You are on page 1of 4

KERTAS KERJA PROGRAM TANAMAN SAINS SJKC PUMPONG

KERTAS CADANGAN
Program Tanaman Sains SJKC PUMPONG 2018

Disediakan Oleh :
Irence Ling Wei Wei
Lai Jia Yi

TAJUK

KERTAS CADANGAN
Program Tanaman Sains SJKC PUMPONG 2018

MATLAMAT

Memberikan pendedahan dan kemahiran kepada pelajar tentang penanaman sayuran dan
bunga dan sebagai hiasan kepada kawasan sekolah.

OBJEKTIF

i. Memberikan latihan pertanian jangka panjang agar pelajar boleh mengusahakan pertanian
menggunakan kaedah ini sebagai mata pencarian mereka kelak.
ii. Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman bertani.
iii. Memberi pendedahan dan kemahiran tentang asas pertanian.

LATAR BELAKANG
Kajian yang dijalankan oleh Heward (2000) mendapati bahawa 50% - 70% OKU tidak
mempunyai pekerjaan dan menerima pendapatan yang minimum. Matlamat utama
program pendidikan khas untuk golongan istimewa bertujuan mengajar kemahiran yang
membolehkan pelajar bersedia sebelum tamat alam persekolahan kepada kehidupan dalam
komuniti. Kejayaan dalam hidup banyak dipengaruhi oleh kualiti pendidikan dan latihan
yang diterima. (Groupil, Tasse, Garcimdore, 2002). Seterusnya, program ini juga dapat
membekalkan peluang kepada pelajar aliran perdana untuk menimba pengalaman tentang
tanaman bunga.

Di Malaysia pendidikan untuk OKU mempunyai kaitan dengan konsep masyarakat


penyayang yang bertujuan memberi peluang kepada mereka integrasi dengan ahli
masyarakat lain membina sikap positif terhadap warga OKU serta memastikan mereka
menerima peluang pekerjaan dan jaminan hidup berkualiti. Kajian Norasmah dan Safani
(2004) menguatkan kenyataan apabila terdapat kajian yang mereka lakukan menunjukkan
bahawa tidak terdapat perbezaan ciri-ciri keusahawanan antara pelajar bermasalah
penglihatan dengan pelajar normal. Ini menunjukkan bahawa orang kurang upaya juga
mempunyai ciri-ciri keusahawanan. Malahan tahap ciri-ciri keusahawanan orang kurang
upaya adalah sama atau hampir sama dengan golongan normal. (Norasmah & Safani, 2004).

Menyedari kepada keperluan pelajar, SJKC PUMPONG akan mengambil langkah


memperkenalkan Projek tanaman sains ( tanaman bunga matahari dan aktiviti perkebunan)
mulai tahun ini.

KUMPULAN SASARAN

Murid-murid aliran perdana Tahun 4 dan 5 serta pendidikan khas Mereka akan keluar
bertani mengikut jadual yang telah ditetapkan.

TEMPAT

Tempat yang dipilih adalah kawasan pertanian yang sedia ada bersebelahan pintu besar
sekolah serta tapak pertanian di belakang kelas pendidikan khas. pakir motosikal pelajar.
Tempat yang dipilih ini sesuai kerana mempunyai tanah yang rata dan sesuai untuk
tanaman.

8. JAWATANKUASA PROJEK TANAMAN SAINS

Pengerusi : Puan Boey Hwei Chien


Naib Pengerusi :
Setiausaha :
Bendahari :
AJK :
Ahli : Pelajar SJKC Pumpong
Bil. Peralatan Kos (RM)
1. Tanah Organik-20
2. Penyiram (kecil)-1
3. Pasu Plastik (kecil)-10
4. Pasu plastik (sederhana)-10
5. Sarung tangan -2 bungkus
6. Beg politena (kecil)-40
7. Baja-sayur-2
8. Sudip tangan-3
9. Serampang tangan-3
10. Cangkul (kecil)-1
Jumlah

10. JADUAL PELAKSANAAN

Bil. Jangka Masa Perkara


1. Rabu(pelajar - Pengenalan program tanaman sains kepada pelajar
aliran perdana) - Penyediaan tapak tanaman bunga
- Menyemai benih
- Penjagaan anak benih
2. Ahad(pelajar - Menanam sayur
pendidikan khas)- Meracun dan merawat sayur
- Menggali tanah

Pelajar-pelajar akan melaksanakan projek ini setiap minggu.

10. PENUTUP

Projek tanaman sains adalah projek yang pertama kali dijalankan di SJKC PUMPONG dan
seumpamanya di Program Pendidikan Khas dan ianya dirasakan mampu untuk
memberikan impak yang cukup besar dalam kalangan pelajar.
Melalui projek ini, diharapkan akan dapat membantu pelajar selepas tamat
menempuh alam persekolahan kelak serta dapat memberikan satu definisi yang jelas bukan
sahaja kepada para pelajar dan ibu bapa yang terlibat tetapi kapada masyarakat juga secara
keseluruhannya. Sokongan daripada pelbagai pihak amat diharapkan di dalam memastikan
usaha ini mencapai kejayaan. Terima kasih.

You might also like