You are on page 1of 4

LAPORAN DOKUMENTASI

PROGRAM DISCOVER UMT

TARIKH 6 FEBRUARI 2020 (KHAMIS)


SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAHMUDIAH
MASA : 9.00 PAGI HINGGA 3.00 PETANG
21700 KUALA BERANG, TERENGGANU
TEMPAT : UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
1. PENDAHULUAN

Program Discover UMT yang julung-julung kali diadakan oleh pihak Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui kerjasama STEM
daripada beberapa buah sekolah di Terengganu telah diadakan. Program ini bertujuan bagi memupuk minat dan merintis
kecemerlangan pelajar terhadap bidang Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM). AKtiviti yang diadakan
diharap mampu memberi perangsang dan inspirasi kepada pelajar terutamanya kepada pelajar SMA Mahmudiah supaya terus
menceburi bidang Sains dan Matematik di samping melahirkan pelajar yang berketerampilan, kreatif dan inovatif.

2. MATLAMAT

Mengubah sikap pelajar yang menganggap mata pelajaran STEM merupakan matapelajaran yang susah dan membosankan dengan
membentuk budaya yang sihat dalam meningkatkan kesejahteraan hidup di samping melahirkan pelajar yang berdaya saing
melalui aktiviti yang dianjurkan.

3. OBJEKTIF PROGRAM
3.1 Menanam minat pelajar terhadap matapelajaran STEM.
3.2 Meningkatkan motivasi pelajar untuk menceburi bidang STEM di peringkat pengajian tinggi.
3.3 Melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif dan berdaya saing.
3.4 Meningkatkan pencapaian akademik bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dan seterusnya mencapai target yang ditetapkan.

4. SASARAN

20 orang pelajar Tingkatan 5

5. TARIKH PELAKSANAAN

TARIKH : 6 FEBRUARI 2020 (KHAMIS)


MASA : 9.00 pagi hingga 2.30 petang
Tempat : Dewan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Gong Badak, Terengganu
6. DOKUMENTASI BERGAMBAR
7. PENUTUP
Program Discover UMT dengan kerjasama UMT akan dapat memberi input yang lebih baik yang boleh membantu pelajar dalam mendalami
serta menambah minat mereka kepada ilmu Sains, Matematik dan Teknologi seterusnya meningkatkan lagi kemandirian mereka dalam
kehidupan bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif, InsyaAllah.

“STEM MENJANA INOVASI DALAM PENDIDIKAN”

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………………………. ………………………………………………
(PN SITI BAIZURA BINTI ZAKARIA) (PN ZURAINI ABD GHAFFAR)
Penyelaras STEM Ketua Bidang Sains & Matematik
SMA Mahmudiah SMA Mahmudiah

You might also like