You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN (2) TAMAN KERAMAT

JALAN ENGGANG TIMUR 1,


54200 SELANGOR DARUL EHSAN

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH


BILANGAN 1 TAHUN 2022

TARIKH : 23 Ogos 2022


HARI : Selasa
MASA : 1.00 Tengahari
TEMPAT : Pejabat

KEHADIRAN
1. Pn. Zaiton bt Ahmad Guru Besar
2. Cik Nurul Affa bt Abu Mansor SU Kurikulum
3. Pn. Nabilah bt Zainal Penyelaras PPKI
4. En. Yusri b. Abd Wahab Penyelaras ICT
5. Pn. Yusnieza Mohamed Noor Guru PPKI
6. Pn. Muzlina bt Mohamad Penyelaras Pusat Sumber
7. Cik Jayanthy a/p Arumugom Guru Akademik Biasa
8. Cik Chitara Devi a/p Logithasan Guru Akademik Biasa
9. Pn. Nor Aznida bt Mat Noor Guru Pemulihan Khas
10. Cik Farhanah binti Guru Akademik Biasa
11. Puan Aznida

Tidak hadir:

Agenda
1.0 Perutusan Pengerusi
1.1 Memulakan mesyuarat dengan bacaan doa oleh Encik Yusri b. Abd Wahab
Pengerusi mesyuarat mengucapkan selamat datang dan berterima kasih atas
kehadiran guru-guru.

2.0 Pengesahan minit mesyuarat


2.1 Minit mesyuarat ini dicadangkan oleh Encik Yusri b. Abd Wahab diterima dan
disahkan.
2.2 Sokongan sebulat suara dengan pindaan.

1
3.0 Perkara-perkara baharu
3.1 Sambutan Bulan Kemerdekaan
3.1.1 Encik Yusri b. Abd Wahab memaklumkan bahawa akan mengadakan beberapa
aktiviti sepanjang Sambutan Bulan Kemerdekaan 2022.
Tindakan: Makluman

3.1.2 Guru-guru perlu membincangkan perancangan aktiviti-aktiviti program yang


akan dijalankan sepanjang 1 bulan.
Tindakan: Tindakan AJK

3.1.3 Cik Jayanthy a/p Arumugom mencadangkan pertandiangan nyanyian lagu-lagu


patriotik diadakan. Nyanyian lagu akan dibahagikan kepada dua iaitu solo dan
berduet. Pertandingan ini hanya akan melibat murif tahap 2. Cadangkan Ketua
Panatia Muzik untuk mengendalikan pertandingan ini.
Tindakan: Ketua Panatia Muzik

3.1.4 Cik Nurul Affa bt Abu Mansor mengemukakan pertandigan sajak dan kuiz
kenegaraan untuk disertakan sebagai satu aktiviti. Sajak dan kuiz kenegaraan
akan melibatkan murid-murid tahap 2 dan PPKI. Pertandingan sajak diadakan
secara serentak di dewan terbuka dan penyearasnya adalah Puan Aznida.
Manakala Kuiz Kenegaraan akan diadakan pada waktu sejarah dalam kelas
masing-masing oleh guru sejarah. Soalan kuiz akan disediakan oleh cikgu Affa.
Tindakan: Puan Aznida dan Cik Affa

3.1.5 Pn. Yusnieza Mohamed Noor mencadangkan untuk pertandingan


pakaian patriotik dan hiasan patriotik. Pertandingan pakaian patrioktik ini
melibatkan semua murid arus perdana, PPKI dan pra sekolah. Murid secara
kreatif akan menyediakan pakaian bertemakan merdeka. Bagi pertandingan
Hiasan kelas guru kelas dan murid -murid kelas bekerjsama menghiaskan kelas
masing-masing.
Tindakan: semua guru kelas

3.1.6 Cik Chitara Devi a/p Logithasan mencadangkan pertandiangan melukis poster
dan pertandingan mewarna diadakan. Petandingan mewarna melibatkan murid
tahap 1 dan pertandingan melukis poster melibatkan murid tahap 2.
Pertandingan ini akan dijalankan dalam kelas masing-masing.
Tindakan: Ketua Panatia Psv

2
3.1.7 Cik Farhanah mencadangkan satu monuman dibinakan sebagai tanda
kenegaraan. Beliau melontarkan idea membina Menara Kembar dengan
menggunakan botol-botol kitar semula.
Tindakan: Tindakan AJK

3.1.8 Pn. Muzlina bt Mohamad memberikan cadangan untuk membuat aktiviti


tradisional seperti pakaian tradisional, makanan tradisional, tarian tradisional
dan permainana tradisional. Permainan tradisional diadakan pada waktu
Pendidikan Jasmani dan makanan tradisional akan dijalakan pada waktu
kokurikulum Kelab dan Persatuan.
Tindakan: Tindakan AJK

3.1.9 Pn. Yusnieza Mohamed Noor cadangkan membinan satu bendera besar
dengan menggunakan kain putih. Muri-murid akan sapukan tangan dengan
warna pelaka dan capkan tangan atas kaian yang telah disediakan. Lakaran
bendera akan dibuat oleh guru PSV.

Tindakan: Ketua Panatia PSV

3.1.10 Cikgu Yusri minta Semua AJK dan Ketua Panatia perlu bekerjasama dengan
AJK utama sambutan untuk menjalankan program yang dirancang.

Tindakan: Ketua Panatia dan AJK

4.0 Penangguhan Mesyuarat


4.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.45 petang

Urusetia mesyuarat
Setiausaha mesyuarat panitia
23 Ogos 2022

You might also like