You are on page 1of 13

1.

0 Sejarah Penubuhan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

Dalam sejarah gerakan koperasi, terdapat pelbagai rintangan sebelum wujudnya


koperasi di Malaysia. Sejarah kewujudan koperasi di Malaysia ini bermula untuk membantu
masyarakat di bandar dan luar bandar yang tiada pendedahan tentang pengurusan
kewangan. Koperasi di Malaysia dibahagikan kepada 3 era iaitu era sebelum perang dunia
kedua, era selepas perang dunia kedua dan era baharu. Pertubuhan koperasi ini
diperkenalkan sebagai usaha kerajaan untuk menangani masalah perekonomian masyarakat
di Tanah Melayu terutamanya masyarakat petani melayu sebelum perang dunia kedua lagi.
Di kawasan luar bandar pula para petani menghadapi masalah dari segi kewangan dan ini
memberi ruang kepada “orang tengah‟ mengekploitasi keadaan ini untuk memaksa golongan
petani ini memilih sistem kewangan yang sedia ada di kawasan setempat mereka pada ketika
itu.

Antara sistem dan sumber pinjaman kewangan yang terdapat di kawasan luar bandar
pada ketika itu adalah sistem padi kunca atau padi ratus. Sistem padi ini adalah sistem dimana
perjanjian antara petani dengan peminjam wang dimana padi tersebut belum lagi ditanam
tetapi ianya telah dijual. Sistem ini biasanya berlaku di antara para petani dengan pekedai
runcit, peminjam wang atau sahabat handai. Di kawasan bandar pula penduduk yang
merupakan kakitangan kerajaan juga menghadapi masalah kewangan. Segelintir
daripadanya mendapat pinjaman daripada kedai pajak gadai, money lenders (ceti) ataupun
peminjam wang professional. Bermula tahun 1907 seorang pegawai Inggeris bernama Sir
Arthur Young yang merupakan (Colonial Secretary Of The Straits Settlement In Singapore)
telah mencadangkan idea tentang pertubuhan koperasi ini ke Tanah Melayu namun cadangan
tersebut dibatalkan kerana keadaan belum bersedia untuk menubuhkan koperasi di Tanah
Melayu pada masa itu. Pada tahun 1911 Sir Arthur Young yang pada ketika itu merupakan
Secretary of Federated Malay States menubuhkan jawatankuasa mengkaji penubuhan
koperasi namun jawatan kuasa ini juga gagal kerana perang dunia pertama.

Pada tahun 1918 selepas perang dunia pertama tamat, idea penubuhan koperasi ini
timbul lagi. Namun kini masalah lain pula yang timbul berikutan ada segelintir pemimpin
agama mempertikaikan terhadap penggunaan faedah yang terdapat dalam sistem koperasi
kredit. Sekali lagi penubuhan koperasi tidak dapat diteruskan kerana tiada kerjasama
daripada mereka ini. Selanjutnya, tahun 1921 membawa sinar baru apabila Alexander
Cavendish seorang pegawai Inggeris telah dihantar ke Burma bagi mengkaji gerakan koperasi
disana. Hasil dari kajiannya di Burma, satu laporan telah dibentangkan kepada Majlis
Persekutuan (Federal Council) pada 13 Disember 1921. Sultan Perak pada masa itu telah
memanggil para pemimpin agama dan orang besar negeri untuk bermesyuarat pada 26 Jun
1922 berkenaan pertikaian faedah dalam koperasi kredit. Pemimpin agama dari Arab Saudi
dan Mesir telah dihubungi melalui surat dan mereka memberi penjelasan bahawa menjadi
anggota sebuah koperasi tidak bertentangan dengan hukum Islam. Penyertaan masyarakat
melayu selepas itu sangat menggalakkan. Misalnya, pada 28 Jun 1922, satu undang-undang
Syarikat Kerjasama 1922 telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu. Pada 1 Julai 1922 pula sebuah agensi kerajaan khusus untuk koperasi ditubuhkan
iaitu Pejabat Kemajuan Kerjasama di Taiping, Perak dan Alexander Cavendish telah dilantik
sebagai Pendaftar atau Pesuruhjaya Kemajuan Kerjasama yang pertama. Manakala pada 21
Julai 1922, koperasi pertama telah ditubuhkan di kawasan Bandar iaitu Syarikat Bekerjasama
Jimat Cermat Pinjaman Wang Pekerja Jabatan Pos dan Telekom Berhad. Negeri lain di
semenanjung Tanah Melayu telah mengambil langkah untuk mengadakan Undang-undang
Syarikat Kerjasama bagi negeri-negeri tertentu. Namun pergerakkan koperasi menjadi tidak
aktif pada tahun 1941 sehingga 1945 akibat Perang Dunia Kedua. Sebaliknya, perubahan
dalam gerakan koperasi kembali pulih selepas Perang Dunia Kedua. Kerajaan telah
mengubah dasarnya tentang koperasi kepada dasar interventionist, di mana dana awam mula
digunakan dan keadaan tersebut telah membantu terbentuknya sebuah gerakan koperasi
yang bebas di Malaysia.

Pada tahun 1948, perundangan baharu koperasi telah diperkenalkan di Malaya


dengan pemansuhan Co-operative Societies Enactment 1922 dan pada tahun yang sama Co-
operative Societies Ordinance No. 3 juga diperkenalkan bagi menyelaraskan semua
perundangan koperasi. Sebelum itu sudah terdapat enakmen koperasi dalam negeri-negeri
Persekutuan Tanah Melayu. Era selepas perang dunia kedua telah menampakkan keadaan
tertentu dalam gerakan koperasi negara. Pertama, wujudnya percanggahan antara rancangan
pembangunan gerakan koperasi yang serba kekurangan dengan sistem ekonomi pertanian
komersial dalam kalangan masyarakat luar Bandar. Keadaan ini timbul ekoran daripada
program pembangunan koperasi dalam kalangan masyarakat petani terpaksa bersaing
dengan institusi yang telah lama wujud seperti kegiatan orang tengah dan peminjam wang.
Jabatan Kemajuan Kerjasama pula masih lagi kekurangan kakitangan dan kemampuan.
Manakala di negeri Sarawak, Sarawak Co-operative Societies Ordinance telah diluluskan
pada tahun 1949. Hasilnya koperasi diperkenalkan di sana bagi membantu masyarakat yang
menghadapi beban hutang daripada orang tengah dalam pengedaran dan pembelian barang-
barang. Walau bagaimanapun banyak masalah pelaksanaan telah timbul seperti kekurangan
pegawai Jabatan Kemajuan Kerjasama, masalah buta huruf dalam kalangan masyarakat dan
kesulitan perhubungan.

Seterusnya, pada tahun 1954, Bank Persatuan Kerjasama (BPK) telah ditubuhkan.
Kemudian digabungkan dengan Bank Agung Kampung Bekerjasama Persekutuan Tanah
Melayu. Koperasi bank ini dikenali sebagai Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank
Rakyat). Manakala, pada tahun 1968, Akta Maktab Kerjasama telah diperkenalkan dan buat
kali pertama sebahagian daripada keuntungan koperasi di negara ini telah diwajibkan untuk
dicarum dalam Tabung Amanah Pendidikan Koperasi, di mana sebahagian besar daripada
sumber pembiayaan MKM ialah daripada peruntukan tabung berkenaan. Sepanjang tahun
1960, koperasi bercorak serbaguna mula ditubuhkan di negara ini, terutamanya di kawasan
luar bandar yang melihat banyak pergabungan antara koperasi satu fungsi yang ditubuhkan
pada tahun 1950-an. Di kawasan bandar pula, koperasi perumahan dan perkhidmatan telah
ditubuhkan. Pada tahun 1965 koperasi sekolah mula diperkenalkan di negara ini hasil cetusan
idea Y. M. Prof. Diraja Ungku A. Aziz melalui hasil penubuhan Koperasi kedai Buku Universiti
Malaya. Penubuhan koperasi sekolah merupakan satu fungsi baru yang diharap dapat
menjadi sumber penting ke arah tersebut. Di samping memberi pelbagai-bagai faedah kepada
para pelajar, guru-guru dan sekolah. Koperasi sekolah juga boleh menjadi satu institusi yang
membekalkan tenaga, kepimpinan dan ideologi koperasi kepada pertumbuhan generasi
pelapis di dalam perkembangan gerakan koperasi masa depan. Matlamat koperasi sekolah
adalah untuk membentuk amalan berjimat cermat dan berdikari, mewujudkan suasana latihan
amali pengurusan dan perdagangan, menyemai sifat dan unsur-unsur demokrasi,
menggalakan sifat bekerjasama dan mengasuh bakat kepimpinan. Terdapat perbezaan
daripada segi kemajuan antara koperasi luar Bandar yang kekurangan modal dan kepimpinan
lemah dengan koperasi di Bandar yang lebih bebas dan berkemampuan dari segi modal dan
kepimpinan. Koperasi di Bandar disokong oleh dua badan gabungan seperti Co-operative
Union of Malaysia (CUM) dan Midland Cooperative Union.

Hasil daripada penganjuran “Kongres Koperasi Malaysia Kedua”, Angkatan Koperasi


Kebangsaan Malaysia atau ANGKASA telah ditubuhkan pada tahun 1971, kemudiannya
dianggap sebagai badan puncak gerakan koperasi. Ia juga dianggap disifatkan sebagai wakil
gerakan koperasi Malaysia pada peringkat kebangsaan dan juga di peringkat antarabangsa.
Secara umum, gerakan koperasi di Malaysia yang bermula pada tahun 1970-an telah
terbahagi kepada tiga kategori umum, iaitu koperasi yang berasaskan pertanian, perikanan
dan koperasi bukan pertanian. Ketiga-tiga kategori koperasi tersebut pula diawasi oleh tiga
agensi kerajaan yang berasingan, iaitu Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bagi
mengawasi koperasi bercorak pertanian sejak tahun 1975. Dengan tertubuhnya LPP,
sebanyak 1550 buah koperasi berasaskan pertanian telah diletakkan dibawah penyeliaan
pihak LPP. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) pula yang ditubuhkan pada tahun 1975
bertanggungjawab kepada koperasi bercorak perikanan. Dengan penubuhan LKIM sebanyak
76 buah koperasi nelayan telah diletakkan di bawah pengawasan agensi berkenaan,
manakala Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia (JPK) menyelia koperasi selain daripada
koperasi berasaskan pertanian dan perikanan di negara ini.

Justeru, dekad 1980-an telah memulakan satu dimensi baharu kepada gerakan
koperasi di Malaysia. Dengan inisiatif dari Kementerian Pembangunan Negara dan Luar
Bandar atau KPNLB, “Era Baharu Koperasi” telah dirasmikan pelancarannya oleh Timbalan
Perdana Menteri Malaysia pada 28 Februari 1982. Dengan bermulanya Era Baharu Koperasi
ini, diharapkan gerakan koperasi Malaysia dapat memberikan satu imej yang baharu iaitu ke
arah menjadikan gerakan koperasi di negara ini sebuah gerakan yang progresif, dinamik dan
maju. Langkah-langkah tertentu diambil oleh kementerian dan JPK supaya koperasi dapat
memperbaiki keadaan pengurusan masing-masing terutamanya dalam melicinkan
pentadbiran, mengemaskini akaun dan pengauditan serta membasmi penyelewengan.
Koperasi juga dikehendaki mengadakan mesyuarat agung tahunannya dan mereka yang
gagal berbuat demikian akan disenaraihitamkan. Selaras dengan Era Baharu Koperasi
tersebut, JPK telah mengusahakan penubuhan koperasi jenis baharu seperti Koperasi
Pembangunan Daerah (KPD) sebagai sebuah koperasi yang menjalankan projek-projek kecil
di kawasan luar Bandar negara ini.

Kemudian ditubuhkan pula Koperasi Pembangunan Negara (KPN) yang


mengendalikan program di peringkat nasional seperti pembekalan bahan dan jentera, import
dan eksport, perusahaan dan perdagangan, pembangunan tanah serta pelaburan. Dua jenis
koperasi baharu yang ditubuhkan ialah Koperasi Industri Kampung (KIK) yang berusaha
memajukan taraf sosioekonomi pengusaha kraftangan dalam satu organisasi pengeluaran
dan pemasaran yang teratur. Koperasi Pelaburan Pekerja (KPP) pula ditubuhkan untuk
membolehkan pekerja sesebuah organisasi perniagaan bergabung dan membuat pelaburan
dalam modal saham di syarikat di mana mereka bekerja. Untuk mengatasi masalah
pengauditan yang kurang kemas dan teratur dalam kalangan koperasi di negara ini,
Kementerian berkenaan iaitu KPNLB telah menubuhkan Institut Juruaudit Koperasi pada
tahun 1982. Institut ini bertujuan membantu melahirkan juruaudit koperasi bagi mengatasi
kekurangan juruaudit luar yang bertauliah dalam gerakan koperasi Koperasi Kawalan Kredit
(KKK) juga ditubuhkan pada Jun 1986 bagi mengawasi koperasi di negara ini yang menerima
deposit daripada anggotanya dan membantu koperasi yang menghadapi kesulitan kewangan
berhubung dengan kegiatan penerima deposit.
Selanjutnya, pada tahun 2003, cadangan penubuhan SKM bagi menggantikan
Jabatan Pembangunan Koperasi telah dikemukakan oleh Bank Negara Malaysia untuk
membangunkan masyarakat Bumiputera di negara ini. Cadangan penubuhan ini diluluskan
oleh kabinet pada 2 Mac 2005 dan seterusnya Parlimen pada 25 April 2005. Seterusnya,
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) adalah satu entiti yang telah diperbadankan pada 1
Januari 2008. SKM sebelumnya dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia
(JPK).Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah diluluskan oleh kerajaan bagi tujuan
mengukuhkan sektor koperasi agar dapat memainkan peranan yang lebih berkesan dalam
pembangunan dan penyelian koperasi di negara ini.

2.0 Kaedah dan Proses Penubuhan Suruhanjaya Koperasi Malaysia:

Tahun Proses Penubuhan Suruhanjaya Koperasi Malaysia


1921  Pemerintah Inggeris memutuskan untuk membawa gerakan kerjasama
ke Malaya.
1922  Undang-undang koperasi yang pertama diluluskan di Tanah Melayu
ialah Co-operative Societies Enactment 1922.
 Gerakan koperasi bermula di kawasan bandar dan luar bandar,
Jabatan Pembangunan Koperasi dikenali sebagai Office of the Director
of Co-operative.
 Koperasi kredit yang pertama didaftarkan pada 21 Julai 1922 ialah
Syarikat Bekerjasama Jimat Cermat Dan Pinjaman Wang Pekerja-
pekerja Jabatan dan Telekom Berhad.
1945  Jabatan Pembangunan Koperasi dikenali sebagai Office of the
Commissioner of Co-Operative Societies.
1948  Undang-undang Syarikat Kerjasama yang berkuatkuasa di negeri
masing-masing telah dimansuhkan dan digantikan dengan satu
undang-undang baharu yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat
Undangan Persekutuan Tanah Melayu dikenali dengan Ordinan
Syarikat Koperasi 1948 (Co-operative Societies Ordinance 1948)
berkuatkuasa di seluruh Malaya.
1949  Koperasi mula diperkenalkan di Sarawak.
 Koperasi pemborong Malayan (Malayan Co-operative Wholesale
Society) telah ditubuhkan dengan mendapat bantuan kewangan dan
pengurusan daripada Kerajaan.
1953  Kesatuan Koperasi Malaya ditubuhkan.
1954  The Malaysia Co-operation Insurance Society Ltd (MCIS) telah
didaftarkan untuk menyediakan polisi-polisi insurans kepada anggota
seperti insurans nyawa dan insurans kesihatan.
1956  Maktab Kerjasama Malaya ditubuhkan oleh Kerajaan bagi melatih
pegawai dan pemimpin koperasi.
1957  Pada Ogos 1957 Jabatan Pembangunan Koperasi diletakkan di bawah
Kementerian Pertanian dan Syarikat Kerjasama Tanah Melayu.
1958  Sabah Co-operative Ordinance diluluskan.
1959  Koperasi pertama yang telah didaftarkan di Sabah adalah The Lubak
Co-operative Stock Rearing Society Limited.
1963  Jabatan Pembangunan Koperasi dikenali sebagai Jabatan Kemajuan
Kerjasama.
1966  Kongres Koperasi Malaysia telah diadakan di Universiti Malaya
bertujuan untuk membincangkan konsep penubuhan Kesatuan
Koperasi Peringkat Kebangsaan.
1969  Koperasi untuk pelajar sekolah diperkenalkan dan sebanyak sembilan
buah koperasi sekolah memulakan aktiviti perniagaan.
 Antara koperasi sekolah yang terawal didaftarkan ialah Koperasi
Sekolah Menengah Doktor Burhanudin Taiping Berhad.
1971  Pada April 1971 Jabatan Kemajuan Kerjasama diletakkan di bawah
Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.
 Angkatan Kerjasama Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)
ditubuhkan bagi menggabungkan semua koperasi dan mewakili
gerakan koperasi di peringkat nasional dan antarabangsa.
1973  Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah ditubuhkan dan
mengambilalih penyeliaan koperasi berasaskan pertanian.
1974  Pada April 1974 Jabatan Kemajuan Kerjasama diletakkan di bawah
Kementerian Pertanian dan Ekonomi Desa.
 Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) pula ditubuhkan dan
mengambilalih penyeliaan koperasi berasaskan perikanan.
1975  Jabatan Kemajuan Kerjasama dikenali sebagai Jabatan
Pembangunan Koperasi.
1977  Pada Mac 1977 Jabatan Pembangunan Koperasi diletakkan di bawah
Kementerian Pertanian
1981  Pada Julai 1981 Jabatan Pembangunan Koperasi diletakkan di bawah
Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar
1982  ‘Era Baru Koperasi’ telah dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana
Menteri Malaysia, Dato’ Musa bin Hitam
1983  Pesuruhjaya penyemak undang-undang di Jabatan Peguam Negara
telah membuat semakan ke atas Ordinan Koperasi 1948 untuk
mengemaskini peruntukan- peruntukannya
1985  Tabung Modal Pusingan - Jabatan Pembangunan Koperasi (TMP-
JPK) dibentuk bertujuan memberi pinjaman kepada koperasi yang
hendak melaksanakan projek berdaya maju
1991  Pada bulan Februari Jabatan Pembangunan Koperasi diletakkan di
bawah Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi
1994  Akta Koperasi 1993 mula berkuatkuasa pada 22 Januari 1994.
1995  Akta Koperasi 1993 telah dipinda dengan memasukkan seksyen
baharu iaitu seksyen 71A yang telah menggariskan panduan
pembubaran dan penyusunan sesebuah koperasi menjadi syarikat.
2002  Hari Koperasi Negara yang pertama dengan tema “Koperasi Wadah
Pembangunan” telah diadakan pada 21 Julai 2002 di Pusat Dagangan
Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh YAB Datuk
Seri Abdullah bin Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
2004  Jabatan Pembangunan Koperasi diletakkan di bawah Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
2005  Kabinet meluluskan penubuhan Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi
menggantikan Jabatan Pembangunan Koperasi.
 Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) ditubuhkan pada
18 April 2005.
2007  Pindaan terhadap Akta Koperasi 1993 untuk diselaraskan dengan Akta
Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007.
2008  Pada 1 Januari 2008 Jabatan Pembangunan Koperasi telah
diperbadankan menjadi Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
2009  Pada 20 April 2009 Suruhanjaya Koperasi Malaysia diletakkan di
bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna yang kemudiannya bertukar nama kepada Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada 11
Jun 2009.
2010  Pelancaran Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020 oleh YAB
Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
pada 16 Julai 2010.
2011  Majlis Pelancaran Penjenamaan “Coop 1M” dan Perasmian
Distribution Centre (DC) milik Koperasi Permodalan FELDA Malaysia
Berhad (KPFB) telah dirasmikan oleh YB Menteri PDNKK pada 27
Oktober 2011.
 Majlis Pelancaran Hari Koperasi Antarabangsa 2012 telah
disempurnakan oleh YB Menteri PDNKK pada 26 November 2011
2012  Sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa dengan tema “Koperasi
Membina Kesejahteraan Sejagat”.
 1st ASEAN Regulators/Senior Government Officials of Co-operatives’
Meeting pada 5 hingga 6 Julai 2012 di Putrajaya.
2013  Pelancaran logo baharu Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 16 Julai
2013. 1st Asia Pacific Co-operative Registrars’ Conference diadakan
pada 10 hingga 12 Disember 2013 di Hotel Grand Dorsett, Subang
Jaya, Selangor.
2014  Pembelian Menara SKM pada 15 Mei 2014 di Changkat Semantan, Off
Jalan Semantan, Bukit Damansara, Kuala Lumpur sebagai Ibu Pejabat
Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
2015  Lab Penyediaan Blueprint Peneraju Sektor Pemborongan dan
Peruncitan Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 6 hingga 9 Oktober
2015.
 Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah dinobatkan sebagai Johan
Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2015 peringkat KPDNKK Kategori
Pengurusan.
3.0 Berikut adalah aktiviti yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia:

Bil Tarikh/ Tahun Aktiviti/Program/ Kursus Status Lokasi/ Tempat


Kejohanan
1 31 Disember Perasmian Raingkaian DC National Kedai Komuniti
2015 dan Outlet imCoop milik Harga Patut, Johor
Iskandar Johor Berhad Bahru
2 2015 Program Pertanian dan National Kota Tinggi, Johor
Industri Asas Tani Bahru
3 14 -16 Ogos 2015 Program-program Promosi National Tebingan Sungai
dan Pembudayaan Kuching, Sarawak
Koperasi: Sambutan Hari
Koperasi Negara
4 26 Januari 2015 Lawatan Kerja International Manila, Filipina
Suruhanjaya Koperasi
Malaysia dan Wakil
Gerakan Koperasi
bersama YBM KPDNKK
Ke
Cooperative Development
Authority (CDA) dan
Kedutaan Malaysia
5 30 September – 3 Seminar Regional International Jakarta
Oktober 2015 Consultation Of High
Ranking Government
Officials & Cooperative
Leader
6 27 Oktober – 2 Seminar Educational And International Brazil
Novenber 2015 Work Cooperative Meeting
7 10 – 14 Novenber Seminar ICA Conference International Antalya, Turkey
2015 dan Assembly
8 29 November– 19 Kursus Economic International Tokyo dan
Disember 2015 Partnership Program Hiroshima, Jepun
(EPP) - Value Chain
Business In Marketing Of
Cooperatives
9 2011 - 2015 Program Transformasi International Kuala Lumpur
Kedai Runcit (Tukar)
10 2014 - 2015 Majlis Ikrar Integriti International Kuala Lumpur
Korporat (CIP) antara
SKM DAN SPRM
11 26 Februari 2015 Majlis Perhimpunan National Menara
Bulanan Suruhanjaya Suruhanjaya
Koperasi Malaysia Bil. Koperasi Malaysia
2/2015 dan Majlis Tahlil
serta Bacaan Yasin
12 15 Mac 2015 Program Kembara Ilmu National Teluk Renjuna dan
Berkoperasi dan Majlis Pulau Seratus
Pelancaran Koperasi Tumpat, Kelantan
13 3 April 2015 Majlis Menandatangani National Menara
dan Penyerahan Nota Suruhanjaya
Serah Tugas Pengerusi Koperasi Malaysia
Eksekutif Suruhanjaya
Koperasi
Malaysia
14 15 April 2015 Anugerah Penarafan International Menara
Bintang Koperasi dan Suruhanjaya
Pelancaran GP 27 Koperasi Malaysia

15 1 Mei 2015 Mesyuarat Majlis International Bayview Hotel,


Perundingan Koperasi Langkawi, Kedah
Kebangsaan (MPKK)
16 17 Jun 2015 Lawatan Rasmi International Menara
Suruhanjaya
Koperasi Malaysia
17 30 Julai 2015 Majlis Ramah Mesra International Menara
Suruhanjaya
Koperasi Malaysia
18 30 Julai 2015 Gerakan Koperasi International Menara
Suruhanjaya
Koperasi Malaysia
19 30 Julai 2015 Majlis Pelancaran Promosi National Kuala Lumpur
Hari Koperasi Negara
2015
20 14-21 September Lawatan YB Menteri International United Kingdom
2015 KPDNKK Ke United dan German
Kingdom dan German
21 6-9 Oktober 2015 Lab Penyediaan Blueprint International Colmar Tropicale,
Peneraju Sektor Bukit Tinggi
Pemborongan dan
Peruncitan Suruhanjaya
Koperasi Malaysia,
22 5-7 November Program Pemantapan dan International UITM Sri Iskandar,
2015 Pengukuhan Pegawai Perak
SKM
23 5-7 November Karnival Sukan dan International UITM Sri Iskandar,
2015 Karnival Koperasi Perak
24 27-31 Disember Lawatan Kerja Ahli International Jakarta dan
2015 Lembaga Pengarah Bandung,
Suruhanjaya Koperasi Indonesia
Malaysia

4.0 Strategi Bagi Menjana Sumber Kewangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM):
Pengurusan kewangan yang cekap, berkesan dan telus memainkan peranan penting
bagi menghasilkan penambahan pendapatan dan sumber kewangan kepada Suruhanjaya
untuk kepentingan pertubuhan tersebut. Selain daripada mengurus peruntukan belanja
daripada Kerajaan, Suruhanjaya juga mengurus dan memperoleh hasil daripada pelaburan
Kumpulan Wang Amanah (KWA). Selanjutnya, Suruhanjaya melalui Bahagian Kewangan dan
Akaun (BKA) sentiasa berperanan untuk merancang dan mengawal belanjawan, membuat
bayaran serta mengakaunkan setiap hasil dan perbelanjaan. BKA sentiasa mematuhi dasar-
dasar Kewangan dan Akaun yang digunapakai di peringkat Persekutuan yang bersesuaian
dengan Suruhanjaya, antaranya melalui garis panduan perbelanjaan berhemah, bayaran
dalam masa (14) hari serta dasar-dasar lain yang menjadi panduan kepada Suruhanjaya.
Sumber kewangan utama Suruhanjaya adalah pemberian daripada Kerajaan Malaysia
yang diterima melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK) untuk belanja mengurus serta pembangunan, di samping peruntukan KWA
pendidikan dan pendapatan dijana sendiri. Misalnya, pendapatan yang dijana sendiri adalah
terdiri daripada yuran pendaftaran dan pindaan undang-undang kecil koperasi, fi audit, caj
pengurusan dana, caj carian, kompaun, sewaan, hasil daripada pelaburan dan lain-lain.
Selain itu, sumber dana diperolehi daripada caruman wajib koperasi melalui dana Kumpulan
Wang yang diwujudkan di bawah Akta Koperasi 1993. Contohnya, dalam memastikan setiap
koperasi membuat caruman wajib terhadap Kumpulan Wang Amanah (KWA) sebagaimana
yang ditetapkan oleh Akta Koperasi 1993, Suruhanjaya dari semasa ke semasa mengambil
tindakan dengan membuat kutipan caruman yang tertunggak daripada koperasi iaitu melalui
sesi lawatan konsultasi ke koperasi yang ingkar membayar caruman dan mengeluarkan surat
peringatan. Pemantauan ke atas penggunaan peruntukan untuk kedua-dua Kumpulan Wang
ini terus dipertingkatkan di samping mengamalkan perbelanjaan secara berhemah. Antara
strategi yang dilaksanakan adalah memproses permohonan berdasarkan perancangan,
membuat naziran audit dan pelaporan keberkesananan impak bagi sesuatu program. Secara
keseluruhan, Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan (PPP) bagi setahun hendaklah
disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit dalam tempoh tiga puluh (30) hari
setelah tamat tahun kewangan. Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan yang diaudit
hendaklah dikemukakan untuk Kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya bagi
menjayakan pertuhan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Bibliografi

Ahmad Marzuki Ismail(a). (2004). Panduan Asas Gerakan Koperasi Sekolah di Malaysia.

Selangor:Yeohprinco Sdn. Bhd

Hayati Md Salleh, Asha’ari Arshad, Ahmad Faizal Shaarani & Norbiha Kasmuri. (2008).

Gerakan Koperasi di Malaysia. Selangor: Maktab Kerjasama Malaysia.

Husin Ibrahim Mamat. (2007). Pemimpin Era Globalisasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rohayati bt Ismail (1 996). Kejayaan pengurusan koperasi sekolah-sekolah menengah di

Kubang Pasu Kedah Darul Aman: Satu analisis (Tesis Ijazah Sarjana Sains, Universiti
Utara Malaysia).

You might also like