You are on page 1of 16

SJK(C) PENG MIN

SIMPANG KUALA, 05400 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN

KERTAS CADANGAN PROJEK INTERNSHIP

PROJEK
“AWMANJI - SELAMAT DATANG KE DUNIA HAIWAN”

TARIKH:
17 FEBRUARI 2019 – 14 MAC 2019

TEMPAT:
SJK (C) PENG MIN

ANJURAN:
CHRISTINE LEE SIEW FANG
GURU PELATIH IPG KAMPUS DARULAMAN
AMBILAN JUN 2015

1.0 PENDAHULUAN
Projek ‘Awmanji – Selamat Datang Ke Dunia Haiwan’ merupakan suatu projek
yang dirancang khas kepada murid Tahun Empat yang berkaitan dengan mata
pelajaran Sains. Program ini berfokus kepada topik Empat, iaitu organ pernafasan
haiwan. Dalam program ini, terdapat empat aktiviti utama yang dirancang bagi
meningkatkan minat murid untuk belajar serta mewujudkan persekitaran pembelajaran
yang seronok dan berkesan kepada murid dalam proses pembelajaran untuk mengenal
pasti organ pernafasan haiwan.

2.0 RASIONAL

Projek ‘Awmanji – Selamat Datang Ke Dunia Haiwan’ merupakan suatu siri


aktiviti pembelajaran bagi murid Sains Tahun Empat. Aktiviti bertunjangkan permainan
dan pengayaan memberi peluang kepada murid untuk mengukuhkan penguasaan
murid terhadap topik organ pernafasan haiwan. Menurut Kementerian Pendidikan
Malaysia (2018), pengayaan merupakan aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti asas
pembelajaran yang mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan
pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui projek ini,
murid berpeluang untuk mendalami pelbagai organ pernafasan bagi haiwan
berdasarkan pengetahuan sedia ada murid.

Di samping itu, rasional Projek ‘Awmanji – Selamat Datang Ke Dunia Haiwan’


diadakan adalah untuk mengatasi masalah murid kurang berminat untuk belajar topik
organ pernafasan haiwan dan bersifat pasif dalam proses pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc). Masalah tersebut mungkin disebabkan oleh bahan bantu
mengajar konkrit seperti model haiwan dan diorama mahal dan susah didapati di
sekolah serta kurang sesuai digunakan untuk mengajar saiz kelas yang besar. Menurut
Teori Pembelajaran Kognitif Jean Piaget, bahan bantu mengajar yang konkrit amat
penting untuk murid pada peringkat operasi konkrit untuk mengingati dan memahami
sesuatu konsep. (Noriati, Boon, Sharifah dan Kamaruddin, 2012). Kesannya, guru gagal
melibatkan murid secara aktif dalam pembelajaran kerana pembelajaran berpusatkan
guru dan buku teks. Melalui program ini, pelbagai aktiviti yang melibatkan pelbagai
kaedah dan teknik pengajaran telah diaplikasikan untuk menarik minat murid untuk
belajar serta melibatkan murid secara aktif dalam proses pembelajaran.

Seterusnya, rasional Projek ‘Awmanji – Selamat Datang Ke Dunia Haiwan’


adalah untuk mewujudkan pembelajaran yang seronok dan bermakna kepada murid.
Pembelajaran seronok (fun learning) yang berasaskan permainan dan aktiviti
pembelajaran yang seronok dijalankan dalam projek ini. Permainan seperti puzzle
haiwan dan aktiviti nyanyian lagu berkaitan dengan organ pernafasan haiwan telah
dilaksanakan melalui projek ini. Nescaya murid dapat menguasai topik organ
pernafasan haiwan secara langsung semasa melibatkan diri dalam aktiviti program ini
dengan senang dan berkesan.

Akibat daripada kekangan masa dan wang, murid tidak berpeluang untuk
melawat ke habitat yang sebenar untuk melihat haiwan yang sebenar dan mengkaji
tentang organ pernafasan haiwan tersebut. Murid hanya belajar secara maya
berkenaan organ pernafasan haiwan melalui video atau gambar dalam buku teks tanpa
aktiviti hands-on. Hal ini membosankan murid dalam proses PdPc kerana murid tidak
memperoleh pengalaman pembelajaran yang bermakna. Dengan ini, projek ‘Awmanji –
Selamat Datang Ke Dunia Haiwan’ membekalkan peluang kepada murid untuk
memperoleh pengalaman pembelajaran yang bermakna dan berkesan melalui integrasi
pelbagai disiplin dan elemen seni dalam pendidikan. Misalnya, murid belajar melalui
permainan puzzle, kuiz, dan aktiviti nyanyian dengan berbantukan bahan bantu
mengajar.

Akhirnya, projek ‘Awmanji – Selamat Datang Ke Dunia Haiwan’ melibatkan


pembelajaran koperatif dan pembelajaran konstruktivisme yang melatih kemahiran
abad 21 murid. Misalnya, murid perlu berkomunikasi dan berkolaborasi antara satu
sama lain untuk menjalankan aktiviti. Sifat kepimpinan, kemahiran bekerjasama, dan
keyakinan diri murid juga terlatih melalui program ini secara tidak langsung.
3.0 MATLAMAT

Matlamat projek ‘Awmanji – Selamat Datang Ke Dunia Haiwan’ adalah untuk


membantu murid untuk menguasai topik organ pernafasan haiwan dengan lebih baik di
mana murid dapat mengelaskan haiwan berdasarkan organ pernafasan haiwan di
samping mewujudkan pembelajaran seronok dan memupuk minat murid terhadap topik
organ pernafasan haiwan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bawah program
tersebut

4.0 OBJEKTIF

Objektif projek ‘Awmanji – Selamat Datang Ke Dunia Haiwan’ adalah seperti


berikut:

4.1 Membolehkan murid menyatakan organ pernafasan haiwan, memberi


contoh haiwan dengan organ pernafasannya, dan mengelaskan haiwan
berdasarkan organ pernafasannya.
4.2 Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang seronok dan berkesan
untuk membolehkan pembelajaran optimum murid
4.3 Menarik minat dan meningkatkan motivasi murid untuk belajar topik organ
pernafasan haiwan
4.4 Menggalakkan penglibatan murid secara aktif dalam proses pembelajaran
4.5 Meningkatkan kemahiran abad 21 termasuklah kemahiran komunikasi,
kerjasama, dan keyakinan diri dalam kalangan murid

5.0 TARIKH DAN MASA

24 Februari 2019 (Ahad)

8.30 pagi hingga 9.30 pagi (60 minit)


6.0 TEMPAT

Makmal sains SJK(C) Peng Min

7.0 KANDUNGAN PROGRAM

Sila rujuk Lampiran A

8.0 KUMPULAN SASARAN

Murid kelas 4 Ren (38 orang murid)

9.0 PENGANJUR PROGRAM

Guru internship IPGKDA (Christine Lee Siew Fang)

10.0 AHLI JAWATANKUASA

Sila rujuk Lampiran B


11.0 STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN PROJEK

Aktiviti 1: Jom i-Think dan Nyanyi (15 minit)

Aktiviti 2: Jom Bina Puzzle dan permainan 'OPHGO' (25 minit)

Aktiviti 3: Kuiz KWHoot: Awmanji - Selamat Datang Ke Dunia


Haiwan (10 minit)

Aktiviti 4: Penutup dan penyampaian hadiah


(15 minit)

Aktiviti 1: Jom i-Think dan Nyanyi (15 minit)

Objektif : Murid dapat:


pembelajaran 1. menyatakan empat organ pernafasan haiwan dengan
betul.
2. memberi dua contoh haiwan dengan organ
pernafasannya dengan betul.
3. mengelaskan sekurang-kurangnya dua haiwan mengikut
organ pernafasan dengan betul.
Masa : 8.30 pagi – 8.45 pagi
Tempat : Makmal sains SJK(C) Peng Min
Pendekatan : pembelajaran konstruktivisme, pembelajaran kontekstual,
pembelajaran koperatif
Strategi / :Peta i-Think, nyanyian, perbincangan, sumbangsaran, soal-
Kaedah jawab
Bahan bantu : Slaid PPT, lagu ‘Organ Pernafasan Haiwan’, buku ‘Organ
mengajar (BBM) Pernafasan Haiwan’, komputer, projector LCD, Smart Board
Langkah Pelaksanaan:
1. Murid dibahagikan kepada enam kumpulan.
2. Setiap ahli kumpulan diberi peranan masing-masing (ketua kumpulan, ketua
disiplin, setiausaha, pengira masa, pengambil bahan dan alat sains,
pemegang kad lampu isyarat).
3. Setiap kumpulan diberi satu buku ‘Organ Pernafasan Haiwan’.
4. Murid kemudian berbincang dalam kelas untuk melengkapkan buku ‘Organ
Pernafasan Haiwan’ (peta i-Think berkenaan organ pernafasan haiwan).
5. Murid menyanyikan lagu ‘Organ Pernafasan Haiwan’ menggunakan melodi
lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star’.

Aktiviti 2: Jom Bina Puzzle dan permainan ‘OPHGO’ (25 minit)

Objektif :Murid dapat


pembelajaran 1. menyatakan empat organ pernafasan haiwan dengan betul
2. memberi dua contoh haiwan dengan organ pernafasannya
dengan betul
Masa : 8.45 pagi – 9.10 pagi
Tempat : Makmal sains SJK(C) Peng Min
Pendekatan : Pembelajaran berasaskan permainan, pembelajaran
koperatif, pembelajaran kontekstual, pembelajaran
konstruktivisme
Strategi / : Bermain sambil belajar, perbincangan
Keadah

Bahan dan alat : Puzzle haiwan, lembaran kerja, sampul surat, kad bingo, kad
haiwan (gambar haiwan), papan markah
Langkah Pelaksanaan:

1. Murid berada dalam kumpulan yang sama.


2. Setiap kumpulan diberi satu set puzzle haiwan.
3. Murid perlu menyusun puzzle dan melekatkan puzzle tersebut di atas sekeping
kertas putih
4. Setiap kumpulan perlu menyatakan nama haiwan tersebut dan menyatakan
organ pernafasannya berserta dengan satu contoh haiwan lain yang
menggunakan organ pernafasan tersebut.
5. Setiap kumpulan kemudian membentangkan hasil kerja kumpulan di hadapan
kelas.
6. Setiap kumpulan diberi satu set bingo dengan kad bingo, dan kad haiwan
(gambar haiwan).
7. Murid perlu menampal kad haiwan pada kad bingo secara rawak.
8. Berdasarkan soalan yang diberi, murid perlu membuat tanda ‘X’ pada kad
haiwan (gambar haiwan) yang merupakan jawapan.
9. Kumpulan yang paling cepat menyambungkan dua baris kad haiwan akan
menjadi pemenang.

Aktiviti 3: Kuiz KWHoot: Awmanji – Selamat Datang Ke Dunia Haiwan (12


minit)

Objektif : Murid dapat


pembelajaran 1. Menyatakan empat organ pernafasan haiwan dengan betul
2. Mengelaskan sekurang-kurangnya dua haiwan mengikut
organ pernafasannya dengan betul
3. Menyatakan satu haiwan yang mempunyai lebih daripada
satu organ pernafasan dengan betul
Masa : 9.10 pagi – 9.22 pagi
Tempat : Makmal sains SJK(C) Peng Ming
Pendekatan : Pembelajaran berasakan permainan, pembelajaran koperatif,
pembelajaran kontekstual, pembelajaran konstruktivisme
Strategi / : Bermain sambil belajar, perbincangan, soal jawab
Kaedah
Bahan dan alat : Slaid PPT (kuiz KWHoot), kad berwarna, projektor LCD, komputer,
Smart Board, papan markah
Langkah Pelaksanaan:

1. Murid diberi satu set kad berwarna, iaitu biru, hijau, kuning, dan merah.
2. Kuiz ini akan dijalankan dalam bentuk pertandingan. Kumpulan yang betul
akan mendapat dua markah per soalan.
3. Murid dikehendaki untuk menjawab soalan kuiz KWHoot yang dihasilkan
dengan menggunakan kad berwarna tersebut secara berkumpulan.
4. Murid perlu mengangkat kad warna selaras dengan warna jawapan yang
betul dalam kuiz.
5. Setiap soalan diberi 10 saat untuk dijawab dan setiap soalan yang betul akan
diberi satu markah.

Aktiviti 4: Penutup & Penyampaian Hadiah (8 minit)

Objektif : Murid dapat


pembelajaran 1. merumuskan isi pembelajaran melalui tiket keluar kelas
Masa : 9.22 pagi – 9.30 pagi
Tempat : Makmal sains SJK(C) Peng Min
Pendekatan : Pembelajaran konstruktivisme
Strategi / : Sumbangsaran
Keadah
Bahan dan alat : Tiket Keluar Kelas, Kotak Tiket, Hadiah
Langkah Pelaksanaan:

1. Kumpulan yang memperoleh markah tertinggi diberi hadiah.


2. Murid mengisi tiket keluar kelas dan menghantar tiket tersebut untuk
membuat refleksi dan rumusan tentang projek hari ini.
3. Murid memasukkan Tiket Keluar Kelas dalam kotak tiket yang disediakan di
pintu keluar makmal sains.

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Sila rujuk Lampiran C

13.0 PERALATAN YANG DIPERLUKAN


Sila rujuk Lampiran D

15.0 PENUTUP

Semoga projek yang bakal dilaksanakan ini dapat memberi impak positif kepada
pembelajaran murid secara langsung. Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat
dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Kerjasama dan komitmen daripada semua
pihak yang terlibat adalah amat diharapkan semoga projek ini dapat dilaksanakan
dengan sempurna.

Disediakan oleh,

_____________________
(CHRISTINE LEE SIEW FANG)
Setiausaha
Projek ‘Awmaji – Selamat Datang Ke Dunia Haiwan’
SJK(C) Peng Min.

Disemak oleh,
_____________________
(PUAN HASLINA BINTI JAPRI)
Pensyarah Penasihat,
Projek ‘Awmaji – Selamat Datang Ke Dunia Haiwan’
IPGK Darulaman.

Disahkan oleh,

_____________________
(PUAN THAM YET HWA)
Guru Besar
SJK(C) Peng Min.
BHG. A : KELULUSAN GURU BESAR

Tarikh sesuai / tidak sesuai

Masa sesuai / tidak sesuai

Tempat sesuai / tidak sesuai

Guru pengiring diluluskan untuk …………. Orang sahaja

(…………….Lelaki / ………………….Perempuan )

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

Ulasan ( jika ada ) :

………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………............................

...........................................................................................................................

............................................. ..............................................

(Tarikh) (Tandatangan & Cop)


Lampiran A

TENTATIF PROJEK ‘AWMANJI – SELAMAT DATANG KE DUNIA HAIWAN’

Tarikh : 24 Februari 2019 (Ahad)

Masa : 8.30 pagi hingga 9.30 pagi (60 minit)

Tempat : Makmal sains SJK(C) Peng Min

Masa Aktiviti Pendekatan


8.30 – 8.45 pagi Aktiviti 1: Jom i-Think dan Pembelajaran kontruktivisme
(15 minit) Nyanyi Pembelajaran kontekstual
Pembelajaran koperatif

8.45 – 9.10 pagi Aktitiviti 2: Jom Bina Puzzle dan Pembelajaran berasaskan
(25 minit) Permainan ‘OPHGO’ permainan
Pembelajaran kontruktivisme
Pembelajaran kontekstual
Pembelajaran koperatif

9.10 - 9.22 pagi Aktivit 3: Kuiz KWHoot – Pembelajaran berasaskan


(12 minit) Awmanji – Selamat Datang Ke permainan
Dunia Haiwan Pembelajaran kontruktivisme
Pembelajaran kontekstual
Pembelajaran koperatif

9.22 – 9.30 pagi Aktiviti 4: Penutup dan Pembelajaran konstruktvisme


(8 minit) Penyampaian Hadiah

Lampiran B
AHLI JAWATANKUASA PROJEK ‘AWMANJI – SELAMAT DATANG KE DUNIA
HAIWAN’

PENAUNG : Pn Tham Yet Hua

Guru Besar SJK(C) Peng Min

PENASIHAT : Pn Haslina binti Japri

Pensyarah pembimbing internship

Pn Tan Hui Hui

Guru pembimbing internship

JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGARAH PROGRAM : Christine Lee Siew Fang

SETIAUSAHA : Christine Lee Siew Fang

BENDAHARI : Christine Lee Siew Fang

AJK PA SISTEM & PENYEDIAAN : Christine Lee Siew Fang


TEMPAT

AJK HADIAH : Christine Lee Siew Fang

AJK PERALATAN : Christine Lee Siew Fang


AJK FOTOGRAFI & DOKUMENTASI : Lim Yen Yan

AJK PENDAFTARAN : Christine Lee Siew Fang

Lampiran C

ANGGARAN PERBELANJAAN PROJEK ‘AWMANJI – SELAMAT DATANG KE


DUNIA HAIWAN’

BIL. JENIS KUANTITI HARGA JUMLAH


SEUNIT HARGA
1 Kertas warna 1 paket RM 3.50 RM 3.50
2 Mounting Board 1 RM 2.50 RM 2.50
3 Plastik PVC 6 keping RM 0.50 RM 3.00
4 Hadiah 7 RM 4.00 RM 28.00
JUMLAH RM 37.00

*SEMUA PERBELANJAAN DITANGGUNG OLEH PENGANJUR PROJEK


Lampiran D

PERALATAN YANG DIPERLUKAN UNTUK PROJEK ‘AWMANJI – SELAMAT


DATANG KE DUNIA HAIWAN’

BIL JENIS KUANTITI


1 Komputer 1
2 Smart Board 1
3 Projektor LCD 1
4 Pembesar suara 1
5 Pen marker 3

You might also like