You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BIL 2 2021/22

Tarikh : 18 Disember 2021


Masa : 12.00 tengahari
Tempat : Makmal Komputer
Pengerusi : En Mohamad Shahidi bin Yahaya

Kehadiran :
1 . Pn Sazlina bt Man
2. Pn Sarizan bt Md Saad.
3. Pn Junaida bt Mohd Salleh

Agenda :
1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat
3. Perkara Berbangkit
4. Pembentangan Kertas Kerja/Laporan
5. Hal-hal lain
6. Ucapan Penangguhan

1. UCAPAN PENGERUSI
1. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli jawatankuasa yang hadir
pada mesyuarat kali pertama ini. Beliau berharap aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sepanjang
tahun ini dapat berjalan dengan lancar.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Minit Mesyuarat Bil 1 / 2021dicadangkan pengesahannya oleh Pn Junaida bt Mohd Salleh
dan disokong sebulat suara oleh ahli jawatankuasa yang hadir.

3. PERKARA BERBANGKIT
-Tiada
4. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/LAPORAN
1. Penggubal Soalan PPT dan PAT
Guru-guru penggubal soalan hendaklah menyediakan soalan TMK meliputi 3 bahagian yang
telah ditetapkan. Guru-guru hendaklah merujuk senarai nama penggubal soalan.
2. Maklumat guru dan Jadual waktu.
Guru-guru TMK hendaklah melengkapkan maklumat guru dan jadual waktu yang diberi untuk
dimasukkan ke dalam fail.
3. Rancangan Pengajaran Tahunan dan Harian.
Rancangan Tahunan yang dibuat hendaklah disesuaikan dengan takwim semasa manakala
Rancangan Harian mesti ditulis mengikut format yang diberi.

5. Hal-hal lain
-Tiada

6. Ucapan Penangguhan

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kerana semua AJK dapat memberi
kerjasama yang baik dalam mesyuarat pada kali ini.
6.2 Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh,

,……………………………
(SAZLINA BT MAN)
Setiausaha,

Disemak oleh,

(PN JUNAIDA BT MOHD SALLEH)


Ketua Panitia,
Panitia Pendidikan TMK,
SK Seri Kuala

You might also like