You are on page 1of 23

SAH 123 : AKHLAK

BAB 8: KERUNTUHAN AKHLAK

DEFINISI KERUNTUHAN AKHLAK

Keruntuhan

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000: 1160), keruntuhan membawa maksud perihal
runtuh, kejatuhan, kerosakan, kerobohan dan kerosakan. Kamus Za'ba (2000: 982)
mendefinisikan keruntuhan sebagai kerosakan dan kejatuhan. Definisi ini hampir sama
dengan definisi Kamus Dewan di atas.

Keruntuhan yang dimaksudkan dalam topik ini ialah keruntuhan akhlak masa kini.
Keruntuhan akhlak yang dimaksudkan juga meliputi rosaknya akhlak apabila mereka
melakukan perbuatan-perbuatan yang menyimpang daripada ajaran agama Islam dan
budaya masyarakat Timur seperti terlibat dengan seks bebas, berkhalwat, bersekududukan,
lari dari rumah, penagihan dadah dan meminum minuman keras, lepak, lumba haram dan
penglibatan remaja dalam jenayah seperti mencuri, merompak, merogol, meliwat dan
membunuh.

Akhlak

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000: 21), akhlak memberi maksud budi pekerti,
kelakuan, tingkah laku manusia dan tabiat samada baik atau jahat. Menurut Kamus Za'ba
(2000: 20), akhlak memberikan dua pengertian iaitu pengertian yang pertama bermaksud
watak dan pengertian akhlak yang kedua boleh ditinjau daripada beberapa aspek samada
daripada pandangan ahli falsafah Islam, tokoh-tokoh agama, al-Quran, hadis dan ahli sufi.

Menurut Kamus al-Mawrid (1999:521), akhlak iaitu kalimah al-Khuluq membawa empat
pengertian iaitu perangai, tabiat, maruah dan agama. Menurut Abd. Rahman Md. Aroff
(1996: 76), akhlak berasal daripada Bahasa Arab iaitu jama' daripada kata 'khuluq' yang
membawa maksud kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap, tabiat dan tingkah laku.

CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK

Maksud ini terkandung dalam ayat-ayat yang berkaitan dengan akhlak Nabi Muhammad
s.a.w yang telah dikatakan oleh Aisyah r.a yang bermaksud "Akhlak Rasulullah s.a.w.
adalah al-Quran". Akhlak Nabi Muhammad s.a.w. yang dimaksudkan dalam kata-kata di
atas ialah kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap dan tingkah laku Nabi Muhammad
s.a.w. yang semuanya merupakan perlaksanaan ajaran al-Quran.

Menurut Ahmad Mohd. Salleh (1998: 86), akhlak dari segi istilah membawa maksud segala
perbuatan yang telah menjadi adat kebiasaan, apabila dilakukan tidak perlu lagi berfikir
panjang, tingkah laku yang diamalkan sekian lama dan diterima oleh semua masyarakat
sebagai sebahagian daripada cara hidup itu dinamakan akhlak. Akhlak itu perlu dipelajari
agar dapat diketahui mana sifat yang baik dan yang buruk, mana yang boleh dikerjakan dan
mana yang tidak boleh dikerjakan.

Akhlak menurut istilah Islam ialah sikap keperibadian yang melahirkan perbuatan dan
tingkah laku manusia terhadap tuhan dan manusia, terhadap diri sendiri dan makhluk lain,
sesuai dengan suruhan dan larangan serta petunjuk al-Quran dan hadis. Mohd. Sulaiman
Hj. Yasin (1992: 20) mengemukakan pengertian akhlak adalah hai'ah atau sifat dalam diri
manusia iaitu jiwa manusia yang telah tetap sehingga dengan mudah dan senang
mendorong ke arah perlakuan atau perilaku yang baik atau buruk tanpa perlu difikir atau
dirancang. Di samping itu akhlak juga mengandungi substanceatau kejiwaan yang
direalisasikan dalam bentuk kelakuan.

Akhlak juga difahami sebagai prinsip-prinsip dan dasar atau kaedah yang ditentukan oleh
wahyu untuk mengatur pelakuan, menentukan atau membentuk hubungan seseorang
dengan orang lain sehingga matlamat kewujudannya di dunia ini dicapai secara yang paling
sempurna. Sebagai ilmu,akhlak ditakrifkan sebagai ilmu yang menghuraikan hakikat
perbuatan berakhlak, mengkaji makna dan erti kebaikan, keburukan, kewajipan, hati nurani
atau suara hati.

Takrif akhlak menurut Dr. Haron Din (2001: 4), mempunyai dua bentuk iaitu akhlak Islam
dan akhlak falsafah atau etika. Menurut beliau, akhlak Islam ialah akhlak yang bersumber
kepada wahyu al-Quran dan al-Sunnah. Sementara akhlak falsafah ialah akhlak yang
bersumber kepada daya usaha kemampuan pemikiran manusia.
CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK

Berdasarkan pengertian di atas dapatlah disimpulkan bahawa akhlak itu ialah kumpulan sifat
yang lahir daripada dalam jiwa dan berdasarkan dorongan dan pertimbangan sifat itu, suatu
perbuatan itu dapat dikatakan baik atau buruk menurut pandangan manusia. Dengan sifat
itu, seseorang dapat melaksanakan atau meninggalkan perbuatannya. Akhlak yang baik
ialah benar, ikhlas, syukur, amanah, menepati janji, sabar, pemaaf, pemurah dan lain-lain
manakala akhlak yang tidak baik ialah dusta, sombong, takbur, dengki, dendam,
mengumpat, riak, khianat dan lain-lain. Akhlak yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah
akhlak buruk yang dimiliki oleh remaja sehingga tercetusnya permasalahan sosial dalam
masyarakat dan negara.

ISU-ISU KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA

Isu Samseng Jalanan

Masalah kebejatan sosial seperti aktiviti pelumbaan motosikal haram oleh penunggang
motosikal yang tidak bertanggungjawab atau lebih dikenali sebagai ‘mat rempit’ bukanlah
merupakan satu isu yang baru memandangkan gejala sebegini telah wujud sekian lama di
jalan-jalan raya di negara ini. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, rempit
bermaksud menyesah atau memukul sesuatu contohnya dengan menggunakan rotan.
Sebutan rempit itu sendiri sebenarnya adalah berasal daripada perkataan rampit iaitu
menggambarkan pelumba memeras minyak di jalan raya (litar).

'Samseng jalanan' akan


menggantikan istilah Mat Rempit
bagi mengelak publisiti dan
pembentukan identiti kepada
golongan berkenaan. Ketua Trafik
Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul
Aziz Yusof menyatakan bahawa
keputusan tersebut dicapai oleh
Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada
mesyuarat pasukan itu di Pulau

CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK

Pinang baru-baru ini. Beliau turut meminta pihak media dan pengeluar filem agar tidak
mengagung-agungkan golongan berkenaan dengan memberi publisiti keterlaluan. Pihak
Polis tidak mahu mempopularkan istilah Mat Rempit kerana tidak mahu golongan itu
mempunyai identiti sendiri dan bangga dengan istilah tersebut. Penggunaan istilah dan
penghasilan filem aktiviti Samseng Jalanan pada pendapatnya dapat menggalakkan lagi
kegiatan tidak bermoral di kalangan belia negara ini.

Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam
perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan motor kapcai atau skuter. Ia
merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Minah Rempit pula boleh jadi
merupakan seorang pelumba perempuan, atau teman wanita Mat Rempit.
Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak memenuhi piawai, ataupun telah
diubah suai dengan banyak. Malah ada juga Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen sah,
tidak membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi. Kini, taman perumahan turut telah
ditukar menjadi litar lumba oleh Mat Rempit. Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-
kira 200,000 Mat Rempit. Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di Singapura dan Indonesia
untuk tujuan yang sama.

Mereka beraksi pada waktu senja, malam atau selepas ibu bapa pulang daripada bekerja.
Remaja ini mencuri kunci motosikal atau memberi alasan membeli barang di kedai
berdekatan atau pergi ke pasar malam. Ibu bapa tidak sedar anaknya boleh pergi jauh
sehingga ke Kuala Lumpur.

Mereka beraksi di celah-celah kereta yang penuh sesak di Kuala Lumpur untuk mendapat
perhatian orang ramai. Di Kuala Lumpur jalan yang popular ialah Jalan Raja Laut, Jalan
Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit Bintang. Lebuh raya Lekas di Semenyih yang belum
siap sepenuhnya telah mengorbankan beberapa remaja belasan tahun.

Menurut penulis Al-Islam (Erwanz, 2009) “Aksi-aksi yang ditunjukkan oleh mereka tidak
ubah seperti aksi yang ditayangkan di dalam drama dan filem. Mengapa remaja kita memilih
jalan ini? Tidakkah mereka fikir, perbuatan mereka hanyalah sia-sia?” Trend menunjukkan
aksi menunggang motosikal di jalanraya dengan pelbagai bentuk gaya oleh remaja dan
belia khususnya sehingga mendatangkan kecelakaan perlu dikawal dan dihapuskan segera
CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK

secara menyeluruh kerana ia akan menjadi gejala sosial yang sukar dirawat. Ia bukan
sahaja berleluasa di kawasan bandar, malah di kampung, aksi mat rempit sentiasa
mendapat perhatian murid sekolah rendah yang kemudian mencuba aksi berbahaya dengan
basikalnya.

Antara aksi-aksi berbahaya yang biasanya dilakukan oleh golongan mat rempit ini lalah:
 Wheelie - menunggang laju sambil mengangkat tayar di bahagian depan.
 Wikang - menunggang sambil mengangkat tayar di bahagian belakang.
 Scorpion - menunggang motosikal sambil kaki menghala di bahagian atas.
 Superman - menunggang laju sambil terbaring persis aksi superhero,
Superman.
 Pereng/corner - bahagian meletak kaki bergesel di jalan raya ketika
menunggang di selekoh.

Remaja merempit untuk mencari


keseronokan, kepuasan, kemasyhuran,
wang dan perempuan. Kepuasan dan
keseronokan untuk melepaskan diri
sementara dari tekanan hidup.
Mengecapi bentuk hiburan yang murah
dengan hanya berbekalkan RM4 untuk
minyak dan keberanian untuk beraksi. Ada yang mendapat habuan lumayan berupa wang
dan perempuan. Bukan semua berani mati begitu tapi wang taruhan dikumpul dalam
kalangan mereka, menyuburkan lagi gejala ini.

Mengikut statistik PDRM, sejak 2001 sehingga Mei 2008, sebanyak 3,182 penunggang
motosikal ditahan kerana pelbagai kesalahan lalu lintas, dan 2,970 daripadanya berusia
antara 16 tahun dan 25 tahun.

Kegilaan anak-anak muda ini bukan sahaja berbahaya tetapi menambahkan lagi kadar
kemalangan dan kematian penuggang motosikal dijalan raya. Statistik Polis Diraja Malaysia
(PDRM) mendapati kes kematian di jalan raya melibatkan penunggang dan pembonceng

CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK

motosikal di negara ini dalam tempoh tujuh tahun kian meningkat.

Pada tahun 2005, sebanyak 3,175 kematian dicatat bagi kelompok itu, berbanding 3,088
(2004), 3,166 (2003), 3,034 (2002), 2,972 (2001), 3,118 (2000) dan 2,960 (1999). Daripada
Januari 2007 hingga Julai 2007, didapati bahawa sebanyak 242 tangkapan dilakukan, 200
daripadanya di sekitar Kuala Lumpur. Statistik keseluruhannya menunjukkan 2005 hingga
Julai tahun ini (2008) sebanyak 1,557 pelumba haram berjaya ditangkap di bawah Sekyen
42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kaum Melayu mendahului jumlah


tangkapan, iaitu 1,436 tangkapan, Cina (51
tangkapan), India (63 tangkapan) dan
kaum-kaum lain (tujuh tangkapan).
Daripada statistik itu juga, mereka yang
bekerja sendiri paling ramai terlibat iaitu 269
orang, diikuti pengganggur 256 orang dan
pelajar 238 orang. Mereka yang bekerja
sebagai buruh turut ditangkap seramai 186
orang, pekerja kilang 174 orang, penghantar surat 161 orang, mekanik 59 orang, dan lain-
lain 214 orang. Golongan mat rempit yang berumur lingkungan 16 hingga 20 tahun paling
ramai ditangkap iaitu 913 orang, diikuti umur 21 hingga 25 tahun seramai 550 orang, 26
hingga 30 tahun seramai 63 orang, bawah 15 tahun seramai 26 orang dan lebih 31 tahun
seramai lima orang.

Isu Buli

Apakah yang dikatakan pelakuan buli? Pelakuan buli merupakan satu fenomena yang
kompleks (Collins et al., 2004). Tingkah laku buli boleh ditunjukkan dalam pelbagai bentuk
dan cara tanpa mengira jantina. Terdapat pelbagai definisi tentang pelakuan buli diberikan
oleh para sarjana. Definisi pelakuan buli ini pula bergantung kepada budaya sesuatu
masyarakat. Mungkin satu pelakuan itu dikatakan pelakuan buli oleh satu masyarakat dan
bagi masyarakat lain ianya bukan pelakuan buli. Bagi masyarakat melayu, penggilan nama
CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK

atau gelaran yang tidak baik misalnya bukan satu pelakuan buli, sebaliknya sebagai
pelakuan yang bersifat gurauan. Definisi pelakuan buli yang paling banyak diterima pakai
oleh para sarjana ialah definisi pelakuan buli yang diberikan oleh Olweus (1993a) yang
mengatakan pelakuan buli ialah tingkah laku agresif yang dilakukan secara berulang kali
terhadap orang lain secara individu atau secara berkumpulan.

Pelakuan buli merupakan juga satu


bentuk interaksi sosial dimana individu
yang lebih dominan (pembuli) akan
menunjukkan tingkah laku aggresif yang
cenderung menyebabkan ketidak
selesaan kepada individu yang kurang
dominan atau lemah (mangsa buli).
Menurut Rigby (1996) pula, tingkah laku
buli ialah perbuatan menekan atau
menindas sama ada secara fizikal atau
psikologi oleh seseorang yang lebih berkuasa terhadap seseorang yang tidak berkuasa. Apa
yang penting dalam mendefinisikan pelakuan buli ialah wujudnya ketidak imbangan kuasa
antara pembuli dan mangsa buli.

Menurut Wikipedia, Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan
atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung,
menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada
maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam
bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia
bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara
keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh
membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan
kepada orang lain.

Pembuli
CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK

Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima, dan enam.
 Bertubuh besar, tegap, dan tinggi.
 Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.
 Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah.
 Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa,
dan tidak mudah digertak.

Dibuli

Di Malaysia, pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah
iaitu tingkatan satu, dua, dan tiga serta pelajar sekolah rendah.
 Bertubuh kecil.
 Pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi sasaran.
 Pelajar baru di sekolah.

Sebenarnya terdapat banyak sebab kenapa mereka suka membuli. Antara sebabnya
adalah:
 Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku
pelajar.
 Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati
mereka.
 Mereka pernah menjadi mangsa buli.
 Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah
apabila membuat kesilapan.
 Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya
terdapat pada kanak-kanak hyperactive atau cergas yang melampau yang sering
bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.
 Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah disiplin.
 Akibat perceraian ibu bapa.
 Terlalu dimanja oleh ibu bapa.
 Sekadar mahu berseronok.
 Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara

CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK

untuk menghilangkan perasaan bosan.


 Marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru atau gemar bercakap
dalam bahasa Inggeris.
 Ingin menunjukkan kekuatan sendiri.
 Faktor terakhir yang mungkin memainkan peranan yang penting ialah media massa
dan cetak yang memaparkan aksi, pertuturan, dan tingkah laku yang ditayangkan di
media elektronik dan media cetak menjadi ikutan sehingga seolah-olah pelakon
tersebut menjadi 'role model' bagi golongan remaja.

Isu Seks Bebas

Remaja dan seks bebas adalah dua perkara yang boleh dikatakan tidak boleh terlepas dari
digandingkan bersama. Perkara seperti ini sudah menjadi trend dan jika ada remaja yang
tidak tahu dan pernah melakukan seks dikatakan kolot dan jumud. Kajian yang dilakukan
oleh Universiti Pensylvania menunjukkan terdapat lebih kurang 400,000 remaja dibawah
umur di Amerika yang berkerja sebagai pelacur, dan menurut The Washington Post yang
bertarikh 11 Februari 2000 melaporkan 80% daripada bahan-bahan lucah yang melibatkan
kanak-kanak atau dikenali dengan istilah Child Pornography adalah datangnya dari asia iaitu
Negara Jepun. Dan baru-baru ini juga kita dikejutkan dengan kajian seorang penyelidik yang
mengatakan bahawa boleh dikatakan 1 remaja wanita dalam 10 wanita melakukan seks
secara bebas.

Ada juga remaja yang mengaitkan cinta dengan seks,


dan jika ada cinta yang tidak menyediakan seks maka
ia bukan dinamakan cinta. MasyaAllah begitu bahaya
dan dangkal pemikiran sebegini, dan menakutkan bagi
masyarakat Malaysia khususnya. Remaja kini
beranggapan bahawa seks ini adalah satu perkara
yang enteng dan tidak perlu diperbesarkan. Memang
nyatalah apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad
dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari
dalam sahihnya “Akan muncul daripada umatku yang menghalalkan Zina, sutera bagi lelaki,
CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK

minuman arak dan lagu-lagu yang melalaikan”. Zina adalah perlakuan seks diantara
berlainan jantina tanpa apa-apa ikatan yang menghalalkannya, dan memang kini sudah
berlambak dan menjadi barah dikalangan remaja kita. Apa yang menyedihkan ialah tiada
sesiapa yang peduli mengenai isu ini dengan serius. Sedangkan zina ini amatlah dilarang
dalam Islam, malahan untuk mendekatinya pun Islam melarang sepertimana Allah berfirman
“Janganlah kamu mendekati kepada zina, sesungguhnya Zina itu adalah satu perbuatan
yang keji. Dan satu jalan yang buruk” (Al-Israk:32)

Memanglah kita katakan bahawa gelora seks ini adalah satu fitrah tapi kita perlu sedar
bahawa gelora seks ini perlu disalurkan berdasarkan petunjuk yang telah digariskan Islam
itu sendiri bukan berdasarkan hawa nafsu kita. Antara jalan yang paling tepat untuk
menyalurkan keinginan nafsu ini ialah dengan pernikahan. Sabda Nabi Muhammad “Wahai
pemuda, siapa di antara kalian sanggup untuk bernikah maka nikahlah. Sesungguhnya
dengan pernikahan, penglihatan akan lebih terpelihara dan kemaluan akan lebih terjaga.”
(hadis Ibnu Mas’ud yang diriwayatkan oleh Bukhari, muslim At-Tirmidzi, dan an-Nasai.
Penyataan dalam hadis tersebut bermakna berkemampuan untuk membiayai pernikahan
dan memberi nafkah (al-muntaqa min kitab at-tarhib wa targib, al-Qardhawi: 2/549 no 1095)
Dan Nabi juga bersabda tentang adanya bentuk ibadah dalam perlakuan seks yang halal
diantara suami dan isteri iaitu “Dalam perhubungan badan terdapat nilai sedekah”. Sahabat
bertanya “Wahai RasulAllah, apakah jika salah seorang diantara kami menyalurkan
shawatnya akan mendapat pahala?”. Sabda Nabi “Bukankah apabila hubungan itu
dilakukan dalam bingkai haram ia berdosa? Maka, jika dilakukan dalam bingkai halal ia akan
mendapat pahala”.

Antara komplikasi atau kesan seks bebas menurut perubatan moden antaranya ialah
penyakit jangkitan seksual atau dikenali sebagai STD. STD bermaksud sexually transmitted
disease, dan penyakit ini kerap menjangkiti individu melalui seks bebas. Lebih kurang dua
puluh jenis penyakit daripada kumpulan ini sudah dikenal pasti antaranya ialah syphilis,
gonorrhea, genital herpes, genital wart, trichomoniasis, bacterial vaginosis, ifeksi
cytomegalovirus, infeksi Chlamydia dan yang paling berbahaya ialah AIDS.

Di Amerika sahaja ia menjangkiti 13 juta manusia setahun dan majoritinya ialah kaum wanita
(sumber perubatan islam dan bukti sains moden). Dan kos yang diperlukan bagi merawat
CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK

dan mencegahnya menjangkau $10 Billion. Antara komplilasi yang timbul melalui penyakit-
penyakit ini ialah:
 mengandung diluar rahim atau dikenali sebagai ectopic pregnancy
 barah kemandulan
 sakit jantung
 infeksi dan sakit puan
Dan bagi bayi yang dilahirkan pula akan mengalami:
 penyakit radang paru-paru
 terencat akal
 ganguan sistem saraf dan sakit mata
Menurut Institusi Alahan dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NAID) Amerika, jumlah kes
penyakit jangkitan seksual semakin meningkat pada hari ini. Ini disebabkan ramai remaja
terlibat dengan hubungan seks tanpa perkahwinan disamping berleluasa seks bebas di
dalam masyarakat.

Ponteng Sekolah

Senario ponteng sekolah bukanlah masalah


sosial baru di kalangan pelajar sekolah di
negara ini. Daripada keseluruhan pelajar yang
dikenal pasti terbabit dengan masalah
ponteng, kira-kira 97% adalah dari kalangan
pelajar lelaki & 3% adalah pelajar perempuan.
Masalah ponteng sekolah lebih ketara berlaku
di kalangan pelajar sekolah iaitu terutama
mereka yang bersekolah di kawasan bandar & sekolah di pinggir bandar. Di antara faktor
yang menyebabkan berlaku masalah ini ialah tiada minat atau motivasi untuk ke sekolah,
pengaruh rakan sebaya & pengaruh persekitaran seperti melepak di pusat hiburan, pusat
membeli belah & melayari internet di cyber cafe.

CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK

Minum Arak & Penyalahgunaan Dadah.

Sikap suka mencuba & menyahut cabaran rakan-rakan antara sebab berlaku gejala ini. Arak
boleh dibeli di kedai runcit dijual dengan harga yang murah. Bukan perkara yang pelik jika
akhbar ada melaporkan pelajar sekolah rendah juga ada yang membeli minuman keras &
berkongsi dengan rakan-rakan mereka. Penyalahgunaan dadah juga antara masalah sosial
yang paling kerap dilaporkan. Berdasarkan kajian Yayasan Perlindungan Jenayah Malaysia
mendapati kebanyakan penagih dadah di Malaysia mula mengenali dadah dalam
lingkungan usia 13-15 tahun & 71% daripada penagih baru terdiri daripada golongan muda
yang berusia antara 19-39 tahun. Dadah bukan terhad kepada jenis dadah yang dikenali
umum seperti morfin, heroin, metaphatemin, ganja & pil kuda, ia turut merangkumi jenis-
jenis ubat yang disalahguna seperti ubat batuk & gejala hidu gam. Tidak kira dadah, arak
atau pun hidu gam, ia membawa risiko yang amat tinggi sehingga boleh membawa maut.

Isu Merokok

Merokok di kalangan pelajar sekolah bukanlah satu gejala yang baru. Terdapat banyak
kajian yang terperinci yang mengulas sebab-sebab pelajar sekolah, khususnya, di sekolah
menengah terlibat dengan gejala merokok. Dalam beberapa kajian tersebut, faktor yang
mempengaruhi seseorang remaja untuk merokok adalah pengaruh rakan sekolah, ahli
keluarga di rumah yang merokok dan perasaan ingin tahu.

Di kalangan golongan pelajar sekolah rendah pula, masalah utama yang dialami oleh pelajar
pelajar tersebut adalah perokok pasif dengan kanak-kanak ini terdedah kepada asap rokok
yang dihisap oleh ahli keluarga mereka atau orang dewasa di sekeliling mereka. Dalam satu
kajian rentas sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur, hampir 90% dari pelajar tahun 3
hingga tahun 6 mempunyai ahli keluarga yang merokok. Di antara mereka, ada yang
mempunyai lebih dari seorang ahli keluarga yang merokok. Ini menyebabkan kanak kanak
tadi mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit yang berkaitkan dengan
rokok terutamanya masalah paru-paru. Golongan pelajar sekolah rendah ini juga didapati
mempunyai kecenderungan untuk merokok kerana perasaan ingin tahu dengan rokok lebih
mudah diperoleh disebabkan adanya ahli keluarga di rumah yang merokok.
CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK

Kajian yang dijalankan di sebuah


sekolah rendah mendapati
bahawa hampir 20% daripada
kanak kanak sekolah tersebut
pernah merokok atau adalah
perokok aktif pada umur 11 tahun.
Majoriti pelajar tersebut tidak
mempunyai masalah untuk
mendapatkan rokok walaupun
rokok tidak dibenarkan di jual
kepada kanak-kanak berumur 18 tahun kebawah. Justeru itu, penguatkuasaan penjualan
rokok kepada golongan kanak-kanak dan remaja sekolah perlulah diperketatkan lagi. Kanak-
kanak sekolah juga kurang diberikan pendedahan tentang bahaya merokok dan akibatnya.
Dalam satu kajian rentas yang dijalankan ke atas 850 orang pelajar sekolah rendah yang
berumur 8 tahun di Kuala Lumpur, Pahang, Kelantan dan Selangor, hanya 50% daripada
kanak-kanak tersebut tahu bahawa merokok adalah tidak sihat, 25% tidak tahu tentang
masalah yang dialami oleh perokok kronik dan hampir 50% tidak tahu tentang apa yang
terkandung di dalam rokok. Lebih membimbangkan ialah hampir 70% daripada kanak-kanak
tersebut tidak tahu tentang ketagihan merokok.

Statistik Gejala Sosial Remaja


Di Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk. Oleh
kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan kelompok ini juga
banyak.

Statistik pembabitan kanak-kanak dalam jenayah dari Januari hingga Disember 2003 yang
dilaporkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan
kanak-kanak lelaki dan perempuan Melayu di seluruh negara adalah yang paling ramai
ditangkap iaitu seramai 3,617 orang (3,541 lelaki dan 76 perempuan).

Pembabitan mereka yang paling tinggi adalah dalam kes jenayah harta benda iaitu mencuri
kenderaan (Seksyen 379A) bagi tempoh sepanjang tiga tahun terakhir (2001-2003).

CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK

Statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan dan Sistem Maklumat, Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) pula mencatatkan sehingga September 2003, seramai 113
pesalah kanak-kanak menjalani cubaan akhlak berbanding 98 pada 2002 dan 95 pada
2001.

Pesalah kanak-kanak yang diperintahkan mahkamah supaya ditempatkan di sekolah akhlak


adalah 198 sehingga September 2003, berbanding 401 pada 2002 dan 317 pada 2001.

Manakala kanak-kanak yang diperintahkan ditempatkan di Sekolah Henry Gurney pula


seramai 67 sehingga September 2003, berbanding 154 pada 2002 dan 147 pada 2001.

Selain pembabitan jenayah harta benda, samun bersenjata api dan penyalahgunaan dadah
juga mencetuskan kebimbangan. Seramai 91,447 penagih dadah dikesan di seluruh negara
antara 2001 hingga Oktober 2003 dengan hampir 70 peratus daripadanya Melayu.

Statistik Agensi Dadah Kebangsaan menunjukkan 31,556 penagih dikesan pada 2001,
31,893 (2002) dan 27,998 dalam tempoh Januari hingga Oktober 2003.

Kesan penyalahgunaan dadah di Malaysia kini dirasai apabila generasi muda tidak lagi
mampu menyumbang tenaga untuk memajukan negara malah menjadi golongan perosak.

Timbul pertanyaan adakah mereka sanggup kehilangan negara dan menjadi seperti China
yang terbabit dalam Perang Candu (1840-42) serta musnah akibat penyalahgunaan dadah.

Pada 1838, China mencatatkan 12 juta penagih candu yang memberi peluang kepada Barat
untuk mengubah idea politik dan struktur sosial negara itu.

Bayangkan kuasa besar seperti China boleh ditawan mudah hanya dengan menggunakan
dadah dan apa pula nasib negara ini di tangan generasi muda kita.

Semua senario itu menjelaskan kepada kita betapa rapuhnya jiwa remaja dan belia yang
kita harapkan suatu hari nanti menggalas tanggungjawab memimpin negara.

CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK

PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK

Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti isu keruntuhan ahklak di kalangan
remaja masih pada tahap yang tinggi. Keruntuhan ahklak ini dapat dilihat dari pelbagai
sudut. Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut;

Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba

Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka
mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang
terjadi di sekeliling mereka akan mengundang perasaan ingin tahu dalam kalangan remaja.

Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan
perkara-perkara yang yang tidak sepatutnya. Jika perasaan ingin tahu dan ingin mencuba ke
arah kebaikan seperti aktiviti membina teknologi automotif yang baru dan berfaedah ini
perlulah diberi penekanan yang tinggi. Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk
remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada ‘guide line’ dari orang-
orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi
perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa
memikirkan baik atau buruknya perkara perkara tersebut.

Pengaruh Rakan Sebaya

Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh
membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan
mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut
menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai
orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih
memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan.
Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”. Dalam keadaan ini
ramai para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial.

CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK

Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang
dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik
serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah
akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu
dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh
kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah.

Pengaruh Media Massa

Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial dalam kalangan
para remaja hari ini. Tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan
kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang
memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja, program-program realiti televisyen,
serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja
dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-
nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara
barat. Terdapat juga unsur-unsur lucah dan mengghairahkan terdapat dengan mudah
dipasaran sama ada dalam bentuk bercetak, CD, atau lain-lain selain dari itu bahan media
ini mudah diperolehi.

Sikap Keluarga

Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengan
gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan ialah tentang agama. Adanya asas agama
yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus kepada perkara yang tidak
baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting, terutamanya sebagai model kepada
anak-anak. Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal
anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan masa yang
berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi
dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka.

CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK

Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah ‘menjadi rakan’ kepada mereka.
Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai
rujukan jika berdepan dengan masalah. Apabila anak-anak bercerita tentang masalah
mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang
tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan
penyelesaian terbaik. Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan
ahli-ahli keluarga. Para ibu bapa juga perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak, tidak
boleh ‘just take for granted’. Mereka tidak boleh membiarkan anak-anak bersendirian
menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing. Selain itu, ibu bapa perlu
mengenali rakan anak-anak remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak
membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita
berkawan. Ibu bapa harus sentiasa berdoa agar anak-anak mereka terhindar dari perkara-
perkara yang tidak diingini. Mereka harus sedar bahawa doa ibubapa sangat penting untuk
kesejahteraan hidup anak-anak.

Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang utama adalah
kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau
penjaga. Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam
aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang kesempatan untuk bercakap,
berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka.
Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan
pengawasan ibu bapa.

Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan
adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang
kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga
yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi
pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral.

Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita
seharusnya menjalankan kewajipan dengan merancang aktiviti, mengenal pasti masalah
anak, memberi nasihat, pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal

CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK

selia anak sepanjang masa.

KESAN DAN CABARAN TERHADAP FENOMENA KERUNTUHAN AKHLAK

Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak
yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama negara pada masa
akan datang, memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan
jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak
tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Akhlak merupakan
peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Kiranya individu itu mempunyai akhlak
yang buruk, maka secara automatiknya peribadi individu itu juga akan menjadi buruk.
Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri,
keluarga, masyarakat, dan negara.

Kesan Ke atas Individu

Akhlak merupakan cermin dan peribadi seseorang individu. Oleh itu akhlak sangat penting
dalam kehidupan seharian seseorang individu. Individu yang mempunyai akhlak yang baik
akan dipandang mulia dan tinggi, manakala individu yang tidak mempunyai akhlak yag baik
akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Akhlak yang baik
seharusnya dihiasi dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Namun begitu
kebanyakan remaja pada hari ini, terutamanya remaja muslim, mempunyai akhlak yang
begitu memalukan agama, bangsa dan negara.

Banyak kejadian seperti pembuangan bayi, zina, perjudian, budaya homoseksual,


penagihan dadah dan sebagainya dilakukan oleh remaja muslim pada hari ini yang
kebanyakan mereka berpaksikan dan bertunjangkan nafsu dan amalan yang dipengaruhi
oleh budaya-budaya Barat dan asasnya mungkin berpunca daripada kurangnya pegangan
agama pada diri mereka. Tidak dapat dinafikan juga kesan keruntuhan akhlak akan
memberikan kesan yang mendalam pada diri individu.

CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK

Kesan Ke atas Keluarga

Keluarga memainkan peranan yang penting kerana dari institusi kekeluargaanlah


kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu bermula. Keruntuhan institusi
kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian dalam sesuatu
masyarakat. Akhlak yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi
kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Benarlah kata–kata hikmah yang menyatakan
bahawa rumah itu adalah akar segala-galanya. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak akan
menyebabkan dan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian
sesuatu institusi kekeluargaan itu.

Antara kesan yang akan berlaku akibat terhadap institusi kekeluargaan ialah:
 Keruntuhan institusi kekeluargaan akan berlaku. Akhlak yang baik datangnya
daripada keluarga yang harmoni dan bahagia.
 Akibat wujudnya ketidakharmonian dalam kekeluargaan, pastinya akan wujud
penceraian.
 Masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara. Anak – anak akan
hilang tempat bergantung dan bermanja.
 Wujudnya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah,
pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah-masalah yang lain.

Kesan Ke atas Masyarakat

Keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar dalam masyarakat. Jatuh
bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak dalam
masyarakat itu sendiri. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan.
Budaya kuning dan pengaruh budaya Barat mudah meresap masuk dan menjadi ikutan para
remaja hari ini. Kiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak–pihak yang tertentu, terutamanya
oleh pihak kerajaan dan juga pihak–pihak yang berwajib, maka tidak hairanlah pada masa
akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja–remaja Melayu
terutamanya akan rosak dan binasa. Oleh itu pihak–pihak atau anasir luar akan cuba
mengambil kesempatan atas kelemahan bangsa kita sendiri. Namun begitu kesan yang

CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK

paling ketara yang akan dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dikawal ialah:
 Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak
bersatu-padu.
 Perasaan buruk dan prasangka pasti akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling
curiga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat.
 Wujudnya pergaduhan dalam masyarakat akan pasti akan berlaku. Isu-isu
 perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum.
 Kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat yang mana hal ini
disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meningkat.
 Keharmonian dalam masyarakat tidak akan wujud.

Kesan Ke atas Negara

Tidak dapat dinafikan juga keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar
kepada negara. Jatuh dan bangunnya sesebuah negara dan masyarakat itu bergantung
kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Tidak dapat dinafikan lagi,
akhlak remaja pada waktu ini berada pada tahap yang membimbangkan. Semua pihak
terutamanya kerajaan, badan NGO, dan juga daripada masyarakat itu sendiri harus
berganding bahu untuk menangani gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.

Antara kesan yang akan berlaku ialah:

 Negara akan kehilangan generasi dan kepimpinan pada masa hadapan.


 Kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan ekonomi negara juga
sukar untuk berkembang kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang
yang tinggi di kalangan masyarakat.
 Kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan
gejala sosial dan keruntuhan akhlak.
 Perbelanjaan kerajaan akan juga turut meningkat akibat berlakunya dalam
peningkatan dalam kadar jenayah.
 Anasir-anasir luar akan mudah meresap masuk kedalam negara seandainya
generasi pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka.

CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK

 Kiranya akhlak remaja pada hari ini terutamnya akhlak remaja Islam hancur dan
rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita anuti pada hari ini
tentulah serong dan buruk.

CARA MENGATASI MASALAH

Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja.
Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja
ini. Berikut beberapa saranan:

Peranan ibu bapa

Peranan Ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap
anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memerhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan
anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah
yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai
masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan
sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang
mempunyai kedudukkan moral yang baik.

Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama
anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif
terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak
terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip
akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah,
sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah
menjadi role model kepada anak.

Pendekatan akademik

Pendekatan ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik


dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan
perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video,

CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK

bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.

Penguatkuasaan Undang-Undang

Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat


sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping
mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam
pengawasan disiplin.

Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis amatlah berkesan


sekiranya pemantauan dilakukan secara berterusan. Bidang kuasa polis yang sedia ada
perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak
pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada
pihak polis.

Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di


peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja
mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-
kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan
pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.

Peranan PIBG

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting.
Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya
bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada
guru dengan sikap terbuka dan positif. PIBG jangan lah jadi umpama “KUCING TAK
BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI”

Kesimpulan

Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak
yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama negara pada masa
CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK

akan datang, memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan
jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak
tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Akhlak merupakan
peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Kiranya individu itu mempunyai akhlak
yang buruk, maka secara automatiknya peribadi individu itu juga akan menjadi buruk.
Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri,
keluarga,masyarakat, dan negara.

Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa
mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan
akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh
mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.

CATATAN:

You might also like