You are on page 1of 2

UNIVERSITI BRUNEI

DARUSSALAM

ETNIK MELAYU BRUNEI DI KAMPONG AYER DAN


SUMBER AIR (SUNGAI)
1. PENDAHULUAN

Melayu Brunei merupakan salah satu daripada tujuh puak Melayu yang diiktiraf menurut
Undang-undang Taraf Kebangsaan 1961, Negara Brunei Darussalam. Majoriti etnik Melayu
Brunei ini berasal dari Kampong Ayer. Etnik Melayu Brunei ini mempunyai hubungan yang
begitu signifikan bersama dengan sumber alam terutama air sungai. Etnik dan sumber alam
mempunyai ikatan yang sangat rapat, saling memerlukan dan mewujudkan hubungan timbal
balik di antara keduanya.

2. DI ANTARA KEGUNAAN HARIAN


BAGI AIR (SUNGAI):

i. Perhubungan: alat pengangkutan


seperti perahu tambang dan
jambatan.
ii. Keperluan asas seperti mandi,
minum, masak, mencuci dan Menambang
sebagainya: mengalami perubahan
Mandi
kini- saluran paip.
iii. Sumber rezeki secara eksploitasi
demi kehidupan seperti penangkapan
hidupan dalam air melalui aktiviti
mengandang, merambat, bekarang
kilung/bekilung, membubu,
membintur, memukat, merantau-
duai, mengupang, melukan,
memahat, mengail, melintau,
Hasil tangkapan menyelisip dan lain-lain.
Merambat
iv. Sepenuh masa dan secara sambilan:
untuk persendirian dan dijual.

Mengail Membintur Mengandang


3. KEGIATAN RIADAH

Pesta sukan air seperti bekayak Lumba perahu

4. PERUBAHAN MATERIAL

Peralatan yang digunakan masih sama cuma perubahan dari segi bahan-bahan asal
material untuk eksploitasi sungai.
Contohnya:
a) Suatu masa dulu andang diperbuat daripada benang atau tali namun kini sudah diperbuat
daripada tangsi nilon.
b) Bubu dulunya diperbuat daripada buluh. Sekarang berubah kepada diperbuat daripada
dawai besi dan sebagainya.

5. MASALAH YANG DIHADAPI

Cuaca tidak menentu seperti angin kencang, paras air rendah (surut) dan paras air
meningkat (pasang), hujan ribut, pencemaran air daripada sampah sarap dan minyak.
Keadaan seumpama ini boleh membantutkan aktiviti eksploitasi sungai dan kadangkala
membahayakan. Namun langkah berjaga-jaga sering diambil demi keselamatan.

6. PERBANDINGAN MANFAAT SUMBER AIR (SUNGAI)

DAHULU SEKARANG
Perhubungan secara percuma. Perhubungan melalui perahu yang bersistematik -
sebagai sumber pendapatan/mata pencarian:
penambang.
Kegiatan padian dan pengalu -pertukaran barang. Kegiatan padian dan pengalu kini sudah tiada lagi
(pupus).
Menangkap ikan sepenuh masa sebagai sumber Tidak lagi terikat kepada sungai semata-mata.
pencarian dan sumber makanan yang utama. Menangkap ikan di perairan sekadar mengisi masa
lapang (hobi) secara bermusim.
Tiada ternakan hidupan dalam air. Sudah terdapat ternakan di sungai seperti ikan,
udang dan sebagainya.
7. KESIMPULAN
Sumber alam seperti air (sungai) ini sangat signifikan dalam kehidupan etnik Melayu Brunei di
Kampong Ayer kerana memiliki faedahnya yang tersendiri terutamanya sebagai sumber makanan
dan perhubungan walaupun telah menerima variasi perkembangan, cabaran dan perubahan.

You might also like