You are on page 1of 82

1.

0 PENGENALAN

Pendidikan adalah kepentingan awam. Sistem pendidikan berperanan penting dalam pembangunan negara. Pendidikan yang berkulaiti dan cemerlang merupakan wahana usaha dalam membangunkan alaf baru yang mempunyai modal insan yang tinggi untuk menghadapi cabaran era globalisasi. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, (PIPP) (2007) telah menyatakan generasi yang mempunyai modal insan yang tinggi mampu melahirkan generasi Minda Kelas Pertama.

Generasi Minda Kelas Pertama merupakan generasi yang dapat membantu merealisasikan hasrat Malaysia untuk menjadi negara yang berstatus negara maju pada tahun 2020. Pernyataan dalam PIPP disokong oleh Ismail (2001) bahawa masyarakat yang berpengetahuan tinggi dalam bidang pendidikan dapat membantu negara kita dalam merealisasikan Wawasan 2020.

Modal Insan

Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun abdullah Hj. Ahmad Badawi telah mencetuskan revolusi modal insan yang mendokong Wawasan 2020. (Jabatan Penerangan Malaysia, 2006). Berdasarkan kepada revolusi ini, modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nila murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan santun, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Kesemua nilai murni ini dapat melahirkan insan Minda Kelas

Pertama yang mempunyai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang termasuk Sains dan teknologi.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Sebagai usaha melahirkan insan yang mempunyai Minda Kelas Pertama, pendidikan di Malaysia menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) sebagai panduan kesemua aktiviti pendidikan di Malaysia ( Universiti Sains Malaysia, 2007). FPK menekankan keseimbangan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

Jesteru, bagi melahirkan generasi yang seimbang dalam semua aspek JERIS serta berpengetahuan tinggi dalam bidang Sains dan Matematik, pendidikan Sains sekolah rendah telah diperkenalkan. Tunjang utama pendidikan Sains di Malaysia adalah untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai budaya bercorakan Sains dan teknologi (Pusat Perkembangan Kurikulum, PPK (2003). Menurut Robiah (2001) konsep pembudayaan Sains dan teknologi diertikan sebagai satu proses pemerolehan pengetahuan, perkembangan pemikiran kreatif dan kritis serta latihan kemahiran dalam bidang Sains dan teknologi. Ini bertujuan untuk membolehkan seseorang memperolehi sikap nilai yang progresif dan responsif terhadap penggunaan teknologi yang kompleks. Kenyataan ini menyokong pembestarian dalam proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada pendidikan bertaraf dunia. Ismail (2001) menyatakan pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan generasi yang mengamalkan budaya berfikir, kritis, kreatif dan inovatif. Hanya manusia yang berbudaya fikir dapat bersaing di medan

antarabangsa serta menjanakan idea ke arah pembangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan negara.

Pendidikan Sains

Pendidikan Sains bertujuan untuk melahirkan generasi muda yang peka terhadap Sains dan teknologi (Robiah, 2001). Generasi muda yang peka terhadap Sains dan teknologi dapat melahirkan masyarakat yang progresif, saintifik, berdaya saing dan berpandangan kehadapan. Ini bertujuan untuk merealisasikan misi Pendidikan Sains di Malaysia iaitu melahirkan masyarakat yang celik Sains dan teknologi (PPK, 2003). Misi Pendidikan Sains ini positif dengan kenyataan Mahathir (1991) dalam Robiah (2001) iaitu masyarakat yang mempunyai budaya bercorakan Sains dan teknologi dapat menyumbang kepada tamadun saintifik. Pendidikan Sains sekolah rendah diperkenalkan pada 1994 (Yeam, 2007). Menurut Tan (1999) dalam Tay dan Mohamad Yusuf (2008) Pendidikan Sains telah diperkenalkan bagi mengatasi kekurangan mata pelajaran Alam dan Manusia. Sukatan Pendidikan Sains digubal semula pada tahun 2002 dan mata pelajaran Sains tahap satu diperkenalkan pada tahun 2003 dan Bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa pengantar.

Matlamat Pendidikan Sains bertujuan untuk melahirkan masyarakat berliterasi dan membudayakan Sains dalam setiap dimensi kehidupan (Tamby Subahan, 1998). Matlamat ini sejajar dengan kenyataan yang tertulis dalam penyata Jawatankuasa Perancangan Pelajaran Tinggi 1996 (para 100) dalam Tamby Subahan (1998) seperti yang berikut.
3

Pentingnya ilmu Sains dan teknologi dalam memajukan kedua-dua sumber (tenaga manusia dan alam) ini dipertingkatkan. Satu asas yang kukuh dalam mata pelajaran Sains dengan kadar tenaga manusia secukupnya membuat pengkhususan dalam berbagai-

bagai lapangan Sains adalah penting bukan sahaja untuk penyelidikan tetapi juga untuk pembangunan

Penyampaian Mata Pelajaran Sains

Penyampaian mata pelajaran Sains dilaksanakan dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu iaitu melalui proses inkuiri dan bukan tertumpu kepada penyelesaian sahaja. Oleh itu, penyampaian mata pelajaran Sains dengan menggunakan kaedah yang berkesan dapat membantu guru menyediakan sesi pengajaran yang efektif. Pembelajaran yang efektif dapat diwujudkan dengan mengaplikasikan kemahiran berfikir untuk membantu murid berfikir secra efktif. Kemahiran berfikir dapat diaplikasikan dengan menggunakan alat berfikir yang sesuai seperti peta minda Tee et. al (2010).

Keberkesanan Peta Minda

Kemahiran berfikir dapat dipelajari dengan mudah menggunakan alat berfikir yang sesuai seperti peta minda (Tee et. al 2010). Menurut Som dan Mohd Dahlan (1998) dalam Tee et. al (2010) alat berfikir seperti peta minda dapat membantu individu menggunakan minda secara sistematik dan optimum. Peta minda merupakan alat berfikir untuk menghasilkan grafik yang berupaya menyediakan kata kunci yang mudah. Oleh itu, peta minda dapat membantu murid untuk memahami apa yang mereka lihat dan digambarkan oleh minda mereka. Hal ini kerana penggunaan peta minda melibatkan penggunaan otak kanan dan otak kiri secara optimum. Kajian Abdullah (2009) dan Mohd. Faizal (2010) menunjukkan penggunaan peta minda dapat membantu murid menguasai sesuatu topik pembelajaran Sains dengan mudah.

Menurut Saifuddin (2008) penggunaan peta minda dapat meningkatkan kefahaman dan ingatan konsep pembelajaran pelajar kerana manusia merupakan makhluk yang image and visually oriented yang banyak belajar daripada penglihatan. Apa yang didengar dan dibaca akan divisualkan dalam pemikiran kita untuk mendapat konsep dan makna sesuatu perkara dengan lebih jelas. Maklumat yang diterima oleh murid akan bertambah sekiranya guru menayangkan gambar dan imej termasuk peta minda. Komponen grafik mampu memandu pelajar meningkatkan penglibatan dan tahap pemahaman dalam pembelajaran mereka.

Penggunaan garfik peta minda menunjukkan dapatan yang positif sebagai satu proses penyampaian bahan pembelajaran. Atan dan Idrus (1999) dalam Saifuddin
5

(2008). Selain itu, Collin (1960) dalam Mohd. Hanim (2009) telah menyatakan kebaikan penggunaan peta minda dalam kehidupan seharian individu seperti yang berikut. Membantu menyelesaikan masalah Merangka bentuk pengajaran Menggambarkan tahap kreativiti individu

Kenyataan Collin (1960) dikukuhkan lagi oleh Buzan (1991) dalam Mohd Hanim (2009) iaitu penggunaan peta minda dapat meningkatkan penggunaan otak kanan dan otak kiri manusia yang membawa kepada keseimbangan daya pemikiran manusia.

Masalah Penyampaian Mata Pelajaran Sains

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Sains berlangsung, guru turut berhadapan dengan masalah menyampaikan konsep Sains yang abstrak. Kesukaran guru menyampaikan suatu konsep Sains disebabkan oleh beberapa faktor. Tamby Subahan (1998) dalam Tee et. al (2010) menyatakan kesediaan murid dan guru untuk mengajar memberi impak yang besar terhadap tahap penguasaan konsep Sains. Kesediaan murid dipengaruhi oleh keupayaan murid untuk menyesuaikan konsep Sains awal dan baharu yang telah mereka pelajari di sekolah. Selain itu, guru perlulah mengetahui bagaimana tanggapan awal murid terhadap konsep yang diajar. Sebagai guru Sains, guru perlu memahami konsep Sains dengan jelas dan selaras dengan konsep Sains yang diterima oleh para saintis. Seterusnya guru juga harus sedar akan tanggapan murid terhadap mata

pelajaran Sains kerana pelajar beranggapan bahawa mata pelajaran Sains hanya diajar secara tradisional seperti pemberian nota kuliah seperti yang dinyatakan oleh Noor (2002) dalam Kamisah et al (2007).

Tindakan Guru

Berdasarkan kepada kelebihan penggunaan peta minda yang telah dibincangkan menyebabkan saya memilih penggunaan peta minda berbantukan Mindjet Manager untuk memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Penggunaan peta minda dapat membantu saya menyampaikan konsep Sains yang bermula daripada konsep yang mudah kepada konsep yang abstrak. Ini bersesuaian dengan dapatan kajian Abdullah (2009). Dapatan kajian ini membuktikan penggunaan peta minda dapat membantu murid dalam mengingat, memahami dan menguasai sesuatu konsep pembelajaran iaitu penggunaan peta minda telah meningkatkan prestasi pelajar beliau sebanyak 15. 71%. Dapatan kajian ini selarai dengan kenyataan Deporter dan Hernacki (2002) dalam R.M. Saat et. al (2011) yang menyatakan bahawa otak manusia sering kali mengingat informasi dalam bentuk gambar, simbol, suara, bentukbentuk dan perasaan.

Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran Sains kepada murid Tahun 5 Bestari, penggunaan peta minda dapat membantu mereka meningkatkan tahap penguasaan konsep Sains kerana peta minda mempunyai kelebihan untuk menukarkan fakta-fakta yang bosan kepada fakta yang berwarna-warni yang dapat menarik minat murid untuk belajar (Buzan, 2005) dalam Tee et. al (2010).
7

1.1 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Sebagai seorang guru pelatih yang sedang menjalani latihan mengajar, saya telah mengaplikasikan kaedah-kaedah pengajaran Sains yang telah dipelajari. Namun begitu, keberkesanan penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran mestilah selaras dengan pembelajaran murid. Sesi interaksi yang pertama bersama murid Tahun 5 Bestari pada 08.02.2011 iaitu tajuk rantai makanan. Diakhir sesi pembelajaran murid perlu tahu membina siratan makanan. Sebelum membina rantai makanan, murid perlu mengetahui kategori-kategori haiwan mengikut jenis makanan. Bagi kategori haiwan, saya telah memberikan lembaran kerja kepada murid dan mengarahkan murid untuk mengelaskan haiwan berdasarkan kepada jenis makanan. Hasil daripada sesi perbincangan didapati murid tidak menghadapi masalah dalam mengelaskan haiwan mengikut kategori yang betul.

Bagi menguji peguasaan konsep rantai makanan mereka, saya telah memberikan lembaran kerja dan mengarahkan mereka untuk membina rantai makanan. Hasil daripada lembaran kerja yang diberikan, saya mendapati murid tidak mempunyai masalah dalam menguasai konsep rantai makanan. Pada 09.02.2011, saya telah menjalankan sesi penajaran dan pembelajaran saya yang kedua. Topik pembelajaran pada hari tersebut ialah siratan makanan. Topik ini merupakan kesinambungan daripada topik rantai makanan. Objektif pengajaran saya pada hari itu ialah murid berupaya membina siratan makanan dengan betul.

Saya telah merangsang idea murid terhadap topik ini dengan mengulangkaji kembali isi penting yang terdapat dalam topik rantai makanan. Ketika sesi fasa penstrukturan semula idea, saya telah membincangkan lembaran kerja yang telah saya berikan ketika fasa mencetuskan idea. Lembaran kerja tersebut telah menyoal bilangan rantai makanan yang terdapat dalam gambar rajah yang diberikan iaitu gambar rajah siratan makanan. Hasilnya 15 orang murid tidak dapat mengira jumlah rantai makanan dengan betul.

Rajah 1: Gambar rajah lembaran kerja Sains.

Bagi membolehkan murid tahu bagaimana untuk mengira bilangan rantai makanan di dalam siratan makanan, saya telah menunjukkan cara mengira dengan menggunakan warna yang berlainan. Ini adalah bertujuan untuk membezakan perkaitan antara pengeluar(producer) dan pengguna(consumer) yang terdapat dalam siratan
9

makanan tersebut. Disamping itu, saya juga telah menyediakan kad gambar haiwan dan tumbuhan. Saya telah melekatkan kad gambar rumput dan meminta lima orang murid untuk memilih kad gambar yang lain. Murid melekatkan kad gambar haiwan tersebut dengan membentuk rantai makanan. Setelah kesemua kad gambar telah dilekatkan,saya telah meminta murid untuk mengira bilangan rantai makanan yang terbentuk. Selepas itu,saya telah membuat kesimpulan bahawa siratan makanan terbentuk apabila dua atau lebih rantai makanan dalam suatu populasi.

Ketika sesi pengajaran berlangsung, saya mendapati murid mula menunjukkan kekeliruan dalam menguasai konsep siratan makanan. Kekeliruan ini berlaku apabila saya meminta murid membina siratan makanan dalam aktiviti kumpulan. Saya telah memberikan satu contoh rantai maknan dihadapan kelas dan mengarahkan murid membina siratan makanan berdasarkan kepada rantai makanan tersebut. Pemerhatian saya terhadap hasil kerja mereka menunjukkan bahawa murid lebih cenderung membina rantai makanan yang mempunyai pengguna (consumer) yang banyak. Murid mengatakan bahawa rantai makanan tersebut ialah siratan makanan. Selain itu murid turut melakukan kesalahan dengan membina siratan makanan yang dimulakan dengan pengguna (consumer).

Saya telah memperbetulkan kesilapan ini dengan memberikan lebih banyak contoh rantai makanan. Sebagai contoh saya telah memberikan contoh siratan makanan yang terbina daripada pelbagai habitat seperti ladang, kolam, sawah padi dan taman. Walaubagaimanapun, murid masih melakukan kesilapan berulang-ulang malah murid membina rantai makanan dengan menggunakan pengeluar (producer) yang sama. Sekali
10

lagi saya telah memperbetulkan kesilapan mereka dengan menggunakan unsur permainan dalam penerangan saya. Namun begitu, murid masih tidak berupaya menguasai konsep siratan makanan. Murid masih membina rantai makanan untuk membina siratan makanan.

Jesteru, saya mendapati krisis yang dilamai oleh murid Tahun 5 Bestari perlu saya berikan perhatian yang lebih serius. Masalah ini bukan hanya berpunca daripada murid semata-mata, malah mungkin disebabkan oleh saya sebagai seorang guru yang bertaggungjawab menyampaikan konsep Sains kepada mereka. Amalan pengajaran dan pembelajaran saya memerlukan penambahbaikan dan perubahan agar situasi ini dapat diatasi. Namun begitu, amalan pengajaran dan pembelajaran saya yang baharu perlulah berupaya mengatasi masalah murid Tahun 5 Bestari terhadap penguasaan konsep Sains. Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh murid Tahun 5 Bestari adalah seperti yang berikut.

11

Rajah 2: Kesalahan yang dilakukan oleh murid

Rajah 3: Kesalahan yang dilakukan oleh murid

12

Rajah 4: Kesalahan yang dilakukan oleh murid

13

Rajah 5: Kesalahan yang dilakukan oleh murid

Rajah 2-5 yang ditunjukkan di atas merupakan kesalahan yang dilakukan oleh murid Tahun 5 Bestari. Kesalahan ini berpunca daripada masalah pengajaran saya yang
14

menyebabkan murid-murid saya tidak dapat menguasai konsep Sains yang saya sampaikan kepada mereka.

1.2 FOKUS KAJIAN

Kajian ini berfokus kepada keberkesanan penggunaan peta minda berbantukan perisian Mindjet Manager terhadap tahap penguasaan konsep Sains murid Tahun 5 Bestari. Penggunaan peta minda merupakan reformasi amalan pengajaran dan pembelajaran saya. Murid di dalam sebuah kelas mempunyai tahap penguasaan konsep Sains yag berbeza antara satu sama lain. Menurut Faseeha (2006) tahap penguasaan konsep Sains terbahagai kepada tiga tahap iaitu tahap lemah, sederhana dan cemerlang. Ukuran ini menunjukkan tahap penguasaan konsep Sains murid Tahun 5 Bestari adalah lemah. Seramai 27 daripada 31 orang murid (87. 10%) mempunyai tahap penguasaan konsep yang lemah. Tahap penguasaan konsep Sains dikategorikan sebagai lemah apabila murid tidak mencapai peratus gred sederhana yang telah ditentukan oleh Gred Peperiksaan Awam (2010).

Tahap penguasaan konsep Sains murid Tahun 5 Bestari diperolehi daripada analisis kandungan lembaran kerja dan ujian. Seramai 27 orang murid (87.10%) berada pada tahap penguasaan konsep Sains yang lemah amat memberi tekanan kepada saya sebagai seorang guru. Kegagalan murid Tahun 5 Bestari menguasai konsep Sains akan memberikan kesan terhadap penguasaan konsep Sains mereka dalam tajuk-tajuk yang berikutnya.
15

Masalah murid Tahun 5 Bestari yang mempunyai tahap penguasaan konsep Sains yang lemah mungkin berpunca daripada amalan pengajaran dan pembelajaran saya yang tidak sesuai dengan murid kelas ini. Amalan pengajaran dan pembelajaran saya sebelum ini telah menunjukkan bahawa kaedah lama yang saya gunakan tidak membantu murid kelas ini untuk menguasai konsep Sains. Mata pelajaran Sains merupakan mata pelajaran yang dianggap bosan oleh murid saya. Selain itu, saya juga turut mengalami kesukaran untuk menerangkan konsep Sains kepada murid saya.

Keadaan ini menyebabkan murid-murid sukar untuk menguasai konsep dengan mudah. Jesteru, saya telah memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan peta minda sebagai amalan pengajaran baru. Penggunaan peta minda dapat membantu saya menyampaikan konsep Sains yang mudah dan abstrak kepada murid dengan berbantukan perisian Mindjet Manager. Anjakan terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran saya merupakan langkah pertama dalam perubahan amalan pedagogi yang kurag efektif dalam menyampaikan konsep Sains kepada murid Tahun 5 Bestari SK Tuarid Taud Keningau.

1.3 ISU KAJIAN/ PERNYATAAN MASALAH

Saya telah menjalankan latihan praktikum selama 12 minggu. Latihan ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada saya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di bilik darjah. Semasa latihan ini saya ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Sains tahun 5. Mata pelajaran Sains merupakan major pengkhususan saya. Sebagai guru pelatih, saya ,menjalankan tugas berbekalkan ilmu,
16

kemahiran serta sifat-sifat keguruan yang diperolehi ketika menjalankan latihan di institut dan latihan praktikum sebelum ini. Pelbagai kaedah dan teknik pengajaran yang saya aplikasikan dalam interaksi saya bersama murid Tahun 5 Bestari SK Tuarid Taud, Keningau. Namun begitu, amalan pengajaran saya mungkin tidak membantu dalam menyampaikan konsep Sains kepada murid. Hasil daripada refleksi yang dilakukan, saya mendapati bahawa faktor bahasa bukan menjadi faktor kepada kegagalan saya menyampaikan konsep Sains kepada murid kerana pengajaran disampaikan dalam

Bahasa Malaysia. Penggunaan Bahasa Malaysia adalah selaras dengan perubahan bahasa pengantar mata pelajaran Sains kepada Bahasa Malaysia bagi menggantikan Bahasa Inggeris ( Kementerian Pelajaran Malaysia KPM, 2010).

Selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), saya telah menggunakan 90% Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Namun, saya masih menggunakan sedikit Bahasa Inggeris kerana bahasa pengantar yang terdapat dalam buku teks Sains tahun 5 masih menggunakan bahasa ini. Lembaran kerja yang diberikan juga adalah dalam bentuk dwibahasa. Ini bagi mengelakkan kekeliruan murid terhadap istilah-istilah yang terdapat dalam buku teks. Pada setiap sesi pengajaran dan pembelajaran saya menggunakan model pengajaran lima fasa Needham. Model pengajaran ini terbahagi kepada lima fasa seperti yang dijelaskan dalam jadual 1.

17

Jadual 1: Model Pengajaran Lima Fasa Needham.

5 Fasa Needham Orientasi

Penjelasan Menimbulkan minat dan menyediakan suasana

Pencetusan idea

Supaya murid dan guru sedar tentang idea terdahulu

Penstrukturan semula idea

Mewujudkan kesedaran tentang idea alternatif yang berbentuk saintifik.

i.Penjelasan dan pertukaran

Menyedari bahawa idea-idea sedia ada perlu diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik.

ii. Pendedahan kepada situasi konflik

Mengenalpasti idea-idea alternatif dan memeriksa secara kritis idea-idea sedia ada sendiri

Menguji kesahan idea-idea sedia ada iii. Pembinaan idea baru Pengubahsuaian, pemgembangan atau penukaran idea. Penggunaan idea Pengukuhan kepada idea yang telah dibina dalam situasi baru dan biasa

Refleksi /Renungan

Menyedari tentang perubahan idea murid. Murid dapat membuat refleksi sejauh manakah idea asal mereka telah berubah.

Sumber: Needham (1987) dalam Subadrah Nair dan Malar (2005)

Berdasarkan kepada fasa yang terdapat dalam model pengajaran ini, saya memberikan lembaran kerja secara individu dalam fasa pencetusan idea dan penggunaan idea. Selain itu lembaran kerja dalam bentuk kerja kumpulan diberikan pada fasa penstrukturan semula idea. Lembaran kerja menunjukkan bahawa tahap penguasaan konsep Sains murid Tahun 5 Bestari adalah lemah apabila hanya 12 daripada 31
18

(38.71%) orang murid sahaja yang boleh membina siratan makanan. Murid dikategorikan dalam tahap penguasaan konsep Sains yang lemah apabila memperoleh 0 hingga 39 markah. Pemarkahan ini merujuk kepada Gred Peperiksaan Awam (2010). Tahap penguasaan konsep Sains yang lemah ini ditunjukkan berdasarkan kepada hasil kerja murid ketika membina siratan makanan dalam tajuk rantai makanan dan siratan makanan. Masalah ini merungsingkan saya kerana murid Tahun 5 Bestari mempunyai tahap pencapaian yang baik dalam peperiksaan berdasarkan kepada class streaming yang dilakukan oleh pihak sekolah. Murid Tahun 5 Bestari sepatutnya tidak berada pada tahap penguasaan konsep Sains yang lemah. Masalah ini mungkin juga berpunca daripada masalah amalan pengajaran saya. Ini dibuktikan apabila 21 orang murid mempunyai tahap penguasaan konsep Sains yang lemah dalam ujian pra yang diberikan.

Kegagalan menyampaikan ilmu Sains dengan berkesan kepada murid Tahun 5 Bestari menyebabkan saya tidak dapat mencapai objektif pengajaran yang ditetapkan. Dalam tajuk siratan makanan, murid perlu tahu mensintesis dan menganalisis rantai makanan untuk membina siratan makanan. Mungkin pengajaran yang kurang berkesan menyebabkan murid Tahun 5 Bestari tidak dapat menguasai konsep siratan makanan yang disampaikan. Sebagai usaha mengatasi kelemahan pengajaran, saya memberikan beberapa contoh siratan makanan. Antaranya siratan makanan di taman bunga dan taman Sains. Merujuk kepada contoh siratan makanan tersebut, saya telah mengarahkan murid untuk membina siratan makanan. Saya juga telah menyuruh mereka merujuk kepada gambar habitat sawah padi yang saya berikan. Walaubagaimana pun, hanya dua kumpulan daripada lima kumpulan sahaja dapat membina siratan makanan. Jumlah murid bagi kedua-dua kumpulan adalah seramai 12 orang.
19

Dalam usaha untuk mengatasi masalah ini, saya telah memberikan beberapa contoh siratan makanan bagi habitat yang berbeza seperti kebun, kolam dan padang. Selain itu, saya turut menerangkan konsep siratan makanan dengan menggunakan aktiviti permainan dan penggunaan ICT seperti paparan persembahan powerpoint. Selepas itu saya mengarahkan murid untuk membina siratan makanan berdasarkan kepada contoh siratan makanan yang telah disediakan. Namun begitu, masalah yang sama berulang dan murid masih cenderung membina siratan makanan dalam bentuk rantai makanan. Bentuk rantai makanan yang dibina adalah rantai makanan yang mempunyai pengguna (consumer) yang banyak. Kesilapan ini terbukti apabila sesi pembentangan dijalankan. Saya telah menunjukkan satu contoh siratan makanan yang salah. Siratan makanan tersebut dibina dengan menggunakan rantai makanan yang banyak tetapi menggunakan pengeluar (producer) yang sama. Saya bertanya kepada setiap kumpulan adakah gambar rajah tersebut adalah rantai makanan atau siratan makanan. Hanya 12 orang murid sahaja yang mengatakan gambar tersebut adalah rantai makanan. Ini menunjukkan sebanyak 61.29% murid tidak dapat membezakan antara rantai makanan dan siratan makanan. Jadual di bawah menunjukkan antara kesalahan yang dilakukan oleh murid Tahun 5 Bestari.

20

Rantai Makanan Betul : Rumput belalangkatakular Betul :

Siratan Makanan Rumpai airikan kecil ikan besar burung raja udang Udang

Ikan besar Padi tikusular helang

Belalang

Burung Kesalahan yang dilakukan murid Kesalahan yang dilakukan murid : : Rumput belalang Belalang ular Katak ular Rumpai airudangikan kecilikan besarburung raja udang Padi belalangtikusburungularhelang

Jadual 2: Contoh jawapan murid

Situasi ini membimbangkan saya sebagai guru pelatih yang bakal menjadi guru permulaan pada tahun hadapan. Pertanyaan adakah murid Tahun 5 Bestari lemah disebabkan oleh masalah pembelajaran yang mereka hadapi atau disebabkan oleh amalan pengajaran dan pembelajaran saya yang kurang berkesan perlu dijawab. Kaedah pengajaran saya yang kurang berkesan akan memberikan kesan kepada murid Tahun 5 Bestari apabila mereka menjalankan ujian semester yang akan berlangsung dalam tempoh dua bulan lagi. Perkara ini merunsingkan saya kerana soalan ujian semester tersebut akan merangkumi topik-topik yang telah saya ajar. Kegagalan saya menyampaikan konsep Sains dengan efektif kepada murid Tahun 5 Bestari akan
21

memberikan kesan terhadap penguasaan konsep Sains pada tajuk yang seterusnya. Selain itu , penguasaan konsep Sains yang lemah akan memberikan kesan kepada murid Tahun 5 Bestari apabila mereka berada di tahun enam dan kesan ini akan di bawa hingga ke sekolah menengah.

Bagi mengatasi masalah ini, saya telah menunjukkan video lagu bangau oh bangau untuk memberikan gambaran kepada mereka tentang konsep siratan makanan. Saya telah menayangkan video lagu ini pada fasa set induksi. Pada fasa penstrukturan semula idea saya telah menggunakan persembahan powerpoint untuk membantu murid meningkatkan penguasaan konsep Sains murid. Namun begitu, didapati murid masih sukar untuk menguasai konsep membentuk siratan makanan.

Selain itu, saya juga menggunakan permainan dalam aktiviti kumpulan murid. Aktiviti bermain dalam proses pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk membantu murid Tahun 5 Bestari meningkatkan lagi tahap penguasaan konsep Sains murid. Permainan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan harapan untuk menimbulkan rasa seronok dalam kalangan murid Tahun 5 Bestari.

Saya telah mengaplikasikan semua kaedah dan teknik pengajaran yang pernah saya gunakan sebelum ini bagi menyampaikan tajuk siratan makanan. Namun, latihan yang saya berikan kepada murid menjadi indikator terhadap penguasaan konsep Sains murid Tahun 5 Bestari hasil daripada masalah pengajaran saya. Jawapan murid bagi soalan-soalan latihan yang diberikan telah membuktikan bahawa tahap penguasaan konsep Sains mereka adalah lemah berdasarkan ukuran tahap Faseeha (2006). Seramai
22

19 daripada 31 orang murid tidak dapat membina siratan makanan. Sebagai guru saya tidak seharusnya memandang ringan akan msalah ini. Kegagalan murid Tahun 5 Bestari menguasai konsep Sains merupakan penanda aras keberkesanan amalan pengajaran dan pembelajaran saya selama ini.

Jesteru, 19 orang murid yang gagal membina siratan makanan merupakan masalah yang harus saya tangani dengan segera kerana kegagalan ini adalah berpunca daripada amalan pedagogi saya yang kurang berkesan. Keberkesanan amalan pengajaran dan pembelajaran yang saya laksanakan ialah kunci kepada penguasaan konsep Sains murid Tahun 5 Bestari. Sekiranya saya gagal dalam menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna kepada murid Tahun 5 Bestari, konsep Sains yang salah akan tertanam dan menjadi sebati dalam minda mereka.

Masalah penguasaan konsep Sains yang lemah juga akan memberikan kesan kepada penguasaan konsep-konsep Sains yang lain. Konsep Sains perlu dikuasai agar murid dapat menguasai konsep-konsep asas dalam Sains. Konsep asas dalam mata pelajaran Sains merupakan asas penting dalam penguasaan ilmu Sains (Azizi dan Aimi, 2010). Penguasaan konsep Sains yang lemah dalam kalangan murid Tahun 5 Bestari akan menimbulkan krisis apabila mereka berada di tahun enam. Penguasaan konsep Sains mereka akan dinilai dalam peperiksaan awam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Isu ini akan memberikan impak yang negatif terhadap pencapaian murid. Sebagai seorang guru pelatih yang diberikan peluang untuk melaksanakan latihan mengajar di
23

sekolah, saya mengaplikasikan apa jua yang saya pelajari di institut. Kegagalan mengupayakan murid Tahun 5 Bestari menguasai konsep Sains dengan baik telah memberikan gambaran negatif terhadap kemahiran dan amalan pedagogi saya. Tempoh latihan pengajian saya selama lima tahun hanya sia-sia, sekiranya saya gagal menjadi guru yang efektif serta gagal menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna kepada murid-murid saya.

Tempoh latihan yang saya jalankan ketika berada di institut bukan alasan terhadap masalah murid Tahun 5 Bestari menguasai konsep Sains. Ini adalah disebabkan oleh amalan pengajaran dan pembelajaran yang saya amalkan selama ini. Amalan pengajaran dan pembelajaran saya sebelum ini berkesan terhadap murid di sekolah yang lain namun, amalan pengajaran dan pembelajaran saya sebelum ini tidak berkesan terhadap murid tahun 5 Bestari SK Tuarid Taud.

Krisis yang berlaku dalam kalangan murid Tahun 5 Bestari akan berlarutan dan bertambah teruk jika tidak mengubah amalan pengajaran saya. Saya memainkan peranan yang sangat penting dalam menyediakan kaedah pengajaran yang efektif seperti yang telah disarankan oleh pendekatan konstruktivism dalam pengajaran dan pembelajaran Sains.

Antara strategi pengajaran yang terdapat dalam pengajaran Sains adalah melalui inquiry. Proses inkuiri murid dapat dirangsang melalui alat berfikir yang sesuai. Alat berfikir tersebut ialah peta minda yang telah diperkenalkan oleh Tony Buzan. Oleh itu, saya merasakan satu kajian tentang kesan penggunaan peta minda dalam meningkatkan
24

tahap penguasaan konsep Sains murid Tahun 5 Bestari SK Tuarid Taud, Keningau perlu dilaksanakan. Kajian ini akan membolehkan saya menilai keberkesanan amalan profesional perguruan ke arah pengajaran konsep Sains murid.

2.0 TINJAUAN LITARATUR

Pengetahuan dalam bidang Sains adalah sangat penting kepada perkembangan potensi individu dan dapat menyokong kepada mencapai matlamat Wawasan 2020. Matlamat Wawasan 2020 ialah untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020. Mahathir (1991) dalam Robiah (2001) menegaskan bahawa penggunaan Sains dan teknologi secara pesat adalah amat diperlukan bagi melahirkan tenaga kerja yang mahir dan produktif. Jesteru, pendidikan Sains adalah satu bidang pengetahuan yang sangat penting diterapkan terutama sekali kepada kanak-kanak.

Pendidikan Sains pada hari ini mempunyai dua matlamat utama (Faseeha, 2006). Matlamat yang pertama ialah untuk melahirkan saintis, perkerja mahir dalam bidang teknikal yang mampu memenuhi keperluan negara bagi menghasilkan ahli-ahli Sains dan professional. Matlamat kedua adalah bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang celik Sains dan dapat menyumbang kepada aspek pembangunan peribadi, komuniti dan negara. Masyarakat celik Sains akan dapat memahami dengan lebih mendalam akan

sifat Sains itu sendiri (Poh, 2005). Pengetahuan yang mendalam dalam bidang Sains dapat membantu kita untuk melaksanakan sesuatu tindakan dengan lebih efektif dan produktif.
25

Konsep Sains

Konsep dimaksudkan sebagai pengertian terhadap sesuatu tanggapan, gagasan dan idea manakala Sains adalah susunan ilmu yang teratur tentang pekerjaan dan hukum-hukum kuasa dalam satu golongan masalah (Azizi & Shahrin, 2010). Menurut Kamus Longman (2001), Sains adalah pengetahuan yang berkaitan dengan dunia berdasarkan kepada eksperimen atau penyelidikan fakta yang boleh dibuktikan melalui proses saintifik dan proses ini diperlukan dalam mendapatkan pengetahuan yang saintifik berdasarkan kepada data-data yang diperoleh melalui kaedah saintifik. Skinner (1981) dalam Poh (2005) pula menyatakan bahawa Sains adalah satu set tingkah laku, proses berfikir berdasarkan kepada fakta. Selain itu Sains lebih kepada pemerolehan tingkah laku, pemerhatian dan memberikan hujah kerana sains adalah berkembang dan bukan melalui mengingat fakta atau memberikan kesimpulan untuk mendapatkan jawapan tetapi melalui latihan pemerhatian dan memberikan sebab yang saintifik. Sebagai kesimpulannya Sains boleh dianggap sebagai satu proses yang lebih ke arah mencari konsep berbanding menyelesaikan masalah yang ada (Poh, 2005).

Kepentingan Mata Pelajaran Sains

Matlamat pelajaran Sains sekolah rendah bertujuan untuk melahirkan generasi yang berleterasikan Sains dan Teknologi bagi mencapai pendidikan bertaraf dunia. Pengajaran mata pelajaran Sains di peringkat sekolah rendah adalah penting berdasarkan kepada sebab-sebab yang berikut (Norjihan et. al 2005):

26

1. Sains merupakan subjek teras yang akan diuji didalam UPSR 2. Didalam subjek-subjek yang diuji didalam UPSR, Sains merupakan satu subek yang dianggap susah oleh kebanyakkan pelajar 3. Dalam pembelajaran Sains, ia memerlukan pengajaran yang lebih berbentuk rajah kerana ia banyak berkisarkan tentang konsep dan teori yang boleh diterangkan dalam bentuk gambar bermultimedia 4. Memupuk minat para pelajar terhadap subjek Sains itu sendiri

Berdasarkan kepada kepentingan mata pelajaran Sains yang dinyatakan di atas, menjadi tanggungjawab saya untuk menyampaikan ilmu Sains kepada murid saya dengan menggunakan kaedah pengajaran Sains yang berkesan. Pengajaran Sains dengan menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai dapat membantu guru menyampaikan ilmu Sains dengan mudah dan berkesan.

Kaedah Pengajaran Sains

Kejayaan Pendidikan Sains adalah bergantung kepada kesesuaian kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh dalam menyampaikannya. Antara kaedah pengajaran Sains yang disarankan dalam Huraian Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah Tahun 5 (PPK, 2003) adalah seperti yang berikut: i. ii. iii. Kaedah eksperimen Kaedah perbincangan Kaedah simulasi
27

iv. v. vi.

Kaedah projek Kaedah lawatan dan penggunaan sumber pengajaran lain Kaedah pengajaran dengan menggunakan kemudahan teknologi Berdasarkan kepada kaedah pengajaran Sains yang telah dinyatakan di atas, saya

telah mengaplikasikan kaedah pengajaran Sains seperti kaedah eksperimen, kaedah perbincangan, kaedah simulasi dan penggunaan kemudahan teknologi. Penggunaan kaedah-kaedah pengajaran Sains ini adalah berdasarkan kepada kesesuaian gaya pembelajaran murid dan mengikut kesesuaian topik yang diajar. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan, saya telah mengintegrasikan penggunaan peta minda dalam setiap kaedah pengajaran yang saya laksanakan. Penggunaan peta minda dalam setiap kaedah pengajaran yang saya laksanakan adalah bertujuan untuk membantu saya dalam proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains kepada murid Tahun 5 Bestari.

Peta Minda dan Mindjet

Peta minda merupakan satu kaedah yang kreatif dalam meringkaskan infomasi yang diperolehi dengan menggunakan cara penyampaian yang menarik serta bersifat visual. Keadaan ini mampu membantu murid-murid untuk mengingat fakta dan memahami konsep sains dengan mudah (Buzan, 2004) dalam Tee et. al (2010).

Penggunaan peta minda banyak menggunakan gambar yang dapat merangsang tahap pemikiran kanak-kanak. Keadaan ini adalah sangat bersesuaian dengan fitrah
28

kanak-kanak yang mudah tertarik kepada sesuatu perkara yang merangsang minda mereka. Keadaan ini sebenarnya memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk meningat sesuatu perkara dengan mudah dengan hanya melihat kepada paparan visual yang interaktif. Kenyataan ini disokong oleh Deporter dan Hernacki ( 2002) dalam R.M. Saat et. al (2011) yang mengatakan bahawa otak manusia lebih cenderung untuk mengingat sesuatu maklumat dengan cepat dengan menggunakan gambar, warna, suara, simbol, bentuk-bentuk dan perasaan.

Kajian Siti Sara (2010) menunjukkan pelaksanaan peta minda meningkatkan prestasi kumpulan pembelajaran peta minda dengan min 10.90 (sp 5.77). Peningkatan prestasi ini menunjukkan penggunaan peta minda dapat membantu murid meningkatkan tahap penguasaan konsep Sains mereka. Kajian ini mempunyai persamaan dengan kenyataan Saifuddin (2008) bahawa penggunan peta minda meningkatkan pemahaman dan memudahkan murid mengingat konsep. Nordin (1991) dalam Saifuddin (2008) juga berpendapat komponen grafik mampu memandu pelajar bagi meningkatkan penglibatan dan tahap pemahaman.

Selain itu kajian Mohd Faizal (2010), turut membuktikan penggunaan peta minda meningkatkan tahap penguasaan konsep Sains murid Tahun 5 SK Taman Aman. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran Sains telah meningkatkan tahap penguasaan konsep Sains murid Tahun 5 SK Taman Aman sebanyak 8%. Kajian yang sama telah dijalankan oleh Nurzazaliza (2010). Dapatan kajian yang diperolehi oleh Nurzazaliza (2010) adalah sejajar dengan dapatan Mohd Faizal (2010) apabila penggunaan peta minda dapat meningkatkan
29

keupayaan mengingat fakta Sains murid Tahun 4 Professor SK Pulau Nyior. Dapatan kajian Azhar (2010) juga konsisten dengan dapatan kajian Mohd Faizal (2010) apabila hasil penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran Sains yang dijalankan menunjukkan peningkatan 40.3 markah dengan perbezaan min antara ujian pra dan ujian pasca sebanyak 18.8 markah.

Keberkesanan peta minda yang ditunjukkan dalam kajian-kajian yang lepas, menyebabkan saya memilih penggunaan peta minda dalam meningkatkan penguasaan konsep Sains murid Tahun 5 Bestari. Hal ini kerana penggunaan peta minda bukan sahaja alat berfikir yang baik untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif dan kritis. Ini terbukti apabila pakar pendidikan seperti Cullen (1990) dalam Wahidin et.al (2004) telah membuktikan pengajaran melalui peta minda dapat meningatkan kemahiran berfikir, pemahaman dan penguasaan konsep serta sikap pelajar.

Aplikasi ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Dalam dunia pendidikan kini, perkembangan Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memainkan peranan yang penting dalam kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran (Shau, 2008). Selaras dengan dengan keperluan tuntutan era teknologi maklumat dan komunikasi saya telah menggunakan peta minda dengan berbantukan perisian Mindjet Manager dalam menambah baik amalan pengajaran saya. Menurut Razali (2002), ICT dalam pendidikan merupakan nadi penggerak pengajaran dan pembelajaran guru. Selain itu, penggunaan peta minda dengan berbantukan ICT seperti perisian khusus dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
30

Sains dan Matematik. Dapatan ini selarai dengan Mohd Ashraf (2010), yang menunjukkan pengajaran dan pembelajaran Sains yang menggunakan ICT dapat meningkatkan kefahaman dan penguasaan konsep Sains. Jesteru, saya telah mengintegrasikan penggunaan ICT dalam pengajaran saya dengan menggunakan perisian Mindjet Manager.

Penggunaan multimedia dan perisian dalam pengajaran bukan sahaja memenuhi kehendak Koridor Raya Multimedia (MSC) malah sejajar dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu untuk melahirkan rakyat Malaysia yang kreatif dan inovatif dalam pemikiran (Ee, 1998) dalam Megat et.al (2006). Oleh itu, aplikasi perisian pendidikan yang terdapat hari ini bukan sahaja memaparkan animasi yang menarik malah membantu dalam menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang interaktif ( Eina, 2001) dalam Ahmad Rizal (2006).

Kaedah pengajaran dengan menggunakan peta minda pada peringkat menstruktur idea murid terhadap konsep Sains yang mereka pelajari dapat dilaksanakan dengan menggunakaan perisian Mindjet Manager. Mengaplikasikan perisian ini dalam penyampaian pengajaran menggunakan kaedah peta minda dapat menjana pembelajaran yang efektif, kerana perisian ini dapat memaparkan visual peta minda mempunyai kelebihan animasi yang dapat menarik minat murid. malah

31

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

i.

Menilai keberkesanan penggunaan peta minda berbantukan perisian mindjet manager terhadap penguasaan konsep sains Tahun 5 Bestari.

ii. iii.

Mengenal pasti tahap penguasaan konsep Sains murid Tahun 5 Bestari. Meninjau pandangan murid Tahun 5 Bestari tentang penggunaan peta minda dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sains.

iv.

Meninjau pandangan murid Tahun 5 Bestari tentang penggunaan mindjet manager dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sains.

3.1 PERSOALAN KAJIAN

i.

Adakah terdapat perbezaan skor min antara Ujian Pra dan Ujian Pasca dalam penguasaan konsep Sains tahun 5 Bestari?

ii.

Apakah tahap penguasaan konsep Sains murid tahun 5 Bestari hasil daripada penggunaan peta minda berbantukan perisian Mindjet Manager?

iii.

Apakah pandangan murid tahun 5 Bestari terhadap penggunaan peta minda dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sains?

iv.

Apakah pandangan murid tahun 5 Bestari terhadap penggunaan Mindjet Manager dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sains?

32

3.2 BATASAN KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan dengan mempertimbangkan beberapa batasan. Antara batasan yang terdapat dalam kajian ini ialah bilangan murid. Kajian ini hanya melibatkan murid kelas Tahun 5 Bestari SK Tuarid Taud, Keningau seramai 33 orang. Skop kajian ini juga hanya tertumpu kepada penguasaan konsep Sains sahaja. Selain itu, kajian ini juga hanya melihat keberkesanan penggunaan peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains.

3.3 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan bagi menilai keberkesanan amalan baharu yang telah saya pilih bagi menggantikan amalan pengajaran saya sebelum ini. Kajian ini juga dapat menjawab empat persoalan kajian dalam mencapai objektif kajian. Kajian ini dapat menilai keberkesanan penggunaan peta minda dengan menggunakan perisian Mindjet Manager terhadap penguasaan konsep Sains murid tahun 5 Bestari. Selain itu, kajian ini juga dapat membantu mengenalpasti tahap penguasaan konsep Sains murid tahun 5 Bestari.

Pelaksanaan kajian ini diharapkan dapat membantu murid Tahun 5 Bestari untuk meningkatkan tahap penguasaan konsep Sains mereka melalui amalan saya. Dari sudut amalan pengajaran dan pembelajaran pula, saya dapat menilai keberkesanan amalan baharu dan mengenalpasti sama ada kaedah pengajaran saya sesuai untuk semua murid
33

Tahun 5 Bestari. Selain itu, saya boleh membuat modifikasi yang diperlukan bagi meningkatkan lagi keberkesanan kaedah baharu. Kajian ini membantu saya sebagai guru Sains untuk mengaplikasikan penggunaan peta minda dalam model pengajaran konstruktivisme. Penggunaan peta minda adalah satu kaedah yang dapat membantu saya menerangkan dan menyampaikan konsep Sains kepada murid Tahun 5 Bestari. Selain itu,dalam pengajaran dan pembelajaran Sains, alat berfikir memainkan peranan yang penting dalam membantu murid untuk menggunakan kemahiran berfikir mereka secara optimum.

3.4 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kajian tindakan ini terdiri daripada murid-murid Tahun 5 Bestari Sekolah Kebangsaan Tuarid Taud yang terletak di daerah Keningau. Bilangan murid dalam kelas ini adalah seramai 33 orang (17 murid lelaki dan 16 murid perempuan). Analisis maklumat murid-murid Tahun 5 Bestari adalah seperti yang berikut:
Perkara Januari Mac Umur (Tahun lahir:2000) 33.3 Bajau Suku kaum (%) 9.1 Tuarid Taud Asal (%) 54.5 27.3 Dusun (%) 54.5 Tigot (%) 9.1 21.7 Murut (%) 27.3 Toboh laut (%) 24.2 9.1 Bugis (%) 6.1 Kota Ayangan (%) 3.0 April Jun

Maklumat Julai September Oktober-Disember

Jadual 3: Analisis maklumat murid Tahun 5 Bestari SK Tuarid Taud, Keningau Sabah.
34

Berdasarkan kepada jadual analisis maklumat di atas, murid yang dilahirkan pada bulan Januari hingga Mac menunjukkan bilangan yang paling ramai iaitu sebanyak 33.3%. Manakala bulan Oktober hingga Disember menunjukkan bilangan murid yang paling sedikit dilahirkan iaitu sebanyak 9.1%. Murid Tahun 5 Bestari terdiri daripada empat suku kaum iaitu Bajau, Bugis, Murut dan Dusun. Murid suku kaum Dusun adalah paling tinggi bilangannya iaitu 54. 5%. Ini diikuti dengan suku kaum Murut (27.3%), suku kaum Bajau (9.1%) dan Bugis (6.1%). Bilangan murid yang berasal dari Kg. Tuarid Taud adalah sebanyak 54.5%. Diikuti oleh murid yang berasal dari Kg. Toboh Laut iaitu sebanyak 24.2%. Manakala murid yang berasal dari Kg Tigot dan Kota Ayangan menunjukkan bilangan yang sedikit iaitu 9.1% dan 3.0%.

35

4.0 PELAN TINDAKAN

Reka bentuk kajian ini ialah kajian tindakan. Saya menggunakan model kajian tindakan berdasarkan kepada Model Kemmis & Mc Taggart (1988). Proses kajian tindakan adalah berbentuk kitaran. Pada kitaran pertama, proses kajian bermula dengan menjalankan refleksi terhadap suatu interaksi yang ingin tangani. Fasa refleksi ini saya telah membuat refleksi terhadap masalah yang saya hadapi ketika interaksi bersama murid. Refleksi yang saya lakukan membantu saya untuk mengenalpasti masalahmasalah yang timbul ketika saya menyampaikan isi pembelajaran kepada murid. Selain itu, saya dapat mengkaji faktor yang menimbulkan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran serta cara menanganinya.

Reka bentuk kajian ini ialah kajian tindakan. Saya menggunakan model kajian tindakan berdasarkan kepada Model Kemmis & Mc Taggart (1988). Proses kajian tindakan adalah berbentuk kitaran. Pada kitaran pertama, proses kajian bermula dengan menjalankan refleksi terhadap suatu interaksi yang ingin tangani. Fasa refleksi ini saya telah membuat refleksi terhadap masalah yang saya hadapi ketika interaksi bersama murid. Refleksi yang saya lakukan membantu saya untuk mengenalpasti masalahmasalah yang timbul ketika saya menyampaikan isi pembelajaran kepada murid. Selain itu, saya dapat mengkaji faktor yang menimbulkan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran serta cara menanganinya.

Fasa yang kedua adalah fasa perancangan. Dalam fasa perancangan, saya merancang melaksanakan tindakan baharu saya iaitu menggunakan peta minda
36

berbantukan Mindjet Manager dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains. Saya menggunakan peta minda berbantukan Mindjet Manager dalam pengajaran saya sebanyak sebelas interaksi. Kaedah pengumpulan data yang saya gunakan adalah pemerhatian dalam bilik darjah, pemerhatian latihan murid, sesi temu bual dan ujian.

Selepas merancang pelan tindakan, proses kajian saya memasuki fasa yang ketiga iaitu fasa pemerhatian. Dalam fasa pemerhatian, saya telah membuat pemerhatian terhadap masalah-masalah yang timbul disebabkan oleh kaedah pengajaran dan pembelajaran saya yang kurang berkesan. Seterusnya saya turut membuat pemerhatian terhadap keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran saya yang baharu. Datadata dianalisis untuk menilai keberkesanan amalan baharu saya terhadap murid Tahun 5 Bestari.

Fasa yang terakhir ialah fasa refleksi. Dalam fasa ini saya membuat refleksi terhadap keberkesanan amalan baharu saya. Sekiranya masalah pengajaran saya tidak dapat diatasi saya akan membuat modifikasi terhadap perancangan pelan tindakan saya sehingga masalah pengajaran saya dapat diatasi. Berikut merupakan gelung kajian Kemmis & Mc Taggart, 1988.

37

Rajah 6: Gelung kajian Kemmis & Mc Taggart, 1988 Sumber: Soon (2007)

Tindakan Amalan Baharu

Tindakan yang saya cadangkan bagi mengatasi masalah pengajaran saya adalah dengan menggunakan peta minda berbantukan perisian Mindjet Manager. Proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan peta minda berbantukan Mindjet Manager merupakan amalan pengajaran saya yang baharu. Saya telah memilih penggunaan peta minda dalam aktiviti pengajaran saya kerana hasil daripada kajian-kajian lepas telah menunjukkan peta minda membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains. Sebagai contoh hasil kajian yang dijalankan oleh Siti Sara (2010) telah menunjukkan min peningkatan skor prestasi sebanyak 10. 90 peratus berbanding dengan kumpulan kawalan iaitu hanya 5.93. Oleh ini saya telah menggunakan peta minda dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya berdasarkan kepada model pengajaran Lima Fasa Needham.

38

5 Fasa Needham Orientasi Pencetusan idea

Penjelasan Menimbulkan minat dan menyediakan suasana Supaya murid dan guru sedar tentang idea terdahulu

Penstrukturan idea i.Penjelasan dan pertukaran

semula Mewujudkan kesedaran tentang idea alternatif yang berbentuk saintifik. Menyedari bahawa idea-idea sedia ada perlu diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik.

ii. Pendedahan kepada situasi konflik

Mengenalpasti idea-idea alternatif dan memeriksa secara kritis idea-idea sedia ada sendiri Menguji kesahan idea-idea sedia ada. Pengubahsuaian, pengembangan atau penukaran idea

iii. Pembinaan idea baru

Penggunaan idea

Pengukuhan kepada idea yang telah dibina dalam situasi baru dan biasa

Refleksi /Renungan

Menyedari tentang perubahan idea murid. Murid dapat membuat refleksi sejauh manakah idea asal mereka telah berubah.

Jadual 4: Sumber: Needham (1987) dalam Subadrah dan Malar (2006)

39

Pelan Pelaksanaan Tindakan Tarikh 08.02.2011 Perkara Murid perlu memahami rantai makanan. Tindakan Petunjuk Prestasi

Menggunakan Hasil kerja pada lembaran paparan powerpoint kerja secara individu. presentation Hasil kerja secara Menjalankan aktiviti berkumpulan. dalam kumpulan. Murid boleh membina rantai makanan Persembahan video lagu Bangau oh bangau Hasil kerja pada lembaran kerja secara individu.

16.02.2011

Murid perlu mensentesis rantai makanan untuk membina siratan makanan

Hasil kerja secara Paparanpowerpoint berkumpulan. Aktiviti dalam kumpulan. Menggunakan aktiviti permainan 19 orang murid tidak dapat membina siratan makanan.

22.02.2011

Ujian pra

Ujian pra dijalankan 26 orang murid yang merangkumi memperolehi markah di tajuk rantai makanan bawah 40 markah. dan siratan makanan Hasil kerja pada lembaran kerja secara individu. Hasil kerja secara berkumpulan.

23.02.2011

Murid perlu Pelaksanaan amalan memahami pengajaran baharu kegunaan tenaga Penggunaan peta minda berbantukan perisian Mindjet Manager Murid perlu memahami bahawa tenaga boleh berubah bentuk Murid perlu memahami bahawa tenaga boleh berubah Pelaksanaan amalan pengajaran baharu Penggunaan peta minda berbantukan perisian Mindjet Manager Pelaksanaan amalan pengajaran baharu

02.03.2011

Hasil kerja pada lembaran kerja secara individu. Hasil kerja berkumpulan secara

08.03.2011

Hasil kerja pada lembaran kerja secara individu. kerja secara

Penggunaan peta Hasil minda berbantukan

40

bentuk 09.03.2011 Murid perlu memahami tenaga yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui Mengetahui sumber elektrik

perisian Manager

Mindjet berkumpulan Hasil kerja pada lembaran kerja secara individu. secara

Pelaksanaan amalan pengajaran baharu

Penggunaan peta Hasil kerja minda berbantukan berkumpulan perisian Mindjet Manager Pelaksanaan amalan pengajaran baharu

22.03.2011

Hasil kerja pada lembaran kerja secara individu. secara

Penggunaan peta Hasil kerja minda berbantukan berkumpulan perisian Mindjet Manager 28.03.2011 Memahami litar Pelaksanaan amalan bersiri dan litar pengajaran baharu selari Penggunaan peta minda berbantukan perisian Mindjet Manager Memahami litar Pelaksanaan amalan bersiri dan litar pengajaran baharu selari Penggunaan peta minda berbantukan perisian Mindjet Manager Memahami litar Pelaksanaan amalan bersiri dan litar pengajaran baharu selari Penggunaan peta minda berbantukan perisian Mindjet Manager Memahami langkah keselamatan ketika mengendalikan peralatan elektirik Pelaksanaan amalan pengajaran baharu

Hasil kerja pada lembaran kerja secara individu. Hasil kerja berkumpulan secara

05.04.2011

Hasil kerja pada lembaran kerja secara individu. Hasil kerja berkumpulan secara

08.04.2011

Hasil kerja pada lembaran kerja secara individu. Hasil kerja berkumpulan secara

12.04.2011

Hasil kerja pada lembaran kerja secara individu. secara

Penggunaan peta Hasil kerja minda berbantukan berkumpulan perisian Mindjet Manager

41

20.04.2011

ujian pasca

Ujian pasca dijalankan merangkumi tajuk tenaga dan elektrik Temu bual bersama enam orang murid yang dipilih berdasarkan kepada tahap penguasaan konsep Sains

Hanya seorang murid sahaja yang gagal

murid 21.04.2011 Persepsi Tahun 5 Bestari terhadap penggunaan peta minda berbantukan Mindjet Manager

Murid menunjukkan persepsi positif

Jadual 5: Pelan Pelaksanaan Tindakan

42

Pelan Pelaksanaan Tindakan

Rajah 7: Pelan Pelaksanaan Tindakan

Pelan pelaksanaan tindakan yang gunakan adalah berdasarkan kepada kerangka kajian model Kemmis & Mc Taggart (1988). Saya membuat refleksi terhadap masalah pengajaran yang saya hadapi. Selepas itu diikuti dengan proses perancangan penggunaan kaedah baharu dalam pengajaran dan pembelajaran Sains berdasarkan kepada pelan tindakan yang telah dirangka. Pengajaran Sains dengan menggunakan peta minda berbantukan Mindjet Manager dilaksanakan pada interaksi kedua hingga interaksi kesebelas. Hasil daripada penggunaan peta minda berbantukan Mindjet Manager diperhatikan dan dinilai bagi melihat keberkesanan dan penambahbaikan yang perlu dilakukan.

43

Pelaksanaan Tindakan

Pelaksanaan tindakan adalah berdasarkan kepada model Lima Fasa Needham. Pelaksanaan ini adalah seperti dalam jadual di bawah.

Langkah Orientation of ideas

Aktiviti Dalam fasa ini saya menjalankan aktiviti yang dapat menarik minat murid terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Dalam fasa ini juga saya turut mengulangkaji sedikit tentang topik pembelajaran yang lalu.

Eleciting of ideas

Saya memberikan lembaran kerja kepada murid tahun 5 Bestari. Lembaran kerja tersebut menyoal tentang konsep Sains yang mereka akan pelajari.Pada fasa ini saya akan menilai konsep sains yang sedia ada pada murid.

Restructuring of ideas

Saya membincangkan jawapan yang diberikan oleh murid dan meminta murid untuk membuat pembetulan terhadap kesalahan yang dilakukan. Saya menunjukkan peta minda bagi menerangkan konsep Sains yang dipelajari pada hari tersebut dengan menggunakan perisian mindjet manager. Saya mengetuai sesi perbincangan kelas bagi menerangkan peta minda yang telah berikan.Peta minda yang diberikan hanya terdapat kata kunci yang mudah diingati, gambar,audio dan video yang bersesuaian bagi menarik minat mereka.

Application of ideas

Saya memberikan tugasan kumpulan kepada murid tahun 5 Bestari dan meminta mereka menyiapkan tugasan tersebut melalui perbincangan mereka. Hasil perbincangan mereka dibentangkan dalam bentuk peta minda.Aktiviti ini dapat saya gunakan untuk menilai pengusaan konsep Sains yang telah mereka pelajari.

Reflection

Penguasaan konsep Sains murid saya perhatikan ketika sesi refleksi. Murid akan membuat refleksi pembelajaran mereka.

Jadual 6: Pelaksanaan Dalam Lima Fasa Needham.

44

5.0 CARA PENGUMPULAN DATA

Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan ialah ujian dan soalan terbuka. Ujian yang digunakan ialah ujian penguasaan konsep Sains dan soalan terbuka ditanya ketika sesi temu bual bersama 6 orang murid Tahun 5 Bestari.

Ujian Penguasaan Konsep Sains

Instrumen pertama yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian penguasaan konsep Sains.Ujian saya berikan pada 22.02.2011(ujian pra) dan pada 20.04.2011(ujian pasca). Kedua-dua ujian ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A mempunyai dua puluh soalan aneka pilihan manakala bahagian B merupakan lima soalan struktur. Kedua-dua soalan ini mempunyai soalan yang hampir serupa dan membolehkan saya melihat tahap penguasaan konsep Sains murid Tahun 5 Bestari. Bagi memastikan soalan yang diberikan mempunyai kesahan yang baik, saya telah menyediakan soalan ujian tersebut berdasarkan kepada Jadual Spesfikasi Ujian (JSU) dan meminta guru pembimbing dan guru panitia Sains untuk menyemak soalan tersebut. Ini adalah bertujuan untuk memastikan kualiti soalan tersebut adalah baik. Selain itu, saya juga turut menggunakan Taxonomy Bloom bagi memastikan kesukaran bagi kedua-dua soalan adalah sama dan untuk memastikan instrumen ini mengukur penguasaan konsep Sains.
45

Soalan Terbuka

Instrumen yang kedua ialah soalan terbuka yang mengandungi soalan-soalan yang ditanya oleh guru tentang persepsi murid Tahun 5 Bestari terhadap penggunaan peta minda berbantukan Mindjet Manager dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Soalan terbuka ini ditanya ketika temu bual bersama enam orang murid Tahun 5 Bestari berdasarkan kepada tahap penguasaan konsep Sains mereka. Bilangan soalan yang ditanya ketika temu bual tersebut adalah sebanyak empat soalan tentang peta minda dan tiga soalan yang berkaitan dengan Mindjet Manager.

Kaedah Pengumpulan Data

Dalam proses pengumpulan data, ujian pra dibuat sebelum pelaksanaan amalan pengajaran yang baharu. Ujian pra dijalankan bagi menilai tahap penguasaan konsep Sains murid Tahun 5 Bestari hasil daripada kaedah pengajaran lama saya. Ujian dijalankan pada minggu kedua sesi interaksi saya. Ujian dijalankan selama satu jam dan murid menjawab soalan yang melibatkan tajuk rantai makanan dan siratan makanan. Markah bagi ujian pra ini direkodkan. Selepas itu proses pengajaran dan pembelajaran Sains dengan menggunakan peta minda dengan berbantukan Mindjet Maneger dilaksanakan.

Ketika interaksi dalam kelas, saya membuat penilaian terhadap lembaran kerja murid yang dilakukan secara individu dan berkumpulan. Pada minggu ke sebelas, ujian pasca dijalankan. Masa yang diperuntukan untuk menjawab soalan ujian pasca adalah
46

sama seperti ujian pra iaitu satu jam. Namun begitu, jenis soalan yang disoal adalah berbeza. Soalan ujian adalah berkaitan dengan tajuk tenaga dan elektrik.

Walaubagaimana pun, soalan yang diberikan masih menilai tahap penguasaan konsep Sains murid Tahun 5 Bestari. Markah murid bagi ujian pasca direkodkan nilai min, sisihan piawai serta peratusan yang diperolehi bagi kedua-dua ujian ini dibandingkan.

Bagi menjawab persoalan kajian yang ketiga dan keempat temu bual bersama enam orang murid Tahun 5 Bestari dijalankan. Temu bual ini dijalankan selepas ujian pasca diberikan kepada murid. Temu bual ini bertujuan untuk meninjau pandangan mereka terhadap penggunaan peta minda dengan berbantukan Mindjet Manager. Semua data yang diperolehi dalam temu bual tersebut direkodkan dan dianalisis.

47

6.0 ANALISIS DATA

Analisis deskriptif dapat memberikan penerangan mengenai sesuatu situasi (Majid, 1994). Oleh itu kajian ini menggunakan analisis deskriptif yang digunakan ialah min, sisihan piawai dan peratusan. Keberkesanan penggunaan peta minda berbantukan perisian Mindjet Manager dianalisis dengan menggunakan min dan sisihan piawai. Sebaliknya tahap penguasaan konsep Sains murid pula dianalisis dengan menggunakan peratus. Persepsi murid terhadap penggunaan peta minda berbantukan perisian Mindjet Manager dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan penentuan tema. Data bagi ujian pra dan ujian pasca dibandingkan. Tahap penguasaan konsep Sains murid Tahun 5 Bestari adalah diukur dengan menggunakan jadual Gred Peperiksaan Awam (2010) dan dikelaskan berdasarkan kepada tahap yang dinyatakan oleh Faseeha (2006).

Berikut merupakan jadual Gred Peperiksaan Awam (2010) yang telah dikelaskan berdasarkan kepada tahap penguasaan Sains.
Markah 80-100 60-79 40-59 20-39 0-20 Keputusan Cemerlang Baik Sederhana Lemah Sangat Lemah Lemah Sederhana Tahap Cemerlang

Jadual 7: Sumber : Gred Peperiksaan Awam (2010)

48

7.0 DAPATAN KAJIAN

Soalan kajian 1: Adakah terdapat perbezaan skor min antara Pra Ujian dan Pasca Ujian dalam penguasaan konsep Sains Tahun 5 Bestari?

Soalan kajian ini menilai perbezaan min antara ujian pra dan ujian pasca dalam penggunaan peta minda berbantukan perisian Mindjet Manager terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains. Jadual 8 menunjukkan perbezaan min dan sisihan piawai antara ujian pra dan ujian pasca. Jadual 8: Perbezaan min dan sisihan piawai antara ujian pra dan ujian pasca
Ujian pra Min 37.87 61.58 23.71 (Peningkatan) Sisihan piawai 17.14 12.21 4.93 (Penurunan) Ujian pasca Perubahan

Berdasarkan jadual 8 min ujian pra adalah 37.87 (sp: 17.14), manakala min ujian pasca adalah 61. 58.(sp: 12.21). Secara keseluruhannya, skor min ujian pasca menunjukkan peningkatan sebanyak 23.71. Nilai sisihan piawai menunjukkan penurunan iaitu sebanyak 4.93. Peningkatan skor min dan penurunan nilai sisihan piawai berlaku selepas penggunaan peta minda berbantukan perisian Mindjet Manager. Kesimpulannya, penggunaan peta minda berbantukan perisian Mindjet Manager dalam pengajaran Sains berkesan kepada murid Tahun 5 Bestari SK Tuarid Taud, Keningau.

49

Perbezaan min dan sisihan piawai antara ujian pra dan ujian pasca yang terdapat dalam jadual 4 dinyatakan dalam graf 1 di bawah.
70 60 50 40 30 20 10 0

61.58 37.87 17.14 Min ujian pra Min ujian pasca Sisihan piawai pra 12.21 Sisihan piawai pasca

Graf 1: Min dan sisihan piawai ujian pra dan ujian pasca.

Graf 1 menunjukkan perbezaan min dan sisihan piawai antara ujian pra dan ujian pasca. Peningkatan min dan penurunan sisihan piawai dalam ujian pasca menunjukkan penggunaan peta minda berbantukan perisian Mindjet Manager adalah berkesan. Penurunan nilau sisihan piawai dalam ujian pasca menunjukkan bahawa markah yang diperolehi oleh murid mempunyai beza yang sedikit berbanding markah yang diperolehi murid dalam pra ujian. Jadual 5 Markah Murid Tahun 5 Bestari SK Tuarid Taud Keningau dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca.

50

Sampel

Ujian Pra

Ujian Pasca

Perbezaa n

Peningkatan markah / %

Penurunan markah / %

Tiada perubahan markah / %

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 Min

21 25 33 29 25 75 42 67 63 33 37 25 21 45 17 33 21 21 38 25 37 25 25 60 17 46 25 68 58 67 37.87

58 25 60 74 62 84 42 72 74 80 64 70 56 52 56 68 66 58 64 44 76 50 44 74 66 54 68 68 60 64 50 56 61.58

+37 0 +27 +45 +37 +9 0 +5 +11 +47 +27 +45 +35 +7 +39 +35 +45 +37 +26 +19 +39 +25 +19 +14 +49 +8 +43 0 +18 -3 +6 24.22

27 (87. 10%)

1 (3.23%)

3 (9.68%)

Jadual 9: Markah murid Tahun 5 Bestari dalam ujian pra dan ujian pasca. Berdasarkan kepada jadual di atas, didapati seramai 27 murid Tahun 5 Bestari telah menunjukkan peningkatan dalam ujian pasca. Ini menunjukkan peningkatan markah secara keseluruhan adalah sebanyak 87.10%. Walaubagaimanapun, seorang murid kelas Tahun 5 Bestari telah menunjukkan penurunan markah dalam ujian pasca. Manakala jumlah murid kelas Tahun 5 Bestari yang tidak menunjukkan sebarang perubahan dalam ujian pasca adalah seramai 3 orang. Situasi ini menunjukkan bilangan murid kelas Tahun 5 Bestari yang tidak menunjukkan sebarang peningkatan dalam ujian pasca adalah sebanyak 9.68%.
51

Murid 31 telah menunjukkan penurunan sebanyak 3 markah dalam ujian pasca merupakan murid yang tergolong dalam kumpulan murid yang mempunyai tahap penguasaan konsep Sains yang sederhana. Didapati murid ini kurang memberikan perhatian ketika dalam sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Murid ini lebih cenderung membuat aktiviti sendiri seperti membuat aksi memainkan alat muzik dan melukis. Saya juga mendapati bahawa murid ini lebih gemar duduk di bahagaian belakang kelas. Hasil daripada temubual yang saya jalankan terhadap murid ini, murid ini suka duduk di bahagian belakang kerana berasa selesa dan dekat dengan rakan baiknya.Keadaan ini mungkin juga disebabkan oleh kejelikitan dengan rakan baiknya yang menyebabkan tumpuan dalam pembelajaran murid ini terganggu.

Dalam ujian pasca juga, seramai 3 orang murid yang tidak menunjukkan sebarang perubahan markah. Dalam kalangan murid tersebut, dua murid mempunyai tahap penguasaan konsep Sains yang lemah. Hasil daripada pengalaman saya ketika berinteraksi dengan murid kelas ini, saya mendapati murid tersebut selalu tidak hadir ke sekolah apabila peratus kehadiran murid tersebut ke sekolah adalah sebanyak 35%. Namun begitu, ketika berada di dalam kelas murid tersebut melibatkan diri secara aktif. Murid tersebut tidak menunjukkan sebarang peningkatan dan penurunan adalah disebabkan oleh tahap penguasaan konsep Sains yang lemah dan selalu tidak hadir ke sekolah. Kekerapan murid tersebut tidak hadir ke sekolah telah menyebabkan murid tersebut ketinggalan dalam pelajaran. Manakala seorang orang murid lagi merupakan murid yang tergolong dalam kumpuan murid yang mempunyai tahap penguasaan konsep Sains yang sederhana.

52

Soalan 2 : Apakah tahap penguasaan konsep Sains murid tahun 5 Bestari hasil daripada penggunaan peta minda berbantukan perisian Mindjet Manager?

Soalan kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan konsep Sains murid hasil daripada penggunaan peta minda berbantukan perisian Mindjet Manager.

Jadual 10 menunjukkan perbezaan tahap penguasaan konsep Sains Tahun 5 Bestari antara ujian pra dan ujian pasca.

Jadual 10: Perbezaan tahap penguasaan konsep Sains murid Tahun 5 Bestari
Tahap penguasaan konsep sains Cemerlang Sederhana Lemah Ujian pra Peratus (%) Ujian pasca Peratus (%) Perubahan Peratus perubahan (%) +6.45 +58.09 -64.51

0 10 21

0.00 32.23 67.74

2 28 1

6.45 90.32 3.23

+2 +18 -20

Berdasarkan jadual 10 dalam ujian pra bilangan murid yang mempunyai tahap penguasaan konsep Sains yang cemerlang adalah sifar manakala bilangan murid yang mempunyai tahap penguasaan yang cemerlang adalah seramai dua orang. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 6.45%. Bilangan murid tahap penguasaan konsep Sains sederhana dalam pra ujian adalah seramai 10 orang murid manakala dalam ujian pasca bilangan ini meningkat kepada 28 orang murid. Pertambahan seramai 18 orang murid yang mempunyai tahap penguasaan Sains yang sederhana dalam ujian pasca iaitu sebanyak 58.09%. Bilangan murid yang mempunyai tahap penguasaan konsep Sains

53

yang lemah dalam ujian pra adalah seramai 21 orang manakala hanya seorang murid sahaja yang mempunyai tahap penguasaan konsep Sains yang lemah dalam pasca ujian. Secara keseluruhannya bilangan murid yang berada pada tahap yang lemah dapat dikurangkan seramai 20 orang (64.51%) dalam ujian pasca.

Hasil daripada penggunaan peta minda berbantukan perisian Mindjet Manager telah menyebabkan peningkatan bilangan murid yang mencapai tahap penguasaan konsep Sains yang cemerlang dan sederhana. Selain itu, peningkatan ini juga telah menyebabkan pengurangan dalam tahap penguasaan konsep yang lemah.

Kesimpulannya, penggunaan peta minda berbantukan perisian Mindjet Manager dalam pengajaran Sains berkesan terhadap tahap penguasaan konsep Sains murid Tahun 5 Bestari SK Tuarid Taud, Keningau.

Tahap penguasaan konsep Sains murid Tahun 5 Bestari dalam jadual 5 dinyatakan dalam graf 2 seperti yang berikut. Graf 2 menunjukkan peningkatan bilangan murid yang mempunyai tahap penguasaan konsep Sains yang cemerlang dan sederhana dalam pasca ujian.

30 21 20 10 10 0 0 Ujian pra Lemah Sederhana 1

28

2 Ujian pasca

Cemerlang

Graf 2: Tahap penguasaan konsep Sains murid Tahun 5 Bestari.


54

Berdasarkan kepada graf 2 peningkatan murid yang mempunyai tahap penguasaan konsep Sains yang cemerlang ialah dua orang. Manakala peningkatan tahap sederhana ialah 10 orang murid. Disamping itu, graf 2 di atas juga menunjukkan penurunan bilangan murid yang mempunyai tahap penguasaan konsep Sains yang lemah dalam pasca ujian iaitu seramai 20 orang murid.

Soalan 3: Apakah persepsi murid tahun 5 Bestari terhadap penggunaan peta minda dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sains?

Soalan kajian ini meninjau persepsi murid terhadap penggunaan peta minda dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sains. Bagi menjawab persoalan ini, temu bual bersama enam orang murid Tahun 5 Bestari SK Tuarid Taud keningau telah dijalankan. Dalam temu bual tersebut keenam-enam murid menyatakan persepsi mereka. Murid 1 hingga murid 5 telah menyatakan bahawa mereka sangat menyukai penggunaan peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains seperti berikut kami suka sebab senang faham dan mau ingat. Mereka memberikan alasan bahawa peta minda senang dibuat dan menyeronokan Saya suka sangat-sangat. Namun, murid 6 telah menyatakan bahawa tidak menyukai penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Saya tia suka miss. Murid 6 telah memberikan alasan tidak menyukai peta minda disebabkan oleh proses membuat peta minda yang menyusahkan. Namun, secara keseluruhannya 83.33% murid mempunyai pandangan positif terhadap penggunaan peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains. Transkripsi temu bual saya bersama enam orang murid Tahun 5 Bestari adalah seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah.
55

Transkripsi temu bual (Soalan 1): Time miss mengajar Sains, apa cara pengajaran miss yang kamu suka?
Murid Tahap Penguasaan Konsep Sains Respon Murid

Murid 1

Lemah

Saya suka yang gembira-gembira, yang ada video sama wayang

Murid 2

Lemah

Saya pun sama macam X (MURID 1)

Murid 3

Sederhana

Saya suka aktiviti berkumpulan dan belajar bila miss guna lap top, yang miss kasi tayang di papan putih

Murid 4 Sederhana

Saya suka bila miss ada kasi sedia permainan dan miss guna lap top bila miss mengajar

Murid 5

Cemerlang

Saya suka bila miss ajar kami ada aktiviti yang seronok dan bila miss guna lap top untuk ajar kami

Murid 6

Cemerlang

Saya suka semua cara miss mengajar, tapi saya lebih suka bila miss mengajar kami rasa gembira dan miss guna lap top untuk ajar kami Sains

Jadual 11: Soalan 1 Secara keseluruhannya, kesemua murid menyatakan bahawa mereka menyukai pembelajaran yang menyeronokan dan mengaplikasikan penggunaan teknologi seperti guru menayangkan video. Selain itu, terdapat juga murid yang menyatakan mereka berasa seronok apabila guru menggunakan permainan ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Terdapat juga murid yang menyukai aktiviti pembelajaran yang melibatkan aktiviti dalam kumpulan.

56

Transkripsi temu bual (Soalan 2) : Kamu tahu ka apa itu peta minda? Murid Tahap Penguasaan Konsep Sains Lemah Respon Murid

Murid 1

Tau,yang miss suruh kami buat selalu itu kan, yang bentuknya awan, bunga

Murid 2

Lemah

Tau

Murid 3

Sederhana

Tau, sebab miss selalu guna time miss mengajar kami sains

Murid 4

Sederhana

Tau

Murid 5

Cemerlang

Tau

Murid 6

Cemerlang Jadual 12: Soalan 2

Tau

Berdasarkan kepada jadual 12, keseluruhannya kesemua murid mengetahui apa itu peta minda.

57

Transkripsi temu bual (Soalan 3) : Kamu suka ka bila miss ajar kamu Sains guna peta minda? Murid Tahap Penguasaan Konsep Sains Respon Murid

Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4

Lemah Lemah Sederhana Sederhana

Suka Saya pun sama Saya suka Saya suka tersangat-sangat

Murid 5 Murid 6

Cemerlang Cemerlang

Saya pun suka miss Saya tia suka miss

Jadual 13: Soalan 3

Secara keseluruhannya semua murid memberikan jawapan yang positif apabila guru bertanya sekiranya mereka suka apabila guru menggunakan peta minda ketika proses pengajaran dan pembelajaran Sains di dalam bilik darjah.

58

Transkripsi temu bual (Soalan 4): Sekarang cuba bagi tau miss kenapa kamu suka miss ajar guna peta minda / Sekarang cuba bagi tau miss kenapa kamu tidak suka miss ajar guna peta minda Murid Tahap Penguasaan Konsep Sains Respon Murid

Murid 1

Lemah

Saya suka sebab ringkas sama senang Senang saya mau buat Saya senang mau faham dan ingat apa yang miss ajar kami

Murid 2 Murid 3

Lemah Sederhana

Murid 4

Sederhana

Saya suka sebab saya senang mau ingat dan faham apa yang miss ajar kami, sama saya suka sebab saya pendek-pendek perkataannya. Sama warna-warni

Murid 5

Cemerlang

Saya suka sebab saya senang mau faham dan saya terbayang-bayang apa yang dalam itu bunga-bunga yang miss buat

Murid 6

Cemerlang

Saya tia suka miss, sebab saya tia pandai buat peta minda saya jadi cantik macam yang miss buat

Jadual 14: Soalan 4

Keseluruhannya seramai 5 orang murid menyatakan alasan seperti ringkas, senang, mudah faham dan menarik apabila guru menggunakan peta minda dalam aktiviti
59

pengajaran dan pembelajaran Sains. Namun begitu, seorang murid menyatakan tidak suka apabila guru menggunakan peta minda dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sains dengan alasan tidak boleh menghasilkan peta minda yang cantik seperti yang ditunjukkan oleh guru.

Soalan 4: Apakah persepsi murid tahun 5 Bestari terhadap penggunaan Mindjet Manager dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sains?

Soalan kajian ini meninjau persepsi murid terhadap penggunaan Mindjet Manager dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sains.

Respon yang diberikan oleh keenam-enam murid dalam sesi temu bual menunjukkan mereka mempunyai pandangan yang positif terhadap penggunaan Mindjet Manager. Pandangan positif ini dapat dibuktikan apabila kesemua murid yang ditemu bual mengatakan bahawa penggunaan Mindjet Manager adalah menyeronokan sebab seronok saya tengok (Murid 2) sebab seronok bila saya tengok dan senang mau faham sama ingat (Murid 3). Mereka turut mengatakan bahawa mereka sangat menyukai animasi yang terhasil daripada perisian Mindjet Manager tersebut sama saya suka tengok tu peta minda bergerak-gerak, saya tidak pernah nampak begitu miss (Murid 5) tia pernah tengok peta minda bergerak-gerak (Murid 6). Secara keseluruhannya, kesemua murid mempunyai pandangan positif terhadap penggunaan perisian Mindjet Manager dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sains. Hasil temu bual dinyatakan dalam jadual 15 di bawah.

60

Transkripsi temu bual (Soalan 5): Boleh bagi tau miss, kamu tau apa itu Mindjet Manager? Murid Tahap Penguasaan Konsep Sains Respon Murid

Murid 1

Lemah

saya tidak tau miss

Murid 2

Lemah

Tia saya tau miss

Murid 3 Murid 4 Murid 5 Murid 6

Sederhana Sederhana Cemerlang Cemerlang

Canggih pula namanya, entah Apa tu? Hehehe...entah Mungkin untuk belajar kali

Jadual 15: Soalan 5 Jadual 15 menunjukkan kesemua murid tidak mengetahui apa itu perisian Mindjet Manager.

61

Transkripsi temu bual (Soalan 6): Sekarang cuba bagi tau miss,apa pandangan kamu bila miss guna mindjet manager time ajar kamu Sains Murid Tahap Penguasaan Konsep Sains Lemah Respon Murid

Murid 1

Saya suka sebab ringkas sama siuk, sebab pandai bergerak-gerak itu perkataan

Murid 2

Lemah

Saya suka, sebab seronok saya tengok

Murid 3

Sederhana

Saya suka sebab seronok bila saya tengok dan saya senang mau faham ingat apa yang miss ajar

Murid 4

Sederhana

Saya suka sebab saya senang mau ingat dan faham apa yang miss ajar, sama saya suka tengok itu peta minda pandai bergerak-gerak, saya tidak pernah nampak begitu miss

Murid 5

Cemerlang

Saya suka sebab dalam itu peta minda macam tengok wayang, bila miss bagi contoh miss kasi tunjuk video macam yang jenis-jenis tenaga itu

Murid 6

Cemerlang

Saya suka, sebab lain dari yang lain miss, saya pun tia pernah tengok benda yang boleh buat peta minda bergerakgerak

Jadual 16: Soalan 6

62

Secara keseluruhannya kesemua murid menyatakan mereka berasa seronok apabila guru menggunakan peta minda berbantukan Mindjet Manager dalam pengajaran dan pembelajaran Sains. Murid menyatakan mereka berasa seronok apabila terdapat animasi pada peta minda yang digunakan oleh guru ketika menerangkan konsep Sains kepada mereka. Animasi yang dihasilkan oleh perisian Mindjet Manager membantu muridmurid ini untuk lebih memahami apa yang disampaikan oleh guru.

Transkripsi temu bual (Soalan 7): ...apa yang kamu suka?


Murid Tahap Penguasaan Konsep Sains Lemah Respon Murid

Murid 1

Saya suka sebab saya senang mau ingat dan faham apa yang miss ajar, sama saya suka tengok itu peta minda pandai bergerak-gerak, saya tidak pernah nampak begitu miss

Murid 2

Lemah

Samala miss

Murid 3

Sederhana

Saya rasa seronok sebab saya rasa canggih

Murid 4

Sederhana

Cantik saya tengok hiasan yang miss guna

Murid 5

Cemerlang

...kalau kecil itu tulisan miss boleh kasi besar, gambar pun boleh bah miss kasi besar, si William pun nampak. Haha...

Murid 6

Cemerlang

Banyak yang saya suka..gambar, video, musik sama canggih

Jadual 17: Soalan 7

63

Secara keseluruhannya kesemua murid memberikan alasan yang hampir serupa iaitu perisian Mindjet Manager mempunyai visual dan animasi yang menarik.

Kaitan dengan kajian lepas

Kajian ini menilai keberkesanan penggunaan peta minda berbantukan perisian Mindjet Manager terhadap tahap penguasaan konsep Sains murid. Di samping itu ia dijalankan bagi meninjau persepsi murid Tahun 5 Bestari terhadap penggunaan peta dan perisian Mindjet Manager dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan skor min antara ujian pra dan ujian pasc. Ujian pasca menunjukkan skor min yang lebih tinggi iaitu 61.58 berbanding dengan skor min pra ujian iaitu 37.87. Dapatan ini sejajar dengan dapatan kajian Abdullah (2009) tentang penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dapat meningkatkan tahap pemahaman, penguasaan dan prestasi murid dalam mata pelajaran Sains. Walaupun kajian ini dilaksanakan kepada pelajar sekolah menengah namun masih menggunakan peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mengatasi masalah pengajaran yang dihadapi.

Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian Siti Sara (2010) dalam aspek penguasaan konsep Sains murid iaitu penggunaan peta minda dapat membantu meningkatkan prestasi melalui penguasaan konsep Sains yang baik. Kajian ini positif dengan kajian Mohd. Faizal (2010) apabila dalam kajian beliau menunjukkan

64

penggunaan peta minda meningkatkan tahap penguasaan konsep Sains murid Tahun 5 SK Taman Aman sebanyak 8%.

Dapatan kajian ini juga sejajar dengan dapatan kajian Mohd Azhar (2010). Hal ini kerana kesan penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran Sains yang dijalankan telah menunjukkan peningkatan 40.3 markah dengan perbezaan min antara ujian pra dan ujian pasca sebanyak 18.8 markah. Dapatan kajian ini turut dikukuhkan oleh Saifuddin (2008). Dalam kajian beliau penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan pemahaman dan memudahkan proses mengingat konsep. Kajian beliau juga turut dikukuhkan oleh Nordin (1991) dalam Saifuddin (2008) iaitu penggunaan peta minda yang mempunyai komponen grafik mampu memandu pelajar meningkatkan penglibatan dan tahap pemahaman pelajar. Walaupun kajian ini adalah tentang sikap dan pemahaman serta dilaksanakan kepada pelajar sekolah menengah, namun ianya masih berkait rapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran.

Dalam aspek persepsi murid Tahun 5 Bestari terhadap penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran Sains menunjukkan kaitan yang positif terhadap kenyataan Buzan (2004) dalam Tee et.al (2010) iaitu peta minda adalah kaedah kreatif dalam meringkaskan informasi yang digunakan untuk proses penyampaian maklumat. Kenyataan ini adalah positif dengan kenyataan Deporter dan Hernacki (2002) dalam R.M. Saat et.al (2011) iaitu otak manusia lebih cenderung untuk mengingat sesuatu maklumat dengan lebih cepat berbantukan gambar, warna, suara, simbol, bentuk-bentuk dan perasaan.
65

Dapatan kajian ini konsisten dengan kenyataan Razali (2002) iaitu ICT dalam pendidikan merupakan nadi penggerak pengajaran dan pembelajaran guru. Kenyataan Razali (2002) ini adalah positif dengan Shau (2008) iaitu Teknologi maklumat dan kominikasi (ICT) memainkan peranan yang penting dalam kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran.

Hasil kajian ini penting bagi membantu guru memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran Sains menggunakan alat berfikir yang sesuai dan diaplikasikan dengan menggunakan perisian-perisian yang sesuai seperti Mindjet Manager. Seperti yang dinyatakan oleh oleh Ee ( 1998) dalam Megat et. al (2006) iaitu penggunaan multimedia dan perisian adalah sejajar dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sebagai seorang guru menjadi tanggungjawab kita untuk merealisasikan apa yang telah digariskan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini adalah bertujuan untuk melahirkan generasi muda Malaysia yang seimbang dalam semua aspek kehidupan yang menyumbang kepada pembangunan dan perkembangan Malaysia.

66

8.0 REFLEKSI

Kajian ini telah membantu saya menilai keberkesanan amalan pengajaran dan pembelajaran saya khususnya dalam mata pelajaran Sains. Disamping itu, proses pelaksanaan kajian ini telah memberikan kesedaran kepada saya pentingnya penelitian yang teliti terhadap amalan pedagogi kita sebagai seorang guru. Murid yang berbeza memerlukan kaedah dan langkah pengajaran yang berbeza.

Walaupun kaedah pengajaran yang sering saya gunakan berkesan terhadap murid sebelum ini, namun kaedah yang sama tidak semestinya sesuai saya gunakan terhadap murid lain di tempat yang berbeza. Saya sering memikirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh menimbulkan rasa seronok dalam kalangan murid saya ketika pengajaran Sains. Namun, tanpa saya sedari saya hanya menimbulkan rasa seronok terhadap murid-murid saya tetapi tidak mampu untuk menyampaikan konsep Sains dengan berkesan. Kegagalan saya dalam menyampaikan konsep Sains merupakan satu indikator terhadap masalah amalan pedagogi saya. Oleh itu, pelaksanaan kajian ini telah membuka minda saya terhadap penggunaan alat berfikir yang sesuai untuk menyampaikan konsep Sains yang mudah dan abstrak.

Penggunaan alat berfikir seperti peta minda dalam pengajaran Sains sahaja tidak mencukupi sekiranya saya sebagai seorang guru tidak mengintegrasikan kemudahan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya. Peta minda boleh saya gunakan hanya dengan menggunakan kaedah manual iaitu menyediakan peta minda dengan menggunakan kertas majong atau pun di lakar di papan tulis. Namun apa yang saya
67

perolehi daripada dapatan kajian lepas, saya mendapati bahawa penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran saya hanya digunakan tanpa menggunakan kemudahan ICT seperti bantuan perisian yang menarik. Pada pendapat saya peta minda merupakan alat berfikir yang baik dan kelebihan peta minda ini dapat dituai dengan banyaknya melalui kaedah penyampaian yang menarik dan terkini. Oleh yang demikian, pengguaan peta minda berbantukan perisian Mindjet Manager telah menunjukkan peningkatan terhadap tahap penguasaan konsep Sains murid saya.

Walau bagaimana pun, kajian ini telah menunjukkan kepada saya bahawa tidak semua murid suka akan amalan pengajaran saya yang baharu. Pandangan dan penerimaan setiap individu adalah berbeza. Namun begitu, kajian ini telah meningkatkan amalan professional saya terhadap profesion keguruan. Segala kelemahan yang wujud dalam kajian saya telah memberikan kesedaran kepada saya untuk memperbaiki segala kelemahan yang wujud khususnya dalam aspek amalan pengajaran dan pembelajaran.

Sepanjang melaksanakan kajian ini saya mendapati fasa refleksi memainkan peranan yang sangat penting. Refleksi membantu saya untuk menilai kembali dengan lebih mendalam setiap tindakan yang boleh menyumbang kepada amalan pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif. Selain itu, saya dapat mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan amalan pengajaran dan pembelajaran tidak berkesan. Hasil daripada sesi refleksi tersebut saya boleh memikirkan cara yang terbaik untuk memperbaiki amalan pengajaran ke tahap yang optimum dan produktif.

68

Dapatan yang boleh dilihat daripada kajian ini, saya dapat memperbaiki amalan pengajaran saya khususnya dalam mata pelajaran Sains. Dalam aspek tahap penguasaan konsep Sains murid pula, saya dapat menyampaikan konsep Sains kepada murid-murid dengan berbantukan alat berfikir seperti peta minda dengan pengintegrasian kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Selain itu hasil kajian ini telah menjadi indikator terhadap keberkesanan amalan pengajaran saya yang baharu. Usaha ini tidak akan berhenti setakat di sini, pada masa yang akan datang saya akan memperluaskan lagi kajian saya kepada aspek-aspek lain yang berkaitan.

69

9.0 IMPLIKASI

Implikasi daripada kajian ini telah membawa kepada peningkatan tahap penguasaan konsep Sains murid Tahun 5 Bestari. Penggunaa peta minda berbantukan Mindjet Manager dapat menyelesaikan masalah saya menyampaikan ilmu Sains kepada muridmurid saya. Hasil daripada penggunaan peta minda berbantukan Mindjet Manager saya dapat meningkatkan tahap penguasaan konsep Sains murid. Namun begitu, saya perlu sentiasa berusaha untuk memperbaiki amalan pengajaran Sains bagi memastikan murid dapat menguasai konsep Sains pada tahap optimum.

70

10.0 CADANGAN

Dicadangkan dilaksanakan persampelan yang lebih besar. Hal ini kerana kajian ini hanya bertumpu kepada murid Tahun 5 Bestari SK Tuarid, Keningau, Sabah sahaja. Kajian terhadap persampelan yang melibatkan kelas-kelas lain dalam satu sekolah atau pun persampelan yang melibatkan populasi antara sekolah-sekolah di Keningau. Selain itu, kajian terhadap peningkatan kemahiran proses Sains boleh dijalankan dan dikembangkan kepada mata pelajaran yang lain. Ini kerana hanya sedikit modifikasi yang perlu dilakukan dalam melaksanakan kajian ini terhadap kemahiran dan mata pelajara yang lain. Turut dicadangkan agar kajian terhadap amalan guru menggunakan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dapat dijalankan. Seterusnya, kajian terhadap pandangan guru tentang penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran Sains.

71

11.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya dapatan kajian ini menunjukkan penggunaan peta minda berbantukan Mindjet Manager dapat membantu saya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains terhadap murid Tahun 5 Bestari SK Tuarid Taud, Keningau. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan nilai min dalam ujian pasca iaitu sebanyak 23.71 manakala nilai sisihan piawai menurun sebanyak 4.93. Disamping itu, penggunaan peta minda berbantukan Mindjet Manager turut memberikan kesan terhadap tahap penguasaan konsep Sains murid. Dalam ujian pra seramai 21(67.74%) orang murid berada pada tahap yang lemah, 10 (32.23%) orang murid pada tahap sederhana dan tidak terdapat murid yang berada pada tahap cemerlang. Dalam ujian pasca bilangan murid yang berada pada tahap yang lemah telah menurun seramai 20 (64.51%) orang murid. Bilangan murid yang berada pada tahap sederhana meningkat kepada 18 (58.09%) orang murid dan terdapat 2 (6.45%) murid berada pada tahap cemerlang.

Walau bagaimana pun, masih terdapat seorang murid yang berada pada tahap lemah selepas ujian pasca dijalankan. Punca murid ini berada pada tahap yang lemah disebabkan oleh peratus kehadirannya ke sekolah hanya sebanyak 35% sahaja dalam sebulan. Oleh itu, murid ini telah banyak ketinggalan dalam pelajaran sepanjang ketidakhadirannya. Seramai dua orang murid yang tidak menunjukkan sebarang perubahan markah pada ujian pasca dan ini berpunca daripada gangguan yang diterima oleh rakan sebaya mereka ketika di dalam kelas. Kedaan ini dapat saya perhatikan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Murid-murid ini cenderung membuat hal sendiri seperti melukis dan membuat aksi bermain alat muzik. Sebagai usaha mengatasi
72

masalah ini, saya telah mengubah tempat duduk mereka namun murid tersebut masih duduk bersama rakannya. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor kejelikitan antara mereka.

Terdapat seorang murid yang menunjukkan penurunan markah dalam ujian pasca. Penurunan markah ini mungkin disebabkan oleh faktor luaran seperti faktor kesihatan, emosi, soalan ujian dan persekitaran. Namun, penurunan markah yang ditunjukkan tidak terlalu besar dan murid ini masih berada pada tahap penguasaan konsep Sains yang sederhana.

Secara keseluruhannya murid menunjukkan persepsi yang positif terhadap penggunaan peta minda berbantukan Mindjet Manager dalam pengajaran dan pembelajaran Sains. Walaupun terdapat seorang murid yang tidak menyukai penggunaan peta minda dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sains, namun penggunaan peta minda berbantukan Mindjet Manager masih dapat membantunya menguasai konsep Sains. Ini dapat dilihat apabila murid ini berada pada tahap yang cemerlang dalam ujian pasca berbanding pada tahap sederhana dalam ujian pra.

Sungguh pun begitu, saya tidak menafikan faktor luaran lain yang mempengaruhi dapatan kajian ini. Antaranya seperti murid menjalani tuisyen ketika berada di rumah. Faktor ini mungkin mempengaruhi tahap penguasaan konsep Sains mereka ketika di dalam kelas. Selain itu, murid kelas ini juga mungkin telah didedahkan kepada alat berfikir yang lain seperti jadual dan peta konsep. Namun begitu, apabila pencapaian mereka pada ujian pra dan pasca dibandingkan dapat dilihat bahawa murid menunjukkan
73

peningkatan penguasaan konsep yang banyak selepas penggunaan peta minda berbantukan Mindjet Manager. Jesteru, dapat disimpulkan bahawa penggunaan peta minda berbantukan Mindjet Manager merupakan faktor dominan yang mempengaruhi dapatan kajian ini.

74

12.0 RUJUKAN

Abdullah. (2009). Pemberian Tugas Membuat Peta Pikiran Untuk Meningkatkan Prestasi Belajar Siswa Pada Tokok Bahasan Termokimia di kelas XI SMA Negeri 12 Pekan Baru (pp26-31) Prosiding seminar Tindakan serantau ke-4 2009. Ahmad Rizal Badar & Yahya Buntat. (2006). Keupayaan visualasi dan gaya kognitif pelajar melalui perisian mutimedia. Diperoleh pada Sept 29,2011 dari http://web1.fp.utm.my/seminar/15.TVE2006/Prosiding%20TVE%2706.pdf Azhar Mohamad Shafik. (2010). Meningkatkan kefahaman murid memahami konsep Sains melalui kaedah peta minda. Diperoleh Mac 04, 2011 dari http://www.lmsipda.net/pismp/mod/data/view.php?d=2&mode=single&page=6 Aziz Nordin & Aimi Alwani Bt Muhamad Noor. (2010). Kefahaman Konsep Suhu Dan Haba Di Kalangan Pelajar Tingkatan Dua Di Sebuah Sekolah Di Daerah Lenggong, Perak. Diperoleh Mac 04, 2011 dari http://eprints.utm.my/11304 Azizi Hj. Yahaya & Shahrin Hashim . (2010). Konsep Sains dalam SRT. Diperoleh Mac 04, 2011 dari http://eprints.utm.my/6357/1/Konsep_Sains_dalam_SRT1.pdf Chua, Y. P . (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Buku 1, Kaedah Penyelidikan, Kuala Lumpur: McGraw Hill (Malaysia). Faseeha Shaik Ibrahim . (2006) . Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan 4 Tentang Penggunaan Konsep Sains Dalam Kehidupan. Diperoleh Mac 04, 2011 dari http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/FASEEHAAP01007520 06TT P.pdf Gred Baru Peperiksaan Awam. (2010) . Diperoleh Mac 04, 2011 dari http://ppdjb. edu.my/v2/muatturun/Gred%20Baru%20Peperiksaan%20Awam.pdf Ismail Zain. (2001). Pendidikan bertaraf dunia ke arah pembestarian dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Diperoleh Mac 04, 2011 dari http://www.tutor.com.my/tutor/motivasi/index.asp?pg=artikel/pendidikan_bertar af_dunia1.htm Jabatan Penerangan Malaysia. (2006). Diperoleh Mac 28,2011dari:www.scribd.com/ doc/46646583/Pembangunan-Modal-Insan Kamisah Osman, Zanaton Hj Ikhsan & Lilia Hadi. (2007). Sikap terhadap Sains dan sikap saintifik di kalangan pelajar Sains. Jurnal Pendidikan, 32 39-60. Diperoleh Mac,04,2011 dari http://journalarticle.ukm.my/191/1/1.pdf Kamus Longman. (2001). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
75

Kementerian Pelajaran Malaysia.(2010). Diperoleh Mac 04, 2011 dari http://www. tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2010 Kementerian Pelajaran Malaysia: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.(2007). Diperoleh Mac 04, 2011 dari http://www.google.com.my/url?sa=t&source=web &cd=2&sqi=2&ved=0CCMFj AB&url=http%3A%2F%2Fwww.prestariang.com .my%2Fresources% Megat Aman Zahiri, Rosni Zammudin Shah Sidek, Mohd Khata Jabor, Ismail Sabran & Suhaimey Ahmad. (2006). Rekabentuk dan pembangunan perisian multimedia (PBK) bagi mata pelajaran teknologi elektronik (kapasitor). Diperoleh Sept 29,2011 dari http://web1.fp.utm.my/seminar/15.TVE2006/Prosiding%20TVE% 2706.pdf Mohd. Ashraf Anuar. (2010). Meningkatkan Kefahaman Murid Dalam Memahami Konsep Sains Melalui Penggunaan Kaedah Pengajaran Multimedia. Diperoleh Mac 04, 2011 dari http://www.lmsipda.net/pismp/mod/data/view.php?d=2&rid= 36 Mohd. Faizal. (2010). To improve pupils achievement in science concept by using mind map method. Diperoleh Mac 04, 2011 dari http://www.lmsipda.net/pismp/mod/ data/view.php?d=2&mode=single&page=28 Mohd. Hanim. (2009). Permainan pop minda secara kolaberatif melalui penggunaan komputer semasa pengajaran dan pembelajaran. Diperoleh Mac 04, 2011 dari http://mahanimmohdayot.blogspot.com/ Mohd. Majid Konting. (2000). Kaedah penyelidikan pendidikan. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur :

Norjihan Abdul Ghani, Norhana Hamin & Noor Irmayanti Ishak. (2005). E-tuisyen sains : satu kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk Pelajar upsr. Diperoleh Mac 01, 2011 dari http://ppdhl.net/v2/images/fbfiles/files/e_tuisyen_sains_satu_ kaedah_p_p_untuk _pelajar_upsr.pdf Nurzazaliza Othman. (2010). Meningkatkan keupayaan murid tahun empat untuk mengingati fakta sains dalam tajuk living things undergo life processes menggunakan teknik peta minda. Diperoleh Mac 04, 2011 dari http://www.lmsipda.net/pismp/mod/data/view.php?d=2&mode=single&page=59 Poh, S. H. (2005). Pedagogy of science volume 1 for post graduate diploma in teaching (KPLI). Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Diperoleh Feb 20, http://www.staripoh.com/muat_turun/Bahan%20PPK/hsp.html 2011 dari

76

Razali Ismail. (2002). ICT dalam pendidikan: Trenda dan isu dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Jurnal Pendidikan Guru 15, 5- 11. ISSN 0127. 7316 R.M. Saat, Z.I.M. Hashim, M.K. Majuri, M.Y.Z. Mohamed Yusuf, N.N Abdul Rahman & D.S Hassan Adli. (2011). Memorization activity and use of reinforcement in learning: Content analysis from Neuroscience and Islamic perspectives. Diperoleh Feb 20, 2011 dari http://scialert.net/fulltext/?doi=jas.2011.111 3.1120&org=11 Robiah Sidin, Juriah Long, Khalid Abdullah & Puteh Mohamed. (2001). Pembudayaan Sains dan Teknologi: Kesan pendidikan dan latihan di kalangan belia di Malaysia. Jurnal Pendidikan, 27, 35-45. ISSN 0126-6020 Saifuddin Kumar Abdullah. (2008). Keberkesanan penggunaan my aura map untuk membantu pelajar Semester1 memahami dan mengingati istilah-istilah dalam mata Pelajaran pengajian perniagaan. Diperoleh Mac 04, 2011 dari http://poli teknik.gov.my/webjpp2/penyelidikan/paper/files/My%20Aura%20Map .pdf Shau, K.H. (2008). Keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Jurnal Penyelidikan, jilid 1 Soon, S. T. (2007). Perkembangan Terkini Dalam Kajian Tindakan. Diperoleh Mac 04, 2011 dari:http://lamanbahasa.files.wordpress.com/2010/01/soon-sengthah.pdf Siti Sara Abu Bakar. (2010).Kajian tindakan dalam mata pelajaran Sains. Diperoleh Sept 21, 2011 dari http://www.scribd.com/doc/48543382/kajian tindakanpeta-minda-dalam- matapelajaran- sains Subadrah Nair & Malar Muthiah. (2005). Penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham Dalam Pembelajaran Sejarah . Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 20, 2141, 2005. Diperoleh Mac, 04, 2011 dari http://web.usm.my/education/publication/JPPSubadrah%20%2821-42%29B.pdf Tamby Subahan Mohd. Meerah. (1998) . Dampak Penyelidikan Pembelajaran Sains terhadap Perubahan Kurikulum. Diperoleh Mac 04, 2011 dari: http://www.ukm.my/penerbit/dampak.pdf Tay, C. S & Mohamad Yusuf Arshad. (2008). Interaksi verbal pengajaran dan pembelajaran Sains sekolah rendah. Seminar Pendidikan Sains Matematik. Diperoleh Feb 28, 2011 dari: http://eprints.utm.my/7678/

dan

Tee, T. K, Mimi Mohaffyza, Jailani Md Yunos, Baharom Mohamad, Widad Bt. Othman & Yee, M.H. (2010). Penilaian peta minda Buzan berdasarkan rubrik analitik. Diperoleh Feb 28, 2011 dari http://eprints.uthm.edu.my/449/1/Tee_Zee_Kiong%28Dekan2010%29.pdf
77

Universiti Sains Malaysia. (2007). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Diperoleh Jan 28, 2011 dari: http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php Wahidin, Kamisah Osman & T. Subahan Mohd Meerah (2004). Penggunaan peta konsep dan peta vee dalam meningkatkan sikap pelajar terhadap kimia. Jurnal Pendidikan 29, 125-144 . ISSN 0126-6020 Yeam, K. P. (2007). Tahap Pencapaian Dan Pelaksanaan Kemahiran Proses Sains Dalam Kalangan Guru Pelatih. Diperoleh Mac 04, 2011 dari: http://eprints.usm.my/9342/1/tahap_pencapaian_dan_pelaksanaan .pdf Zubaidah Begam Abdullah. (2007). Hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik. Diperoleh Sept 29, 2011 dari http://eprints.utm.my/6470/1/ ZubaidahBegamMFP.pdf

78

LAMPIRAN A

79

LAMPIRAN B

80

LAMPIRAN C

81

82

You might also like