You are on page 1of 3

MESYUARAT UNIT KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KALI PERTAMA 2015

SMA DATO’ HAJI MUSTAFA

72200 BATU KIKIR, N. SEMBILAN

Tarikh : 29 Januari 2015

Masa : 2.30 – 4.30 ptg

Tempat : Bilik Gerakan

KEDATANGAN

1. TN. HAJI ABDUL HAMID BIN HARUN GPK HAL EHWAL MURID
2. PN. SITI ZABEDAH BINTI ADOM KETUA BIDANG
3. PN. RAHIMAH BINTI MOHAMAD GURU KANTIN
4. EN. RIDHWAN BIN IBRAHIM KAUNSELOR
5. PN. ARNITA BINTI RAMELAN GURU PENYAYANG
6. PN. AINUN MARDHIAH BT MOHAMAD NOOR GURU PENGAWAS
7. PN. MASTURA BT ABD RAHMAN GURU SPBT
8. PN. FARIDAH BINTI HUSIN GURU BIASISWA
9. PN. SYARFARINA BINTI CHE SHAMSUDIN GURU 3K
10. PN. NORHAZITA BINTI CHE HASAN GURU 3K
11. CIK NOR FARHANA BINTI MD ISA GURU PERHIMPUNAN
12. PN. ROSDINA BINTI MUSTAFA GURU BIASISWA
13. EN. SYAHRIZAL BIN SHARIFUDIN GURU PERHIMPUNAN
14. EN. MOHD RIZWAN BIN MAS’UD GURU 3K
1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua AJK ke mesyuarat unit HEM
bagi kali pertama 2015.

1.2 Pengerusi menyatakan harapan agar semua perancangan dapat dijalankan seperti yang
diinginkan dengan kerjasama daripada semua pihak.
Tindakan : Penyelaras

2.0 Cadangan Program dan Aktiviti Tahunan

2.1 Puan Norhazita binti Che Hasan menyatakan bahawa Pertandingan Kelas Terbersih
mingguan akan bermula pada bulan Februari. Pemenang mingguan akan menerima sijil
penghargaan dan plak sebagai piala pusingan. Borang penilaian akan diedarkan kepada
semua guru dan kelas.
Tindakan : Penyelaras

2.2 Selain itu, Puan Norhazita juga menyatakan bahawa gotong-royong perdana akan
diadakan dua kali setahun iaitu pada bulan Mac dan September.
Tindakan : Penyelaras

2.3 Aktiviti yang dirancang:

2.3.1 Tandas Berinformasi


 Mengecat dan menceriakan semula tandas pelajar dan guru
 Menampalinformasi yang berkenaan di dalam tandas.
2.3.2 Naik taraf susur gajah
 Mengecat tiang di sepanjang susur gajah
 Menggantung kata-kata motivasi
2.3.3 Naik taraf taman mini / pondok bacaan
Tindakan : Penyelaras
3.0 Hal-hal Lain

3.1 Puan Siti Zabedah binti Adom memberitahu bahawa pekerja pembersihan tidak
memungut sampah di dalam bilik guru setiap pagi. Sampah-sarap di dalam bakul sampah
dibiarkan hingga mengeluarkan bau busuk di dalam bilik guru.
Tindakan : Penyelaras

3.2 Pengerusi meminta penyelaras memastikan supaya terdapat senarai semak di setiap
tandas bagi mengetahui sama ada tandas tersebut telah dibersihkan atau tidak. Pengerusi
juga meminta supaya disediakan tiga unit tempayan plastik dalam setiap tandas supaya
dapat menyimpan air.
Tindakan : Penyelaras

Mesyuarat ditnagguhkan pada pukul 4.30 petang.

Disediakan oleh,

………………………………………………
(NORHAZITA BINTI CHE HASAN)
Penyelaras
Unit Kebersihan dan Keceriaan
SMA Dato’ Haji Mustafa

You might also like