You are on page 1of 9

Samseng Jalanan / Mat Rempit

Abstrak
Samseng jalanan akan menggantikan istilah Mat Rempit bagi mengelak publisiti
dan pembentukan identiti kepada golongan berkenaan. Pihak media dan
pengeluar filem tidak mengagung-agungkan golongan berkenaan dengan
memberi publisiti keterlaluan. Pihak Polis tidak mahu mempopularkan istilah
Mat Rempit kerana tidak mahu golongan itu mempunyai identiti sendiri dan
bangga dengan istilah tersebut. Penggunaan istilah dan penghasilan filem aktiviti
Samseng Jalanan pada pendapatnya dapat menggalakkan lagi kegiatan tidak
bermoral di kalangan belia negara ini.
Pengenalan
Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat
dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan moto kapcai atau
skuter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Minah
Rempit pula boleh jadi merupakan seorang pelumba perempuan, atau teman
wanita Mat Rempit.
Walaupun kebanyakan Mat Rempit sering berlumba, ada juga yang cuma
menunggang secara berbahaya di jalan raya. Mat Rempit biasanya berkumpulan
dan akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu.
Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak memenuhi piawai,
ataupun telah diubah suai dengan banyak. Malah ada juga Mat Rempit yang
tidak mempunyai lesen sah, tidak membayar cukai jalan dan menaiki motosikal
curi. Kini, taman perumahan turut telah ditukar menjadi litar lumba oleh Mat
Rempit. Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit.
Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di Singapura dan Indonesia untuk tujuan
yang sama.
Mereka beraksi di celah-celah kereta yang penuh sesak di Kuala Lumpur untuk
mendapat perhatian orang ramai. Lebuh raya Lekas di Semenyih yang belum siap
sepenuhnya telah mengorbankan beberapa remaja belasan tahun.
CERITA MAT REMPIT

Teknik menunggang
Teknik menunggang juga diperhatikan dan berubah dari semasa ke semasa.
Semakin bahaya, semakin mendapat tepukan penonton dan mereka berasa
bangga menjadi juara. Teknik itu seperti willi, baring, berdiri dan sebagainya.
Cabaran
Jalan yang mencabar ialah di selekoh berbahaya, jalan berlubang, berair,
berlumba melawan arus, tanpa lampu depan dan menerima cabaran rakanrakan, musuh dan orang ramai.
Sanggup mati katak
Mereka sanggup cedera parah malah berani mati katak ketika berlumba. Ketika
berlumba, mereka akan pejam mata, lampu motosikal ditutup dan menunggang
motosikal melawan arus jalan raya. Pastinya mereka di bawah pengaruh dadah
sintetik seperti syabu dan ice. Ketika berlumba mereka terbayang ular atau
musuh alien yang perlu ditentang habis-habisan. Mereka ditugaskan untuk
menjadi hero membunuh musuh. Mereka tidak ada perlindungan diri seperti
kasut, seluar tebal , lapik lutut, topi keledar mahupun insurans nyawa.
Sekatan jalan raya
Sekatan jalan raya oleh polis trafik lebih menyeronokkan. Mereka akan berpatah
balik melawan arus jika ada sekatan polis. Ada juga yang merempuh sekatan
jalan raya. Polis trafik yang bersenjata pistol dan kayu cota tidak dipedulikan. Ibu
bapa dan masyarakat akan menyalahkan polis jika bertindak kasar seperti
menendang motosikal yang bergerak laju. Ada juga kes polis yang membaling
kayu pada tayar yang bergerak laju untuk melarikan diri. Usaha polis trafik
mengadakan sekatan jalan raya dan mengawasi pergerakan mat rempit seolaholah diperlekehkan sehingga ada yang berani merempuh sekatan yang diadakan.
Kelicikan mat rempit mengenal pasti jalan-jalan yang selamat juga menyebabkan
golongan ini mendabik dada kononnya mereka bijak melarikan diri daripada
pengawasan pihak berkuasa. Malahan, anggota polis sendiri pernah menjadi
mangsa tindakan melulu mat rempit di mana ada anggota polis yang pernah
cedera dan terkorban dalam operasi terhadap mat rempit.
Ganjaran
Biasanya mat rempit terdiri daripada remaja belasan tahun yang masih

bersekolah , menggunakan motosikal ibu bapa atau abang-abang mereka. Mereka


menunggang motosikal tanpa lesen memandu yang sah. Mereka bersaing sesama
sendiri dan ada kalanya mendapat hadiah berbentuk wang dan gadis bohsia
sebagai taruhan. Bagi menambah kelajuan motosikal, piston, brek, handle, tayar
dan lain-lain diubahsuai.
GELARAN MAT REMPIT SEOLAH PENGIKTIRAFAN
Hentikan menggelar mereka yang terbabit dengan kegiatan perlumbaan
motosikal haram sebagai Mat Rempit demikian langkah pertama yang
dicadangkan pakar psikiatari terkenal, Prof Mohamad Hussain Habil dean
Jabatan Psikiatari Universiti Malaya, bagi mengatasi masalah itu. Dengan
memberi gelaran itu kepada mereka, golongan berkenaan akan berasa lebih besar
kepala dan mendorong mereka untuk meneruskan gelagat mereka dengan lebih
kerap dan angkuh.
Sebenarnya, remaja yang terlibat dengan perlumbaan motosikal haram ingin
mencari perhatian dan label Mat Rempit yang diberi kepada mereka akan
menjadikan mereka lebih seronok dan menganggapnya sebagai lesen atau
pengiktirafan oleh masyarakat terhadap kegiatan mereka. Cerita tentang mereka
yang sering tersiar dalam akhbar, majalah, radio dan televisyen juga menjadikan
mereka lebih berazam untuk meneruskan gaya hidup mereka itu kerana ia
memenuhi ego mereka yang kononnya merupakan golongan yang macho dan
berani.
INDIVIDU YANG TERLIBAT DENGAN GEJALA INI
1. Remaja
2. Remaja Bawah Umur dan Masih Bersekolah
PUNCA-PUNCA
1. perasaan ingin mencuba
2. tiada kawalan atau perhatian dari ibu bapa
3. kurang kasih sayang keluarga
4. pengaruh kawan-kawan
5. mengisi masa lapang/senggang
6. mendapat kepuasan ekstrem untuk menunjuk-nunjuk
7. mendapatkan habuan atau ganjaran
8. gaya hidup dan taraf pendidikan yang rendah

9. pengaruh filem atau cerita


10. tanda protes

MAT REMPIT JUGA MELAKUKAN JENAYAH SEPERTI:


1. kegiatan gengster
2. rompak berkumpulan
3. pergaduhan
4. laku musnah
5. membunuh
6. kecurian
7. buli
8. rogol
9. seks bebas
10. pengambilan dadah dan alkohol
LANGKAH PENCEGAHAN
Bagi membanteras gejala lumba haram di ibu negara, polis trafik telah
melancarkan operasi besar-besaran dengan lebih 500 mat rempit diperiksa di
Dataran Merdeka. Operasi sama turut diadakan serentak di negeri lain iaitu
Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

Akta Pengangkutan Jalan dipinda bagi membendung gejala mat rempit

dan perlumbaan motosikal haram. Pelajar berumur 15 hingga 19 tahun


merupakan pelajar yang kandas dalam pelajaran atau telah berhenti sekolah,
perlu ditahan di sekolah juvana, Sekolah Henry Gurney jika didapati bersalah
untuk suatu tempoh ditetapkan. Mereka hendaklah dihukum membuat kerjakerja amal sehingga 100 jam dan motosikal dirampas.
Samseng jalan raya atau Mat Rempit mungkin akan dikenakan hukuman
lebih berat iaitu hukuman penjara mandatori setelah Seksyen 42 (1) Akta
Pengangkutan Jalan 1987 dipinda. Ini berikutan hukuman yang sedia ada ke
atas samseng jalan raya yang disabitkan kesalahan iaitu denda minimum
RM5,000 atau penjara tidak lebih daripada lima tahun tidak mampu
menyedarkan mereka. Pesalah-pesalah yang di bawah umur dihantar ke
sekolah-sekolah juvana. Tindakan undang-undang yang lebih ketat harus
meliputi pembatalan lesen memandu serta-merta dan pengharaman
pembelian motosikal bagi mereka yang disabitkan kesalahan.

Kemudahan litar lumba dapat mengurangkan aktiviti perlumbaan


motosikal haram di jalan raya ibu kota.
Bagi menangani isu mat rempit, pelbagai saranan dalam bentuk meminda

peraturan dan undang-undang jalan raya hendak dilakukan. Tetapi akhirnya,


apa guna segala undang-undang yang digubal jika tidak ada penguatkuasaan
dilakukan. Walaupun mungkin sesetengah anggota masyarakat sudah bosan
dan letih dengan karenah mat rempit, tetapi kerajaan harus terus berusaha
dan serius mewujudkan kesedaran dan membina akhlak mulia di kalangan
remaja agar tidak terjebak dengan gejala ini. Kempen membanteras gejala
mat rempit selama ini hanya sia-sia kerana tidak mendapat sokongan ibu
bapa serta masyarakat. Kegagalan kawalan dan kurang perhatian ibu bapa
menyebabkan anak-anak mereka sanggup menggadai nyawa di jalan raya.
Kerajaan perlu terus serius mengadakan kempen berterusan untuk memberi
kesedaran kepada golongan muda supaya sayangkan diri dan tidak
menggadaikan nyawa di atas jalan raya. Selain pendekatan lembut,
pendekatan keras juga perlu dilakukan. Tiada istilah kompromi untuk
menangani golongan mat rempit yang menunggang motosikal secara
berbahaya.
HUKUMAN
Lumba Haram
Bil 1.
Kesalahan Menaja/menyertai lumba haram.
Seksyen/ Kaedah Kesalahan Seksyen 81
Seksyen/ Kaedah Hukuman Seksyen 81(2)
Seksyen 81(3)
Kadar Kompaun Mahkamah
Kadar Mahkamah Denda RM 2000 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya.
Denda RM 2000 atau 6 bulan penjara dan lesen digantung satu bulan. Sabitan
kedua denda RM 5000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya dan lesen
digantung selama 3 tahun.
KESIMPULAN
Sebagaimana gejala sosial yang lain, peranan yang dimainkan ibu bapa adalah
amat penting untuk menjayakan sebarang usaha menangani masalah tersebut.
Selain mengenakan tindakan tegas ke atas mat rempit, tindakan yang sama tegas
terhadap ibu bapa atau pemilik motosikal yang digunakan juga boleh membantu
untuk menangani masalah ini, kalau tidak sekalipun, membantu mengelakkan

gejala ini dari menjadi lebih buruk lagi. aktivis sosial termasuk pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) juga perlu memainkan peranan untuk mencapai
matlamat menangani gejala merempit. Apa sekalipun, yang pasti, masalah ini
kini kian meruncing dan kesepaduan semua pihak adalah merupakan kunci yang
akan dapat menyelesaikan segala permasalahan ini
.
Share this:

Facebook

Twitter

Google

More

Posted in Pengajian Am | Tagged Pengajian Am | Leave a comment

Faktor-Faktor Yang Menjejaskan Integriti


Posted on June 25, 2015by Padang Damai

Faktor-faktor yang menjejaskan integriti boleh dibahagikan kepada


lima kategori iaitu, kepimpinan, sistem dan prosedur, struktur dan
institusi, budaya dan individu.
1. Kepimpinan
Kepimpinan sangat penting dalam mencorakkan budaya organisasi dan
masyarakat serta tahap integriti.
Kepimpinan pelbagai peringkat perlu mempunyai azam dan iltizam yang teguh
untuk memberikan pedoman, dan petunjuk serta melakukan perubahan untuk
kebaikan.
Iltizam yang lemah akan menyebabkan merosotnya integriti.
Begitu juga pemimpin yang tidak memberikan teladan yang baik, lebih-lebih
lagi mereka yang cakap tidak serupa bikin.
Pemimpin juga mesti mematuhi undang-undang, prosedur dan peraturan yang
ditetapkan.
Sebarang tindakan pemimpin mengeluarkan arahan yang bercanggah dengan

undang-undang, prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan akan


menjejaskan integriti.
2. Sistem dan Prosedur
Sistem dan prosedur merangkumi pelbagai dimensi.
Enam aspek sistem dan prosedur yang boleh menjejaskan integriti ialah:
Kurang ketelusan dalam urusan yang melibatkan kepentingan awam, misalnya
dalam urusan tender.
Kelemahan sistem, prosedur dan garis panduan bagi menjalankan tugas.
Kelemahan ini boleh menyebabkan ketidakcekapan, kecelaruan dan
perselisihan pendapat dalam kalangan petugas.
Penguatkuasaan yang tidak berkesan dan ada kalanya dilakukan secara
berpilih.
Kurang pemantauan dan penilaian tentang keberkesanan sesuatu strategi atau
program.
Keupayaan sumber yang terhad sama ada sumber manusia ataupun material
sehingga menjejaskan keupayaan penguatkuasaan.
Kerangka undang-undang yang lapuk, kurang jelas dan adanya percanggahan
dalam sesetengah undang-undang.
3. Struktur dan institusi ialah komponen penting dalam menjamin
kelancaran pentadbiran Kerajaan, swasta dan masyarakat umum.
Struktur sesebuah organisasi perlu kemas, terfokus serta mempunyai matlamat
yang jelas dan munasabah.
Bahagian-bahagian di dalamnya haruslah sesuai dengan tugasnya.
Struktur organisasi juga perlu diubah dan diperkemas dari semasa ke semasa
bagi menangani tuntutan dan cabaran baru.
Struktur yang tidak kemas, kurang fokus dan lapuk akan membazirkan sumber
dan menyebabkan tidak berkesan untuk mencapai matlamatnya.
Institusi memainkan peranan yang amat penting dalam keseluruhan sistem
pentadbiran.
Skop, tugas dan tanggungjawab antara institusi perlu diperincikan dan
dikoordinasi dengan baik.
Pertindihan dalam skop, tugas dan tanggungjawab boleh mengakibatkan
persaingan tidak sihat ataupun konflik antara institusi, serta pengabaian
tanggungjawab.
Kurang koordinasi antara institusi pula boleh menyebabkan pembaziran
sumber dan tugas yang dilakukan tidak sempurna.

Institusi yang mempunyai matlamat atau kepentingan yang bertentangan


antara satu sama lain juga boleh menjejaskan integriti.
Misalnya, ada institusi yang memupuk nilai-nilai murni, sedangkan ada
institusi lain menyebarkan nilai-nilai sebaliknya.
Pertentangan kepentingan antara institusi yang berlaku secara berterusan serta
nilai-nilai yang berlawanan itu boleh menimbulkan kecelaruan dan krisis nilai.
Dengan demikian, integriti individu, masyarakat dan negara turut terjejas.
4. Budaya
Persekitaran amat penting dalam mempengaruhi individu dari segi
pembentukan nilai dan tingkah laku.
Salah satu komponen persekitaran ialah budaya.
Budaya dipengaruhi oleh sejarah dan perkembangan semasa.
Justeru, budaya berubah dan boleh diubah.
Budaya yang menjunjung tinggi integriti akan memberi persekitaran yang
sesuai kepada individu untuk tidak menyimpang dalam tingkah lakunya.
Budaya yang sebaliknya akan mempengaruhi mereka untuk bersikap tidak
ambil peduli, tidak bertanggungjawab dan melepaskan tanggungjawab kepada
orang lain.
Salah satu kesan sikap di atas ialah keengganan membuat laporan atau
menegurapabila melihat sesuatu kesalahan berlaku.
Kebimbangan terhadap akibat tindakan menegur atau melapur adalah antara
punca keengganan tersebut.
Contohnya, individu yang mempunyai maklumat mengenai atau menyaksikan
sesuatu salah laku, bimbang akan keselamatan dirinya sekiranya membuat
aduan.
Maka timbullah sikap dan amalan angguk dan ampu lebih-lebih lagi terhadap
pemimpin.
5. Individu
Akhir sekali, penentu kepada kejayaan pengukuhan integriti ialah diri sendiri.
Individu yang lemah didikan agama dan penghayatan nilai-nilai murni, lemah
disiplin diri dan etika kerja, serta tamak dan mementingkan diri akan melibatkan
diri dalam pelbagai bentuk salah laku.
Kemerosotan integriti juga boleh berlaku sekiranya individu itu hanya meihat
kelemahan orang lain, enggan memeriksa kelemahan diri sendiri, lantaran itu
jauh sekali untuk mengakui dan mengatasinya.
Tekanan hidup juga boleh menyebabkan individu terjerumus ke dalam kancah

rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan gejala tidak bermoral.


Hal ini berkemungkinan lebih besar berlaku sekiranya pegangan kepada nilainilai murni itu sendiri adalah lemah.

You might also like