You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KUALA

08500 KOTA KUALA MUDA, KEDAH DARUL AMAN


Telefon & Fax : 04-4377221
E.mail : skserikuala.ppdkmy@gmail.com

Ruj. Tuan :
Ruj Kami : SKSK 60/002/19 Jld.2( )
Tarikh : 16 Oktober 2018

Kepada,

Mustakim Bin Mat Nun


Pengarah Urusan
One River Power Sdn Bhd
Unit 9-3, Level 3, Mezzannine Block,
Menara PPNS
Lot 8, Persiaran Damai, Seksyen 11
40000, Shah Alam,
Selangor.

Tuan,

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH


====================================

Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Dengan ini saya secara peribadi dan mewakili seluruh warga Sekolah Kebangsaan Seri
Kuala ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih di atas
kesudian pihak tuan memberi sumbangan ikhlas kepada sekolah ini.

3. Sesungguhnya sumbangan pihak tuan itu amat besar ertinya kepada kami. Selain itu , ia
menjadi pendorong kepada murid-murid SK Seri Kuala untuk terus memajukan diri mereka.
Pihak sekolah amat bersyukur kerana masih ada insan mulia yang sudi menghulurkan sumbangan
ikhlas kepada pihak kami dalam menjayakan program-program yang telah dirancang.

4. Akhir sekali, saya mewakili seluruh warga Sekolah Kebangsaan Seri Kuala dan para
waris murid sekolah ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih
di atas sumbangan pihak tuan itu.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“MUAFAKAT KEDAH”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………………………….
( EN MOHD KHAIRI BIN MUSA)
GURU BESAR SK SERI KUALA

You might also like