Professional Documents
Culture Documents
MAT REMPIT
Kajian Oleh:
Supt. Hamzan Bin Darus
Ketua BAKA Kedah
Sejarah Mat Rempit
Aktiviti ini sudah lama wujud dalam keadaan terselindung dan
sebelum ini jarang dilaporkan. Aktiviti ini mula menular sekitar
1990-an seiring bermula acara Grand Prix dan Formula One
secara meluas di Malaysia. Seiring juga dengan perkembangan
jaringan jalanraya yang canggih di Malaysia. Ruang dan peluang
ini telah disalah gunakan oleh segelintir yang di panggil
“samseng jalanraya” untuk dijadikan sebagai medan perlumbaan
dan memenuhi cita-cita (Rozmi Ismail:2006:9). Sejak
kebelakangan ini fenomena perlumbaan haram menjadi semakin
rancak dan kritikal serta membimbangkan apabila golongan yang
terlibat terdiri dari remaja yang berumur 18 hingga 25 tahun
(Laporan Polis Trafik:1998).
Perlumbaan haram dilakukan dalam pelbagai bentuk bukan saja
melibatkan kepantasan tetapi juga dalam aspek kemahiran dan
keberanian. (Rozmi Ismail:2006,BH 29 Mac 200)
Pada masa ini kumpulan “mat motor” atau “mat rempit” di Malaysia
sering dikaitkan dengan kumpulan dibarat lebih dikenali sebagai “Hell
Rider” fenomena ini merupakan pengaruh sosial yang terbaru yang
ditiru dari barat (Rozmi Ismail:2006:16).
PENGISIAN JIWA BAWA MAT REMPIT
KE PANGKAL JALAN
Saya masih ingat kenakalan dua remaja, Suadak dan Kacuk di kampung saya yang
jauhnya kira-kira 18 kilometer dari Johor Bahru sekitar awal 1970-an. Mereka terkenal
sebagai penunggang motosikal maut dan suka memecut laju seperti berlumba,
walaupun di jalan kampung. Pengaruh mereka cukup kuat kerana kehandalan mereka
sering menjadi bualan remaja lain. Dua remaja itu juga mempunyai kumpulan.
Bagaimanapun, motosikal di tunggangi kumpulan itu bukan motosikal sendiri,
sebaliknya milik bapa mereka. Biasanya mereka yang kebanyakan lepasan sekolah
menengah berkumpul pada hari minggu sebelum berlumba di jalan raya. Kumpulan
membabitkan antara 10 hingga 15 buah motosikal itu menjadikan Jalan Ulu Tiram –
Johor Bahru (Jalan lama) atau Jalan Ulu Tiram – Kota Tinggi sebagai gelanggang. Ketika
itu, tiada perkataan lumba haram atau mat rempit. Selepas berlumba mereka
berkumpul disimpang kampong atau kedai kopi menceritakan kehebatan masing-
masing terutama ketika mengambil selekoh maut sehingga lulut hampir mencecah
jalan. Mereka juga mempunyai awek yang pada masa itu dikenali ‘Awek Rewang’ dan
‘Resen’ (Ration), iaitu gelaran kepada gadis bawah umur mengamalkan gaya hidup
bebas dan boleh di bawa berpeleseran.
Masa terus berlalu dan perubahan turut berlaku. Sekitar80-an kegiatan mereka
diambil alih kumpulan remaja lain. Kumpulan ini juga menjalankan kegiatan sama,
tetapi gadis bawah umur bertukar nama kepada ‘Anak Abu’ (anak bawah umur). Oleh
itu, jelas fenomena mat rempit sudah wujud, tetapi kumpulan yang lebih dikenali
sebagai mat motor itu kurang popular, mungkin publisitinya tidak meluas seperti
sekarang kerana kekangan media cetak dan elektronik yang terhad. Jumlah remaja
terbabit dalam lumba haram ketika itu juga kecil selain kegiatan agak terbatas,
mungkin faktor kewangan dan motosikal pinjam. Berbanding penyalahgunaan dadah
dan masalah sosial lain, sebenarnya fenomena mat rempit bersifat sementara. Selepas
Begitu juga fenomena mat rempit berlaku sekarang. Cuma cara dan kegiatan
mereka mengikut masa dan zaman. Mereka kini lebih ‘berani’. Jika dahulu
kegiatan dijalankan untuk berlumba tetapi mat rempit sekarang berlagak hero di
tengah kota. Merka menunjukkan perbagai aksi bukan saja membahayakan diri
tetapi pengguna jalan raya lain. Mat rempit sekarang tidak sayangkan diri,
mungkin kerana jiwa kosong. Jiwa kosong itu di isi dengan menunjukkan
kehebatan menunggang motosikal. Lagi ramai menonton, lagi berani tindakan
mereka. Sebenarnya golongan ini lebih mudah diselamatkan. Mereka lemah
pegangan, kurang will power dan tidak pernah atau jarang menerima nasihat
berbentuk motivasi.
Seperti kata Ketua Polis Trafik Persekutuan, Senior Asisten Komisioner II
Nooryah Md. Anvar, mat rempit mempunyai dua perwatakan jauh berbeza kerana
ketika berlumba haram, mereka langsung tidak takutkan bahaya, tetapi apabila di
tahan sikap terus bertukar lembut dan tunduk malu. Berikutan itu, katanya
strategi yang betul penting untuk membawa mat rempit kembali ke pangkal jalan
kerana ia masalah social dan bukan hanya boleh ditangani menerusi undang-
undang. Disebabkan kebanyakan mereka masih remaja, penulis berpendapat lebih
sesuai diambil menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), berbanding
remaja lain terutama lepasan sekolah yang cemerlang dalam pelajaran. Menerusi
program itu, kita boleh membentuk mat rempit menjadi generasi muda yang ada
wawasan dan jati diri. Mereka boleh di bentuk memiliki cirri kepemimpinan unggul
untuk menyumbang kepada kesejahteraan diri, masyarakat, bangsa dan Negara.
Kekosongan jiwa mereka boleh di isi dengan pelbagai ilmu dan kemahiran.
Mungkin selepas keluar daripada program itu jiwa dan ketahanan mental mereka
lebih kuat. Sebenarnya mat rempit lebih mudah diselamatkan kerana mereka
bukan penjenayah atau penagih dadah.
Kesimpulannya:
Secara keseluruhanya teori-teori tadi menyentuh peranan keluarga
dalam
menyebabkan tingkah laku, jenayah dan delinkuen khasnya
dikalangan
mat rempit.
ii) Banyak kajian lepas memperlihatkan keputusan yang sama
dimana faktor
rakan sebaya kuat mempengaruhi kepada keterbilatan remaja
dalam
aktiviti berisiko tinggi ini kerana mereka mudah menerima
andaian
walaupun yang salah tetapi tetap dihormati. Arkes (1997:98).
ii) Kebanyakkan pelumba haram berasal dari pinggir bandar dan sekitar
Program :
i) Bekerjasama dengan Jabatan Belia mewajibkan semua Belia
menjadi ahli
Sambungan…
4) 92% Mat Rempit mempunyai lesen memandu
Program :
Kembara bermotosikal anjuran Polis bersama Persatuan
awam/NGO
atau program bersama jaguh pelumba motosikal negara
P17
REM