You are on page 1of 3

Kerjaya dalam bidang kaunseling (Swasta)

Pertanyaan yang baik daripada moderater kita. Sebelum saya menjawab soalan yang telah
dilontarkan, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Moderatar kita pada hari ini iaitu
Cik Haura dan pihak CPC yang bertugas mahupun yang hadir pada hari ini. Tidak
ketinggalan juga kepada hadirin dan hadirat kita pada hari ini, Salam sejahtera. Tahniah
kepada anda semua kerana telah berjaya datang ke forum santai kita pada hari ini yang
bertajuk Kerjaya dan Psikologi.

Berbalik semula kepada soalan yang telah diberikan iaitu Apakah kerjaya dalam bidang
kaunseling di Sektor Swasta. Memandangkan, panel kita sebelum ni iaitu Cik Haziqah telah
berkongsi kerjaya dalam bidang kaunseling di sektor Kerajaan, saya Neily Nurqasrina akan
berkongsi secara ringkas lah yaa mengenai perkhidmatan kaunseling di sektor Swasta.

Seperti hadirin dan hadirat kerjaya dalam kaunseling ini amat luas. Kenapa saya cakap
begitu? Kerana di mana ada perkhidmatan kaunseling boleh dijalankan, di situ laa jalan
kerjaya kita. Saya rasa kamu juga sedia maklum perkhidmatan kaunseling boleh dijalankan
di institusi pendidikan seperti di pusat kaunseling universiti, unit bimbingan dan kaunseling
sekolah, politeknik, kolej-kolej komuniti, pusat-pusat pendidikan khas dan pusat-pusat
pendidikan awal kanak-kanak. Bukan itu sahaja, malah sebagai seorang yang memegang
lessen kaunseling, anda juga boleh memegang jawatan sebagai kaunselor di institusi
pemulihan seperti di hospital, pusat-pusat serenti, rumah-rumah perlindungan dan pusat-
pusat pemulihan akhlak dan juvana. Tidak ketinggalan juga, di syarikat-syarikat swasta
seperti di Proton, Samsung, Hitachi, Hicom, Telekom dan syarikat-syarikat ternama yang
lain.

Seterusnya, kita juga berpeluang untuk berkerja di NGO seperti PERKAMA, MAKNA,
Befrienders, pusat-pusat komuniti setempat dan pusat-pusat persendirian berdaftar yang
menjalankan perkhidmatan kaunseling secara berbayar. Oleh itu, setelah kamu berjaya
menjadi kaunselor berlesen, anda boleh hubungi beberapa NGO untuk permohonan jawatan
sebagai kaunselor.

Antaranya iaialah Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH) mengamalkan program rawatan


dan pemulihan dengan memasukkan komponen kaunseling sebagai salah satu dari proses
rawatan dan pemulihannya. Selain itu, Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA) ialah
pertubuhan sukarela tanpa keuntungan yang diasaskan pada tahun 1967 oleh sekumpulan
profesional kesihatan mental dan ketua masyarakat dari Hospital Universiti, kini dikenali
sebagai Perubatan Universiti Malaya. Pusat. MMHA bertujuan untuk menggalakkan
kesedaran kesihatan mental, memberikan sokongan dan meningkatkan standard rawatan,
pencegahan dan penyelidikan dalam bidang kesihatan mental. Seterusnya, Thrive Well yang
sebelum ini dikenali sebagai SOLS Health. Thrive Well ialah kesihatan mental berasaskan
komuniti kemudahan yang menghubungkan kanak-kanak, orang dewasa, keluarga dan
komuniti kepada perkhidmatan kesihatan mental yang boleh diakses dan berpatutan.

Bukan itu sahaja, malah Mental Illness Awareness and Support Association (MIASA) yang
ditubuhkan pada 2017 ialah sebuah NGO advokasi kesihatan mental dan sokongan rakan
sebaya yang berpusat di Selangor. Ia ditubuhkan untuk menggalakkan kesedaran kesihatan
mental dan menyediakan sokongan kesihatan mental kepada orang ramai. Selain
perkhidmatan kaunseling, mereka juga menyediakan jenis acara lain seperti kumpulan
sokongan dalam talian dan forum. Selain itu, HumanKind ialah sebuah perusahaan sosial
berdaftar yang berpusat di Kuala Lumpur. Ia ditubuhkan untuk meningkatkan kesejahteraan
sosial dan emosi semua komuniti, terutamanya masyarakat yang kurang mendapat layanan
dan terdedah. Salah satu misi mereka adalah untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan
mental yang berpatutan.

Seterusnya, MentCouch Psychology Centre yang terletak di Kuala Lumpur, MentCouch


Psychology Centre menyediakan pelbagai perkhidmatan psikologi dan kesejahteraan untuk
orang dewasa dan kanak-kanak. Mereka percaya bahawa perkhidmatan kesihatan mental
dan psikologi tidak seharusnya terhad kepada orang yang mempunyai masalah sahaja; ia
mesti terbuka kepada semua orang dalam masyarakat. Kita juga boleh berkhidmat di People
Psychological Solutions. People Psychological Solutions ialah penyedia perkhidmatan
psikologi berasaskan bukti yang menyediakan penilaian kesihatan mental yang
komprehensif, perkhidmatan kaunseling dan terapi serta perkhidmatan korporat untuk orang
dewasa. Semua sesi dijalankan mengikut piawaian terbaik amalan kesihatan mental.

Yang paling popular juga ialah Talian Kasih. Talian Kasih telah ditubuhkan sebagai
sebahagian daripada inisiatif Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
untuk menyediakan perkhidmatan sokongan psikologi dan kaunseling. Dan saya rasa kamu
pernah dengar mengenai Befrienders. Befrienders ialah sekumpulan sukarelawan terpilih,
daripada pelbagai organisasi dan badan amal kesihatan mental, yang dilatih untuk
memberikan sokongan kepada orang yang mengalami tekanan emosi.
Terdapat juga NGO-NGO yang lain seperti Tongle, Soul Mechanics, The Red Clinic, Women’s
Aid Organisation (WAO) dan banyak lagi NGO yang memerlukan kaunselor berdaftar. Kalau
saya cerita semua, sampai malam kita disini ni. HAHAHA

Oleh itu, jika kamu semua berminat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang kaunseling
untuk membantu masyrakat kita, anda boleh menghubungi mereka, mendapatkan lebih
informasi mengenai NGO mereka dengan melayari laman web mereka.

Saya rasa sudah cukup panjang pejelasan saya disini, saya serahkan semula kepada
moderator kita. Terima kasih.

You might also like