You are on page 1of 11

Sang Kancil Dengan Buaya

Seekor buaya yang sedang berjemur ditebing sungai dengan tiba-


tiba telah terhimpit ditimpa batang pokok yang tumbang. Ia pun
merintih dan meraung meminta pertolongan. Raungannya itu
didengari oleh seekor kerbau yang sedang makan rumput ditebing
sungai itu.

Sang kerbau pun datang membantu si buaya dengan penuh ikhlas


dan penuh rasa kasihan. Setelah batang pokok itu diangkat keatas
oleh sang kerbau, sang buaya pun terlepas dari himpitan dan
dengan tiba-tiba ia terus menggigit kaki sang kerbau. Sang kerbau
pun meraung meminta pertolongan dan merayu kepada sang
buaya supaya beliau bersikap adil supaya tidak membahamnya
kerana beliau telah pun membuat jasa.

Pada masa yang sama ternampaklah mereka akan sebuah tudung


saji buruk yang hanyut dibawa arus. Lalu mereka bertanyalah
kepada tudung saji itu tentang samaada patutkah sikap sang
buaya bersikap sedemikian.

Tudung saji menjawab sang buaya memang patut berbuat


sedemikian kerena berdasarkan pengalamannya dia telah dibuang
ke sungai oleh tuannya apabila keadaannya telah buruk dan telah
digantikan dengan tudung saji yang baru. Semasa beliau masih
baru dan cantik mereka meletakkan beliau ditempat-tempat yang
mulia. Dia digunakan beberapa lama sehingga ia menjadi buruk
dan rosak kemudiannya dibuang begitu sahaja. Bakti beliau untuk
melindunigi makanan selama ini tidak lagi menjadi perhitungan oleh
tuannya untuk mereka disimpan atau dimuliakan lagi.
Oleh itu dia berpendapat adalah adil bagi sang buaya memakan
sang kerbau kerena jasa atau budi lama yang lalu sememangnya
selalu tidak perlu diambil kira. Tudung saji itu pun terus hanyut.
Seketika kelihatan pula tikar buruk yang hanyut terapung
dipermukaan air sungai itu. Lalu mereka pun bertanya seperti apa
yang ditanyakan kepada tudung saji tadi.

Tikar buruk itu menjawab dengan jawaban yang serupa seperti


yang dijawab oleh tudung saji tadi dan dia pun terus hanyut
meninggalkan mereka. Sang buaya pun berpuas hati dan mula
menarik kerbau itu kedalam air. Tetapi entah macam mana sang
kancil telah melewati ditempat kejadian itu dan sang kerbau pun
meraung meminta pertolongan.

Sebagai memenuhi permintaan sang kerbau untuk mendapatkan


keadilan, sang kancil pun memohon pada sang buaya untuk
melakunkan kembali kejadian itu dari mula. Sang buaya bersetuju
dan batang pokok tadi pun diletakkan kembali diatas belakangnya.

Sang kancil pun meminta sang kerbau berlalu dari situ dan sang
buaya pun ditinggalkan mereka dalam keadaannya kesakitan
dihimpit oleh batang pokok seperti keadaan mula-mula tadi. Sambil
berjalan sebelum berpisah, sang kancil berpesan pada sang kerbau
supaya dilain masa berhati-hati jika hendak memberi pertolongan
Pemburu Yang Tamak

Pada satu hari, seorang pemburu telah menangkap seekor burung


murai. Dengan perasaan sedih burung murai itu merayu kepada si
pemburu.

Burung itu bertanya, " Apa yang ingin engkau lakukan pada diriku?"

Lelaki itu menjawab " Akan aku sembelih engkau dan makan
engkau sebagai lauk"

"Percayalah, engkau tidak akan begitu berselera memakanku dan


aku tidak akan mengenyangkan engkau. Jangan engkau makan
aku, tetapi akan aku beritahu engkau tiga nasihat yang lebih baik
dari engkau memakanku "

Si burung berjanji akan memberikan nasihat pertama ketika berada


dalam genggaman orang itu. Yang kedua akan diberikannya kalau
ia sudah berada di cabang pohon dan yang ketiga ketika ia sudah
mencapai puncak bukit.

Terpengaruh dengan rayuan si murai itu, si pemburu pun bersetuju.


Lalu dia meminta nasihat pertama. Kata burung itu, "Kalau kau
kehilangan sesuatu, meskipun engkau menghargainya seperti
hidupmu sendiri, jangan menyesal."
Orang itu pun melepaskannya dan burung itu segera melompat ke
dahan. Di sampaikannya nasihat yang kedua, "Jangan percaya
kepada segala yang bertentangan dengan akal, apabila tak ada
bukti."

Kemudian burung itu terbang ke puncak gunung. Dari sana ia


berkata, "Wahai manusia malang! Jika tadi engkau sembelih aku,
nescaya engkau akan dapati dalam tubuhku ada dua biji mutiara.
Berat setiap mutiara itu adalah dua puluh gram."

Terperanjat sungguh si pemburu itu mendengar kata-kata si burung


murai.. Si pemburu berasa dirinya telah tertipu. "Bodohnya aku!
Bagaimana aku boleh terlepas peluang yang begitu baik!"

Pemburu itu sangat menyesal memikirkan kehilangannya. Namun


katanya, "Setidaknya, katakan padaku nasihat yang ketiga itu!"

Si burung murai menjawab,"Alangkah tololnya kau meminta nasihat


ketiga sedangkan yang kedua pun belum kau renungkan sama
sekali. Sudah kukatakan padamu agar jangan kecewa kalau
kehilangan dan jangan mempercayai hal yang bertentangan
dengan akal. Kini kau malah melakukan keduanya. Kau percaya
pada hal yang tak masuk akal dan menyesali kehilanganmu. Cuba
engkau fikirkan, hai orang yang dungu. Aku, dagingku, darahku dan
buluku tidak logik seberat dua puluh gram. Oleh itu, bagaimana
mungkin akan ada dalam perutku dua biji mutiara yang masing-
masing seberat dua puluh gram? Aku tidak cukup besar untuk
menyimpan dua butir mutiara besar! Kau tolol! Oleh kerananya kau
harus tetap berada dalam keterbatasan yang disediakan bagi
manusia."

Murai menyambung lagi, "Nasihatku yang ketiga adalah, memberi


nasihat kepada sedozen bahlul seperti engkau ini adalah seperti
menabur benih di tanah usang, tidak akan memberi faedah!"

Kemudian terbanglah si burung murai yang bijak itu meninggalkan si


lelaki yang termenung akan ketamakannya itu.

Moral:

Itulah contoh betapa halobanya anak Adam yang jadi kelabu


mata dari mengetahui kebenaran.

Jika seseorang menginginkan yang serba banyak atau terlalu


panjang angan-angannya atas sesuatu yang lebih, nescaya
hilanglah sifat qana' (merasa cukup dengan yang ada). Dan tidak
mustahil ia menjadi kotor akibat haloba dan hina akibat rakus sebab
kedua sifat itu mengheret kepada pekerti yang jahat untuk
mengerjakan perbuatan-perbuatan mungkar, yang merosakkan
maruah (harga diri).
Serigala dan Tujuh Ekor Anak Kambing

Pada zaman dahulu,seekor ibu kambing telah melahirkan


tujuh ekor anak.Pada suatu hari,ibu kambing hendak keluar mencari
makanan.Ibu kambing memberitahu kepada anak
anaknya,"Serigala sangat licik,jadi apabila kamu semua mendengar
suara dan melihat empat kuku hitamnya,jangan buka pintu."

Serigala berasa begitu gembira setelah melihat ibu kambing


meninggalkan rumahnya.Ia pun mengetuk pintu dengan
kuat,"Cepat buka pintu,ibu sudah balik!"Tetapi anak anak kambing
berkata,"Ini bukan suara ibu,suara ibu sangat lembut dan halus."

Serigala tidak putus asa.Ia membeli kapur dan


memakannya.Hasilnya,suara telah menjadi lembut.Kemudian ia
pergi mengetuk pintu rumah kambing."Cepat buka pintu,ibu sudah
balik dan membawa banyak makanan yang enak!"

Walaupun suara serigala telah menjadi lembut,tetapi anak


anak kambing telah melihat kuku hitam dan tajam itu,lalu
berkata,"Kamu bukan ibu kami.Kamu adalah serigala kerana kamu
ada kuku yang hitam lagi tajam."

Serigala mencari tuan kilang penggilaing dan memaksanya


membuatkan kuku hitam menjadi putih.Serigala sekali lagi
mengetuk pintu rumah kambing.Anak anak kambing melihat kuku
putih itu dan menyangkakan ibu mereka telah balik.
Setelah anak anak kambing membukakan pintu,serigala terus
menelan enam ekor anak kambing sekali gus.Seekor anak kambing
yang terselamat sempat bersembunyi di bawah kotak jam.Setelah
kenyang,serigala tertidur di bawah sepohon pokok.

Apabila ibu kambing balik,ia melihat keadaan rumah yang


kucar kacir itu.Ia terus mencari anak anaknya.Akhirnya ia
menjumpai anak kambing yang bersembunyi di bawah kotak jam.

Anak kambing yang terselamat itu memberitahu ibunya


perkara yang telah terjadi.Ibu kambing berasa begitu sedih dan
berkata,"Serigala sudah kekenyangan,mesti ia tidak pergi jauh dari
sini.Kita pergi carinya sekarang juga!"

Akhirnya ibu kambing dan anaknya menjumpai serigala yang


sedang tidur di bawah pokok.Ada sesuatu yang bergerak di dalam
perut serigala.Jadi ibu kambing pun menyuruh anaknya balik ke
rumah mengambil gunting dan jarum.

Ibu kambing terus membelah perut serigala dengan


gunting.Ia berjaya menyelamatkan keenam enam ekor
anaknya.Anak anak kambing tidak mengalami sebarang
kecederaan.Ini kerana serigala hanya menelan dan tidak
mengunyah mereka.Apabila ibu kambing melihat anak anaknya
masih hidup,ia berasa begitu gembira.
Ibu kambing menyuruh anak anak mencari batu batu untuk
diisi ke dalam perut serigala.Setelah memasukkan batu batu
sehingga penuh,ibu kambing menjahit semula perut serigala.Setela
serigala terjaga,ia merasa kekenyangan dan berasa sangat
dahaga.

Serigala berjalan ke tebing sungai.Ia tidak boleh berjalan


cepat kerana perutnya berat.Ia masih tidak menyedari bahawa
perutnya telah diisi penuh dengan batu.

Oleh kerana perutnya terlalu berat,ketika serigala


membongkok untuk meminum air,ia telah terjatuh ke dalam sungai
dan mati lemas.Ibu kambing dan anak anaknya berasa begitu
gembira apabila melihat serigala telah mati lemas.
Seruling Sakti

Pada zaman dahulu terdapat sebuah pekan kecil


yang sangat cantik di kenali sebagai Hamelyn. Penduduk di
pekan tersebut hidup dengan aman damai, tetapi sikap
mereka yang tidak prihatin terhadap kebersihan
menyebabkan pekan tersebut penuh dengan sampah
sarap. Semakin hari semakin banyak tikus membiak
menyebabkan pekan tersebut dipenuhi oleh tikus-tikus.

Musibah yang menimpa pekan tersebut telah tersebar


luas ke pekan-pekan lain sehinggalah pada suatu hari
seorang pemuda yang tidak dikenali datang ke pekan
tersebut dan menawarkan khidmatnya untuk menghalau
semua tikus. Pemuda tersebut mengenakan syarat agar di
bayar upah atas kadar dua keping wang emas setiap
orang. Setelah berbincang dengan panjang lebar akhirnya
mereka bersetuju untuk membayar upah tersebut.

Keputusan tersebut dimaklumkan kepada pemuda


tadi, lalu dia mengeluarkan seruling sakti dan meniupnya.
Bunyi yang keluar dari seruling itu sangat merdu dan
mengasyikkan. Tikus-tikus yang berada dimerata tempat
didalam pekan tersebut mula keluar dan berkumpul
mengelilinginya. Pemuda tadi berjalan perlahan-lahan
sambil meniup seruling sakti dan menuju ke sebatang
sungai yang jauh dari pekan tersebut. Apabila sampai
ditepi sungai pemuda tadi terus masuk kedalamnya dan
diikuti oleh semua tikus.Tikus-tikus tadi tidak dapat berenang
didalam sungai dan semuanya mati lemas.
Kini pekan Hamelyn telah bebas daripada serangan
tikus dan penduduk bersorak dengan gembiranya. Apabila
pemuda tadi menuntut janjinya, penduduk tersebut
enggan membayar upah yang telah dijanjikan. Pemuda
tadi sangat marah lalu dia meniupkan semula seruling
saktinya. Irama yang keluar dari seruling itu sangat memikat
hati kanak-kanak menyebabkan semua kanak-kanak
berkumpul di sekelilingnya. Pemuda tadi berjalan sambil
meniupkan seruling dan diikuti oleh semua kanak-kanak.
Pemuda itu membawa kanak-kanak tersebut keluar dari
pekan Hamelyn. Setelah Ibu Bapa menyedari bahawa
mereka akan kehilangan anak-anak, mereka mulai merasa
cemas kerana kanak-kanak telah meninggalkan mereka
dan mengikuti pemuda tadi. Mereka mengejar pemuda
tadi dan merayu supaya menghentikan daripada meniup
seruling dan memulangkan kembali anak-anak mereka.

Rayuan penduduk tidak diendahkan oleh pemuda tadi lalu


membawa kanak-kanak tersebut menuju ke suatu tempat
dan apabila mereka sampai disitu muncul sebuah gua
dengan tiba-tiba. Pemuda tadi masuk ke dalam gua itu
dan diikuti oleh kanak-kanak itu lalu ghaib. Mereka tidak
dapat berbuat apa-apa oleh kerana mereka telah
memungkiri janji yang mereka buat. Merka menyesal diatas
perbuatan mereka tetapi sudah terlambat.

Pengajaran daripada cerita ini ialah pentingnya kita


menjaga kebersihan agar kehidupan kita sentiasa sihat dan
ceria selain itu kita hendaklah menepati janji seperti
penduduk Hamelyn yang tidak menepati janji yang
akhirnya menyebabkan kehilangan anak-anak mereka
kerana Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak
berguna

You might also like