You are on page 1of 7

ULASAN KRITIS MENGENAI KONSEP DAN TEORI PEMBELAJARAN SERTA

KEPENTINGAN SENI DALAM PENDIDIKAN

Seni disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan
kemahiran serta pengetahuan yang nyata. Seni juga merupakan satu kemahiran yang dapat
diterapkan dalam pendidikan bagi memudahkan penyampaian isi kandungan pembelajaran
supaya lebih menarik dan mudah untuk difahami. Oleh itu, Faridah Nazir, Nik Dzulkefli
Ibrahim, Samsir Alam Arshad, Azulhaimi Ahmad, Noraini Mohd, Hartini Kana, dan Sunizah
Ali (2015) menjelaskan bahawa Seni Dalam Pendidikan (SDP) dapat ditakrifkan sebagai
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan tiga elemen seni iaitu seni visual, seni
muzik dan seni pergerakan yang diintegrasikan dalam pendidikan masa kini. Hal ini
menjelaskan bahawa elemen seni tidak hanya berfokuskan kepada sesuatu yang dianggap
indah dan mempunyai nilai estetika semata-mata namun elemen seni turut diterapkan
sebagai alat bagi memudahkan pendidikan.

Seni visual adalah satu bentuk seni yang menumpukan kepada hasil penciptaan
berbentuk visual serta bersumberkan daya fikiran dan kesenian yang mutlak dalam minda
seseorang (Chua Yan Piaw, Sharifah Md. Nor, Naim B. Mohd & Wan Zah Wan Ali, 2003).
Dengan kata lain seni visual adalah sesuatu hasil atau ciptaan yang dapat diterjemahkan
kepada objek nyata seperti lukisan, grafik, arca model dan sebagainya. Seni muzik pula
merupakan kesenian yang tertumpu kepada aspek pendengaran atau oral. Hal ini
menjelaskan bahawa seni muzik disepadukan di dalam SDP sebagai medium bagi
menyediakan suasana riang yang dapat menarik perhatian pelajar dalam menguasai isi
kandungan pembelajaran. Elemen seni pergerakan pula merujuk kepada objek atau motif
yang mengalami pergerakan dan menghasilkan rentak serta aliran dari satu ruang ke ruang
lain (Ling Pik Kuong & Hasnah Toran, 2010). Elemen ini diterapkan ke dalam SDP bagi
memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan
perasaan mereka melalui imaginasi secara pergerakan fizikal yang bersifat verbal mahupun
non verbal.

Terdapat tiga teori pembelajaran yang menyokong SDP sebagai satu medium yang
menyepadukan tiga elemen seni dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu Teori
Kecerdasan Pelbagai, Teori Konstruktivisme dan Teori Hoka Hoki. Menurut Noriati Abd
Rashid, Boon, & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2017), Teori Kecerdasan Pelbagai yang
diutarakan oleh Howard Gardner mencakupi lapan kecerdasan iaitu kecerdasan linguistik,
logik matematik, visual-ruang, muzik, interpersonal, kinestetik, intrapersonal dan naturalis.
Namun kecerdasan yang melibatkan SDP merupakan kecerdasan visual ruang, kinestetik
dan muzik. Individu yang memiliki kemahiran menvisualisasi ruang ini memiliki keupayaan
imaginasi yang tinggi serta mempunyai keupayaan untuk berfikir secara tiga dimensi dalam
1
bentuk gambaran atau

2
bayangan (Choong, 2012). Hal ini menjelaskan bahawa pengajaran tersebut akan menjadi
lebih berkesan apabila dilaksanakan menggunakan kecerdasan visual kerana pelajar dapat
menggambarkan isi kandungan pembelajaran berikut seterusnya mempersembahkan hasil
idea tersebut secara visual. Contohnya, penghasilan keris dalam pembelajaran Sejarah
melalui teknik menggambar dapat memudahkan pelajar untuk menggambarkan rupa
sebenar keris pada masa kini. Selain itu, kecerdasan muzik pula adalah kebolehan
mengesan ritma, nada dan melodi termasuklah kemahiran mengenal lagu dan mengubah
tempo dan irama dalam melodi yang mudah (Siti Rahayah Ariffin, Roseni Arifin, Arbaiyah Md
Zin & Nik Noralhuda Nik Mohamed, 2011). Hal ini menjelaskan bahawa seseorang yang
mempunyai kecerdasan ini sangat sensitif kepada bunyi-bunyian yang wujud jadi guru boleh
merancang pengajaran mereka melalui pengajaran lisan yang melibatkan penggunaan
alatan muzik dan sebagainya. Bagi kecerdasan kinestetik pula, seseorang individu adalah
berkebolehan menggunakan badan untuk menyelesaikan masalah kerana mereka mahir
dalam memanipulasi objek dan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor kasar dan motor
halus (Siti Rahayah et al, 2011). Di samping itu, mereka juga berupaya menggunakan
kemahiran fizikal untuk meluahkan idea dan perasaan serta kebiasaannya mereka memiliki
keupayaan kawalan pada pergerakan, keseimbangan dan ketangkasan ketikan bergerak.
Justeru, teori kecerdasan pelbagai yang terdapat di dalam SDP adalah penting bagi
membolehkan pelajar yang pelbagai profil menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran
dalam bidang yang diceburi.

Teori kedua merupakan Teori Konstruktivisme sosial yang dipelopori oleh Lev
Vygotsky 1980-1935). Vygotsky berpendapat bahawa perkembangan kognitif dan
penggunaan bahasa kanak-kanak tidak boleh diasingkan daripada konteks sosial. Oleh itu,
bagi membantu pelajar membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil
kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka kerana apabila maklumat baru
disesuaikan kepada maklumat sedia ada dapat menghasilkan maklumat yang lebih
bermakna. Menurut Lew, Norliza & Norulazilah (2015), kanak-kanak berkembang secara
sistematik, logikal dan rasional melalui bantuan dan bimbingan daripada orang lain. Hal ini
menjelaskan bahawa seseorang individu dapat berkongsi dan saling membina pengetahuan
baharu berdasarkan pengetahuan sedia ada namun hal ini akan berlaku sekiranya individu
diberi peluang untuk meningkatkan pengetahuan diri serta berkongsi pemahaman dan
pemikiran dengan orang lain. Tambahan pula, pembelajaran melalui interaksi sosial sangat
digalakkan kerana melalui pembelajaran dalam persekitaran yang selamat dan kondusif
dapat menggalakkan aktiviti penerokaan dan eksperimen. Maka objektif pembelajaran dapat
dicapai kerana mereka berupaya mengolahnya menjadi sesuatu bahan yang baharu (Salhah
Abdullah & Sapora Sipon, 2014). Sebagai contoh, aktiviti yang menerapkan teori
konstruktivisme dalam SDP ialah seperti menyanyi, penggunaan alat perkusi, membuat
3
binaan dan pelbagai aktiviti visual

4
yang lain. Hal ini kerana melalui aktiviti berikut kanak-kanak akan dapat berfikir untuk
menyelesaikan sesuatu masalah, berupaya menghasilkan sesuatu karya berasaskan alat
dan bahan serta dapat memahami sesuatu konsep dan idea dengan lebih mendalam (Pusat
Pekembangan Kurikulum, 2001). Tegasnya, teori konstruktivisme adalah penting dalam
SDP kerana pelajar dapat mencapai kecemerlangan sekiranya dibantu oleh individu lain
yang lebih terlatih serta menjadikan guru sebagai pemudahcara dalam menyampaikan isi
kandungan pembelajaran.

Teori yang berikutnya merupakan Teori Hoka Hoki yang diasaskan oleh Roger
Sperry kemudian dilanjutkan oleh Ned Herman. Teori ini berfokuskan kepada kajian
pemisahan otak yang membahagikan otak kepada empat bahagian iaitu ‘Quadrant Concept’
(Faridah Nazir et al, 2015). Kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa otak
dibahagikan kepada dua hemisfera iaitu hemisfera kanan dan hemsifera kiri serta keduanya
adalah berpengaruh terhadap pembentukan gaya pemikiran setiap manusia yang berbeza.
Menurut Rajendran (2011), gaya pemikiran otak kanan adalah lebih bebas dan rawak,
menyeluruh, intuisi, subjektif, sintesis dan abstrak manakala gaya pemikiran otak kiri pula
lebih menjurus kepada logik, rasional, analitik, objektif, berturutan dan spesifik. Hal ini
menjelaskan bahawa otak kanan mampu mengawal perasaan dan presepsi visual dan
membuatkan manusia melihat sesuatu perkara daripada aspek keseluruhannya bukannya
satu persatu. Manusia yang cenderung penggunaan hemisfera otak kiri pula lebih
memikirkan tentang hal yang bercorak analitik dan menyukai perkara berkaitan angka,
bahasa dan penyelesaian masalah (Mok Soon Sang, 2011). Oleh itu, teori Hoka Hoki
penting dalam pembelajaran SDP kerana ia boleh menjadi medium kepada individu untuk
mengekpresikan idea secara bebas dan kreatif dan tidak tertumpu kepada satu fungsi otak
sahaja (Buqhari Fauzi, 2017). Sebagai contoh, guru boleh merancang aktiviti mencipta lirik
lagu mengikut irama sedia ada kemudiannya lirik tersebut dipersembahkan secara solo.
Aktiviti ini memerlukan kepada kemahiran penggunaan otak kiri dan kanan kerana aktiviti
mencipta lirik lagu melibatkan proses penghafalan lirik manakala persembahan solo dapat
merangsang perkembangan otak kanak secara optimum dan menyeluruh. Hal ini
menunjukkan bahawa untuk membolehkan individu berfikir dengan berkesan kedua-dua
hemisfera otak harus dimanfaatkan dari segi fungsi dan peranannya. Secara tidak lansung
guru perlu mengimbangkan penggunaan teknik yang cenderung kepada keseimbangan
peranan HOKA dan HOKI. Justeru, aktiviti SDP yang menerapkan Teori Hoka Hoki dalam
pembelajaran dapat melahirkan pelajar yang mampu berfikir secara kreatif seterusnya
menjadikan mata pelajaran yang dipelajari untuk lebih mudah difahami.

Tambahan pula, SDP juga penting kerana dapat memberi peluang kepada pelajar
untuk mempelajari dan menguasai sesuatu mengikut kecenderungan yang tersendiri tanpa

5
terikat kepada cara pengajaran guru (Mohd Jamel Bin Ismail, Manan Bin Sarbani, Zalila Binti

6
Nasir, Mohd Taslim Bin Abdul Rahim, Johar Bin Jonid & Ismail Bin Saiman, 2015).Hal ini
menjelaskan bahawa guru haruslah menentukan cara pengajaran yang terbaik bagi
membolehkan penguasaan yang optimum serta membolehkan pelajar menguasai sesuatu
pembelajaran dan kemahiran mengikut kecenderungan seni mereka. Berpandukan lapan
kecerdasan yang terdapat dalam teori kecerdasan pelbagai, guru dapat memberi tunjuk ajar
sepenuhnya tentang kekuatan dan kelemahan yang ada pada pelajar (Mohd Jamel et al,
2015). Dengan itu pelajar dapat mengukuhkan lagi kekuatan mereka dan dapat meperbaiki
kelemahan yang ada pada diri mereka. Hal ini kerana kecerdasan bukan hanya tertumpu
kepada bidang akademik tetapi merangkumi bidang kokurikulum seperti kecerdasan
kinestetik, muzik dan beberapa kecerdasan lain.

Selain itu, elemen seni visual, seni muzik dan seni pergerakan juga bertujuan untuk
meningkatkan perkembangan individu secara menyeluruh dan seimbang dari aspek fizikal,
mental, emosi dan sosial seseorang (Open University Malaysia, 2007). Secara amnya,
elemen seni yang disepadukan dalam sesi pembelajaran dapat membantu pelajar dalam
meransang kepekaan deria serta menjadikan penyampaian isi kandungan pembelajaran
yang berkesan dan tidak membosankan. Lantaran itu, guru-guru perlulah mengaplikasikan
elemen SDP melalui aktiviti kreatif yang mendorong pelajar menggunakan ekpresi, inkuiri
dan kecerdasan pelbagai untuk menguasai sesuatu kemahiran kerana secara tidak lansung
dapat meningkatkan kecerdasan dan kepekaan deria dalam proses pembelajaran (Fatimah
Ismail, 2015). Tambahan pula, seni dalam pendidikan juga adalah penting dalam membantu
menyelesaikan masalah yang dialami oleh guru dan pelajar. Hal ini kerana berlakunya
perubahan perspektif pemikiran guru dalam menyampaikan kandungan pembelajaran
melalui pengaplikasian elemen seni dalam pendidikan. Kesimpulannya, kenyataan berikut
menjelaskan bahawa SDP bukan sahaja dapat memupuk elemen kreatif dalam sesi
pembelajaran pelajar malah dapat meningkatkan profesionalisme guru sebagai agen
pemudahcara dalam memperkembangkan ilmu kepada murid.

Kesimpulannya, Seni Dalam Pendidikan perlulah


diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi
memastikan setiap pelajar menerima ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang sepatutnya. Diharapkan pengintegrasian Seni
Dalam Pendidikan sebagai alat pembelajaran akan dapat
membantu meningkatkan kreativiti dan ekspresi kendiri pelajar dan
seterusnya melahirkan generasi akan datang yang holistik.

You might also like