You are on page 1of 8

LAPORAN MINGGU SAINS DAN MATEMATIK 2014

SEKOLAH KEBANGSAAN JITRA 3, JITRA

Panitia Matematik & Panitia Sains Sekolah Kebangsaan Jitra 3 telah menganjurkan
Minggu Sains & Matematik pada 13 April hingga 17 April 2014. Pelbagai program
telah diadakan untuk meningkatkan minat pelajar terhadap sains dan matematik
selaras dengan tema "Sains & Matematik Berkesan dan Cemerlang ke Arah
Menjana Inovasi Dalam Pendidikan". Matlamat utama program melalui aktiviti-aktiviti
yang dirancang adalah bertujuan melahirkan pelajar yang berkesan dan cemerlang
ke arah menjana inovasi dalam pendidikan menjelang 2015.

Antara aktiviti yang telah dijalankan sempena Minggu Sains dan Matematik ialah:

Perasmian Minggu Sains dan Matematik oleh Tuan Guru Besar SK Jitra 3
Pameran sains dan matematik.

Pameran ini telah diadakan sepanjang minggu tersebut dan murid-murid boleh
mengunjungi pameran tersebut ketika waktu pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran sains dan matematik di kelas masing-masing.
Pertandingan kuiz

Pertandingan kuiz juga dijalankan sepanjang minggu tersebut. Kuiz diadakan setiap
pagi sewaktu perhimpunan berlangsung. Kuiz dijalankan mengikut tahun masing-
masing. Kuiz terdiri daripada soalan-soalan matematik dan sains yang mereka telah
pelajari.
Aktiviti Jawab Soalan dan cabutan bertuah

Aktiviti ini merupakan aktiviti yang dijalankan sewaktu murid menghadiri ke pameran
matematik dan sains. Setiap murid yang hadir diberikan soalan dan setiap soalan
mengandungi satu penyertaan cabutan bertuah. Cabutan bertuah pula akan
diadakan sewaktu majlis penutupan minggu sains dan matematik.
Aktiviti bermain dengan buih

Aktiviti ini dijalankan selama dua hari iaitu pada hari Isnin dan hari Selasa. Kami
telah menjemput peniaga buih untuk member peluang kepada murid-murid bermain
dengan buih. Murid-murid hanya dibenarkan bermain ketika waktu rehat sahaja iaitu
selepas mereka makan.
Pertandingan Mini Explorace

Pertandingan ini dijalankan pada hari Rabu pada waktu ko-kurikulum iaitu unit
beruniform. Pertandingan ini bermula pada pukul 12.30 dan berakhir kira-kira pada
pukul 2 petang. Penyertaan terbuka kepada tahun 3,4, dan 5 yang terlibat dengan
kokurikulum. Setiap kelas wajib menghantar satu boring penyertaan mewakili kelas
mereka. Setiap kumpulan terdiri daripada enam orang murid. Kawasan explorace di
sekitar kawasan sekolah sahaja.
Penutup

Secara keseluruhan Minggu Matematik dan Sains 2014 berjalan seperti yang
dirancang dan berjalan dengan baik. Aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan
dari semua pihak tidak kira guru-guru dan murid-murid. Namun sebagai manusia
biasa yang tidak sempurna apa yang dirancang pastinya terdapat beberapa
kelemahan dan kesilapan yang tidak disengajakan. Namun kelemahan tersebut
akan diperbaiki agar pada masa akan datang tidak akan berulang lagi.

You might also like