You are on page 1of 10

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN

SEMESTER 2 ( SIDANG AKADEMIK 2013/2014 )


PGT 203 ( KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN
INTERPERSONAL UNTUK GURU )

KERTAS KERJA
PROJEK PENGHIJAUAN TAMAN ORGANIK
KUMPULAN

: BALDU BIRU

TARIKH PROJEK

: 17 APRIL 2014

HARI & MASA

: KHAMIS ( 8 PAGI 1.30 TGH )

TEMPAT

: SMK TELUK KUMBAR 2, PULAU PINANG

ANJURAN BERSAMA : PELAJAR PGT 203 PUSAT PENGAJIAN ILMU


PENDIDIKAN DENGAN PENSYARAH
PUSAT PENGAJIAN INDUSTRI TEKNOLOGI DAN
SMK TELUK KUMBAR 2 PULAU PINANG
1.0

PENGENALAN

Kursus PGT 203 ( Kemahiran Komunikasi dan Interpersonal Guru ) adalah kursus wajib yang perlu
diambil oleh semua pelajar di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan. Sehubungan itu, bagi memenuhi
keperluan prasyarat bagi kursus ini, para pelajar dikehendaki menjalankan sebuah aktiviti kemasyarakatan
di sebuah sekolah. Bagi tujuan tersebut, kami seramai 15 orang ahli kumpulan telah memilih sebuah
sekolah di Pulau Pinang iaitu SMK Teluk Kumbar 2, Pulau Pinang bagi menjayakan projek penghijauan
dan menaiktaraf taman ini.

2.0

TUJUAN

Tujuan utama program ini dijalankan ialah bagi memberi faedah yang berterusan kepada para pelajar
sasaran kami yang merupakan murid-murid pendidikan khas di sekolah tersebut. Umumnya kita semua
mengetahui bahawa murid-murid pendidikan khas ini sememangnya memerlukan perhatian yang lebih
khusus. Oleh itu, kami telah memilih untuk menjalankan aktiviti mendekorasi taman organik. Di samping
itu, projek ini juga di perkenal sebagai satu pendekatan bagi membantu menyelesaikan masalah lambakan
sisa pepejal atau sumber daun kering dengan memastikan setiap daun kering yang terhasil tidak terbuang
begitu sahaja.

3.0

OBJEKTIF
3.1.1 Memberi ruang kepada murid pendidikan khas di sekolah ini memiliki taman organik
mereka sendiri.
3.1.2 Melatih asas kemahiran hidup kepada murid-murid pendidikan khas ini.
3.1.3 Memberi ruang kepada murid-murid ini untuk mengisi masa lapang mereka.
3.1.4 Mewujudkan sebuah taman yang dapat digunakan bagi jangka masa yang berterusan.
3.1.5 Mewujudkan jaringan kerjasama yang berfaedah antara Pusat Pengajian Ilmu pendidikan
dengan komuniti sekolah.
3.1.6 Menyediakan kemahiran baru kepada pelajar kursus PGT 203 sebagai dimensi baru dalam
kehidupan.
3.1.7 Mengurangkan longgokan daun kering di sekitar sekolah tersebut.
3.1.8 Daun kering yang terhasil tidak dibuang ke tapak pelupusan begitu sahaja.

3.1.9 Membudayakan sikap tidak suka membuang sumber sisa tanaman dalam kalangan warga
sekolah.

3.1.10 Hasil perkomposan boleh dijadikan baja untuk industri pertanian.


3.1.11 Menjimatkan kewangan pihak sekolah kerana baja organik ini boleh digunakan oleh pihak
sekolah.
3.1.12 Memberi pendedahan kepada murid-murid pendidikan khas tentang penjagaan alam sekitar.

4.0

JUSTIFIKASI PROJEK
4.1.1 Murid-murid pendidikan khas ini akan dapat mempunyai ruang sendiri untuk
beriadah.
4.1.2 Projek ini bersesuaian dengan mata pelajaran yang menekankan kemahiran
kemahiran rumah tangga dalam pembelajaran murid-murid pendidikan khas di
peringkat menengah.
4.1.3 Menjadi titik pengumpulan sisa daun kering dan daun hijau yang dihasilkan.
4.1.4 Longgokan daun kering di sekitar sekolah dapat dikurangkan.
4.1.5 Daun kering yang dilonggok tidak lagi akan di tiup angin
4.1.6 Tong kompos selanjar boleh dialih sekiranya tong tersebut ingin dialih.
4.1.7 Mudah untuk di selenggara berbanding teknik kompos yang lain.

5.0

PROSES PENGKOMPOSAN SEMI SELANJAR

Pengkomposan adalah proses penguraraian bahan-bahan organik secara biologi. Dalam proses ini,
mikroorganisma memainkan peranan penting untuk menguraikan bahan-bahan organik tersebut kepada
satu bahan yang lebih stabil yang dikenali sebagai kompos. Proses kompos selanjar mempunyai potensi
besar dalam mengolah sisa-sisa tanaman. Proses kompos secara dasarnya melibatkan 4 elemen penting,
iaitu, bahan hijau, bahan perang, udara dan air. Sistem kompos selanjar mempunyai reka bentuk di mana
ia mampu mengekalkan kelembapan dan memastikan aliran udara masuk dan keluar. Penggunaan oksigen
dalam proses kompos pada pemulaan proses adalah tinggi namun ia akan berkurang apabila kompos
mencapai kematangan. Dalam proses kampus selanjar, sumber karbon yang digunakan diambil dari
elemen perang iaitu daun-daun kering, manakala elemen nitrogen datang dari rumput-rumput hijau yang
baru dipotong.

6.0

KUMPULAN SASARAN
Murid-murid yang menjadi sasaran kami ialah murid pendidikan khas di sekolah ini iaitu seramai 78
orang.

7.0

AKTIVITI
7.1.1 Mendekorasi sebuah tapak untuk dijadikan taman organik dengan mengaplikasikan
baja organik
7.1.2 Melabel pokok-pokok yang terdapat di taman tersebut.
7.1.3 Membina laluan refleksologi yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kesihatan

8.0

CARTA ORGANISASI
(Lihat lampiran A)

9.0

ANGGARAN KEWANGAN
PENDAPATAN

KUTIPAN

( RM 50.00 X 15 Orang )

JUMLAH
RM 750.00

DERMA

RM 500.00

JUMBO SALE

RM 300.00

SUMBANGAN

RM 500.00

JUMLAH KESELURUHAN

RM 2050.00

PERBELANJAAN

JUMLAH

1. MAKANAN DAN MINUMAN

RM 750.00

1.1 Makan
Tengahari

RM 4.50 x RM 495.00
110 bungkus

1.2 Air Mineral

RM 10.00 x RM 50.00
5 kotak

1.3 Roti

0.70 sen x RM 105.00


150 bungkus
RM 100.00

1.4 Kecemasan
JUMLAH

RM 750.00

2. PENGANGKUTAN

RM 100.00

3. CENDERAMATA

RM 200.00

4. PERALATAN

RM 970.00

JUMLAH KESELURUHAN

RM 2020.00

10.0 KEPERLUAN ALATAN


Bil

Butiran

Tong kompos selanjar

Air bancuhan

Anggaran kos perbelanjaan


RM 150 x 3 = RM 450.00
RM 20.00

Plastik fertigasi

RM 150.00

Bahan refleksologi ( Simen dan batu )

RM 300.00

Kad label

RM 50.00

Jumlah Keseluruhan

RM 970.00

11.0 OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARI PROJEK

Mampu menghasilkan sumber baru dari sisa taman yang terbuang sebelum ini dan
memulihara sumber.

Memenuhi keperluan pertanian dan penyelidikan bersifat organik yang merupakan


produk akhir yang boleh digunakan semula sebagai penambah baik tanah atau sebagai
baja organik.

Menghasilkan pendapatan, sumber baru dalam usaha melestarikan sekolah.

Menghasilkan laluan refleksogi yang boleh menjadi salah satu terapi kesihatan kepada
murid- pendidikan khas

12.0 ATUR CARA PROJEK


( Lihat lampiran B)

13.0 PENUTUP
Kami berharap agar projek yang dijalankan di sekolah ini dapat memberi faedah yang bermanfaat dan
berguna kepada murid-murid pendidikan khas ini sekali gus juga memberi pengetahuan dan kemahiran
yang lebih berguna kepada kami bagi memperkenalkan ilmu yang berguna untuk menjadi seorang guru
nanti. Semoga kerjasama antara dua institusi ini akan berterusan dan memberi pulangan dan hasil yang
sangat berfaedah untuk semua.

DISEDIAKAN OLEH:

( NUR FARDILLA BINTI YASAK )


SETIAUSAHA PROJEK
DISEMAK OLEH:

( MUHAMMAD ZULHELMI BIN MOHD RASIP )


PENGARAH PROJEK
DISOKONG OLEH:

(TUAN HAJI ABDUL RAHMAN B. HAJI ABDUL AZIZ)


PENSYARAH PENDIDIKAN PPIP
DISAHKAN OLEH:

( PENGETUA SEKOLAH SMK TELUK KUMBAR,


PULAU PINANG)

LAMPIRAN A
CARTA ORGANISASI
PENAUNG

PROFESSOR DATO' DR. ABDUL RASHID MOHAMED


DEKAN PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN, USM
PENYELARAS
TN. HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABDUL AZIZ
DR. FADZILAH BT HAJI AMZAH
PENSYARAH PGT 203
PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN, USM
PENASIHAT TEKNIKAL
PROF.MADYA DR. MAHAMAD HAKIMI IBRAHIM
PENSYARAH PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI INDUSTRI
PEMBANTU PENASIHAT TEKNIKAL
MUHAMAD HAMZAH BIN ABDUL HAMID
PENGARAH PROJEK
MUHAMMAD ZULHELMI BIN MOHD RASIP
PENOLONG PENGARAH PROJEK
NUR FATIN FAIZAH BT HAMDAN
SETIAUSAHA
NUR FARDILLA BINTI YASAK

BENDAHARI
NORHAYATI BT SAAD

EXCO DANA DAN KEWANGAN

SITI UMIRAH BT BAKI


EXCO JEMPUTAN / PUBLISITI
NURUL HAZIRAH BT A.MIZAN
NURUL SHAZWANI BINTI AWANG KECHIK
EXCO TEKNIKAL / KESELAMATAN
SYED MOHAMAD AMIN BIN SYED ABD RAHMAN
NUR SYAIRAH BT GHAZALI
EXCO CENDERAMATA
SITI SOLEHAH BT SH OTHMAN
NOOR FARHANA BT MOHD ARIFFIN
EXCO MAKANAN DAN MINUMAN
NOR SAKINAH BT SHAHRUDIN
NIK NURUL ASIKIN NIK MOHAMMAD
EXCO PENGANGKUTAN
MOHAMAD AKMAL HAKEM BIN MOHAMAD SUBURI
MOHD ZAAIEN BIN AB.LLAH

LAMPIRAN B
ATUR CARA PROJEK
MASA

PROGRAM

7:00 AM

Berkumpul dan bertolak dari USM

8:00 AM

Ketibaan tetamu dan peserta


Bacaan doa
Ucapan Pengarah Projek
Ucapan Penyelaras Pendidikan Khas
Taklimat mengenai baja kompos oleh pembantu penasihat
teknikal(Encik Hamzah)
Taklimat aktiviti

9:00 AM

Program bermula

9.30 AM

Peserta dan pelajar berehat

10.00 AM

Aktiviti disambung semula

12.30 PM

Majlis penutup dan perasmian taman baru

1.00 PM

Jamuan tengahari

1:30 PM

Bertolak pulang

You might also like