You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BANYOK

96000 SIBU
SARAWAK

CADANGAN KERTAS KERJA


PRGORAM MINGGU PANITIA SAINS

1.0 Pendahuluan

Program ini adalah satu program yang dianjurkan oleh Panitia Sains SK Kampung Banyok.
Program ini bertujuan untuk menarik minat pelajar SK Kampung Banyok terhadap mata pelajaran
Sains. Program yang telah dirancang mampu memberi perangsang kepada pelajar SK Kampung
Banyok supaya minat terhadap mata pelajaran sains dan dapat melahirkan pelajar yang
berketerampilan, kreatif dan inovatif.

2.0 Matlamat
2.1 Menarik minat para pelajar terhadap mata pelajaran sains dan melahirkan pelajar yang
bermotivasi tinggi.
2.2 Mengisi waktu lapang dengan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah.
2.3 Untuk meningkatkan pencapaian akademik dan seterusnya mencapai
target yang telah ditetapkan.
2.4 Untuk melahirkan pelajar yang kompeten dalam bidang sains dan
teknologi, inovatif dan kreatif serta melahirkan modal insan yang berdaya saing tinggi.

3.0 Objektif Program


3.1 Untuk meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains
3.2 Meningkatkan motivasi pelajar supaya minat terhadap mata pelajaran Sains
3.3 Untuk melahirkan para pelajar yang kreatif dan inovatif.
3.4 Untuk meningkatkan pencapaian akademik bagi mata pelajaran
Sains.

4.0 Kumpulan Sasaran

4.1 Kumpulan sasaran bagi program ini adalah semua pelajar dan warga
pendidik SK Kampung Banyok.

5.0 Cadangan Tarikh Pelaksanaan

5.1 Tarikh : 27-28 Oktober 2022


5.2 Hari : Khamis dan Jumaat

6.0 Tempat

6.1 Bilik Sains SK Kampung Banyok

7.0 Jawatankuasa Pelaksana

7.1 Jawatankuasa Induk


Penasihat : Pn Masjuwita bt. Mohamad Rejeni (Guru Besar)
Pengerusi : Pn Mona binti Ambil (PK 1)
Setiausaha : En Mohamad Azlan bin Omar (Ketua Panitia Sains)

Bendahari : En Yunus bin Eli

AJK : Semua Guru Sains

8.0 Kewangan

8.1 Anggaran Perbelanjaan Panitia Sains

Perkara Kuantiti Harga (RM)


1. Kuiz Sains Tempat 1 (RM20x6) 120
Tempat 2 (RM15x6) 90
Tempat 3 (RM10x6) 60
2. Bengkel Hands-on 480
(alatan dan bahan)
Jumlah 750

9.0 Kaedah Pelaksanaan

9.1 Jadual Pelaksanaan

Hari Aktiviti Masa Guru bertugas


Khamis Kuiz Sains 1130-1230 Guru mengajar pada
27 Oktober 2022 masa tersebut
Jumaat Bengkel Hands on 0800-0930 (Tahap 1) Encik Mohamad Azlan
28 Oktober 2022 0930-1000 (Rehat) Encik Yunus
1000-1130 (Tahap 2)

10.0 Penutup

Adalah diharapkan program yang dirancang dan akan dilaksanakan ini, dapat melahirkan
murid yang berkeyakinan serta mampu meningkatkan pencapaian akademik murid-murid dalam mata
pelajaran Sains.

Disediakan oleh Disahkan oleh

MOHAMAD AZLAN BIN MASJUWITA BT.


OMAR MOHAMAD REJENI
KETUA PANITIA SAINS GURU BESAR
SK KAMPUNG BANYOK SK KAMPUNG BANYOK

You might also like