You are on page 1of 1

Ahad Karangan ( 14) 10 Oktober 2021

Laporan Program Sains Pintar

Program Pintar Sains dibuat di SJKC Taman Sejahtera pada 10 Oktober 2021.
Program ini dilakukan oleh Persatuan Sains dan Matematik SJKC Taman
Sejahtera dengan kerjasama mahasiswa dari Universiti Malaya. Kedatangan
mereka disambut oleh guru besar sekolah SJKC Taman Sejahtera dengan
gembira.
Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan semasa program itu
berlangsung. Antaranya pameran sains, projek mari mencipta roket.
Pameran Sains diadakan di Bilik Sains Sekolah. Murid-murid Tahun 5B
mengadakan pameran ini. Dalam pameran ini maklumat tentang sistem
galaksi, flora dan fauna dan anatomi tubuh dipamerkan. Murid-murid
melihat pameran itu dengan gembira. Maklumat tentang anatomi tubuh
badan manusia menarik minat murid.
Aktiviti seterunsya ialah projek pintar sains. Projek ini ialah mencipta
model roket. Murid-murid tahun 5C yang mengadakan program ini. Program
ini diadakan di Bilik Darjah 5C. Ramai murid-murid menyertai dalam program
ini. Cikgu Tan dan Cikgu Aminah memberi taklimat tentang konsep sains
seperti tekanan,daya geseran dan aerodinamik. Murid-murid dibimbing
untuk membina model roket dalam program ini.
Akhir sekali majlis penutupan di dewan sekolah. Murid-murid
mendapat sijil sebagai tanda penghargaan.

Laporan disediakan oleh, 11 OKTOBER 2021


Puvaniswary
( PUVANISWARY)
Setiausaha,
Persatuan Sains dan Matematik,
SJKC Taman Sejahtera.

You might also like