkatkan keberkesanan kepada ahli yang memerlukan bantuan.

Sedia untuk Membantu : Setiap kakitangan dan sukarelawan akan berusaha keras membantu mereka yang memerlukan.

PROGRAM-PROGRAM KEMANUSIAAN YANG DISERTAI MERCY MALAYSIA

Banyak program-program kemanusiaan dan bantuan kecemasan yang telah disertai Mercy Malaysia. Antaranya ialah ;

1. Misi Bantuan Gaza, Palestin:

Israel melancarkan perang terhadap Hamas di Gaza , Palestin sejak 27 Disember 2008 hingga 20 Januari 2009. Serangan hanya dihentikan apabila Presiden Amerika Syarikat yang baru, Barack Husssein Obama mengangkat sumpah pada 20 Januari 2009. Pelbagai kemusnahan akibat bom digugurkan termasuk sekolah dan penempatan milik PBB.

Pada 25 Januari 2009, Mercy Malaysia menghantar pasukan pakar perubatan ke-7 ke Semenanjung Gaza .Pemangku Presiden Mercy Malaysia Dr Ahmad Faizal Perdaus menyatakan infrastruktur dan kemudahan kesihatan di Gaza mengalami kerosakan teruk. Bekalan perubatan dan ubat-ubatan bernilai USD400,000 (USD1 = RM3.62) telah dihantar.

MERCY Malaysia
2. Misi Tsunami di Acheh:

Apabila bencana tsunami 2004 berlaku di Aceh, Mercy merupakan pasukan pertama tiba di sana. Dalam tragedi tersebut, seramai 500 jururawat dan 211 pelajar Unisyiah telah terkorban. Mercy telah mendapat kerjasama daripada Badan Pemulihan dan Pembinaan Semula (BRR) Indonesia dan penduduk tempatan.

Mercy juga telah berjaya menyiapkan 16 projek pembangunan RM18.5 juta. Antarany ialah;

bernilai

Bangunan Program Akademi Jururawat, Fakulti Kedoktoran Universiti Syiah Kuala (Unisyiah) yang ditaja sepenuhnya oleh Petroliam Nasional Bhd. (Petronas). Bangunan ini dinamakan Gedung Petronas.

Rumah anak yatim Kayee Kunyit di Aceh Besar yang ditaja oleh Yayasan Shamsuddin Abdul Kadir di bawah Kumpulan Sapura.

Pembinaan semula kem pemindahan dalaman (IDP) Desa Weu Raya; rumah penempatan semula Desa Seubun Ayun dan rumah utama Desa Weu Raya.

Menyiapkan Pusat Anak Yatim Daruzzahidin di Kuta Baro, rumah anak yatim Babun Najah di Ulee Kareng, dan Pusat Anak Yatim Sukamakmur di Sibreh.

Pembinaan Sekolah Menengah Umum Lhoknga, Akademi Perawat Jabatan Kesihatan, Akademi Farmasi Dinas Kesihatan, Pusat Kesihatan Masyarakat Meuraxa dan Pusat Kesihatan Masyarakat Panga, Aceh Jaya.

MERCY Malaysia
3. Misi Bantuan Banjir: Pada 19 Disember 2006 hingga Januari 2007 , ketika banjir besar melanda negeri-negeri Johor, Pahang dan Melaka, pihak MERCY Malaysia juga telah turut sama memberi bantuan kemanusiaan dengan menghulurkan bantuan perubatan percuma dan bantuan kemanusiaan yang lain. Sukarelawan lain yang turut membantu ialah Yayasan Salam, Medic Asia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan lain-lain.

IMPAK KEPADA MASYARAKAT

Dengan tertubuhnya MERCY Malaysia ini, ianya telah memberi impak yang besar kepada masyarakat, terutama mengenai nilai-nilai kemanusiaan dan jati diri setiap masyarakat. Masyarakat kini lebih peka terhadap persekitaran dan kesusahan yang dihadapi manusia sejagat, dan dengan rasa penuh keinsafan dan keperihatinan telah bersama-sama membantu meringankan beban yang dihadapi oleh mereka yang ditimpa kesusahan. Masyarakat juga telah mempunyai nilai kesedaran terhadap kesusahan orang lain dan sanggup meluangkan tenaga ataupun wang ringgit untuk bersama-sama membantu golongan yang memerlukan. Kita sebagai masyarakat yang prihatin mestilah sentiasa menyokong segala usaha murni yang dijalankan oleh MERCY Malaysia dengan memberi dan menghulurkan memerlukan. sumbangan supaya dapat meringankan beban mereka yang

MERCY Malaysia
IMPAK KEPADA NEGARA Dengan segala bantuan yang telah disalurkan oleh MERCY Malaysia, ianya telah memberi impak yang positif terhadap negara. Antaranya dapat mengharumkan nama Malaysia sehingga ke peringkat antarabangsa. Malaysia bukan sahaja terkenal sebagai sebuah negara Islam yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama tetapi mempuyai rakyat yang suka menghulurkan bantuan kepada negara-negara yang memerlukan. Sikap sebegini juga wajarlah dicontohi oleh semua pihak. Bantuan yang dihulurkan atas dasar kemanusiaan tanpa mengenal bangsa,agama dan warna kulit.

KESIMPULAN Nilai kemanusiaan perlu ada dalam setiap individu tanpa mengenal agama dan warna kulit. Dengan adanya badan-badan bukan kerajaan ( NGO ) seperti MERCY Malaysia dan lain-lain, akan dapat meningkatkan tahap kesedaran dalam diri warganegara Malaysia yang mana setiap manusia yang mengalami kesusahan perlu di bantu tanpa mengira agama, bangsa mahupun negara. Kini kita dapat lihat rakyat Malaysia begitu prihatin terhadap permasalahan kemanusiaan sama ada yang berlaku di dalam negara mahupun di luar negara. Setiap kali musibah yang berlaku, ramai rakyat malaysia yang prihatin sanggup menghulurkan bantuan untuk meringankan beban mangsa yang terlibat. Masyarakat Malaysia sekarang ini juga sudah mempunyai tahap kesedaran yang tinggi di dalam bidang kemanusiaan. Ramai yang telah medaftar sebagai sukarelawan, yang mana kerja ini memerlukan komitmen yang tinggi untuk dilakukan.

MERCY Malaysia
BIBLIOGRAFI

http://www.hati.my/children/mercy-malaysia/ http://www.scribd.com/doc/159157186/Mercy-Malaysia http://www.mercy.org.my/upload/MM_Constitution_as_of_150308.pdf\ http://www.mercy.org.my/1001270944Our_Society.aspx http://ms.wikipedia.org/wiki/MERCY

You might also like