You are on page 1of 7

________________________________________________________________________

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN DIY JALUR GEMILANG
DARIPADA BAHAN TERPAKAI
SEMPENA
SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN
PERINGKAT SEKOLAH
SECARA DALAM TALIAN
TAHUN 2021
________________________________________________________________________
ANJURAN : PANITIA SAINS

1
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN DIY JALUR GEMILANG SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN
PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2021

ANJURAN : PANITIA SAINS


1.0 PENGENALAN

1.0 PENGENALAN

Hari Kebangsaan disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan

negara kita telah bebas daripada belenggu penjajahan sejak tahun 1511 dan disambut secara besar-

besaran bagi memperingati detik bersejarah negara kita mencapai kemerdekaan. Pada 31 Ogos ini,

negara kita akan menyambut ulangtahun hari kebangsaan dan sambutan ini turut diadakan di

peringkat sekolah. Bulan kemerdekaan menjadi acara wajib yang disambut pada setiap tahun

diperingkat sekolah. Tujuan sambutan ini diadakan untuk memupuk semangat patriotik dalam jiwa

pelajar agar sentiasa sayang dan cinta akan negara serta berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan

yang telah kita capai pada hari ini. Pelbagai aktiviti dan pertandingan diadakan bagi

membangkitkan semangat cintakan tanah air dalam kalangan warga sekolah.

2.0 RASIONAL

Secara tuntas, sambutan Bulan Kebangsaan ini diharapkan agar murid-murid dapat

menghayati dan mencintai serta menyayangi negara Malaysia. Justeru itu,

kerjasama semua pihak dituntut dalam usaha memastikan pelaksanaannya mencapai matlamat

yang telah ditetapkan. Atas dasar keprihatinan daripada pihak Panitia Sains, pihak

panitia akan mengadakan “ DIY Jalur Gemilang ” sebagai salah satu aktiviti untuk

membangkitkan semangat patriotik di kalangan murid-murid serta menanam sikap

cintakan alam sekitar dengan menghasilkan jalur gemilang menggunakan bahan

buangan atau terpakai.

2
3.0 OBJEKTIF

i. Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam jiwa pelajar-pelajar sekolah

supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa.

ii. Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan.

iii. Menyediakan ruang agar pelajar menggunakan kreativiti mereka menggunakan bahan

buangan atau terpakai semasa menjalankan aktiviti ini.

iv. Menerapkan sikap mencintai alam sekitar kepada murid.

4.0 TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh : 1 –31 Ogos 2021

5.0 SASARAN

Semua murid tingkatan 1, 2, 3 & 4 dan semua guru mata pelajaran Sains tingkatan 1, 2, 3 & 4

Sekolah Menengah Agama Mahmudiah.

3
6.0 JADUAL PERLAKSANAAN AKTIVITI SEMPENA BULAN KEBANGSAAN

Bil Aktiviti Panitia / Tempat Perincian Cadangan


Tarikh

1. Pertandingan DIY Jalur Panitia Sains Semua murid Tingkatan 1, 2, 3 1 hingga


Gemilang (menggunakan Di kediaman &4 31 Ogos 2021
bahan terbuang atau terpakai) masing-masing

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL AKTIVITI ITEM KUANTITI HARGA PER JUMLAH SUMBER


. UNIT

1. Pertandingan
DIY Jalur Hadiah Tempat Pertama 1 unit RM 70.00 RM 80.00
Gemilang
Hadiah Tempat Kedua 1 unit RM 50.00 RM 60.00 PCG
PANITIA
Hadiah Tempat Ketiga 1 unit RM 30.00 RM 40.00 SAINS

Saguhati x 3 3 unit RM 10.00 RM 30.00

JUMLAH :
RM 210.00

JUMLAH KESELURUHAN : RM 210.00

4
6.0 JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : En Mazelin Bin Ali (Pengetua SMA Mahmudiah)


Timbalan Pengerusi : En Zainuddin Bin Abdul Wahid (GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 1 : En Baliyat Amimi Bin Mohamad Nor (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : En. Azmi Bin Tahir (GPK Hal Ehwal Murid)
Penyelaras : Pn. Hjh Zuraini Binti Ab Ghafar
(Guru Kanan Bidang Sains & Matematik)
Setiausaha : Pn. Siti Baizura Binti Zakaria
( Ketua Panitia Sains )

BIL JAWATANKUASA PANDUAN BIDANG TUGAS

1. Penyelaras
 Pn. Hjh Zuraini binti Ab Ghafar  Memastikan perjalanan program
berjalan lancar
 Membuat pemantauan daripada
semasa ke semasa
 Memastikan segala bidang tugas
berjalan lancar

2. Ahli Jawatankuasa 1

 Pn. Siti Baizura binti Zakaria  Menguruskan persediaan dan


 Pn. Zaipah binti Saad perjalanan Pertandingan DIY Jalur
Gemilang
 Memastikan pertandingan berjalan
lancar
 Menyediakan hadiah kepada
pemenang.

3. Ahli Jawatankuasa 2
 Menguruskan persediaan dan
 En. Md Bakhtiar binti Hashim perjalanan.
 En. Syed Ahmad Marzuki bin Syed  Memastikan penyertaan maksimum
Abdullah pelajar Tingkatan 1 & 2 dalam
 Pn. Naailah binti Mohamad Yani pertandingan ini.

4. Ahli Jawatankuasa 3
 Menguruskan persediaan dan
 Pn. Hazeyhan binti Hamzah perjalanan DIY Jalur Gemilang.

5
 Pn. Arwina Syazwani binti Ghazali  Memastikan penyertaan maksimum
 Pn. Ermanieza binti Ghazali pelajar Tingakatn 3 & 4 dalam
pertandingan ini.
7.0 PENUTUP

Perancangan kertas kerja ini dibuat untuk memudahkan pengurusan Pertandingan DIY Jalur

Gemilang ini dilaksanakan sebagaimana yang dirancang. Aktiviti seperti ini akan menjadi satu

pengalaman secara tidak langsung kepada guru-guru serta semua murid tingkatan 1, 2, 3 & 4

mengenai aktiviti sempena menyambut Hari Kebangsaan. Semoga Pertandingan DIY Jalur

Gemilang yang bakal dilaksanakan ini dapat memberikan input yang sewajarnya kepada semua

murid. Justeru itu, kerjasama daripada semua pihak amatlah diharapkan bagi menjayakannya dan

didahului dengan jutaan terima kasih.,

Disediakan oleh,

………………………………………
(SITI BAIZURA BINTI ZAKARIA)
Ketua Panitia Sains,
SMA Mahmudiah.

Disemak oleh,

……………………………………………………
(BALIYAT AMIMI BIN MOHAMMAD NOR)
Penolong Kanan Pentadbiran
SMA Mahmudiah.

Disahkan oleh,

……………………….
(MAZELIN BIN ALI)

6
Pengetua,
SMA Mahmudiah

You might also like