You are on page 1of 8

1.

0 Pengenalan

Pada tahun 2003, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan perubahan
sistem pendidikan dalam mata pelajaran Sains dengan mula memperkenalkannya pada
peringkat persekolahan tahap satu sekolah rendah daripada hanya mengajar di tahap dua
sekolah rendah dan sekolah menengah sahaja (Rohani Abdullah, 2007). Transformasi
kurikulum ini dilakukan kerana KPM telah menyedari betapa pentingnya pendedahan sains
awal dalam kalangan kanak-kanak bagi memupuk minat kanak-kanak terhadap sains sejak
kecil lagi di samping meningkatkan daya kreativiti mereka (Perkembangan sains sekolah
rendah, t.t).

Berdasarkan Isaac Asimov (1994), sains merupakan cara kita berfikir, melihat dunia
persekitaran dan proses mengeksperimen untuk mencuba mencari jawapan terhadap
kejadian atau tindak balas persekitaran secara berterusan. Pendapat Joseph Abruscato (2000)
bahawa sains ialah proses melibatkan kemahiran intelek serta manipulatif bagi
mendapatkan maklumat berhubung alam semula jadi juga jelas menunjukkan kepentingan
pembelajaran sains awal dalam mengembangkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh.
Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh melalui pengalaman sains juga akan
membantu kanak-kanak memahami dan mencorakkan alam sekeliling. Dengan ini, YB Dato’
Seri Mahdzir Khalid berkata bahawa KPM bercadang untuk mempertingkatkan kemudahan
dan keperluan-keperluan bidang Sains bagi menjamin kualiti pembelajaran Sains murid di
sekolah (Utusan Malaysia, 2017).

Kesimpulannya, pengalaman pembelajaran sains awal penting dalam pendidikan awal


kanak-kanak (PAKK). Oleh itu, penulisan ini akan menjelaskan kemahiran asas proses sains
serta membandingbezakan kandungan-kandungan sains awal dalam kurikulum PAKK.

PAKK 3253 SAINS AWAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 1


2.0 Kemahiran Asas Proses Sains

Rajah 1 Jenis Kemahiran Saintifik

Kemahiran proses sains ialah kemahiran mencari jawapan kepada sesuatu masalah
atau membuat keputusan secara bersistem dengan melibatkan pemikiran kreatif dan analitis
(Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), April 2016). Terdapat tujuh kemahiran asas dalam
kemahiran proses sains. Antaranya ialah:

Memerhati

Memerhati merupakan kemahiran proses sains terasas. Ia melibatkan proses


mengumpulkan maklumat tentang objek atau fenomena dengan menggunakan deria-deria
(Osman, t.t). Ia dapat meningkatkan perasaan ingin tahu dan merangsang pemikiran kanak-
kanak agar berupaya mentafsirkan persekitaran dengan baik.

Mengelas

Mengelas ialah kebolehan mengenal pasti persamaan dan perbezaan objek untuk
menyusun, mengasing dan mengumpulkan mereka kepada kumpulan masing-masing
berdasarkan sesuatu kriteria atau sifat tertentu (Syaza Yasmin, 2009). Ia membantu
meningkatkan kefahaman kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu kerana minda mereka
akan menjadi lebih tersusun.

Mengukur dan menggunakan nombor

Ia ialah kebolehan membuat pengukuran atau pemerhatian secara kuantitatif dengan


menggunakan alat dan unit piawai. Secara tidak langsung, pengetahuan matematik awal
kanak-kanak dapat ditingkatkan di samping mengukuhkan kemahiran manipulatif
(Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), April 2016).

PAKK 3253 SAINS AWAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 2


Membuat inferens

Ia adalah membuat kesimpulan awal yang munasabah untuk menerangkan peristiwa,


fenomena atau objek berasaskan maklumat pemerhatian daripada deria dan pengalaman
lampau (Osman, t.t & Ganesh, 2017).

Membuat ramalan

Ia merupakan proses membuat jangkaan atau ramalan berdasarkan data diberi atau
lepas, pemerhatian dan inferens terhadap perkara akan datang (Othman, 2013). Ia penting
untuk melatih kanak-kanak merancang dan membuat keputusan tepat.

Berkomunikasi

Berkomunikasi ialah kebolehan mempersembahkan idea atau memindahkan


maklumat dalam pelbagai bentuk grafik seperti graf, rajah atau tulisan (Osman, t.t).

(210 p.p)

PAKK 3253 SAINS AWAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 3


3.0 Banding Beza Kandungan Sains Awal Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak

Menurut NAEYC ( The National Association for the Education of Young Children), peringkat
awal kanak-kanak adalah umur 0-8 tahun (Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Sultan Abdul
Halim, 2017). Dengan ini, beberapa Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
telah dirancang untuk PAKK, iaitu Kurikulum PERMATA Negara (KPN), Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK) serta Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap
Satu (Tahun Satu dan Tahun Dua).

3.1 Aspek Perbezaan Umur

KPN adalah untuk kanak-kanak berumur 0-4 tahun (‘nursery’ / Taska) manakala KSPK
adalah kurikulum bagi kanak-kanak dari umur 4-6 tahun (Tadika) dan KSSR Tahap Satu
adalah untuk murid berumur 7-8 tahun di sekolah arus perdana.

3.2 Aspek Kerangka / Model Kurikulum (sila rujuk lampiran 1)

Pembelajaran sains awal dalam KSPK dan KSSR Tahap Satu (Tahun Satu dan Dua)
memiliki nama yang sama iaitu Tunjang Sains dan Teknologi yang berkaitan dengan
pengetahuan, kemahiran dan sikap saintifik (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016)
manakala KPN menamaikannya sebagai bidang pembelajaran Perkembangan Deria dan
Pemahaman Dunia Persekitaran yang mendedahkan konsep dan pengalaman sains awal
(Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak (PERMATA), 2013).

KPN yang melibatkan kelima-lima deria kanak-kanak (mata, kulit, hidung, mulut, dan
telinga) selaras dengan Teori Kognitif Jean Piaget bahawa kanak-kanak berada dalam tahap
perkembangan Deria Motor ketika 0-2 tahun yang menggunakan deria mereka untuk
mempelajari objek di sekelilingnya (Nachiappan, 2015 & Huffman, 2000).

3.3 Aspek Matlamat dan Objektif (sila rujuk lampiran 2)

KPN bertujuan memberi pengalaman menerokai dan mengalami alam sekitar kepada
kanak-kanak agar mereka dapat mengenali dan memahami dunia persekitaran (Bahagian
Pendidikan Awal Kanak-kanak (PERMATA), 2013) manakala KSPK berbeza kerana ia
menekankan pembentukan sikap dan penguasaan kemahiran proses sains melalui
penyiasatan terhadap alam persekitaran (Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), April
2016). KSSR pula menunjukkan sedikit persamaan dengan KSPK kerana ia juga menanam
minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi

PAKK 3253 SAINS AWAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 4


menguasai ilmu sains, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan nilai
murni.

Semua pembelajaran sains awal adalah berkonsepkan Model Pembelajaran 3E


(Exploring, Experience and Experimen) (Rofa Education Centre, 2017). Namun, KPN lebih
bermatlamat dalam perkembangan deria dan pengalaman penerokaan alam sekitar kanak-
kanak manakala KSPK dan KSSR (Tahap Satu) lebih menekankan penguasaan ilmu,
kemahiran dan sikap saintifik serta nilai murni.

3.4 Aspek Skop Kandungan Pembelajaran

Persamaannya ialah semua kurikulum belajar mengenai alam hidupan, alam bahan
dan alam fizikal (sila rujuk Jadual 1 dalam lampiran 3).

Perbezaan dapat dilihat dari aspek nama-nama komponen. Misalnya, alam semesta
dalam KPN telah dinamai sebagai Bumi dan Angkasa dalam KSSR. Seterusnya, ilmu bumi
semesta tidak dipelajari dalam KSPK tetapi dipelajari dalam KPN dan KSSR. Selain itu, KSSR
juga mengandungi komponen Teknologi dan Kehidupan Lestari manakala KSPK dan KPN
tidak belajar tentangnya. Walupun komponen yang dipelajari lebih kurang sama, tajuk-tajuk
di bawah komponen-komponen itu memunyai perbezaannya (sila rujuk Jadual 2, 3, dan 4
dalam lampiran 3).

1. Alam Hidupan / Sains Hayat

Persamaan ialah kanak-kanak akan belajar mengenai benda hidup dan bukan hidup,
manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan dalam kandungan ketiga-tiga kurikulum.

2. Alam Bahan / Sains Bahan

Perbezaan antara ketiga-tiga kurikulum ialah kanak-kanak akan mula mengenali


bahan-bahan di persekitaran semasa di Permata manakala mereka akan meneroka sifat
bahan-bahan di prasekolah. Murid-murid akan belajar tentang konsep penyerapan pada
Tahun Satu tetapi pengetahuan mengenai campuran bahan semasa Tahun Dua berdasarkan
KSSR.

3. Alam Fizikal / Sains Fizikal

Perbezaannya adalah KPN berobjektif untuk membina pemahaman kanak-kanak


mengenai alam fizikal seperti bentuk, saiz, corak dan kejadian-kejadian alam manakala KSPK
memerlukan kanak-kanak meneroka alam fizikal dalam kehidupan seharian. Bagi KSSR,

PAKK 3253 SAINS AWAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 5


murid Tahun Satu akan mempelajari tentang magnet dan murid Tahun Dua akan belajar
tentang konsep terang dan gelap serta elektrik.

4. Peraturan Bilik Sains

Peraturan Bilik Sains telah terkandung dalam KSSR tetapi tidak dalam KPN dan KSPK.

5. Kemahiran Saintifik dan Proses Sains

Semua kurikulum PAKK telah diterapkan kemahiran proses sains dalam


kandungannya.

Namun, ia dinyatakan jelas dalam standard kandungan KSPK tetapi hanya dapat
diperhatikan melalui contoh aktiviti kemahiran saintifiknya serta pencapaian tahap
perkembangan kanak-kanak dalam KPN dan KSR (sila rujuk Jadual 5 dalam lampiran 3).

6. Kemahiran Manipulatif

KSSR Tahap Satu telah menyenaraikan komponen kemahiran manipulatif dalam


standard kandungannya manakala KSPK tiada. Namun, ia telah diterapkan melalui aktiviti
pembelajaran dalam interaksi harian (sila rujuk Rajah 5 dalam lampiran 3). Hal ini dapat
membantu meningkatkan kemahiran motor kanak-kanak dan disokong oleh padangan Johann
Heinrich Pestalozzi bahawa pembelajaran konsep hendaklah melalui manipulatif (Bejan,
2012) .

7. Sikap Saintifik dan Nilai Murni

Sikap saintifik dan nilai murni telah diterapkan dalam KPN, KSPK dan KSSR.

Namun, ia dinyatakan dengan jelas sebagai satu standard kandungan dalam KSPK
manakala penerapannya dalam KPN dan KSSR hanya dapat dilihat menerusi hasil-hasil
pembelajaran atau tahap-tahap perkembangan kanak-kanak. Contohnya, pernyataan
“membina sifat ingin tahu dan suka meneroka dan menyelesaikan masalah” dalam hasil
pembelajaran KPN telah menunjukkan terapan sikap minat dan bersifat ingin tahu tentang
alam sekeliling serta nilai berani mencuba (Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak
(PERMATA), 2013).

Bagi KSSR, jadual tafsiran tahap penguasaan bagi sikap saintifik dan nilai murni
daripada skor 1 – 6 telah dicipta bagi menilai sikap dan nilai saintifik kanak-kanak
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015).

PAKK 3253 SAINS AWAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 6


3.5 Aspek Kandungan Dalam Dokumen Kurikulum

3.5.1 Aspek Cadangan Aktiviti

Montessori menegaskan kepentingan pengalaman aktiviti dalam PAKK agar kanak-


kanak berpeluang untuk mengendalikan bahan-bahan bagi menyelesaikan tugas sebenar
(Lah, 2004). Sehubungan ini, cadangan-cadangan aktiviti telah disenaraikan KSSR Tahap
Satu mengikut topik-topik tetapi kurang dicatatkan dalam KPN dan KSPK.

3.5.2 Langkah Pelaksanaan Eksperimen

KSSR menyenaraikan langkah-langkah pelaksanaan eksperimen tetapi KPN dan


KSPK tiada.

3.6 Persamaan Keseluruhan

Keseluruhannya, KPN, KSPK dan KSSR semua mengandungi standard atau hasil
pembelajaran kanak-kanak, melibatkan deria-deria, kemahiran serta nilai saintifik dan
pendekatannya adalah berasaskan inkuiri dan berpusatkan murid.

(830 p.p)

PAKK 3253 SAINS AWAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 7


4.0 Rumusan

Kurikulum adalah rancangan pengajaran dan pembelajaran yang disusun bagi


mencapai sesuatu matlamat pendidikan (Lah, 2004). Adalah penting bagi seseorang guru
untuk memahami komponen-komponen penting dalam sesebuah kurikulum iaitu Falsafah,
Matlamat / Objektif, Isi kandungan, Aktiviti Pembelajaran dan Penilaian (Feldman, 1991).

Dengan ini, pembelajaran sains awal dalam PAKK dapat dijalankan dengan lebih
berkualiti jika guru memahami dan menghayati komponen-komponen kurikulum pendidikan
sains.

PAKK 3253 SAINS AWAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 8

You might also like