You are on page 1of 2

Laporan Ringkas Perkembangan Kerjaya Kaunseling kerjaya di Malaysia

Kaunseling merupakan “suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan

prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika

kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan

sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan

sepanjang hayat klien” (Akta 580). Mengikut tafsiran kaunseling itu, ia jelas menyatakan bahawa

kaunseling adalah satu proses dan setiap proses yang berjalan akan berlaku berubahan ataupun

perkembangan mengikut peredaran masa. Oleh itu, proses kaunseling sentiasa berkembang dari

awal kewujudan kaunseling di dunia pada awal tahun 1800. Rentetan perkembangan kaunseling

dunia, kaunseling Malaysia juga melalui proses perkembangan dari awal kewujudan kaunseling

di Malaysia pada tahun sekitar tahun 1980 sehingga sekarang.

Sejarah mencatat kaunseling kerjaya di Malaysia berkembang mengikut kehendak keperluan

industri di Malaysia. Jika dihitung awal perkembangan kaunseling kerjaya sehingga kini, ianya

boleh dipecahkan kepada tiga kompenan, iaitu keperluan dalam pendidikan, perkhidmatan awam

dan masyarakat umum. Industri pendidikan sebenarnya adalah pelopor kepada perkembangan

kaunseling kerjaya di Malaysia. Bermula dari prasekolah sehingga ke tahap pengajian tinggi,

sepastinya akan ada unit kaunseling atau bahagian kaunseling diwujudkan dan ianya diisi oleh

guru-guru mahupun kaunselor yang berkelayakkan. Tidak mungkin tidak, hampir kesemua

rakyat Malaysia sedar akan kewujudan kaunseling ataupun sekurang-kurangnya mendengar akan

perkataan kaunseling.

Perkembangan kaunseling kerjaya semakin berkembang apabila ianya diwujudkan pada setiap

agensi kerajaan. Ianya dikukuhkan lagi apabila Suruhanjaya Perkhidmatan Awam melantik
mereka yang berkelayakkan untuk mengisi jawatan sebagai Pegawai Kaunseling dan Psikologi

dan Penolong Pegawai Psikologi. Malahan setiap agensi akan ada unit atau bahagian kaunseling

yang mana pasti akan diletakkan bersama unit integriti bagi meningkatkan pembangunan para

penjawat awam.

Permintaan dalam perkhidmatan kaunseling sebenarnya meningkat disebabkan masyarakat

memerlukan bantuan dan khidmat kaunseling juga semakin terbuka luas. Oleh yang demikian,

masyarakat umum perlu sentiasa didedahkan dengan kaunseling. Antara perkembangan kerjaya

kaunseling yang dapat dilihat bagaimana khidmat kaunseling diperlukan dan dikumpulkan bagi

membantu masyarakat ketika tragedi MH370 dan MH17. Ketika itu ahli keluarga terdekat amat

memerlukan sokongan dan dokongan setelah apa yang berlaku kepada mereka. Dengan

wujudnya pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dalam kaunseling, sedikit sebanyak dapat

membantu masyarakat dalam hal-hal berkaitan dengan permasalahan.

Kesimpulannya, semua komponen yang telah dijelaskan di atas amat perlu diberi perhatian dan

diperkukuhkan lagi kerana ianya bakal menentukan kejayaan perkembangan kaunseling yang

dijalankan agar tidak ketinggalan dengan perkembangan industri perkhidmatan dan ekonomi. Ini

kerana, majunya sesebuah negara apabila ekonominya kukuh, kukuhnya ekonomi apabila

masyarakat sihat, bahagia dan sejahtera.

You might also like